31 December 2011

2011 IPG KAMPUS KENINGAU COMBO

Salam Peeps

Kehidupan 2011 di INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU telahpon berakhir dengan rasmi . gumbira bukan kepalang limpa dan usus amoy . sekarang tinggal DUA TAHUN jak lagi tempoh untuk tamat pengajian . alhamdulillah . boring memang sangat boring sebab lama betul BELAJAR . tadika DUA tahun . sekolah rendah ENAM tahun . sekolah menengah LIMA TAHUN . IPG LIMA TAHUN SEETENGAH = LAPAN BELAS TAHUN ENAM BULAN

gila derr ... mana tak BORING amaatt !

tapi ... tapikan ... nasib baik larr dekat maktab banyak aktiviti walaupun kadang - kadang agak so - so ja sambutannya . apapon berkat kerjasama semua guru pelatih . amoy really enjoice setiap aktiviti yang dilaksana . eh berbelit belit betul . kejap boring kejap tak . kejap so-so kejap enjoice ? fening . lalalalaa

PALING BEST ! PROGRAM ANAK ANGKAT KAT KAMPUNG BAGINDA KENINGAU
INI FAMILY ANGKAT AMOY DAN RUMET .

HARI GURU 2011 . BESTNYA ADA HARI GURU . KORANG HADE ? HEHE

MINOR AMOY PENDIDIKAN JASMANI . SO AKTIVITI SUKAN-SUKAN WAJIBLAH IKUT SERTA . LARIAN MERENTAS DESA DAN BUKIT BUKAU JUGA PERKUBURAN CINA . UHM ... FENAT

MEMANDANGKAN AMOY TAK CUKUP CANTIK UNTUK JOIN UNDUK NGADAU ... MEMADAILAH JADI GAMBARGRAPHER SAHAJA PADA HARI BERKENAAN 


SK PEKAN KENINGAU II DAN SK MENAWO DALAM INGATAN . NANTI NAK PRAKTIKUM SINI . =)

banyak sangat aktiviti best kat IPG . sayangnya amoy tak ada DSLR yang panjang panjang macam belalai gajah tu untuk di galas sentiasa . NAK SATU !



amoyella : SEPA NAK BAGI HADIAH BIRTHDAY AMOY TAHUN 2012 ... SILA BAGI DSLR K ? HIHII ...

RESEPI : KEK LAPIS VANILLA-CHOC

Salam dear lovey dovey sekalian ...

seperti biasa amoy comfirm membawa balik sebeg dua makanan balek maktab . memang tak cukup 1 beg . haha . jarang sekali amoy tak bawa balik makanan g sana . bukan jarang ! tapi langsung tak pernah miss menapau makanan sebanyak mungkin . at least hilang jugak ah rasa rindu kampong halaman nanti . =..= walhal nak jimat supaya tak perlu bazir beli makanan kat CAFE ituu

huhu ... lagiponn ... amoy mesti bawa balik makanan sebab perut comel amoy ni COMFEM TERKEJUT dengan makanan sabah . entahlah kenapa ... yang pasti tiap tiap kali balik sabah comfem amoy akan kena dyhydration tahap beruang kutub . cirit birit itulah perkara wajib timbul bila perut ini terkejut dengan perubahan IKLIM PEMAKANAN . doktor , sila tolong jawab kenapa perkara ini boleh berlaku ? walhal orang lain OK je ngaaapp makanan yang sama . heran ...

balek kali ni amoy sempat siapkan sebiji kek lapis yang dinamakan vanilla-choc layers . amoy nak share resepi kat sini =

BAHAN

15 Biji Kuning Telur
6 Biji Putih Telur
16 aun Mentega
1 Tin Kecil Kaya
1 Tin Kecil Susu Pekat Manis
400gm Tepung Hong Kong
200gm Gula Halus
200gm Horlicks
Ovalette
200gm Coklat Masakan (Cairkan)
Vanilla Paste

