31 May 2011

Muniff Isa Vs Shaheizy Sam

Salam buat cemuaa....!

sukanya bila dapat bercuti ngan family kat kampung... dapat makan cedap cedap... dapat tidor lama-lama... tak payah fikirkan exam... takda assessment... takda assaimen... takda benda yang membingunggggkan jiwa... juga tiada benda yang ... yang... bikin panass . hehee. tapi yang tak sedapnya... bila line internet kat rumah BUAT HAL! macam nak lepuk je 234567876543 kali! meh tolong amoy panjat itu tiang wirelesss . Mau aja guwa terajang biar masok ke dalam sungai sarawak sanaaa. hhmmm... tapi syukur... dengan adanya wireless yang maha bengap ni, dapat gak amoy hapdet belog ni untuk entri kali ke 210. rajinkan amoy updet belog? hehe... umur belog ni baru nak masuk lima bulan. =') ouhh amoy tak sangka maintain ngan belog ni untuk updet kali ke sekian kalinyaaa dengan entri merapu ilmiyaah pasal diri sendiri. muahaha... (muntah!)

semenjak dua menjak sejak tengok Nur Kasih The Movie (NKTM kununn orang cakap) , amoy angau ngan kekiutan c MUNIFF ISA. peratus kesukaan terhadap shaheizy sam dah menurun dengan mendadak. hahaha. gatal! ok fullstop. =') sekian terima kasih *muniff, kenal amoy tak? hehe =') 

hasil curian google

walaupun amoy berkawan dengan abang (ehem) muniff di FB, tak berani nak curi gambar dia kat sana. tak pasti pla ada ke x gambar ni kat FB abang (ehem) muniff. hehe. apepon, walaupun abang (ehem) muniff curik buah epal dalam NKTM, dia still cute. aiyayayaa... yang peliksnya, amoy rasa hero cerita NKTM adalah abang (ehem) muniff ! yeay ! lastly, lakonan dia bikin amoy tacing =.= sobs sobs

amoyella : abang muniff shomel! muehehee... jom ngedet! 6.6






30 May 2011

Orang Kawen... DIA NAK JUGAK KAWEN

huhuuuuukkk... cuti sekolah menyaksikan kawan amoy kawen. jelessssssssssnyaaaaaaaaaaa... ='( orang lain dah sesibook kawen, amoy masih lagi tidak ketahuan hala memikirkan pasangan kehidupan di masa hadapan. susah betul nak laku... kalau keadaan begini berterusan tepaksalah amoy pergi mandi bunga di telagaa rumah makcik kelsom jiran selang empat buah rumah. muahahaa... bunyi macam seryes gatal nak kawen. miahahaa

emm... amoy tak ley kawen awal awal. sebab amoy dah gariskan 5 perkara yang perlu dicapai sebelom berkeluarga. =') hidup perlu ada misi. ceceeh

  1. sah jawatan! dan nak sambung utk master
  2. ada kereta sendiri. whatever la apa jenis kereta. asalkan bukan kereta mainan
  3. nak ada rumahhhh! err... nak tolong mama renovatekan rumah ni jugaa... =')
  4. dalam akaun at least ada RM50,000.00
  5. menunaikan umrah @ haji ngan mama, mak dan ayah
cukuplaaa setakat 5 tu... lau nak letak banyak banyak tak kahwin sampai ke tua pla amoy ni nanti. haha. lima ni pun amoy tak tahu umur brapa baru dapat selesaikan semuanya. korang rasaa? ouh... kalau boleh before 30 dah kawen sebab amoy nak baby awal. teheeee =') nanti dah tua tak larat dan tidak berketentuan hala pla nak jaga. uhuk! ye dak?

TAIP DALAM HP...misi be4 kawen. haha


Happy Birthday My Roomate yang GARANG

Happy BIRTHDAY dearrrrrr NANA MARINA


sorry... amoy takda fulus nak bagi hadiah gempak2 =)
tapi... amoy ada kasih sayang nak share dengan anda
*kwang3... ayat nak bajet lebih dari boyfrend dia. haha

Happy Birthday to yuuu
Happy Birthday to yuuuu
Happy Birthday to nana
Happy Birthday to yuuuuu

(sila tiup lilin atas sampai semua padam!)


heheee...tadaaa!! atas sebab sebab tertentu yang telah difikirkan oleh akal sendiri....makaaa jadilah nana manusia berkepala doblas...hehe...jan maaareee~


sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa fruits cake ni
tak sangka pla ada special private befday party kat rumah nana mlm berkenaan =)
hehe... makaaaaa amoy pun menumpang sekaki joinkan diri. tak malu~

semoga angka 21 memberikan limpahan rezeki yang melimpah ruah ke ladang gandum =)

amoyella : oh rumetku yang garang... jangan marah amoy lau amoy malas malas sem depan ahh... jangan garang garang time pbs... jan garang garang baca doa makan. heheh. muah3... love yu

29 May 2011

Jakun dapat CUTI... memang begini!

