28 February 2011

1malaysia.com

 wah . amoy menyahut cabaran 1malaysia hari ni .
baru ja join 1malaysia.com
identically macam facebook klasik 


kan? kalau anda join FB sejak dari awal-awal lagi
macam ni la rupa dia
simple ja
belum banyak application!
kejakunan dan kesakaian amoy terhadap benda ni diteruskan lagi dengan
chatroom. videos. music. dan ada chatbox jugaaa YANG TIDAK KENA BLOCK WEBSENSE
suka.suka.suka

meh add amoy
cukup . tu seja . bai bai


bilalah 1malaysia.com ni ada farmville atau dinnerdash?

27 February 2011

Serius Malu

sila baca dengan mood serius. amoy pun tengah serius ni. baru balik dari pekan. serius amoy rasa kemaluan yang serius tadi . 

dengan membawa perut kosong. perut lapar. yang mintak di refill dengan segera. amoy melangkah penuh confident menuju ke restoran tempat amoy salu makan. laju dan cepat. tiba - tiba langkah amoy terhenti ditengah jalan raya. ya , betul-betul tengah jalan raya. bukan nak tolong orang tua itu melintas jalan raya. atau nak camwhore apa jadah. tapi sebab ... sebab benda ini 



sebab benda ni terputus ! wuwuwu
amoy suka selepar ni sebab dia tinggi
dan amoy nampak tinggi bila guna dia

tanpa berfikir panjang amoy sambung balik yang putus tu. alaa , tertanggal bahagian depan seja. ingatkan lepas makan baru pergi beli selipar baru. tup2. bila sampai depan public bank (belum g sampai restoran) , dia putus lagi ! (T.T) dahsyatnya kemaluan amoy time tu. sabar seja hati. dua kali terputus. 2X kau kasi kuyak aku kan selipar. dasar selipar crocs murahan !


kali terakhir bergambar dengan dia ni di public bank tadi
sudah amoy buang selipar ni dalam tong sampah kat keningau .
geram !


huh ! kurang assam punya selipar crocs
tiada maaf bagimu ! cukuplah 2X kau menguyak amoy
haishhhh (_ _ !)


nasib bek ada mee tomyam
pengubat haru biru tengahari tadi
hariku KELABU !


crocs , dirimu telah ku dua kan
kini amoy beralih arah kepada yang ni . sungguhpun brandless...
namun dia tidak mungkin akan tercabut / tertanggal


terima kasih rambina .
nasib baik kedai kau dekat-dekat seja .
taklah jauh sangat amoy nak cari pengganti crocs tadi
Bah , mau tidur luk ... penat cover malu tadi . TATA !

26 February 2011

REHAB Rihanna ft Justin Timberlake versi Melayu


Pertama kali bertemu 
belum pernahku merasai kekuatan sebegitu
kau seperti cintaku
juga sahabat terbaik
keduanya ku ikat menjadi satu
dengan pita di atasnya
tetapi tiba-tiba
kau pergi meninggalkanku
sehinggakanku tergamam untuk mengejar
sebuah kejutan yang
mendakap seluruh tubuh
dan mematikan hati
kosong dan hampa

dan takkanku serah jiwa ini kepada yang lain
sepertimanaku serahkan padamu dahulu
bahkan takkan pernah kau sedari
bagaimana kau melukakan hati ini
sedarkah?
hanya keajaiban akan membawa pulang diriku yang asal
dan hanya kamu yang patut dipersalahkan

sekarangku terasa..oh
kamu penyebab fikiranku
berkecamuk
terganggu
sehinggakan terasa ingin mencipta angan baru
sebaiknyaku tidak mengizinkan kau mengetuk pintu hati milik diri ini
sebaiknya kau terus berlalu dan pergi
sebaiknya itu yang terjadi
cause baby you're my disease
i gotta check into rehab

oh syg kau ibarat penyakit berjangkit
aku perlukan pemeriksaan doktor !

beh ! camna mau duduk MUET ni ! sobs sobs (T.T)



25 February 2011

Dear Love


love takes time
i don't care how long it takes ...




24 February 2011

New Header !

HEADER BARU tada ! walaupun tidaklah seberapa memandangkan header ini hasil tangan golongan amatur SEJA >.< 


sebenarnya amoy masih sayang sgt header ni . 1st time guna ps tau !
tapi lama dah pakai . syaitonnirrajim cute nak pencen dah 

new header . lebih santai kan ?
header baru tak main cucuk cucuk cam header lama . miahaha

err. . . santai ? amoy bukan copycate ABANG BEN ! huk 3 ~ ~

Empat Dalam Satu (4 in 1)

hello guys and fellas ~

Pengumuman penting , amoy sangat busy ! seminggu ni amoy sangat busy ! nak update pun tak sempat nak menyempat ! haiyaaaaa ! layout blog amoy pun dah tak comel lagi dah ! wuwuwuuu . . . 

semalam ada dua event yang amoy kena datang . serta ada dua urusan yang amoy wajib selesaikan ! tidak termasuk kuliah , tugasan tutorial , assignment dan keperluan harian . 2 event yang amoy wajib hadir ialah BIRTHDAY PARTY classmate (4in1) dan MALAM WARNA WARNI BAHASA . 2 urusan wajib ialah urusan malaysia airlines (MAS) student card dan booking tiket air asia . SERTA lain - lain yang perlu disegerakan (malam tadi juga) adalah powerpoint PAKEJ PEMBELAJARAN yang amat dahsyat itoh dan persiapan menghadapi KUIZ SUBJEK ANATOMI DAN FISIOLOGI yang maha membengunggggkan itoh . disisipkan juga sesi bercinta .

apapun . . . amoy telah membahagikan masa dengan sewenang - wenangnya . balik ja dari kuliah > solat zohor > bersiap dan terus outing ! kira kira dekat jam 2.00 petang baru sampai pekan keningau . amoy naik bas mini seja . belum ada lesen . haha > cuci gambar untuk borang MAS *setengah jam* > pergi pejabat pos *setengah jam* untuk pos borang MAS berkenaan > BAGUS !! befday 4in1 tu start jam 2.00 petang uh ! > lewat ! dekat jam 3 baru siap > bergegas ke KFC > semua orang dah habis makan . . . tapi sesi memotong kek belum lagi tau ! SEMPAT ~

akhirnya sesi befday 4in1 habis kira-kira jam 4 gituw . jalan - jalan cari barang keperluan dan kepentingan . akhirnya tersangkut lagi dekat highheels . adooooooooooiiiyaiee . malas nak ceta . hati perempuan ni memang tak pernah puas . balik dari pekan > solat > mandi > basuh baju > solat > solat > turun lagi dewan utama sebab ada MALAM WARNA WARNI BAHASA . selepas 5 - 7 persembahan . . . melarikah diri . escap ? bukanlah , tapi , sebab banyak lagi kerja yang belum siap yang perlu disiapkan . apa yang penting UTAMAKAN TANDATANGAN KEHADIRAN . haha ! 

kepenatan yang tidak mampu diluah dengan kata kata . sisa tenaga terus meneruskan generate sisa terakhir tuk siapkan pakej pembelajaran  disamping membaca nota - nota anatomi dan fisiologi . ohh bersaabarlah amoy . 

bawah ni gambar dari camera roomate . amoy banyak uplod gambar yang ada muka amoy seja  . hahaha . tak banyak amoy upload . ramai gambar akan menyusul kemudian . hehe . . .

see ? pinggan amoy masib penuh sebab lambat datang !
eh . . cik berry pun lambat tau ! bukan amoy sorang ja . 