CARA MEMBUAT

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang .
  2. Telur dipukul ditempat lain sampai kembang .
  3. Mixedkan kedua-dua adunan . Kuar rata-rata .
  4. Masukkan susu , kaya , horlicks , ovalette dan tepung . Kuar rata-rata .
  5. Bahagikan adunan kepada dua . 1 letak coklat masakan . 1 letak vanilla paste .
  6. Bakarlah selapis (dua sudu makan sahaja) demi selapis berselang seli . boleh ikut suka hati masing-masing laa nak lapis selang seli selapis ke hapa . amoy buat selang seli 5 lapis . (^ ^)
  7. Senang giler kan nak buat ? masuk- masuk je bebahan dia asalkan sukatan betul . eh ... yang ketujuh ni bukan cara membuat . motivasi semata-mata untuk anda .



tapikan ... sebenarnya kannn ... time melapis kek ni , amoy confuse dan nyanyuk nyanyuk grandma dengan kiraan lapisan amoy ni . haha ! sebab tu ada lapisan 6 ... ada juga lapisan 4 . =') jangan maraah haa ... lalalalaa





amoyella : sorii gingg ! lama udah amoy tak updet entry . housekeeping lah kata khenn ... (^^)








15 December 2011

TETUMONG

Salam dearest sekalian ...

petang tadi amoy cakap amoy cakap amoy nak buat "KELITAH" kan . tapi sebenarnya ... bukan KELITAH . it's TETUMONG . edeii ... actually dua jenis makanan ni bentuk dia SAMA jepp . that's why lah amoy tersalah letak nama . (--")

walaupun bentuk dia sama . kedua - duanya adalah berbeza . rasa pun BEZA . sebab bahan asas TETUMONG adalah BERAS . bahan tok buat KELITAH pla adalah UBI KAYU . amoy sendiri pun tak pasti sama ada makanan ni makanan tradisional masyarakat MELANAU atau tidak ? atau semua masyarakat pun tau buat kuih ni ? bahan - bahan nak buat pun simple hanya perlu MYR 0.00 sahaja memandangkan semua item boleh di dapati di belakang rumah kak jah jiran sebelah kepada sepupu nenek kelsom kampung seberang ~

BAHAN BAHAN


  1. Beras yang dikisar halus secukup rasa . hehe ~ (setiap rumah mesti ada!) ; contoh 1kg BERAS
  2. Kelapa parut secukup rasa . hehe ~ (belakang rumah ada 4 pohon kelapa yang berbuah dengan jayanya) ; cth 1 BIJI KELAPA
  3. Daun pandan untuk kulit . secukupnya (ni ponn belakang rumah banyaakkk)
  4. Air . Jangan banyak sangat ! nanti doh cair (--") ; cth 1 GELAS AIR ++
  5. Garam . secubit yang paling sakit . jangan banyak sangat ... terlampau masin siapa nak makan ?
CARA MEMBUAT ; Gaul semua bahan guna senduk . bukan guna tangan ! haishh ...

begitulah rupa doh beras kisar dan kelapa parut yang di gaul bersama

waaa... hati manyak sinang ... tetumong banyaaakkk ! ♥♥♥
BELUM BOLEH MAKAN !

Siap diberi baju semuanya ! rebus beberapa minit sampai masak . =')


GAMBAR DAH MASAK ?

lebih kurang jer warna dia . cuma inti akan jadi keras lerr . warna daun pandan pla jadi lebih kusam gitu ... rasa dia lemak lemak ♥♥♥ amoy suka !


amoyella : taa best la template nih . tak leh tempek gambar besar gedabak sepenuh hati .

SELAMAT PETANG !

Salam dearest semuaa ... !

ehem . rasa semangat tiba tiba kental pula nak update belog bila ada template baru . balik balik tengok muka comel belog baru entah kenapa . aish . semalam takde pla online gara - gara nak buka belog . kalau online pun sebab nak tengok metro dan facebook . omoo omoo =..=

hoyeah . petang ni nak tolong mokcik buat KUIH KELITAH (orang melanau yang panggil begitu) entah ler orang melayu panggil kuih ni apa nama .

apa pun ... nanti malam amoy upload gambar kuih tu macam mana .



see u then


TAHUN BARU ! TEMPLATE BARU !