Hello eberibuddyyy... !

i miss soooooooooooooo muchhhhhhhhh blogspot after i left her past 2 days. dan blog aku pun dah berkulat hijau tebal lapanpulohduwa inci. lepas ni nak buat proses luluhawa instant kat blog supaya kulat kulat ni mati serta merta. *aku harap ini bukan hangat hangat taik cap hayammm brand

start dari hari jumaat aku tak online. tak online FB, tak bertweet tweet, tak jawab soalan peliks peliks fomspring... tak pegang laptop... tak online tak online tak online... oh baru aku taw bahawa aku still dapat hidup tanpa online. muehehe. =.= tapi rasa sangat bengang 99.99% bila FREE-WIFI yang aku nikmati di rumah ni telah decrease dengan mendadak! dua barrrr seja? time balik cuti bulan tiga hari tu full oh! still lima bar... oh Deconnection free wifi, silalah jangan begini... aku tetap pengguna setia anda sebab... sebab... sebab amoy takda bodben... sobs sobs... ='( 

sesungguhnya amoy bergantung 888.99 % dengan line internet free buat masa sekarang. kat maktab pun ada wifi free. balik kampung da wifi free... cuma time naik belon a.k.a kapal terbang seja tak dapat wifi free. hehe. MAS sila buat WIFI free lain kali ah! =') okei...nak share gambar bercreta sikit pasal penerbangan berkenaan...


ini adalah jurugambar bertauliah dengan pangkat leftenan muda bieyabieyaberry
sopan cantik molek dan masih single
sekarang dia masih dalam proses mencari identiti lelaki idaman. haha


ohhh...sebetulnya ini bukan big bang ke hapa
ini cahaya lampu besau...dan lampu lampu neon di sekitar KKIA T1
hokeii... amoy dan cik bieyabieyaberry terkandas dalam flite setengah jam *bunyi nak gah je kan.. walhal flite tu sebenarnya malu-malu nak berlepas


time flite take-off sempat juga tangkap gambar KK
sangat sangat sangat super cantik cahaya lampu lampu dari atasss... subhanallah


subhanallah...
kami pun cantik jugak...
miahahaa... ferasan

finally .... OYA! amoy da sampai!

deaaarrrrr.... itu seja untuk malam ni....
sekarang amoy pla nak take-off
ngantokkkkk... penat seharian dalam belon-->bas-->kereta
dan sesampainya di rumah kena kemas bilik dan barang barang sendiri

gudnite cemuaaa... =)


hei hei... kalau suka silalah LIKE =)

26 May 2011

Saya Tak Pernah Bosan

Bosan? apa itu bosan...? saya tak pernah bosan

  1. saya tak pernah bosan refresh butang home pada facebook *selagi laptop ni connected dengan wireless jangan harap muka saya offline
  2. saya tak pernah bosan refresh pada dashboard *saya rasa saya adalah manusia paling rugi bila tak online dalam sehari. ouh hantu online!
  3. saya tak pernah bosan bila bab berjalan jalan *saya hanya akan bosan berjalan bila tiada duwit
  4. saya tak pernah bosan bila baca buku *ayat budak nerd memang begini =.=
  5. saya tak pernah boring time study jika ditemani lagu-lagu *apa2 genre pownnn amoy layan
  6. saya tak pernah bosan makan
tetapi

saya tadi saya sangat bosan tahap gunung berapi krakatau bila makanan yang saya order tak sampai sampai selepas setengah jam. makanan lagi ka tu? =.=

okey... saya bukan marah... tapi saya BOSAN dah dengan layanan cafeteria gred Z *kalau ada lagi huruf selepas Z : nescaya huruf berkenaan saya bagi kepada anda

amoyella : memadangkan esok da start cuti... saya lupakan kebosanan sebentar tadi

HAAAPPPPPPY HOLIDAYYYYYYYYYYY EBERIWANNN!^.^


Tomorrow amoy g KK... petang Sabtu flite ke Sibu! gumbiiiraaa!

25 May 2011

YOU

i think i just miss someone... ='(

dear you, hear this


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do


i've tried everything to forget u
but i just found nothing

nama dia LIAR : mangsa tempat luah perasaan sedih. amoy harap dia tidak akan bocorkan rahsia kepada sesiapa =.=

24 May 2011

Minum Air Mayat

gulp... gulp... bunyi menghirup teh herba Strobilanthes a.k.a teh pecah beling

gulp... gulp... 

tiba tiba ternampak seekor semut yang sudah melecur *sebab air teh panas* terampai ampai dalam cawan teh

damn! astaghfirullahalazim ... amoy minum air mayat semut

kemain semangat amoy minum teh herba petang ni! dah la memang seuncang ja *sebab percuma beli teh cina dapat seuncang teh pecah beling* ! =.='

nasib baik sempat teguk empat kali . sobs sobs . sampai hati kau semut buat amoy camni!

kita putus!

sebelum minum sempat gak amoy search kat tenet kebaikan  teh herba ni... sebab tu rasa hancur hati berderai lapanpulohjuta cebis sekarang ni. nak tau? antara kebaikan dia ialah



  • kaya dengan antioksida 
  • diguna secara tradisional untuk mengubat kanser, kencing manis, masalah buah pinggal @ ginjal, batu karang juga berfungsi sbg agen duretik
  • berkalsium tinggi
  • kaya dengan potassium dan kalsium . turut mengandungi bit C, B1 dab B2
  • melawas pembuangan air kencing, membantu penghadaman usus dan sakit perut, melancarkan kitaran darah, dan banyak lagilaahhh... sila cari sendiri di internet =')

Tak Tahu Tajuk?

holiday countdown : 4 DAYS LEFT
exam countdown : 2 PAPERS LEFT

ohmaiii... amoy tak sabar dah... secara rasminya sistem kardiovaskular amoy dah berada di rumah duapulohlapan hari yang lepassssss... i miss my hometown very very da much!