Vip lah katakan . lambat sekali sekala . meja orang lain tinggal tulang KFC
seja lagi .


meneruskan usaha menghabiskan KFC
walaupun orang lain dah busy tangkap gambar
*ehh .. amoy pun sedang tangkap gambar bah!*


my roomate yang ayu .
xtually amoy tengah melahap KFC ni .
mulut penuh . senyum jadi plastik ! gaga


i am me , amoy , ella , and ramziella
weii . . . kat sinilah highheels itoh . naaaaaaaaaakkk !


Kesimpulannya , makanlah sementara stok masih ada 

HAPPY BIRTHDAY SHELLY , PIPIE , PEREZ , and BAI ROYOK ! ^^
AIYOO ... AMOY TAKDA GAMBAR KORANG PLA . 
Amoy bawa camera battery powerless pla semalam .
kucar kacir kan .. luv u all !

11 MAC 2011

salam sejahtera buat amoy amoy dan apek apek sekalian blog . . . amoy sangat happy hari ni . sebenarnya start dari semalam dah kehappyan melanda diri ini ! amoy akhirnya comfirmkan tiket balik sarawak ! yeeaaahu !


perghhhh . . . feeling macam balik study dari oversea seja ! walhal kat sabah ja pon . mama , nantikan ketibaan anakandamu ini . lubnan dan elmo *rindu sangat - sangat*

ohh . . . ini hanyalah flight dari KK - MIRI . then the next day , amoy akan ambil bas MIRI -  MUKAH . tak sabarnyaaaaaaaaaaa hati . oh ! cepatlah cuti sekolah . amoy rindu sangat dah ngan family . homesick tahap kritikal ! 

sebenarnya nak ambil tiket KK - SIBU . . . tapi memandangkan mybank2u amoy bermasalah . so tak jadilah . KK-sibu mahal . lagipun guna account orang . ada seorang insan bermurah hati meminjamkan cimbclicks . nak guna banyak banyak tak brani pla . kad orang . nanti jadi apa2 ? errr ~ dear you , thanks ya !  ^^ . MUAH X 18 . sebenarnya segan >.<  tapi kalau dia cakap tak perlu ganti balik . . . comfem amoy beli KK - SIBU . miahahahahhaaaa !

geram betul dekat mybank2u . dah dekat sebulan dia punya online sistem tuh down ! tak dapat pla nak daftar kat ATM . mybank2u amoy yang lama kena *tetttttttttttttttttttttt* pla ! aiyoyoyoyo ! 

sekian sahaja . bai bai ! mood amoy dah terbang ke kampung buat masa ini .

20 February 2011

Bila Dell masuk Hospital

Hello amoy amoy dan apek apek sekalian . malam ni nak tulis entry kontot kontot seja . penat nak fikir dan tulis panjang berjuntai *macamlah orang suruh dia tulis panjang* . pagi tadi amoy sempat gak tulis entry tentang SUKA atau SUKA-SUKA . jadi malam ni nak cerita tentang kepenatan sepanjang hari ni tadi . huk ! huk ! 

FYI , seminggu ni enche dell amoy ni kurang sihat sendi anggota anatominya . tengah - tengah print dia boleh tershutdown . shutdown ikut suka ti dia seja . oh sungguh mengharu birukan ! kadang kadang batery tak masuk charge . not responding tuh memang makanan dia lah . lambat shutdown . lambat on . urgghh . . . memang banyaklah lemak enche dell ni . mungkin dah nak menopouse . nak beli baru ? hehe . . . lama lagi kot , sekarang tengah kumpul duit nak beli sony vaio pocket tuh . . . punbagaimanawalau , amoy tetap sayang enche dell . dialah nyawa . dialah nadi . melampau ! enche dell ni mama amoy yang belikan . soobbb sobb . . . manalah amoy mampu nak beli sendiri . amoy tak kerja . tak berduit . miskin lagi . melampau !

so , hari ni , bawa enche dell ke hospital jumpa doktor . amoy bawa external hardisk juga . lama dah rosak . lebih kurang empat jam enche dell dirawat . mula - mula memang rasa panas panas dah dalam hati sebab doktor tu cakap 2jam seja rawatan berkenaan . tengok tengok empat jam jugaaaaaaaaaaaaaakkk amoy kena tunggu , menanti dengan penuh sabar . tekun . ikhlas . dan yakin . nasib baik doktor ni sedap mata memandang dan berbudi bahasa cemerlang , gemilang dan terbilang ketika bercakap . sejuk juga hati ni . terus kepanasan hati turun ke paras normal . untuk memenuhi ruang waktu EMPAT JAM berkenaan . . . amoy pegi makan --->shopping--->makan lagi


kanan amoy tu . . . memang suka control ayu.
kiri tu . . . memang sentiasa ayu
amoy tak ayu . comel seja . haha


menu tambahan : HATI AYAM masak berempah .
sedap giler babeng . nak lagi !


ni order cik dayang . kuetiaw special .
telor jadi topping tu kot yang special . sangat banyak dia bagi ! berbaloi


ni rumet yang orderkan . . . sweet sour prawn
sedap gilosss . . . bila dia punya sour dan sweet tu bergabungg...meletup!
weee. . . ^^


ni pla makanan amoy . TOMYAM special !
fuhh ! rempah sambal tomyam dia memang pekat berabis ! terbaek !


korek ATM lagi T.T
baru ja ingat nak simpan simpan duit tuk dating~


shopping : should i grab this ?
no amoy ! no !


bila lagi enche dell ni nak siap ?
gerammmmm ! ! !

akhirnya kami sepakat tunggu enche dell tu siap . tunggu di mana ? di honey sweet ! makan ABC lagiii . . .! ouh...i'm addicted ! k . . . lepas tuh . pegi amil enche dell . external HD amoy masih lagi doktor tu simpan buat kenang kenangan rawatan selanjutnya . harap cepat cepat sembuh ya HD !

Till then . . . tata !

SUKA atau SUKA-SUKA

salam sejahtera kepada amoy amoy dan apek apek sekalian

semenjak dua menjak ni, entri entri amoy ni macam penulisan kaunselor pla . emm . terasa nak tukar opsyen lah lepas ni . nak amik subjek bimbingan dan kaunseling . hohoh ! emm . eh , lagi ada 2 tahun lebih nak habis study . kang rugi pla . nanti sambung master subjek kaunseling lah . ^^

ni nak cerita pasal suka atau suka suka ? amoykan wanita , so MUNGKIN lebih kepada kewanitaan ENTRY INI . emm . satu lagi . entry amoy ni lahir dari jejari bulat amoy ni . bukan copy paste ar . kalau tersama tuh . jodoh maknanya . nak copy ? silakan . at least jangan lupa kredit kat amoy . kang ada yang kena pelengkung orang melanau ni kang . ni bukan sebarangan pelengkung melanau . ada mixed cina . 