Salam dearest sekalian =')
maka genaplah setahun jagung belog amoy ni  pada 04 DISEMBER yang lepas .
dan genaplah entah kali ke barapa juta ratus dah amoy tukar layout belog kecintaan amoy ni .

walaupun tidak banyak follower yang pollow belog amoy ni . amoy tetap berbesar hati mengupdet template belog amoy ni dari semasa ke semasa . eh ada efek ke tukar belog dengan follower hit ? ngaaaa .... @..@

daripada amoy terus merapu meraban nih . amacam ? stylo tak belog baru amoy ? lebih simple khen ? khen ? khen ? kau hadoo ? non hadoo naks . hihik


TEMPLATE BLOG LAMA YANG OHSEM!
KENAPA TUKAR TEMPLATE BARU ?

sebab .. sebabnya ... amoy nak belog amoy nampak lebih cool dan cute .
belog lama macam terlampau over complicated dan membingungkan kan . kot ?



TEMPLATE BARU YANG SUPER CUTE dengan angry bird . eh ? 
tapi tapi tapi ...

korang suka tak template baru belog amoy ?


amoyella : gua rasa diri gua comel sikit bila dengan template nih . fap !

14 December 2011

TIME TO CHOOSE

Salam dearest !

Nampaknya cuti amoy tinggal dua minggu ja lagi . sedih semangat wa derr . amoy malas betul nak kembali ke sekolah . perkara normal lah khenn ... malas nak mandi air sejok awal pagi . turun kuliah . makan berbayar . arhh amoy tak suka kepalingan yang itu . ya . makan berbayar . jadi makan di rumah tak berbayar ? memanglah kan ... mak yang bayar keperluan dapur . kalau kat asrama duit sendiri yang kena keluar . (--") kalau awal semester takpelah ... kaya raya ...  tapi kalau dah hujung semester ... hurm ... susah nak cakap . kulit siput sedot pun rasa nak telan .

cuti kali ni ... Y . E . S betul betul buat jantung , limpa dan hempedu amoy sakit . dapat tengok sambil berputih mata jaa . huhu . tungggguuuu laaa ! ada lori ada bas , ada hari amoy kebas !

apapun ... perasaan amoy sekarang ni sudah kembali stabil dan normal . tiba - tiba kecintaan amoy tidak lagi terfokus kepada Y . E . S . sekarang kecintaan amoy telah terjatuh hati untuk tukar PRODUK SKINCARE . kekeke ... memandangkan kulit amoy dah tak huduh macam dulu . amoy ingat nak tukar produk . SET SENDAYU TINGGI amoy pun dah nak abes . yeay ! masa untuk ANJAKAN PADADIGMA ! paradigma lah sesangatt (--") 

tapi - tapi - tapi amoy tak tahu lagi nak tukar apa . dalam kepala amoy banyak betul nama yang timbul ;

  1. MARY KAY ( BOTANICAL )
  2. HADA LABO WHITENING SET
  3. SENDAYU TINGGI SET PURPLE
  4. SNAIL SET
hurm ... masa masih banyak lagi nak baca review - review pasal produk skincare . sabar amoy . sabar ~



amoyella : waaa ... tak sangka SETIA ngan SENDAYU TINGGI ni DUA tahun lebih dahh . walhal amoy ni sebenarnya jenis yang cepat keboringan dengan bau - bau produk . dah tiba masanya nak tukar . tukar . tukar . lalalalalaaa



12 December 2011

STRESS PUNCA JERAWAT

Salam Peeps !

sabar jelah LIMPA dan HATI amoy ni bila call MASWING pagi tadi , diorang cakap FLIGHT SBW ke KKIA T2 ( 02 . 01 . 2012) sudaaa FULL ! nampaknya amoy kenalah ready untuk REDHA dan PASRAH menerima surat PINK manja daripada pihak Hal Ehwal Pelajar nanti . Daftar Kolej Kediaman 1 / 2 Jan 2012 , daftar opsyen 3 Jan 2012 . hooorraaii ! amoy tak sempat nak book flight dahh ! 

