24 January 2011

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


Umur amoy sekarang duploh tahun . k!

Bulan jun ni baru masuk 21 !

Tension bila mengenangkan umur makin TUA ! maknanya tak lama lagi akan jadi seorang guru . urgh . . . tadi jadi AJK (ahli jejari kecil) untuk sesi pendaftaran KPLI intake January 2011 . giler matured diorang ni . bercakap pun dengan ayat skema . err . . . mybe sebab diorang dah banyak pengalaman kot ? umur pun dah mencakup bapak - bapak dan ibuk - ibuk . chill bha kau ! hari ni nak cerita sikittt tentang program PISMP . mesti ramai student universiti tak tahu apa tu PISMP . kan ? kan ? kecualilah kalo korang ada family yang mengikuti program ni .Tadi pun ada abang - abang dan kakak KPLI yang baru masuk tanya pasal program LIMA TAHUN ni . boleh - boleh diorang heran ? diorang sangka kat IPG hanya menawarkan program diploma je . dan bagi adik - adik yang berminat nak join kami di IPG . Silakan . . .

  1. PISMP stands for Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang ditubuhkan 100% under KPM
  2. yang menempatkan pelatih sepenuh masa yang berkelulusan SPM 
  3. Berminat ? sila daftar borang online PROGRAM PISMP di Laman Web KPM
  4. sebelum itu , jangan lupa beli nombor unik ID di mana - mana cawangan BSN yang terdekat !
  5. PENAPISAN 1 : calon - calon akan dipilih berdasarkan keputusan SPM dan Kokurikulum
  6. PENAPISAN 2 : mana - mana calon yang lepas PENAPISAN 1 layak mengikuti sesi TEMUDUGA 
  7. Hanya calon yang lulus sesi temuduga akan ditawarkan program PISMP mengikut subjek major dan minor yang ditetapkan
  8. Lokasi pengajian adalah di tetapkan oleh pihak BPG (Bahagian Pendidikan Guru) . Calon ditawarkan  di mana-mana IPG berdasarkan opsyen masing -masing . Bukan kami yang minta! macam amoy sekarang ni ditempatkan di Keningau , Sabah . Cuak jugak mule2 . . . tapi bila dah lama . . . BEST pla ! SEJUK ! ^^
  9. Program ini berjalan selama LIMA TAHUN SETENGAH JE kononlah 'je'
  10. Program persediaan (PPISMP) adalah selama setahun setengah . Dengan wang biasiswa RM430 sebulan . 
  11. Habis je program persediaan ni , biasiswa akan mencanak naik kepada RM730 sebulan dengan wang biasiswa untuk buku sekitar RM800 - RM1000 ( mengikut opsyen memasing . . . ho ho ) . so , pastikan korang lepas program PPISMP baru dapat teruskan pengajian kepada PISMP!
  12. elaun yang diberi ini adalah elaun bersih yang diterima tanpa caj tersembunyi . emm . . . terpulanglah kepada IPG masing - masing nak potong berapa2 untuk yuran asrama ke , astro awani ke , flush tandas rosak ke , paip tercabut ke ?
  13. PISMP akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama 4 semester .
  14. juga akan menjalani Praktikum a..k.a Latihan Mengajar sepanjang 4 minggu (semester5) , 8 minggu (semester6) , 12 minggu (semester7) serta 4minggu (semester 8) untuk buat Kajian Tindakan .
  15. Setiap semester wajib ada Kerja Kursus Pendek (KKP) + Projek (KKBI) tidak kurang daripada 10biji x 15mukasurat++ = sebanyak banyaknya ink dan kertas .
  16. Sila FAILkan segala bahan kuliah + tutorial +ISL yerr . wajib cukup untuk 15 minggu !
  17. Habis je lepas 5 tahun setengah, maka jadilah kami GURU sejati yang siap di polish menjadi GURU YANG BERJIWA GURU .
  18. dan kami keluar dengan DG41
  19. Tahun lepas (2010) MQA telah menjalankan tinjauan ke seluruh IPG di Malaysia .
  20. Hasil daripada tinjauan berkenaan maka program KPM ini telah diluluskan dan sebuah SENAT telah ditubuhkan pada awal tahun ini untuk menlaksanakan pentadbiran IPG .

Sekian sahaja informasi kali ni via amoyella.blogspot.com . Lepas ni buat PART II kalo rajin .





2 MURID MINTAK CUBIT:

Anak Ulu Cheka said...

kalau ada masa utk belajar tu belajar la..jgn mcm pak cik nih


Terini dari blog AUC: SyoknyerBlogging Berwajah Baru

sembil9n said...

cikgu~

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com