SUKA
  1. amoy amoy mudah mempamerkan perasaan terhadap kesukaan dia . kalau wanita sudah suka , dia sanggup memberikan apa sahaja walaupun sebenarnya dia tiada . contohnya , sempena hari jadi kekasih , dia akan cuba memberikan hadiah terbaik walaupun pada waktu yang sama dia amatlah sengkek @ kering kontang @ tidak berduit . dia cuba menggembirakan hati orang yang disukanya .
  2. jantung rasa debar-debar bila ternampak orang yang disukai . tiba tiba seluruh alam semesta disekeliling terasa tidak berketentuan . hilang arah . nervous ! haha . lol . ke amoy ja yang rasa gini ? ohemjay !
  3. gembira bukan kepalang mengalahkan tahap dewa gaban bila orang yang di suka bagi respon . biarpun respon dia adalah dengan membaling selipar jamban . at least , ada tindak balas . ye x ?
  4. bila sudah suka akan sesuatu barang . wanita akan berusaha mendapatkannya . seriously ! contoh . bila nampak high heels merah *ngam pla dengan baju baru warna pink yang baru dibeli + belum ada high heels merah* dia akan mendapatkan high heels itu ! harga RM70 . tgok purse ada RM75 . "...kena grab high heels ni . nanti cucuk atm lagi " senyum girang . nasib baik duit cukup . beli . u're mine !
  5. menunjukkan minat 110% terhadap kesukaannya . contoh : terasa nak beli set 24 big apple bila berhadapan dengan donut donut warna warni itoh ! bila masuk pija hat : rasa nak order semua jenis latest pija yang belum pernah cuba .

SUKA-SUKA
  1. cukuplah dengan memberi alasan untuk membebaskan diri daripada sesuatu ikatan . contohnya : beri saya masa untuk berfikir tentang hubungan kita . @ inilah syarat syaratnya jika ingin couple dengan saya . 
  2. tidak BERPERASAAN bila mengusik kawan . entah kemana menghilangnya hempedu dan limpa . tidak pla berasa puas setelah mengusik rakan berkenaan . rasa nak buat lagi . lagi dan lagi . 
  3. tak kesahhhh pon kalau kau tak bagi respon . blur .
  4. atau jika ingin menolak pelawaan untuk keluar bersama . "nanti kita drive ke genting" . walhal memang sedia maklum tiada salah seorang antara kamu pandai driving . ni kawan amoy selalu buat . rasa nak tarik tarik ja hidung diurang ni . grrr !
  5. alaaa . . . baju ni cantik , tapi warna dia tak sesuai dengan kulit saya . rasanya , perkara begini tidak perlu diberitahu . kalau nak , AMBIL ! kalau tak nak , jangan tegur . buat kempunan diri sendiri seja . sesaje je nak show off kot . 

satu2nya hero dalam family amoy
amoy confius : senyum dia ni....
SUKA atau SUKA - SUKA ?

19 February 2011

CINTA ibarat BUNGA




CINTA, BERCINTA, DICINTAI, MECINTAI merupakan anugerah ilahi . cinta merupakan perkara normal dan tiada sesiapa yang mampu melawan arus cinta . jika dilihat dengan mata kasar . cinta terbahagi kepada dua . cinta ghaib dan cinta nyata . cinta ghaib adalah cinta kepada pencipta sekalian makhluk di langit dan di bumi . cinta kepada sifatnya . cinta kepada pesuruhnya . cinta kepada ilmunya . cinta kepada perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar . cinta nyata adalah cinta yang bertentangan dengan cinta ghaib . cinta terhadap perkara yang boleh diukur , dinilai , ditafsir , diuji .

sebenarnya , amoy bukanlah ingin menyebut tentang cinta ghaib . memandangkan ilmu amoy masih belum mampu untuk mengupas akan hal berkenaan . amoy ingin berkongsi pendapat amoy tentang cinta nyata atau lebih khusus lagi cinta couple . ramai ulama mengatakan cinta couple hukumnya adalah haram . mmm . sesetengah mengatakan tiada ketetapan hukum . pendapat amoy : bercintalah selagi ia tidak melanggar peraturan dalam islam . sesungguhnya allah menciptakan manusia itu berpasang - pasangan untuk saling mencintai dan melengkapi . okey , stop . nanti amoy tersalah sebar info salah pla . hee . bercinta ni kira macam bunga .

CINTA KUNTUM BUNGA BUNGA
bab pertama . memilih cinta . cinta yang singgah disebabkan kecantikan . luaran . ya , jika tidak disebabkan luaran cantik macam sekuntum bunga , tampan dan ensem manakan hati akan berkenan ? tipulah , jika kau kata kau hanya memandang dalaman ! sebelum kau kenal dalaman kekasih kau , kau mesti kenal dulu wajah dia macam mana . menyejukkan ? atau menggerunkan ? yup , amoy turut tergolong dalam golongan berkenaan . bukanlah amoy bermaksud amoy menolak 100% wajah yang hodoh . jika memang takdir ketentuannnya . terima seadanya . siapa tahu ada hikmah disebaliknya . 

CINTA BAU BUNGA
perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar . bau bunga mencerminkan sikap manusia . bau bunga memainkan peranan yang besar untuk menarik perhatian sesiapa sahaja . bunga yang wangi walaupun kecil tetap menjadi pilihan . sebesar bunga tahi ayam pula diberi nama 'shit' . takda siapa mahu . kau nak ? amoy tak nak . kalau lelaki jenis menengking orang , memang sah2 awal awal lagi amoy blacklist . buat sakit hati . ni baru bab memilih pasangan . 

CINTA KELOPAK BUNGA
ini pula bab musim bercinta . cinta bagai belangkas macam kelopak bunga yang rapat - rapat . 24 jam bersama . tidak boleh renggang . ke libry bersama . makan bersama . tidur bersama eh ! ini bagi suami isteri seja >.<  akan tetapi , kadang kadang kelopak bunga ni mudah berguguran jika tidak dijaga rapi . >.<  opss . so jadilah kelopak bunga plastik yang tidak mudah gugur . sentiasa mekar . 

CINTA DAUN BUNGA
ini adalah cinta JARAK JAUH . huhu . sob sob . macam kedudukan daun bunga yang jauh jauh . cuma kadang kadang bertemu bila ditiup bayu . macam cinta amoy . ntah bila dapat jumpa . ouh ! tacing pla malam ni . bila daun bunga dah bertemu macam tak mau berpisah pla . dush ! dush ! merepek lagi . tapi bagus juga . taklah mudah voringgg kan ? hehe . oh cinta jarak jauh memang agak menyedihkan . daun yang berada di dahan kiri tidak tahu daun yang berada dahan kanan gugur . maksudnya kadang kadang kita tidak tahu apa pasangan kita sedang lakukan sekarang . jauh . tak nampak . tak perasan . mungkin sakit ? curang ? kita tidak boleh buat apa apa . susah nak detect .