Apapun disebabkan hal ini ... seketul JERAWAT telah timbul serta merta di bunga hidung amoy ! tension wa derrr . kemain wa jaga kulit wa ni . akibat stress sikit pasal tiket flight berkenaan ... timbullah puleks gunung berapi dahsyat di bunga hidung ini . serius bermaharajalela . huhu 

bukan setakat tu ja ... amoy dapat rasakan gelombang STRESS telah mengaktifkan gelora HORMON yang ntah apa nama dia , juga hormon berkenaan telah meranapkan pertahanan kulit lantas menjadi tunjang punca kuasa dua JIRUS MINYAK SEBUM yang banjir setinggi 1.52346543 meter di T_ZONE amoy . hurmm ... orang baru nak cantik ... dah kena huduh balek ...

nampaknya ... untuk meneutralkan balik keadaan ... terpaksalah amoy fokuskan kembali tumpuan amoy untuk fight oooo ... oh GEJALA JERAWAT ini agar diorang tidak menyuburkan diri memasing .



amoyella : susah betul nak jaga kulit ! skincare kena jaga ... makan kena jaga ... hati pon kena jaga ! haishh ...


ADIK ADALAH ABANG

Salam Peeps!

bangun ja dari tidur , tanpa membuang masa amoy terus pergi bilik air , cuci muka , gosok gigi , dan breakfast . awal gila breakfast di rumah ni . apapun berakfirst didahulukan . breakfast diutamakan . before 6.30 semua mesti dah settle . aik ? takda solat subuh ? yelaaa ... amoy kan ferempuan yang mana setiap bulannya akan ada cuti . ngehngehngeh ... minggu ni minggu percutianku ! horaii !

Kelmarin ... amoy g hantar ahdek lelaki amoy pergi Politeknik Mukah (PMU) . semoga dikau memperoleh kejayaan di sana . aminn . dari semalam  maybe diorang dah berhempas pulas DIKERJAKAN . i mean minggu orientasi . tehee . PADAN MUKA ! memandangkan amoy ada banyak junior dan senior SEMEKAI kat PMU ; amoy ada jugak sound sound kat diorang semalam suruh KENAKAN adik amoy tu cukup cukup . haha ! ;')



it's him . Chaiyok abang !
aits ... muka macam gambang heeii

amoyella : walaupun dia ni ahdek ... tetapi kena panggil 'ABANG' sebab dia satu-satunya lelaki dalam family amoy . huahuahua . ahdek amoy adalah 'abang'

09 December 2011

GOLONGAN FB CHATTERS AMOYELLA

Morning peeps !

hari ni amoy nak ceta pasal FACEBOOK CHAT . ehem ... dengan ini amoy mengakui bahawasanya amoy suka chat dengan strangers di facebook . sebabnya entah . bukan bukan amoy nak mengorat ar... amoy on chatbox pun time amoy BETUL BETUL FREE ja . time boring lah . kalu amoy bizi amoy akan offline .

bila on FB chat semestinya akan ada pop ! pop ! pop ! fb chat buzzing yang sungguh sengal annoying di telinga akan bergema . mute .

perasaan retiss pla bila ramai orang masuk chat (^^,). tehee . fapp ! ferasan . ada beberapa golongan FB chatters yang amoy dapat kategorikan ...