potong itu sampah *cut the crap

amoy baru jew buat tentatif program jalan jalan cari pasal untuk sepanjang cuti ni. ohh...itupun sekiranya jika diberi kelulusan oleh mohor besar ibuk ibuk di rumah. ngomong ngomong amoy kan totally spice sweet 20. ceceee... 25 Jun nanti baru amoy 21 k! =') lama g... kena memanfaatkan umur ni dengan sebaik baiknya. kan? kan? miahaha . oleh yang demikian seharusnya amoy sentiasa mendapat restu dan kebenaran daripada kedua dua ibu yang dirindui dan my daddy cool sebelum pergi ke mana-mana. =') 

before naik flight amoy target nak meronggeng di Kota Kinabalu dulu. =.=' perlu kew letak nama full tuk KK? ohmaii~~ nak memuaskan nafsu dalam panggung wayang bersama roomate. sabo je lah bila tengok blog orang lain hapdet review NKTM, fast5, pirates! grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...! memang tak boleh jadik! so so ada sesiape nak join. mai la memeriahkan mejlis

potong itu sampah *cut the crap 

tujuan sebenar amoy mengupdate ini adalah untuk memberitahu kelian sekelian belog... esok dan lusa amoy ada dua papers berturut turut a.k.a acara larian baton . so amoy akan bawa otak amoy ni dalam acara larian baton @ lari berganti ganti. harap otak amoy ni tak lew terburai time amoy bawa lari tu. huhu. nervous . so so so... kalau amoy tak timbul selepas dua hari, itu maknanya cikgu amoy dah mati syahid (_ _')


study sambil menikmati keindahan alam diluar bilik adalah terapi kemengantukan =.=

ok... bai! kalau suka silalah LIKE =')




23 May 2011

BMM3106 susah tahap KRONIK!

Salam my dearest readers... sobs sobs... exam hari ni susah . ini bukan susah biasa . tapi susah tahap kronik ! why? why? sebab amoy tak stadi betol betol kot kan? sebab amoy time study tu amoy malas malas . pastu kawan ajak studygroup ponn malas malas . rasa tanggalkan ja kepala ni, dan cuci guna ubat gigi! motif? sebab nak bagi berkilat macam cuci emas. yang ni roomate amoy yang ajar. sekarang rasa tak sabar nak tahu result BMM3106 tu nanti . nak tahu apa amoy buat time stadi tu subjek? amoy grab barang barang kat sekitar amoy dan snap! capture gambar tanpa motif . sampai klip rambut pun kena tanggal dari kepala dan... snap! again =.= tak tawu la apa jadi kat amoy kalau ada DSLR . ni camera biasa sejaa . mungkin kalau ada DSLR nota ni tidak akan di endah dengan berjaya .

see? nota-nota yang tak bermakna tu ponnn masuk gak ah sekali. macam xda hasil ja amoy stadi semua nota-nota tu... benda lain yang keluar. homaiiii~~



ok... ini pla perkara yang terjadi time kawan kawan ajak stadi group.
nampaknya jadi photoshoot group pla.  (_ _!) 

sekarang nak stadi anatomi dan fisiologi . lagilaaaa BINGUNGGG!


amoyella : amoy nak minta maaf dekat kawan amoy. Amoy telah tag dia di facebook dan GA semalam tanpa hati perut . Lain kali tak buat lagi . huhu... sorry dear . i definitely won't do it again .

nota kaki : nak cakap depan-depan, amoy malu... auuw!

22 May 2011

Give Away Nemomimosh

Salam Cemuaaaa.... ! miss amoy x? semalam tak update pown. sila jangan marah ... exam mode la katakan. ceceeh, benda gitu pun nak ceta kan? exam pun nak dipublisitikan. haha. besalahh OVER . emm... niat amoy update adalah untuk join give away daripada




ni first time join give away cabut-cabut undi ni . manelatau nasib baik, ye dak? selalunya join contest contest dan selalunya tak menang ponn.... dan tak pernah menang pun sebenarnya . haha! terus amoy rasa sedih dan kecik ati dah nak join =.= kununlah kecik hati kan. walhal ... dialah hantu kontest

ahh... banyak pla merapuu... nak mintak hempuk lapanbelaskali baru sedar diri kot. meh join ramai ramai give away ni, biar owner belog nemomimosh pening. hadiah dia best! bajuuuuu.... dan handbag! ohmai ohmai... dah la amoy ni kaki shopping duwapulohempatjam!

mari- mari pilih hadiah!

ikutkan hati yang besar gedabak ni... amoy nak 1,2,3 dan 4

5,6,7 dan 9 ni punnnn...... oh! dasar perempuan ~

apapun... terpaksa pilih satu seja... amoy nak nombor TIGA. =)

tapikan.... tapi.... *ada lagi tapi! 
amoy suka baju yang ni

cantik oh....hehe.... =.='

why? why? tak masuk dalam list hadiah?
*grrrr.... melampau! mang nak kena lepuk Tuan G.A Nemomimosh!*
dan banyak lagi baju baju yang cantik.  oh amoy terpikat dengan baju ini! =.= dasar perempuan
silalah berkunjung ke ZEERA BOUTIQUEE

ok... dengan ini amoy nak tag gadis kuat shopping tegar yang berikut untuk join sama!


ok kalau suka silalah LIKE!
kalau tak suka? ada aku kesah? muehehe

21 May 2011

Wacana Kenal Pasti Blogger Bersama Bro Wacana

Selamat Pagi Malaysia -Brunei!