CINTA POHON BUNGA
amoy bukan nak cakap pasal pohon bunga tulip yang tumbuh satu seja . amoy nak banyak cabang macam pohon bunga raya ! banyak cabang k . maksudnya , dalam bercinta banyak cabang yang kau boleh pilih . nak lurus atau meyimpang .  amoy straight ok . amoy tak minat pengkid . amoy bukan lesbo . kau gay ? amoy tak kisah . lol !

maksud kedua pula . bagi yang telah menjalinkan hubungan percintaan . anda bolehlah memilih mana - mana cabang yang anda suka . emmm . semua terletak ditangan anda ! celcom ! hohoo . tapi kalau boleh pilihlah jalan yang terbaik kerana tujuan dalam bercinta bagi perempuan hanya satu . pernikahan . macam pohon @ dahan bunga juga . hala tuju dahan bunga hanya satu ! iaitu sumber cahaya untuk proses fotosintesis ! terpulanglah kepada pucuk setiap dahan berkenaan untuk membuat pilihan . nak ke utara ke . selatan ke . timur . atau barat ?

CINTA DURI BUNGA
dah namanya duri , mestilah menyakitkan ! cinta adalah menyembuhkan dan kegembiraan . bukan menyakitkan . bukan kedukaan . bukan kesedihan . bukan tekanan . cinta adalah untuk menenangkan kecelaruan . menguraikan ketegangan . melerai kekusutan . melapangkan fikiran . juga terapi kebahagiaan . untuk apa disimpan perkara yang menghiriskan ?

jika digunakan dengan baik , duri bunga juga mampu menjadi pelindung diri , pendinding hati . cinta mewujudkan kekuatan . bukan melemahkan .

CINTA AKAR BUNGA
terakhir , cinta adalah seperti akar bunga . akar yang memilih . akar yang menyedut segala kebaikan sahaja . hanya memilih nutrien-nutrien penting untuk pohonnya . seperti juga cinta . cinta memerlukan kasih - sayang . kesetiaan . kejujuran . dan segala yang mampu menyuburkan cinta . cinta tidak memerlukan dendam . cinta tidak memerlukan hasad dengki . iri hati . benci . angkuh . ego . serta segala perkara yang boleh merosakkan cinta . oleh itu , pilihlah baja terbaik untuk menyuburkan kecintaan anda .

Sekian untuk malam ni . ^^ nak sambung demam . tata !


.




5 Jenis KAWAN

Salam Sejahtera kepada segala amoy amoy dan apek apek sekalian

Dua tiga hari ni, amoy sangat busy dengan asaimen . nak hapdate blog pun tak sempat . ni nak menyempat sekejap . melepas gian . urghh ! sambil sambil buat asaimen , ada satu benda yang amoy sedang pikir . emm . runsing . geram . grrrr ! >.<
Antara ramai ramai kawan anda , kawan mana yang paling anda sanjung ? bagi amoy amoy ada 5 jenis kawan . kawan kawan . kawan karib . kawan rapat . kawan sejati . kawan makan kawan .

KAWAN KAWAN
Maksudnya , sesiapa sahaja yang amoy kenali . tak kiralah kawan seperjuangan zaman sekolah ke, zaman kerja ke, dekat kampung ke, dekat bandar ke, dekat facebook ke, dekat twitter ke, dekat myspace, dekat friendster dan banyak lagi tempat lain . mereka ni tergolong kepada 2 kumpulan ja sebenarnya . lelaki dan perempuan . Cuma bila ada certain orang yang keliru dengan jantina masing – masing , maka jadilah empat kumpulan . bingung ? kau pikirlah sendiri . dalam ramai kawan – kawan ni ada jenis baik dan ada jenis busuk . kau rasa kau jenis apa ? bagi amoy , semua kawan – kawan amoy baik . terpulanglah kalau diorang nak ngumpat amoy dibelakang , asalkan diorang sentiasa tunjuk sikap profesional kat depan amoy . kekadang amoy pun buat gitu juga . tapi amoy lebih terarah untuk kritik depan depan depan depan dia kalau tak puas hati . cakap belakang > mesej undelivered hokey !

KAWAN KARIB
Maksudnya, kawan yang kita percayai untuk meluahkan masalah dan perasaan . “bontot aku ada kuraplah”  masalah itu diluah tanpa segan silu . atau “sebenarnya, selama ini saya guna gigi palsu”. Emm . kawan karib merupakan kawan yang kita paling percayai untuk memegang amanah serta rahsia peribadi kita yang orang lain tidak tahu akannya . Dulu time sekolah menengah , amoy ada dua orang kawan karib . bagi amoy kawan karib adalah kawan yang turut sama menangis bila hati kita luka, terluka , dilukai. Miss u both roziah dan nurul mazni .

KAWAN RAPAT
Maksudnya, kawan yang hanya bersama bila kita senang sahaja . kawan yang hanya menganggap kawan ketika saat senang , lenang , bahagia , gembira , ceria , damai dan sebagainya yang berkenaan . masih tak faham lagi ? kawan rapat hanyalah kawan yang mementingkan diri masing – masing . waktu kita susah . sakit . sedih . kawan itu mula menjarakkan diri . kemana ? ketempat yang kita tidak boleh nampak mereka . dalam almari kot . kunci diri masing – masing . buang sungai lagi berfaedah kot ! huh ! kawan rapat ni akan mula menyerahkan tugas mereka sebagai kawan kepada kawan sejati . bila kawan sedang sakit .

KAWAN SEJATI
Kawan sejati pula adalah mangsa kepada kawan rapat . kawan sejati sanggup menolong kawannya yang sedang dalam kesusahan . kesedihan . kesakitan . bersabar dengan segala cemuhan dek kawan rapat . kalau korang nak tau , kawan rapat biasanya akan menyalahkan kawan sejati “eh, kenapa kau tak bagi dia makan ubat? Kau kan classmate dia” begokk...kau sendiri (kawan rapat) jenguk pun tidak! Time dia sihat bukan main lagi suruh si sedang sakit ni jadi driver pecut kereta laju-laju ke bandar ! hei ! kin panas . sekarang kawan sejati kilik sorang sorang jaga kawan sakit . sabar dengan setiap yang berlaku .