  1. Golongan ILMIAH : golongan ini kebanyakannya bukanlah strangers . antara adalah junior ... senior ... rakan se IPG ... rakan gampang time sekolah dulu - dulu ... kiranya macam ada kepentingan lah . amoy perlukan diorang ... diorang perlukan amoy . hehe . share nota . share idea . share soalan spot . share kertas kerja dan banyaakkk lagi .
  2. Golongan HATERS : golongan yang cemburu dengan dahku . bukak chatbox semata - mata nak meMENANGkan diri sendiri . wutevaah !
  3. Golongan CARI KAWAN: ni amoy suka . tanya itu ... tanya ini ... hanya untuk kenal gitu gitu seja . ok lah tu kan ... takde lah FB ni penoh dengan strangers duapulohempat jam .
  4. Golongan CARI JODOH : ini terpaling banyak sekali . nama golongan yang ni ponn macam gampang ! chat hanya nak tahu kita ni ada BOYFRIEND ka tidak ? insyaallah amoy akan jawab "YUP, ADA BOIPREN SUDAAA ......." hehe ! siok pla ... tapi bagus jugalah ... lepas amoy cakap amoy ada boipren , comfem diorang takkan chat lagi (--") nampak giler cari jodoh . haha ! eh ... amoy ada boipren ke ? wuuwu
  5. Golongan NAK LEBIH CANTIK DAN HANDSOME : yeah ! yang ni amoy paling suka sebab ... sebabnya ... amoy dapat share pengalaman amoy ngan korang semua . semenjak dua menjak ni memang ramai sangat chat / mesej sebab nak tahu tips amoy hilangkan jerawat bertimbun di muka . amoy ok je lau korang nak tanya . amoy akan cuba tolong berdasarkan pengalaman amoy sendiri ... (^ ^) lagipun amoy tak ada kepentingan nak iklankan apa apa produk . 
  6. GOLONGAN ANEH : yang ni bagi link video . anehnya virus itu (-..-)

amoyella : Time free a.k.a cuti macam ni memang masa yang tepat untuk membuat pergolongan FB chatters . hoi hoi !

07 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY : HUH ?


MUKA SEPA PALING SEDIH , HUH ?

05 December 2011

SLEEPING BEAUTY

Salam Peeps !


macam besalahh khen ... zaman cuti begini mood untuk mengupdet belog agak lembab selembab cuaca di musim tengkujuh ni ... ehem ... penat giler badan amoy ni bila duduk rumah . bukan penat sebab kemain buat kerja rumah segala , tapi penat sebab aktiviti yang amoy buat kat rumah ni so - so - so jer . letih berdepan dengan keadaan yang terlalu santai .

nak pergi bandar pla =..= takda kenderaan sendiri . amoy masih study lagi ... jadi xmampu untuk memiliki apa - apa harta kenderaan waima sebuah basikal . nak ambik lesen ... mama tak kasi pula . macam la amoy ni masih suwitt 17 teen . arahan ibu kena patuh . ehem . nak naik kenderaan awam ... emm ... malasku ! dah la amoy ni jenis yang mabuk darat . huhu . kalo dapat g bandar atleast dapat gak ah pergi saloon buat facial ke ... perm rambut ke ... massage ke ... makan - makan ke . huhu . berpoya poya sungguh keinginan napsu feremfuan kuh ini ~~

tapi takpe ... dekat rumah ni ... amoy penuhkan dengan misi membayar waktu - waktu tidur yang tertunggak sepanjang tahun 2011 . enak sungguh di musim sejok sejok gini . ngehngehngeh ...

Sleeping beauty lahh sangattt !


bilaaalah putera raja nak bangunkan amoy dari tidor nih ?

03 December 2011

AMOY KENA TAMPAR


Salam Peeps! haapppy holidays !
ehem ... dua tiga hari ni amoy sangatlah pemalas nak mengupdet belog ini dengan ghairah memandangkan cuaca sejok yang melanda Pesisir Pantai Sarawak kini menggoda amoy untuk berkubang dengan redha di dalam selimut percuma daripada Malaysia Airlines . sepanjang perkubangan di dalam selimut ini barulah amoy sedar bahawasanya " MENYESAL KEMUDIAN MEMANG  TIDAK BERGUNA " amoy sangat menyesal sebab pergi cuci selimut tebal amoy yang kini ENTAH BILA AKAN KERING ... memandangkan  bahang suria belum lagi menyentuh bumi oya 2, 3 hari kebelakangan ini .