okey... amoy nak Komen dulu pasal belog http://wacanaku2009.blogspot.com . sebenarnya , amoy baru sahaja menjadi pembaca belog bro wacana . huhu . =.= Sejak dari entri pasal Adolf Hitler . kajian ph.D daripada anggota family bro kalau tak silap . sangat memberi info yang amoy langsung tak tau *aigooo...telah nyata dan jelas hitler itu tidak feymes sebab amoy tak tau. muehehe... trus amoy follow blog ni. dukacita dimaklumkan amoy belum sempat lagi korek entri-entri lama belog ni. sebab sekarang masih bizi, sibuk minggu peperiksaan kononlah. ouh... hobi amoy adalah mengorek entri lama blogger . sebab sebab... melalui dapatan korekan berkenaan... barulah amoy dapat menyelami perasaan penulis. oh! ini bukan obses hokei! tapi... inilah kenyataannya. haha

apa yang menarik tentang belog ni... TAJUK post dia senantiasa nak suruh amoy bukak link dekat dashboard amoy tu haaa.... walau sebizi mana stadi, tetap gak nak buka. kedua, banyak wikilelakileaks. dan satu lagi , amoy amat menghargai informasi bukan rekaan semata-mata. real life.

ok, tu seja yang amoy dapat ulas selaku pembaca baru . =)

tekaan tanpa berhati perut

SEKIAN


amoyella : masuk segmen orang macam nak mintak lepuk ja... bro, maaf... amoy memang lemah bab meneka . haha . 





Tips Cantik Macam LISA SURIHANI

sekarang jam menunjukkan 01:20 , dan amoy belum lagi tidur! budak rajin belajar memang begini . tak payah muntah! amoy memang budak rajin belajar . ehem! maka dengan ini akan timbullah mokcik jerawat lagiik. i hate yu JERAWAT! yu pernah musnahkan hidup gonjeng amoy! nyah kau dari muka amoy . sila berkampung pada muka orang kerea . kalau mokcik jerawat timbul lagik .... macam mana amoy nak kalahkan LISA SURIHANI? 


flawless nyaaa sekinnn dia



minat ah jugak . tapi aku lebih minat heliza bila bab bertudung nih =)

okei baiklah ... sekarang amoy nak share beberapa TIPS untuk cantik macam LISA SURIHANI =)

  • sambil nengok cermin . jangan picit jerawat @ korek segala daki kat kulit . kuku anda berkuman okey! sebaiknya tataplah muka anda dan senyum . syukur .
  • di sarankan anda bercakap dengan cermin berkenaan "wahai cermin sakti cermin azimat, tunjukkan beta satu alamat... dalam Malaysia ini siapakah yang paling CANTIK? Komfem cermin akan tunjuk muka korang . cobalah ... muehehe . sila tukar perkataan "beta" kepada nama anda sendiri, untuk menambahkan keyakinan diri . guna kata ganti nama diri kedua mana berkesan...ye dak? satu lagi... cukupla sekadar sebut MALAYSIA. tengok ranking cantik korang dalam Malaysia jer... terlampau tinggi kang overeksaited dan oberkonpiden pla. *err... tapi amoy selalu guna Galaksi. kejikan? haha... jangan lawan ranking Galaksi amoy ah....jangan lawan tok guru. ta baik! *
  • dan last sekali . Pujilah diri sendiri tu! sebagai contoh .. "WAH, BERSERI DAN FLAWLESSNYA SEKINNN AMOY HARI NI. HIDUNG PUN MACAM LEBIH MANCUNG DARI BIASA" dan teruskan dengan camwhore depan cermin . 
PUJI DIRI SENDIRI LEBIH BAIK DARI MINTAK PUJI. ye dak? =)





AMOYELLA : apa yang pasti BAG LUGGAGE-EYE ni makin menyerlah je gamaknya.

20 May 2011

I Need You Because I Love You

tetibe rasa sedih je pagi ni . huhu . dengar lagu korea sedih lantas tersentuh hati . rasa nak nangis takut kantoi kat rumet . huhuhu kan naiyaaa... gugur saham limapulohperatus. why why da becoz? rindu maaakk... dan sebab sebab ... sebab ...

bila baca entri yang di tulis oleh LORD ZARA ... buat amoy terfikir 1#i love him because i need him? atau 2#i need him because i love him? yups keduanya berbeza . huhu, and i think i need him because i love him 2# . jujur amoy tak perlukan dia untuk hidup . amoy tak perlukan duit dia . amoy tak perlukan kasih sayang dia . amoy tak perlukan cinta amoy ni berbalas . gila! tapi amoy perlukan dia sebab amoy sayang dia . macam bodohkan? ka memang amoy ni sudah diperbodohkan? oh bukannya amoy nak riak dengan perasaan amoy yang mahapelikhajaib ni . tapi itulah yang amoy dapat tafsirkan sekarang . ketawa sorang sorang . dan amoy perlukan dia sebab sayang.

sekiranya 1#i love him bocoz i need him . apa yang amoy pernah dapat dari dia? cinta? huhu... dia taknak pon dekat amoy. miahaha. perlukan dia untuk apa? untuk terus hidup? untuk terus bernafas di muka bumi? no! atau perlukan cinta, kasih sayang, cares dari dia? who cares perasaan amoy sekarang ni? dia? =.= jangan harap! dan i don't ever love you if i need you!