KAWAN MAKAN KAWAN
Bukanlah bermaksud kawan ni jenis cannibal yang makan manusia . kawan jenis ini adalah kawan yang berkawan bersebab . hehe . macam amoy kot . amoy nak berkawan kawan dengan yang pandai pandai seja . sebab amoy tak pandai . kawan dekat maktab ni semua orang pandai pandai dan terpilih . terutamanya dayangku siti iffy syamimi awangku damit dan marinah moklin , terima kasih sebab banyak tolong amoy selama ni . amoy tak pandai . selalu harap ngan penerangan korang dua sebelum masuk dewan exam . muahhh . amoy makan secara berhemah . makan sebelum lapar , berhenti sebelum kenyang .

tetapi ada jugak jenis kawan makan kawan yang PELAHAP dan GELOJOH . memang jenis mangkuk hayun punya kawan lah . mereka adalah jenis kawan makan kawan : GUNTING DALAM LIPATAN , GERGAJI DUA MATA , PARANG DUA MATA , TALAM DUA MUKA, MUSUH DALAM SELIMUT , serta HENPON SIMKAD DUA . mau juga bagi pelempang sebijik tiga .

BETUL ! ini adalah kawan shopping amoy . love u two bebeh !


17 February 2011

Maulidurrasul Explorace

Hai amoy - amoy dan apek - apek sekalian ~ ~

Semalam amoy xsempat nak update blog . uh ! uh ! penat dan kurang sihat . semenjak dua menjak ni , susah betul nak jaga kesihatan . tambah tambah lagi bila cuaca yang kurang menentu sekarang . kejap hujan . kejap panas . kejap tak hujan . kejap tak panas . geram . oleh yang demikian , maka cuaca badan amoy pun terbabit sama dengan ketidaktentuan cuaca alam . bukan nak publisitikan bahawa amoy ni sakit . nak bagitau sejaa >.< 

Punbagaimanawalau , semalam amoy sempat gak join explorace sempena MAULIDURRASUL kat IP amoy . Best gak la, checkpoint dia tak banyak , tapi jauh - jauh . semput dan sangkut - sangkut jugaklah sistem pernafasan . terasa nyawa tinggal seciput dihujung hidung . semenjak dua menjak ni amoy memang malas sangat turun padang . dulu selalu joging . men bola . futsal . bola tampar . rasa sayang - sayang hey pla dengan lemak lemak ni . penat tau kumpul !

Nak cerita sikit al - kisah explorace semalam *sebenarnya amoy gantikan rakan sekelas yang tidak dapat sertai disebabkan urusan lain yang lebih penting*

  1. CP 1 : soalan dia sangat - sangat lah senang tapi keempat - empat daripada kami tak dapat jawab solan itu. huh . guna talian hayat 1 . locok ! nasib baik bawa henphone . gagagaga
  2. CP 2 : lantaran kedudukan antara CP amatlah jauh . dengan separuh nafas dalam cahaya nyaris koma , kami nyanyi lagu untuk Rasulullah . haiya ! maka terkeluarlah segala suara merdu serak serak basah dengan lirik lagu ciptaan sendiri serta pitching yang lari dengan kelajuan 500km sejam .
  3. CP 3 : main passing gelang getah guna straw . ish ! kanak kanak ribena sungguh . nasib baik amoy agak berbakat dalam bidang ini . 
  4. CP 4 : Dia suruh makan gula - gula ikut sunnah nabi . memanglah selalu buat . tapi , bila benda tu kena panelize a.k.a kena perhati , semua benda kita rasa tak betol . haha . lol . SEMUA PERKARA JADI TAK YAKIN ! then kena suruh buat pantun *yaa...ini makanan amoy*
  5. CP 5 : Hokey ! ! ! yang ni paling amoy tak dapat terima . dia paksa makan PERIA ! warggggggggghhhh ! sayur peria lagi amoy tak pernah makan . inikan pula peria mentah . sangatlah eauuuwwwwwwwww !
  6. CP 6 : Ni biasa - biasa seja , dia suruh cari batang lidi yang tidak cacat dalam air EAUW .  tidaklah begitu eauwww macam makan peria . tapi bolehlaa tahan . oh , CP 6 ni ada burung yang bukan sebarangan burung yang jaga . gagagaga
  7. CP 7 : oh rupa - rupanya ini CP yang last . kami sekadar mengungguli tempat ke-4 (keputusan tidak rasmi) T.T

MUKA KEPENATAN selepas lari laju ? oh memang TIDAK !
sebab kami masih MAMPU, SIHAT dan KUAT untuk OUTING selepas game selesai

Checkpoint seterusnya adalah PEKAN KENINGAU . Amoy dengan yakin keluar pekan menggunakan baju yang sama . tak tukar ponn . bau peluh ? sila abaikan . *sebenarnya nak show off bahawa amoy ni baru ja lepas explorace sebentar tadi* Jimat baju . Jimat Dynamo . Jimat tenaga nak cuci baju banyak - banyak . cuci cuci baju bukan kegemaranku . Time balik , hujan turun dengan lebatnya . tak bawa payung . basah kuyup . hari ni  demam . bagus sangat !

Till then . TATA !


15 February 2011

MeLemak Tepu dan Tidak Tepu di Honey Sweet

wassup LADIES and GENTLEMAN ?
Hari ni membawa hati yang lara *sejak kes semalam* DISINI
Dan demi mengembalikan SEMANGAT MOTIVASI INTRINSIK kembali
amoy keluar pekan Keningau kejap
NAK MAKAN !

Setelah bersungguh - sungguh mengajak kaum kerabat
sehingga ke titisan air liur yang terakhir
akhirnya, amoy berjaya meyakinkan mereka untuk menikmati makanan di
HONEY SWEET
amoy ajak diurang sejak dari hari ahad malam dah rasanya
 SENYUM LEBAR LEBAR ^_____________________________^
dah lama mengidam nak makan chicken rice kat sini
kat sini masakan dia chinese style
LOVE 
dapat jugak melepas rindu macam masakan mak ^^


Cardigan ni sangat mempengaruhi orang lain
time baru beli , terus ada kawan beli juga lepas tu
exactly sama ! ^^
rumate pun beli tapi kaler grey + white
today , ada lagi kawan nak cardigan yang  sama
cari cari tapi tak jumpa


tadaaa...ni lah cik dayang
selalu jadi tukang ambil gambar ja
kali ni ada pla terselit gambar dia
dia comel kan?
macam chombie ! ^^


my gorgeous roomate !
urang KK baitu
21 tahun dan sudah berpunya
rumet , bila lagi kita nak melawat LAHAD DATU ?

Memanglah masakan dia CHINESE STYLE
STYLE je, tapi
HALAL ye tuan tuan dan puan puan
Chicken rice dia sedap !
makan kat sini jangan lupa minta tambah ginger kisar !

opss... picture error
mangkuk sup tu kecik seja sebenarnya
pinggan ayam tu besar
ntah kenapa mangkuk sup pla gagah-gagah nak tunjuk diri o.O

Ntah lupa pla nama dia hapa
fried chicken ke lau xsilap
hohoooh , kami yang paling demanding tadi
bersilih ganti waiter dan waitress datang meja kami


yeayy ! ABC as pencuci mulut
 rasa bengkak perut nak habiskan semangkuk gelas ABC
RM3.00 je *tidak termasuk tag service*
KEKENYANGAN
sedap !
Kredit to GABRIELLA SHELLY T (tiada dalam gambar) yang jadi tukang gambar sepenuh masa


SETAKAT ITU SAHAJA
AMOY NAK MENGUNDUR DIRI


TATA!