sekian berita NTV7

seperti tahun - tahun lepas , musim sejok sejok begini adalah musim teruna dan dara mengawan melangsungkan perkahwinan . so ... amoy mama turut tidak terlepas daripada jemputan ke majlis perkahwinan sekitar kampungku ini . amoy turut tidak akan melepaskan peluang untuk join sekaki ikut mama / makcik . kekeke . kalau kenduri kawen gini ... banyak makanan woo ~~ haha ! itu yang penting

hari ini 03 / 12 / 2011 : setelah perut comel amoy ni kekenyangan melantak sepinggan lauk pauk ; ada ikan kicap , telur masin , sayur umbut kelapa , semualah lauk2 yang ada kecuali kari lembu ja yang amoy tak tertelan... amoy dan makcik pergi laa bersalam ngan tuan rumah . lepas tu TERUS BALIK tanpa membuang masa . haha dengan niat nak sambung berkubang dalam selimut sesampainya di rumah nanti (=..='') sebenarnya rumah kami dekat ja . oleh kerana nak JALAN LEBIH DEKAT kami sanggup ambik jalan pintas . lagipun hari hujan ... dalam keadaan yang tergesa - gesa , amoy mengekori makcik . tiba tiba ! FAPP ! amoy terasa muka amoy kena tampar ! amoy hanya sempat elak dengan tutup mata sahaja . bila buka mata perlahan . CIS ! DAUN PISANG rupanya yang tampar amoy !

rupanya daun pisang tu tersangkut dekat payung makcik mulanya (depan amoy)... terlampau fokus tengok jalan sampai amoy tak perasan ada daun pisang STANBY dah nak buat tamparan jurus kame hameha . sudahlah daun pisang tu basah . nasib baik celak amoy waterproof punyerr... miahaha






 amoyella : sampai hati daun pisang tampar manusia comel macam amoy ni (--")

~~ mode ferahsan ~~

01 December 2011

AKSI GHAIRAH BINATANG

Salam peeps

seperti biasa ... aktiviti MALAM amoy sepanjang cuti adalah MANDI --> SOLAT MAGHRIB --> LIPAT BAJU --> LEPAK - LEPAK NGAN MAMA DAN MAKCIK --> SOLAT ISYAK --> MAKAN --> SANTAI a.k.a TIDUR . bagus giler khen ... malam ni amoy rasa insaf sebentar setelah menatap perut comel amoy kembung semacam . sangat tiada excercise . harap naik turun tangga jemur dan angkat baju . alangkah bagusnya kalau ada suami ... dapat juga exercise malam - malam . fappp ! kalau macam ni terpaksalah amoy kawen cepat - cepat . hahahaha . eh sila fikir bukan - bukan . takkan amoy nak ajak suami yoga malam - malam ye dak. haha

lantas cepat - cepat tampar patung tepi sendiri supaya fikiran amoy yang kudus ini tidak ghairah ke tempat lain .  tiba - tiba terlihat pla elmo sedang mengorat lubnan di depan pitu bilik . alahai ... si lubnan baru sahaja sebulan bersalin ... elmo kelihatan tidak dapat menahan nafsu lelakinya . dui ... tengok ... kucing ni kalau nak beromen pleaselah jauh di tempat tersembunyi . tak pasal - pasal kepala amoy ni menyimpang ke arah pornografi alam haiwan . hurm ...

ok , elmo mengejar lubnan . ntah berapa kali round dah diorang lalu depan pintu bilik amoy dengan aksi begini .
elmo ni memang tak pandai mengorat . buat malu tuan saja ! hermm ... !


amoyella : kalau amoy rasa boring dah tengok korang dua ke hulur ke hilir . insyaallah malam ni dua - dua amoy sumbat dalam cage ngan baby elmo junior .