tak faham? amoy pun buntu dah camana nak terangkan

lastly : I NEED YOU BECAUSE I LOVE YOU
and it's feel bitter


perrrggghh.... pengakuan pagi jemat macam minta kena lepuk =.=



19 May 2011

Gejala TIIADA AIR

Pada suatu hariiiii... burung burung berkicauan waktu itu.... ade yang bekerje.....ade yang begembireeeee....Kehidupan di asrama memang jarang nak TIADA MASALAH AIR . perkara ni sejak dari asrama zaman naga sekolah rendah amoy dahulukala . bersambung kepada sekolah menengah . diteruskan oleh zaman matriks (walaupun dua minggu seja amoy merasai azab tiada air di sana) dan seterusnya dipusakai oleh maktap yang indah ini . nasib badan . nak wat camne ah kan? nak report bomba? bomba pown tak dapat nak bagi air pili . aigoo, time musim exam ginilaaa pla mokcik air ni terhegeh hegeh nak keluar dari batang faip . nak je sumbat batang faip ke longkang . sapa suru namo keluar air? walaupun dibelai dengan penuh kasih sayang, tetap jugak batang berkenaan degil tidak mengeluarkan air ... err i mean kepala faip . kurang hendsome punya faip . nak minta lepuk lapanpulohduwapoinlapanlapan kali nih! nasib baik le kepala faip ni hak kerajaan, kalo x dah lame awok lempar ke laut.

amoy memang tak berapa minat situasi tiada air ... macam macam benda TRAGEDI yang akan berlaku contohnya :
  • terpaksa tahan 999.9 dos kentut terutamanya antara solat maghrib isya. kan dah mekruh solat ai? =.=
  • terpaksa jimat : jimat mandi . jimat berus gigi . jimat cuci muka . jimat minum . jimat tetttt ....
  • kena tahan kencing . tunggu lama sampai terkumpul semua sisa buangan baru buang . muehehe . eh ni siapa punya angkara ni ? not me! not me!
  • kena tahan berak tengah malam . sabarlah perot ... esok kita cari air sama sama dan memerot sama sama ... nak pegi tangki yang jauh itu malam malam takot pla . gulppp . 
  • takleh tukar baju sekati . sebab susah oh mau cuci time teda air. kalau boleh sehari pakai setengah baju seja . lagi setengah pakai besok pagi . boleh? 
  • tak dapat masak maggi asam laksa kesukaan amoy!
  • tak dapat bancuh ayer panas untuk buat teh @ susu!
  • dan akhir sekali ... tak dapat cuci gigi pelesu . 


=.= kan best kalo dapat mandi laut lagi . dapat mandi puwas puwas. ni terpaksa main sebaldi medium air untuk sekali mandi .

teringat pla dengan banana boat. selepas kena tarik laju laju, banana boat ini akan diterbalikkan dan semua terpelanting dalam laut . ohh best gileeeerrr babeng . nikmatnya air . oh air cepatlah ada . Pulau Manukan : IMY

hoyeah sekian sahaja . kalau suka silalah LIKE =)

Kite Bako Je!

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh! dan salam 1 blogspot

untuk perhatian kepada readers readers amoy yang setia ... dan yang sedang membaca warkah belagu pilu ini . pada hari ini amoy telah menduduki kertas pertama . okey ada tiga lagi kertas yang akan menyusul . sedihnya tiga bijik kertas yang akan amoy duduki berderet macam gigi pelesu . rasa macam nak bakor je dewan peperiksaan . kite bakor ! kite bakor ! hwwwwwwwwwaaaa ! matila gini ... sudahlah subjek tu amoy rasa KILLER . anatomi dan fisiologi . apekejadahnya amoy benga* amat subjek berkenaan . dari sekolah menengah sampai sekarang . ouh biologi . i hate yuuuu! sob sob . doraemon sila gantikan amoy tuk jawab paper itu . pleaaaasssee .

hokey ... lepas ni nak makan kisemiss sembilanpulohsembilan bijik biar cair otak amoy ni tuk study mengalahkan aliran sungai amazon . di samping itu juga amoy akan menghafal segala teori yang yang berkaitan sehingga ke tetesan yang terakhir . fuhh .. datanglah semangat, datang kepada kuuu!


amoyella : walhal pagi tadi kemain bangun jam 5 . ingatkan mau stadi ... rupanya pegi makan megi dan tido balik . anak yang sungguh bertuah . bangun bangun dah jam 7.30 . naaaaahhh kan da kelam kabuts nak bersiap . nak pasang bulu mata pelesu je dekat lapan jam . 

wuwu ekselliiii amoy aim nak kuruskan badan . tapi macam makin kembang setaman sejak sebulan dua ni . OMGG ... ! jadi kalau kawan-kawan nak tanya tips untuk kurang berat badan tu memang amoy takda laaah yee . macam la ada orang tanya tips nak kuruskan badan . muehehe . kalo nak tips untuk hilangkan jerawat amoy tawu laa . =) sebab ...sebabnya... dulu amoy adalah penternak jerawat tegar .





oh ini memang bukan gambar makan megi , ini makan roti . sila abaikan kualiti gambar yang amat misekin ini . maka dengan ini terbukti amoy memang kuat makan . macamana nak kurus ? =.= homaigood . nak bako lemak ni . ceciter camana . cecite? cecite?

doakan amoy berjaya menjawab exam aahh ... nak dapat A kangkang bak kata lecturer amoy . A hangkang watper? buang longkang jew

ALFATIHAH buat penulis blog telordibasuh . semoga anda ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman . huhu... sedih ...