 Nota kecik : Napa henpon sunyi ja nihh ? hurrmmmm. . . 

MENCINTAI ATAU DICINTAI

SALAM MAULIDURRASUL 


I LOVE ME !

MENCINTAI atau DICINTAI ? Kalau amoy , amoy nak kedua-duanya . amoy kan tamak ! >.<
Kau jugoo ? Nonn jugoooo !


DICINTAI
  1. Dicintai membuatkan kita rasa lebih bahagia
  2. Orang yang mencintai akan merasa lebih bahagia jika cintanya diterima
  3. Semalam ini dia bawa 21 kuntum bunga berkelopak duit kertas RM100
  4. Hari ini dia bawa sedozen apple macbook bertatah antivirus kaspersky
  5. Esok dia bawa kereta LIMITED EDITION warna pink
  6. Lusa dia bawa rumah besar *ehh . . . rumah xleh kena angkut*
  7. Tulat dia bawa mangkuk jamban berlian !
  8. Esok esok esoknya lagi , dia bawa senjata nuclear dan berkata "terima saya atau tidak?" urrrggghh ! obses !
  9. Tetapi , kita akan rasa RIMAS bila kita tidak suka dengan orang mencintai kita
  10. Dan rimas dengan setiap perkara yang dia lakukan untuk memenangi hati kita
  11. Rasa segan yang teramat bila berjumpa dengan orang berkenaan , mungkin sebab rasa bersalah tidak menerima cintanya . . . kau hadoo? nan hadoo ~ amoy hadooo !
  12. Tapi , tipulah lau kau tak rasa apa - apa atas segala perlakuan dia
  13. sekurang - kurangnya kau rasa tersanjung dan kembang bulu hidung siket 80%  bila terima hadiah kecil - kecil darinya. apatah lagi hadiah BESAR
  14. dan kau akan tertawa gembira melihat segala tingkah lakunya
  15. sebenarnya , DICINTAI lebih membahagiakan daripada . . .


MENCINTAI
  1. Hanya dengan melihatnya sahaja hati akan berbunga besar - besar . angau ? mungkin ! dapat tengok gambar profile facebook dia bertukar ja pun hati rasa sangat berbunga - bunga setaman . Belum lagi bab berjumpa . Dah nampak batang hidung dari jarak 100meter : HATI RASA DEGUP LAJU - LAJU
  2. Bila bercakap , semua benda nak control . orang cakap lau mencintai , kita takkan sorokkan apa-apa dari orang berkenaan . betul ka ? tapi amoy tengok kawan - kawan amoy , kalau sedang calling ngan bf semua suara jadi lemak merdu cap susu sejat F&N . uh uh , amoy juga bah ! jantung jangan berdebar debar !
  3. Makan tak enak , tidur tak nyenyak , mandi tak nak ! nak jugak ngan dia : MELAMPAU !
  4. Siket siket ingat dia . siket siket ingat dia "kalaulah ****** ada , ada jugak orang nak tolong cuci kasut sukan aq" hohooh ! sedapnya mulut !
  5. Amat parah bagi yang suka memendam rasa . perasaan itu semakin lama semakin mendalam . hei , jangan jadi stalker si dia . SILA CURAHKAN ISI HATI ANDA SEGERA . Kang ada pla orang kena pelengkung cap siku
  6. Senantiasa mencurigai , nampak ja dia jalan dengan gadis *yang cun cun seja* hati akan jadi tidak aman tenteram ! "perlukah aku mencetuskan perang dunia ke-4" urghhh ! 
  7. Suka melamun sampai tahap kehadirannya seperti nyata . weiiinaa . boleh jadi pengarah filem nih !
  8. Ohh . . . indahnya mabuk cinta ! Seharian tak berhubung dengannya seperti menahan kentut . susah hati . sakit hati . nak tahan sakit perut . nak lepas bau kentut . jadi ribut . kucar kacir


SERIOUSLY ! AMOY NAK KEDUA - DUANYA !

AKAN TETAPI , BELAJAR MENCINTAI DIRI KITA SENDIRI , SEBELUM KITA MENCINTAI DIRI ORANG LAIN .



NOTA KECIK : HUHU !

14 February 2011

Asrama Oh Asrama

14 FEBRUARI 2010

Bukan nak cerita Valentine day ke hapa . . . 

Ni nak cerita Amoy day

JAM 5.45 PAGI , amoy telah dibangunkan dengan bunyi alarm

bergegas ke bilik mandi dengan harapan "AIR MASIH ADA"

sunyi . sepi

tiada bunyi air yang melimpah ! peratus perasaan mau mandi merundum mendadak !

itu tandanya air telah tiada ! 

bangun awal tak jugak sempat air

apatah lagi bangun lewat 

Nasib bek ada backup air awal awal . huk3

dah tu , air yang dah kena simpan ni SANGAT SEJUK NAK MAMPOS

grrrr ~ ~ ~ !

Then, bersiap awal dengan harapan nak pergi breakfast b4 masuk kelas JAM 7.30 PAGI

JAM 7.00 PAGI turun cafe : CAFE BELUM BUKA PLA >.<

Nasiblah nyawaa ~ ~ ~ 

Hari Isnin kononnya , ada assembly . . . so . . .  pagi ni ready awal ke dewan utama

Siap - siap berdiri depan dewan utama

tak  semena - mena assembly CANCEL lahh pla ! (T.T)

Kelas non-stop sabung menyabung ibarat kilat dan guruh

Bila balik tengahari jam 2.00 petang : SEMUA LAUK kat cafe DAH HABIS . cuma sisa makanan menghiasi 

(_ _!)

Today , cuci segala baju . BASUH TANGAN . 

Washing machine kat aras 3  itu hanyalah hiasan semata - mata .

Kalau nak spin , pergilah kau mengemis simpati dekat aras 1

Sesi angkut mengangkut baju basah yang berat itu ke aras orang lain . Chaiyok2 amoy !

SUNGGUH dan SANGAT INDAH jadi penghuni aras 3 ^^

petang tadi

Kirim kawan tapaukan makanan untuk makan lunch : dinner

kawan cakap "masih lagi makanan tengahari , belum kena update"

urgghhh ! 

Penat . Lapar . Tension = TIDOR




13 February 2011

MeLemak Tepu dan Tidak Tepu di Dreamland


Hai blogku !
Today , dengan kepala pening - pening lalat
amoy pergi menambah lemak tepu dan tidak tepu di pekan keningau
Restoran pilihan budak - budak shomel kali ni adalah 
DREAMLAND
Tapi amoy rasa , tiap masa pilih restoran ni dan bukan kali ni jaaa!
kiranya paling feymes kat Keningau kot
feymes ke? 

