19 February 2011

CINTA ibarat BUNGA




CINTA, BERCINTA, DICINTAI, MECINTAI merupakan anugerah ilahi . cinta merupakan perkara normal dan tiada sesiapa yang mampu melawan arus cinta . jika dilihat dengan mata kasar . cinta terbahagi kepada dua . cinta ghaib dan cinta nyata . cinta ghaib adalah cinta kepada pencipta sekalian makhluk di langit dan di bumi . cinta kepada sifatnya . cinta kepada pesuruhnya . cinta kepada ilmunya . cinta kepada perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar . cinta nyata adalah cinta yang bertentangan dengan cinta ghaib . cinta terhadap perkara yang boleh diukur , dinilai , ditafsir , diuji .

sebenarnya , amoy bukanlah ingin menyebut tentang cinta ghaib . memandangkan ilmu amoy masih belum mampu untuk mengupas akan hal berkenaan . amoy ingin berkongsi pendapat amoy tentang cinta nyata atau lebih khusus lagi cinta couple . ramai ulama mengatakan cinta couple hukumnya adalah haram . mmm . sesetengah mengatakan tiada ketetapan hukum . pendapat amoy : bercintalah selagi ia tidak melanggar peraturan dalam islam . sesungguhnya allah menciptakan manusia itu berpasang - pasangan untuk saling mencintai dan melengkapi . okey , stop . nanti amoy tersalah sebar info salah pla . hee . bercinta ni kira macam bunga .

CINTA KUNTUM BUNGA BUNGA
bab pertama . memilih cinta . cinta yang singgah disebabkan kecantikan . luaran . ya , jika tidak disebabkan luaran cantik macam sekuntum bunga , tampan dan ensem manakan hati akan berkenan ? tipulah , jika kau kata kau hanya memandang dalaman ! sebelum kau kenal dalaman kekasih kau , kau mesti kenal dulu wajah dia macam mana . menyejukkan ? atau menggerunkan ? yup , amoy turut tergolong dalam golongan berkenaan . bukanlah amoy bermaksud amoy menolak 100% wajah yang hodoh . jika memang takdir ketentuannnya . terima seadanya . siapa tahu ada hikmah disebaliknya . 

CINTA BAU BUNGA
perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar . bau bunga mencerminkan sikap manusia . bau bunga memainkan peranan yang besar untuk menarik perhatian sesiapa sahaja . bunga yang wangi walaupun kecil tetap menjadi pilihan . sebesar bunga tahi ayam pula diberi nama 'shit' . takda siapa mahu . kau nak ? amoy tak nak . kalau lelaki jenis menengking orang , memang sah2 awal awal lagi amoy blacklist . buat sakit hati . ni baru bab memilih pasangan . 

CINTA KELOPAK BUNGA
ini pula bab musim bercinta . cinta bagai belangkas macam kelopak bunga yang rapat - rapat . 24 jam bersama . tidak boleh renggang . ke libry bersama . makan bersama . tidur bersama eh ! ini bagi suami isteri seja >.<  akan tetapi , kadang kadang kelopak bunga ni mudah berguguran jika tidak dijaga rapi . >.<  opss . so jadilah kelopak bunga plastik yang tidak mudah gugur . sentiasa mekar . 

CINTA DAUN BUNGA
ini adalah cinta JARAK JAUH . huhu . sob sob . macam kedudukan daun bunga yang jauh jauh . cuma kadang kadang bertemu bila ditiup bayu . macam cinta amoy . ntah bila dapat jumpa . ouh ! tacing pla malam ni . bila daun bunga dah bertemu macam tak mau berpisah pla . dush ! dush ! merepek lagi . tapi bagus juga . taklah mudah voringgg kan ? hehe . oh cinta jarak jauh memang agak menyedihkan . daun yang berada di dahan kiri tidak tahu daun yang berada dahan kanan gugur . maksudnya kadang kadang kita tidak tahu apa pasangan kita sedang lakukan sekarang . jauh . tak nampak . tak perasan . mungkin sakit ? curang ? kita tidak boleh buat apa apa . susah nak detect .

CINTA POHON BUNGA
amoy bukan nak cakap pasal pohon bunga tulip yang tumbuh satu seja . amoy nak banyak cabang macam pohon bunga raya ! banyak cabang k . maksudnya , dalam bercinta banyak cabang yang kau boleh pilih . nak lurus atau meyimpang .  amoy straight ok . amoy tak minat pengkid . amoy bukan lesbo . kau gay ? amoy tak kisah . lol !

maksud kedua pula . bagi yang telah menjalinkan hubungan percintaan . anda bolehlah memilih mana - mana cabang yang anda suka . emmm . semua terletak ditangan anda ! celcom ! hohoo . tapi kalau boleh pilihlah jalan yang terbaik kerana tujuan dalam bercinta bagi perempuan hanya satu . pernikahan . macam pohon @ dahan bunga juga . hala tuju dahan bunga hanya satu ! iaitu sumber cahaya untuk proses fotosintesis ! terpulanglah kepada pucuk setiap dahan berkenaan untuk membuat pilihan . nak ke utara ke . selatan ke . timur . atau barat ?

CINTA DURI BUNGA
dah namanya duri , mestilah menyakitkan ! cinta adalah menyembuhkan dan kegembiraan . bukan menyakitkan . bukan kedukaan . bukan kesedihan . bukan tekanan . cinta adalah untuk menenangkan kecelaruan . menguraikan ketegangan . melerai kekusutan . melapangkan fikiran . juga terapi kebahagiaan . untuk apa disimpan perkara yang menghiriskan ?

jika digunakan dengan baik , duri bunga juga mampu menjadi pelindung diri , pendinding hati . cinta mewujudkan kekuatan . bukan melemahkan .

CINTA AKAR BUNGA
terakhir , cinta adalah seperti akar bunga . akar yang memilih . akar yang menyedut segala kebaikan sahaja . hanya memilih nutrien-nutrien penting untuk pohonnya . seperti juga cinta . cinta memerlukan kasih - sayang . kesetiaan . kejujuran . dan segala yang mampu menyuburkan cinta . cinta tidak memerlukan dendam . cinta tidak memerlukan hasad dengki . iri hati . benci . angkuh . ego . serta segala perkara yang boleh merosakkan cinta . oleh itu , pilihlah baja terbaik untuk menyuburkan kecintaan anda .

Sekian untuk malam ni . ^^ nak sambung demam . tata !


.




10 MURID MINTAK CUBIT:

ipotttt! said...

nice entri~^_^..jd saya tgolong dlm cinta apala itu?hihihi...

♥ AMOYELLA said...

emmm...kau cinta daun bunga . jenis evergreen (tidak terdapat dlm entry) gagaga

myra erika said...

klau cintaku dikocok-kocok mcmna tu??hihihiii..

ipotttt! said...

aiyakk..hahaha....knpa msti jnis evergreen, prof. amoy?(trip2 cm btnya pkr motivasi),...hohoho

Nana Marina said...

aku pun cinta daun bunga..huhuhu

♥ AMOYELLA said...

@mira erika

tu cinta satu malam deh ... cinta daun yang sudah gugur

♥ AMOYELLA said...

@nana marina

cian...3 tahun lagi , jadi cinta kelopak bunga tuh . belangkas .

Idylela Maya said...

wahhhh...suke..suke....cintaku berbunge-bunge ..:P

♥ AMOYELLA said...

@ipottt!

prof berkata "malar segar bha...sentiasa sehijau warna daun"

♥ AMOYELLA said...

@idylela maya

cinta kau tu semua jenis ada . sepohon bunga cinta . miahahhaa

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com