OK... Kalau suka silalah LIKE



18 May 2011

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN



Hei2! amoy masuk segmen BEN ASHAARI lagikk =)

Dengan ini amoy ingin menyatakan bahawa Amoy setuju sangat -sangat -sangat bahawa WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI . muehehe . abang abang , adik adik lelaki dan pokcik pokcik serta encik encik , tuan tuan dan datuk datuk sekeliaaaannnn blog ... sila jangan hempuk amoy doblasribu kali . amoy cuma setuju dengan kenyataan BA . Sila hempuk dia . keji . 

sebabnya ... sebabnya ... memang sejak azali lagi wang hantaran tu kenalah golongan adam yang sediakan . dah lebih sweet lagi kalau lelaki yang sediakan . =) tamooo ahh share . kedekut nih . kita perlulah merujuk semula kepada akar umbi KENAPA NAK SHARE BAYAR HANTARAN tu? sebab terlampau mahal. kan? kan? so... macam ni lah ... pihak perempuan biarlah letak tag tanda harga korang yang berbaloi dengan perkerjaan bakal teman hidup korang . ni kerja sebagai cikgu pun nak minta lapanpulohlapanperpuluhanlapanlapanjuta ringgit . bincang baik baik ngan family . dah memang suka sama suka ponn ...masih lagi nak letak rega mahal - mahal ke? err... amoy cakap macam ni sebab kebanyakan yang share rega hantaran adalah orang yang memang couple lama . ye dak?

Lain ah, lau yang bercinta selepas kawen (ehh... macam segmen yang lepas pla) . letak jee rega tinggi tinggi, kalau memang lelaki tu nak kita .. comfem dia hantar duit hantara juta-juta lemon dalam frame. ohh... keji lagik . dan satu lagi . kalau bakal husband kita tu kaya a.k.a macam prince william apa salahnya minta mahligai berdinding duit sebagai hantaran . hahhaaaha . =) kesimpulannya  WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI .

sekian . kalau suka silalah LIKE =)


Busuk dan Berbau . GIGOLO BERSALAH?

Salam readers! Selamat Pagi! =)

buat pengetahuan semua readers amoy yang setia . cece ... amoy sekarang dalam mood bercinta dengan buku dan pelajaran juga pengajaran dan pembelajaran . budak budak yunibersiti sudah start packing barang 30kilo dan pergi bercuti sekarang . padan muka, sepa suruh semangat giler minta jadi cikgu dulu ? ... ne ... ayat amoy ni macam nak minta pelengkung duwapulohlapanpoinduwa dari kak limah . senang hati mak ayah bila tawu amoy dapat maksud maktap tiga tahun yang lepas . tapi ... masalahnya ... maktap ni jadual dia serupa dengan budak sekolah . err ... tak kesah laa... prasekolah atu sekolah rendah atuu sekolah menengah . uhukkkkkkkkkk ... tengok cam sekarang , tunggu cuti sekolah , baru amoy dapat cuti gakk ...bestnya budak yunibersiti dapat cuti awal dan lamaaaaa . sobs sobss... terasa macam rugi bila kena beli tiket RM427 tanpa caj tersembunyi hanya untuk cuti 3 minggu seja . bukankah membazir namanya itu ? itu baru harga naik belon . belum lagi ditambah tolak bahagi dan darab dengan tambang teksi dari Keningau ke Kota Kinabalu jugaaaa tambang dari Sibu ke Mukah . apapun ... daripada langsung takde cuti , indah jugak ahh cuti tiga minggu itoh . terasa diri amoy ni sudah berada di kampung halaman . cepatlah 28 MEI 2011 !

banyak pla merepek pepagi ni . terima kasih http://amoyella.blogspot.com/ kerana sudi membentang wall anda sebagai tempat merapuu membebel tak tentu hala tanpa segan silu . perangai yang sungguh keji . muehehehe . rasa nak je lepuk seratusduwapulohlapan kali kan? kan? sila lepuk laptop memasing dengan gaya bebas .

sebenarnya , tujuan suci amoy nak post entri hari ini adalah untuk merakamkan jutaan rasa tidak puas hati terhadap bau bangkai yang berukuran 9998928222juta volt di bilik dobi . homaigod ... habis dah satu bilik tu amoy selidik cari punca tetapi gagal ! amoy syak suspek perbuatan khianat ini ialah si GIGOLO . bukan dia pee atau hapa . amoy syak ada kes pembuangan bayi berlaku ! yesss ! anak si GIGOLO bunuh diri mati di tempat kejadian 5 hari lepas . ahh. sila peri ke SINI untuk mengenali siapa GIGOLO . bukti yang menyokong dakwaan ini ialah :


  1. PERUT MAK GIGOLO SUDAH KEMPIS means dia telah MELAHIRKAN ANAK KEPADA GIGOLO .
  2. GIGOLO tidak mahu menerima kenyataan bahawa dia telah menjadi ayah kepada anak berkenaan sebab umur dia yang masih muda .
  3. GIGOLO tidak mahu bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku dan menyalahkan lelaki jantan lain.
  4. MAK GIGOLO berasa terhina dan sedih lalu membuang anak luar nikah sumbang mahram itu . 
  5. ANAK itu disorok dimana-mana tempat yang amoy tidak boleh LIHAT atau CAPAI . kemudian MAK GIGOLO tidak mempeduli anaknya . tidak menyusukan dengan susu ibu . lalu anak kucing berkenaan MATI DITEMPAT KEJADIAN !
  6. kawasan berdekatan dan sewaktu dengannya BERBAU BANGKAI . homaiii

ok fine . SAH . MIMANG GIGOLO punya ANGKARA 


comel gilaaaaaaaaaaaaaaa....
kan bagus lau bagi ja kat amoy anak si GIGOLO tu . haiya . kenapa nak buang ? bengap ah!


ok , kalau suka silalah LIKE =)