Setiap kali datang DREAMLAND , amoy sentiasa puas hati dengan service dia !
kecuali ... air dia manis ! huhu ! kurang gemar !
Makanan dia banyak hokey ! berbaloi ! berpatutan
sedap >.<
bagi bintang 4.8 darjah celcius

Sesiapa yang nak datang Keningau , silalah berkunjung ke restoran ni .
macam macam style masakan moden yang diorang serve !
makanan seafood paling besh ^^
belah petang - petang ada ikan bakar yoo!
love it !
amoy paling suka TOMYAM kat dreamland
terbek dari ladang! sedapp ~ ~

AYAM HONEY ! cedap cangat cangat !


Ni yang amoy order >.<


Ni rumet order ... sweet sour prawn . Order lah! pasti tak mnyesal!


Ini cik Iffy order . Hati ayam masak sambal . fuhhh ... cedap!


Muka kegembiraan dalam kekenyangan walaupun kehujanan


Tiada dalam gambar : DAYANGKU SITI IFFY SYAMIMI AWANGKU DAMIT
DIA JADI TUKANG GAMBAR CREDIT TO HER!





TILL THEN
TATA!

Takwim Februari


>.<

14 FEBRUARI ni VALENTINE DAY

JANGAN LUPA!
15 FEBRUARI tu MAULIDURRASUL
yee adik - adik !


KOTAK - Pelan - Pelan Saja



Kotak – Pelan-Pelan Saja

ku tahu kamu pasti rasa
apa yang ku rasa
ku tahu cepat atau lambat
kamu kan mengerti

hati bila dipaksakan
pasti takkan baik
pantasnya kamu mencintai
yang juga cintai dirimu
cuma kamu

reff:
lepaskanlah ikatanmu dengan aku
biar kamu senang
bila berat melupakan aku
pelan-pelan saja

tak ada niat menyakiti
inilah hatiku
pantasnya kamu mencintai
yang juga cintai dirimu
cuma kamu

repeat reff

pelan-pelan saja

repeat reff

pelan-pelan saja
(lepaskan aku, lepaskan aku, lepaskan aku)
pelan-pelan saja

12 February 2011

The MEDUSA Side Of ME, AMOYELLA

MEDUSA VS AMOYELLA


  1. Lebih suka mencuci pinggan mangkuk daripada mencuci baju 
  2. Akan beli barang yang disukai walaupun ia mahal > agak boros
  3. Tidak dapat tidur lena jika barang yang dihajati belum diperolehi
  4. Suka memaksa orang lain mengikuti arahannya
  5. Kuat cemburu !
  6. Sangat sensitif !
  7. Pasang lagu yang disuka kuat-kuat , biarpun orang sekeliling tidak suka ! sampai diorang pun tersuka dengar lagu berkenaan . Mereka tetap tak suka ? benci aku ? terpulang !
  8. Meluahkan  perkara yang tidak berkenan dihati sewenang-wenangnya
  9. Mudah pamer perasaan menyakitkan hati orang
  10. Tidak suka tidur diganggu
  11. Tidak suka hasil kerja dikritik
  12. Mudah hilang mood
  13. Suka mengkritik orang lain
  14. Membuat keputusan terburu-buru
  15. Mudah percaya dengan muka innocent @ polos
  16. Kurang gemar dipuji
  17. Lebih suka menyendiri
  18. Lebih suka MENDEKATI bukan DIDEKATI
  19. Suka sukan tapi biasaanya TERPAKSA BERJOGGING
  20. Warna kelabu kusamkan kulit
  21. Alergik daging lembu
  22. Tahu makan tapi kurang berkenan benda asam macam jeruk , amoi amoi dan yang sewaktu dengannya
  23. Bancuh teh tidak manis kepada sesiapa sahaja . nasiblahh kepada yang dapat
  24. Parut jerawat ! urgghhhhhh !
  25. Paling kontot dalam family 

It's Complicated

 Kadangkala kewarasan membeku impuls saraf ke jemala

Kadangkala kewarasan menghalang proses audiotori telinga

Kadangkala kewarasan menebalkan lensa mata

Kadangkala kewarasan menapis kuasa hidu sehingga dua pertiga

Kadangkala kewarasan membiarkan sentuhan rasa terkubur di anjung masa

dan Kadangkala

Kewarasan akan menyuruh kita membuat caturan CINTA

sama ada

menunggu dengan penuh SETIA

atau PERGI dengan penuh RELA





Maka Maafkan Aku


maafkan aku kerana mencintaimu

maafkan aku kerana lupa akan katamu



DIA sebuah bab tanpa tajuk dalam hidup aku

melakar cerita pendek yang indah antara aku dan DIA

ya , aku jatuh hati pada DIA

Saat mula , aku fikir katanya cuma gurauan bersahaja

sekadar bercakap kosong tentang hatinya

katanya BUKAN tentang hubungan kami berdua

katanya BUKAN tentang perasaannya terhadap aku

katanya tentang kekasihnya

kekasih DIA


bukan aku

bukan amoy

bukan ella

bukan saya



dan dia tetap tamak mahukan aku

hari ini sudah cukup ruang dan waktu

ku lepas segala sendu yang telah lama membeku kalbu

ku lepas segala rindu yang bertamu

ke lepas segala cinta berdendang syahdu


ku harap denyut cinta ini masih milikmu

bila nanti kita dipertemukan waktu






10 February 2011

Perancangan Masa Depan

Sekian lamanya Amoy tidak mengupdate blog . kira selama sehari jugaklah . Busy ? yup ! busy buat SATU Rancangan Pengajaran Harian (RPH) . Satu je pon nak kecoh ke ? ah , lantak amoy lah , tension giler buat RPH kali ni . makin dibuat makin banyak pla yang salah . makin banyak isi panting yang lecturer nak sanggah dan sergah . makin rasa hasil kerja kita tu macam SAMPAH . semester satu dulu pernah jugak blajar buat RPH ni . entah kenapa semester ni , lecturer baru yang ajar , format RPH pun berubah wajah jadi baru . huhu . dah namanya belajar memang begini . Tadi amoy tanpa segan silu , tayang RPH yang amoy telah buat depan kelas . bukan nak berbangga . cuma boring tunggu kawan - kawan lain semua tidak mahu ke depan present RPH memasing . amoy ni muka tebal sikit . sangat tak tau kurang malu . bila lecturer buka peluang kepada sesiapa sahaja yang SANGGUP tunjuk RPH di depan . so , amoy dengan YAKIN ke depan kelas .

Selama dan semasa SEJAM berada di depan kelas sambil mendengar omongan bernas encik lecturer bagi komen kat RPH amoy , amoy terfikir sesuatu .

RPH : Rancangan Pilih Husband

Kiranya kalau nak pilih husband ni , macam buat RPH jugak la . memandangkan amoy perempuan , so cakap nak pilih husband . Kalau lelaki ? emm...Rancangan Pilih Honey lah kot kan ? *BINGUNG* jauh pla berangan time buat presentation . 