SABAHAN WAIT FOR ME

sungguh kontroversi tajuk iteww . macam nak mintak lepuk 34543 kali . 
macamla orang sabah nak tunggu amoy . kekeke

korang tau tak ? dari jam 8.30 pagi tadi amoy try call ke SANA dan SINI sebab sebabnya nak tukar tarikh penerbangan amoy ke Kota Kinabalu . hadoi . baru je TOPUP terus habis licin gara - gara calling agent MAS . sudahlah time ni sememangnya amoy tengah kering kontang tak de duit . sobs sobs . mengasihanikannya amoy . nak menghubungi kawan pon terpaksa jimat guna FB jep .

semalam amoy minta nombor telepon agent flight (tempat IPG beli tiket) dari kawan . bila amoy call dekat tempat berkenaan ... diorang tak mo mengaku bahawa tiket berkenaan dikeluarkan oleh diorang . rupa - rupanya AGENT FLIGHT MAS dan AGENT AIR ASIA , tempat IPG beli adalah berbeza . (=..=) BUANG KREDIT SUNGGOH ! 

pastu amoy pergi kodek kodek nombor telepon yang ada di itenary receipt . tiada sebarang nombor telepon lah pulaa (--'') cuma ada NAMA AGENT sahaja . OK FINE , amoy terus search google nama berkenaan . yeppi ada ! juga ada nombor telepon dan amoy terus pergi call . beklah , tanya punya tanya ... diorang cakap tak boleh tukar . KENA BAYAR RM10 kalau nak tukar . SENTAPS ai ! nak bayar camana ? diorang sanaaa keningau . hermm (- -'') mata duitan sungguh . walhal maktab beli tiket di sana dan bayar MAHAL ! sabah - sarawak 594 MYR . biar betik ? sabah sarawak jiran dekat jak ok

amoy dah setart nak sedih sebab terpaksa balek awal ke maktab 01 Jan 2012 . walhal maktab buka 04 Jan 2012 . tak moo balek awal . hewhewhew ... nak tukar tiket ... tak dapat la plaa =..=

lepas tu amoy pergi search maswing website

try call nombor yang dekat sana pla . hurm ... nampak betul amoy ni GIGIH nak tukar tarikh tiket kan ? kan ? kan ? sekali amoy call ... bukan sekali tapi 3 KALI . diorang cakap amoy salah talian . talian berkenaan adalah talian MAS . dan bagi nombor lain 032 2724248 (talian MASWING) . tebal lapan belas inci kot telinga amoy time tuh . nasib baek amoy dan agent berkenaan tidak bertentang mata . kui kui kui .

relax . tenangkan fikiran . KREDIT pla makin SUSUT ! shitto

seterusnya , amoy memantapkan usaha gigih amoy untuk menukar tarikh tiket itew dengan mendail nombor baharu . akan tetapi ... dukacita di maklumkah amoy SALAH TALIAN LAGI . untuk tukar tarikh booking , kena dail 037 8433000 . amoy dah hampir putus asa dan harapan nusa dan bangsa . kredit pun tinggal sen - sen jak lagi . sabar amoyella . sabar ...

okeyyhh ! LAST TRY . amoy gagah kan jua diri untuk call nombor yang diberi . amoy GERAM betul dengan iklan pada sambungan talian . panjang bebenor . omooo omoo ... dahla tiada kredit . takut juga kalau tiba - tiba terputus sebab habis kredit . tetapi berkat kesabaran dengan setiap ujian dan dugaan ... akhirnya amoy BERJAYA tukar tarikh tiket iteww dengan PERCUMA juga kredit yang ngamm ngamm . yupp ! FREE OF CHARGE . kau hado ? non hado ... hehe



amoyella : sebenarnya amoy nak kacitaw bahawasanya ... amoy sangat senang hati sebab TIDAK PERLU KELUARKAN BUDGET LEBIH LEBIH kepada agent maswing kat mukah ! nak tukar tarikh tiket jak pun kena cas 40 MYR . punyalah pisau cukur betul . hishh !

TERIMA KASIH ABANG AGENT MASWING ! =')

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com