17 May 2011

Little GIGOLO

 ouh mata silalah tidur... mesti mata amoy ni merajok minta puji sebab amoy tak bagi tido 4989jam petang tadi . amoy telah berusaha menyuruh mata ini tidur dengan meminum segelas susu lembu cap everyday . tetapi langsung tidak memberi kesan yang diperlukan . nak mesej encik penyedap jiwa ... ahh malaslah nak kacau anak bujang orang tengah - tengah malam . cuba melayari tips tips untuk tidur di internet . perkara yang terbukti telah membuang masa amoy sebanyak 456 juta saat yang lepas . tiba tiba teringat tips daripada nobita bengap dalam siri animasi doreamon . baring --> tutup mata --> dan membayangkan rama- rama beterbangan --> satu ekor.. dua ekor... tiga ekor... empat ekor... ekor... ekor... tiba tiba ekor lain yang muncul . ekor katak . dan seekor katak gergasi melompat-lompat keriangan . uh! bosan. memang nak kena hempuk dengan bantal berbau lapanpuloh kali baru sedar diri . amoy bukan begitu . gejala insomnia ini kian menjadi jadi seperti kucing kucing yang berselerak di asrama ini. ibu kucing, bapak kucing, nenek dan datuk kucing yang telah meninggal, anak kucing serta kucing - kucing. bukan amoy membenci makhluk ini . tetapi amoy risau ... mungkinkah bilangan keluarga kucing ini akan melebihi bilangan guru pelatih yang tinggal di kolej kediaman ini? memandangkan seminggu yang lepas, seorang seekor ibu kucing baru sahaja melahirkan anak yang masih lagi dirahsiakan bilangannya - BERNAMA

lagi ... seekor kucing yang diberi nama CINA kerap kali buat maksiat didepan bilik amoy . sekarang amoy dah tukar nama dia kepada GIGOLO . mak kau pun kau nak santap . dasar kucing . 


gambar ihsan dari google . ada juga tu watermark . silalah ke sana

ok..kalau suka silalah LIKE =)

16 May 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

BERCINTA DAHULU @ NIKAH DAHULU

kedua-duanya berbeza mengikut konsep, konteks, dan masa. ceh... bukan main lagi intro macam nak kena minta lepuk oleh kamus dewan doblas kali. Memang jelas walau tanpa kanta profesor klon yang tebal , konsep keduanya berbeza sebab perkara ini dipisahkan oleh dinding bilik. yaaloh, hengkau nak bercinta dahulu xleh tinggal sebilik. kalo hengkau dah nikah bolehla tinggal sebilik . mengikut hadat turun temurun kampung pisang . ini adalah menurut kesedaran sivik . dan jika dilihat dari sudut masa . perrrgh ayat macam nak jawab exam bertulis BMM3106 . Masa jelas membuktikan NIKAH DAHULU adalah zaman dahulu punya trend . BERCINTA DAHULU pula merupa zaman sekarang punya style. 

Antara kedua-duanya , paling manis adalah berSSSINNTA DAHULU . sebab ? sebab ... sebab ... kami sebagai perempuan diberi masa untuk memilih calon - calon roomate yang kami paling gemar . rasa nak je tampar muka sendiri guna kapas empat segi . muehehe . ehh , yang tak setuju sila angguk faham . yang setuju sila angguk setuju ! hoyeahh ! lagik ?  ... kalau boleh , berilah kami peluang untuk mengenal dengan lebih dekat dulu orang yang akan kami bawa sehidup semati ni haaa... tak mau la dapat yang suka bagi pelengkung hari- hari . bercinta dahulu juga bermaksud , pilihan terletak di tangan sendiri . bukan dari family . so, baik buruk tanggung laah sendiri . tidak akan timbul masalah : meletakkan kesalahan dibahu orang lain pada masa depat . ohh ... sweet ... rumah tangga tanpa campur tangan kuasa - kuasa asing . 

ehh ? apsal balik- balik sebut bilik ? nampak betul pla berkahwin adalah untuk tettttttttttttt.... hokey , sila faham jiwa remaja yang sedang berpuasa ini sedang menahan nafsu lapar dan dahaga . Bercinta dahulu juga memberikan pengalaman suka duka pahit manis . Paling manis adalah pengalaman 1st time jumpa . makin makin kalo blind date .  berdasarkan pengalaman sendiri . koling - koling untuk memperincikan identiti memasing yang tak pernah berjumpa sebelum  ini . terasa diri seperti dikejar paparazzi nak tangkap gambar curik . ohh ... keji sunggu hotak ini . semakin lama semakin gedik pla entri ni . almaklumlah perempuan . sila jangan salahkan amoy . sila salahkan jantina ini . 


hei hei ! hengkau nak buat cenggini bila dah kawen ?
sangat buang tebiat ... time couple ah buat . =)


Pemilik SEGMEN =)


Sekian sahaja . Kalau suka silalah like

Kena Peluk Buaya

 Salam Readers... hari ni amoy puasa ganti. Bangun pagi tadi jam 4.00am dengan mata mamai minta siram sebaldi air automatically ambil heater tuk panaskan air. hempuk2 bontot rumet yang masih lagi lena diulit mimpi *okey ini tipu*  "bangun... bangun... sahur" feeling kakak terbek dari ladang sawit. Masak maggi assum laksa dengan baked cheese beans. Selesai makan tengok-tengok jam 4.40... sempat gi amoy nak minum susu. terus pegi bancuh air susu. Hirupan terakhir --> azan . NGAM . fuuuuuh... memang kuat makan sampai titisan yang terakhir. tahniah .


pastu amoy tidur balik. ohh.. perangai yang sungguh buruk. memang nak minta kena hempuk lapanpuloh kali guna kamus dewan edisi kelima. dan amoy bermimpi. okey ini adalah entri sebenar yang amoy nak tulis. Mulanya amoy berada di kawasan paya. ada 3 orang bersama amoy... seorang makcik amoy dan dua lagi amoy tak pasti siapa. huhu... tak tahulah apa kejadahnya amoy boleh duduk bersantai kat kawasan paya berkenaan. kawasan tu ada jeti dan pelabuhan kapal. 