Semua guru dan bakal guru memang sudah sedia maklum . Item yang terdapat dalam penulisan RPH : Rancangan Pengajaran Harian termasuklah


  1. MAKLUMAT UMUM 
  2. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
  3. OBJEKTIF PEMBELAJARAN 
  4. ILMU
  5. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
  6. NILAI
  7. BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
  8. EMPAT COLUMN JADUAL yang terdiri daripada 
    • langkah/masa 
    • isi kandungan pelajaran 
    • aktiviti 
    • catatan 
  9. REFLEKSI

SELAMAT DATANG KE ENTRI YANG PANJANG

Pertama sekali nak carik calon husband, kenalah tahu tentang maklumat umum si dia . tak kesahlah , engkau nak korek maklumat umum si DIA dari facebook DIA kah , atau dari belog DIA kah , atau dari adik DIA kah , atau dari DIA sendiri ! kalau nak tanya dari bapak DIA pun boleh baa . semuanya dari kamu ! lagi satu , jangan hanya tahu pasal maklumat umum dia saja , pastikan wajah orang itu pun anda tahu . Terlampau banyak software yang boleh mengedit muka buruk jadi santekkk taw sakarang! amoy pun slalu wat gitu . haha ! buang jerawat sebiji kat hidung * opppss ... kantoi ! * amoy suggest korang buat blind date , lorhhh macam ceta korea - korea . teehee . tak salah kenal dari internet ! cuma korang perlu pandai cari ... eh pilih ! mana yang baik , singkirkan mana yang tak baik . tak semua orang internet ni jahat ! macam amoy >.< amoy budak baek baek ~

Kedua , huraian sukatan pelajaran merupakan ketetapan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Dalam konteks mencari husband pla , pastikan hubungan relationship anda wahai gadis gadis comel luar sana telah mendapat restu daripada ibubapa . Kenalah dengar pendapat orang tua . mereka telah lebih dahulu makan asam garam kehidupan . Dengar dahulu penjelasan mereka tentang ciri - ciri menantu pilihan yang diorang idamkan untuk memudahkan enjin carian . ketawa . Jangan sesekali melawan aras yang telah ditetapkan . kalau aras satu yang termaktub, maka aras satu sahajalah , jangan mencoba-coba untuk melangkau ke aras tiga . nanti tak semena- mena anda masuk kelas pemulihan . 

Ketiga , objektif pembelajaran . setiap perbuatan memerlukan objektif , matlamat dan tujuan . apa tujuan anda bercinta ? untuk sehidup semati ? mengikut sunnah rasulullah ? sekadar suka-suka ? sekadar test power ? sekadar mencari populariti ? atau sekadar satu malam ? tepuk dada tanya selera . Pada amoy , amoy ingin bercinta dengan suami . ya , amoy ingin BERCINTA dan BERKAHWIN dengan ORANG YANG SAMA serta mencari keredhaan ang maha esa bersama - sama . huk huk ! aminnn ! 

Keempat , PENGISIAN ilmu . Ramai orang terutamaya LELAKI menganggap ciri perempuan yang paling sesuai untuk dijadikan isteri ialah wanita yang pandai memasak . Wanita yang pandai menjaga perut suami ? akan tetapi berapa orangkan yang sedar bahawa ciri LELAKI pilihan untuk dijadikan sebagai suami adalah LELAKI yang cukup ILMUnya untuk menjadi imam kepada wanita ? Bukan setakat itu sahaja , pastikan lelaki berkenaan memiliki ilmu yang diamalkan untuk mencari nafkah . berILMU tetapi tidak diamalkan pun tidak guna jugak .

Kelima , Kemahiran bernilai tambah . Kemahiran ini mencakupi banyak aspek seperti kemahiran berfikir , kemahiran belajar , kajian masa depan , kemahiran komunikasi dan banyak lagi . betul ! carilah lelaki yang lebih bijak dari kita , lelaki yang melengkapi kekurangan kita , lelaki yang BERNILAI TAMBAH ! kekeke . sekurang-kurangnya tertambah jugak duit poket *ahh ! mata duitan!* serta bertambah kegembiraan kita . tidaklah balik - balik "aku tenung mata kau, kau tenung mata aku" boring ! >.<

Keenam , nilai . kami wanita mencari yang mempunyai nilai . nilai kasih sayang tu paling penting ! sepa xmo kena sayang ? sila angkat punggung ? selain itu , nilai yang perlu diserapkan dalam sesebuah RPH perhubungan adalah kesetiaan , tanggungjawab , bertolak ansur , percaya , jujur , keberanian serta semua 17 nilai yang termaktub  dalam huraian sukatan pelajaran . kami memang tamak ! calon husband perlu memeiliki semua yang di atas ! heh ! *ketawa jahat lama-lama*

Ketujuh , bahan bantu belajar (BBB) . seperti yang anda ketahui , BBB penting untuk menarik perhatian murid dalam sesebuah sesi P&P. selain daripada perkara di atas , kami sangat tertarik, menarik kau memang da bomb bila kau lelaki memiliki pakej wajah tampan menawan kalbu . mostly wanita suka yang berwajah K-pop! kami tahu , korang warga lelaki pun minat ngan artis wanita k-pop . jadi , jagalah selalu penampilahmu . biar sejuk mata kami memandang dan segar hidung kami menghidu . lelaki bau stoking campak ke laut lagi bagus ! ikan paus suka .

Kelapan , jadual empat column yang bermaksud sistematik dan berorganisasi . Antara calon yang terhangat di pasaran adalah lelaki yang pandai mengurus kehidupan peribadinya termasuklah masa dan kewangannya . tapi taknaklah terlampau SKEMA dan SEMPURNA . sampai makanan setiap hari pun kena berjadual ! cuma lebih kepada lelaki yang sentiasa nampak cool walaupun dalam keadaan cemas . lelaki yang bersifat penyelesai masalah . lelaki yang bersifat manja tu dibenarkan . TETAPI BIARLAH BERRTEMPAT . *Jangan sampai 24jam kami nak paksa makan ! merengek tak tentu pasal lapar . nak bermanjalah kunun . bikin panas lagi ada!* Amoy bagi contoh ja . eh ? ada juga ka orang begitu?  SAY NO CLUMSY !

Dalam ruangan empat column ini juga: MASA sangat dititik beratkan . Dimulakan dengan set induksi yang mantop untuk langkah keseterusnya . Semua gadis mahukan titik mula percintaan dipenuhi dengan memori terindah . LANGKAH 1 > LANGKAH 2 > Ladies ! apa tujuan sebenar kamu dalam perhubungan? mostly ladies mengharapkan hubungan dalam tempoh masa yang panjang sehingga akhir hayat . dan kau LELAKI macamana ? Ladies mahukan pengakhiran hubungan dengan RUMUSAN yang indah . bukannya kucar kacir !

Kesembilan , REFLEKSI ... emm ... conclusionnya , sangat payah benar nak cari LELAKI yang bercirikan seperti semua garis panduan di atas (perghhhh ... ayat skema!) yang menghampirinya pun boleh laaa ~~ ^^ tapi ladies , jaga dan perliharalah diri anda untuk mendapat pasangan yang terbaik . sesungguhnya lelaki yang baik adalah hanya untuk gadis yang baik . Tu ja...bubye ! TATA ! ! !




 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com