Then, amoy ingat nak mendirikan solat asar di jeti tu, terus pergi cari lopak air yang jernih . area paya tu jugak ah... air dia surut dan banyak lopak. jalan jalan terus terjumpa satu lopak air yang sangat jernih . macam kolam sebab siap ada batu- batu lagi macam deco bersama eric. terus la mencangkung nak ambil air ... tiba- tiba dari lopak bersebelahan, amoy nampak ada anak buaya yang comot berkubang sedang bersantai-santai . terus mak cik amoy lari sambil jerit " buaya! " terkezutttt mak noks... lari naik jeti . rupanya ada banyak gilerr buaya. satu buaya giant berada di bawah tangga jeti. terus naik. okey... buaya tu pandai naik tangga. buang tebiat! 

Nervous gila kencang jantung amoy ketakutan . aigoo... akhirnya amoy pergi melompat atas kapal yang berlabuh sebab nak melarikan diri dari buaya giant itu. agak agak cam aksi SALT. atas kapal tu ada seorang lelaki sedang tidur bersama anaknya yang masih baby. kiranya ni adalah klimaks ...

tiba-tiba datang seorang hero lelaki yang amoy tak ingat dah siapa. tapi amoy rasa kenal oh orang itu... lelaki tu pergi tetak dan belah badan buaya berkenan guna parang. Peliknya ... buaya itu masih hidup. dan buaya tu bangun dan menangis . terus peluk amoy . OMG! buaya ni pandai peluk orang hokehhh!

Hokey ... ini adalah first time amoy mimpi ngeri kena kejar buaya. Sampai pagi ni amoy rasa sengal-sengal satu badan sebab berlari laju dalam mimpi, takut kena lepuk buaya besar gedabak. Hoyeaaahh ... moralnya : sila cuci kaki sebelum tidur !

gilaa... ada hati nak peluk orang
kalau gigi kau tu gigi pelesu pun belum tentu amoy nak kau peluk
scaryyy


Tafsiran mimpi yang amoy curik dari google

Bermimpi melihat buaya sedang mengintai mangsanya. Artinya, kita harus berhati-hati karena akan ada orang atau musuh yang secara diam-diam berusaha mencelakakan kita.
Bermimpi naik buaya masuk ke air atau sungai. Artinya, pekerjaan kita akan lebih sukses.
Bermimpi melihat buaya merangkak masuk ke dalam rumah kita. Artinya, akan ada keberuntungan.


ahh...tafsiran gini xley pecaya sangat =.= risaaaaaaaauuu



amoyella : Sebenarnya dalam mimpi tu amoy pengsan sebab kena peluk buaya. tapi terbangun di alam nyata.



15 May 2011

Hei Amoy bukan BENGA*

Kenapakah saraf simpatetik ini membuatkan jantung amoy berdegup kencang? uh! uh! sangat membencikan. rasa nak hempuk je jantung ni dengan gula-gula kapas lapanpulohlapan bijik. oh, mungkin sebab amoy jelous tak tentu pasal lagi? mak haih... budukelantan  punya jantung. degup laju laju macam kena kejar hanjeng lapanratus hekor. nak cakap amoy pergi berjoging tadi, dak haaihh... jangankan berjoging, nak berjalan pergi bilik bilik air pun malas sekarang. tengah study kononn. kononnnnlah.

ce citer ceciter... sepa cakap amoy ni gedik? memanglah...dah nama perempuan. memanglah gedik. kau lelaki nak gedik? meh amoy hempuk biar tertanggal bulu mata pelesu serta gigi pelesu lapan batang. gedik gedik pun kat blog amoy ja. ok. i didn't use ur website! tak suka silalah kelik butang MERAH kat kanan tuh... perlu ka amoy ajar suma benda ni? OK BAIKLAH SEMPENA HARI GURU ESOK. MOOD AKAN BERUBAH MENJADI BAIK SERTA_ MERTA

SELAMAT HARI GURU!
kepada semua cikgu cikgi yang pernah mengajar amoy sebelum ni. terutamanya Cikgu Zaharah Rani yang mengajar BM dan MATH amoy dari tahun 1 sampai tahun 2. ok amoy ingat nama beliau sampai sekarang. tanpa dia mesti amoy tak dapat nak tulis blog ni. huhu. amoy bukanlah dari golongan cerdik pandai + pintar tahap gaban + genius terlebih daripada student U @ pelajar harapan nusa dan bangsa, tapi apa yang pasti... amoy time darjah 1 tak kenal huruf dan tak pandai membaca. amoy seringkali jelous tengok budak budak lain kena panggil ke depan kelas untuk membaca buku cerita arnab dan kura-kura serta jilid buku Sang Kancil yang tak pernah kena makan buaya. jeles. jeles. jeles. 

time tu ingat lagi, amoy selalu meniru kerja kawan sebab amoy lemba* betul nak catch up apa benda soalan tu tanya walaupun sudah diterang lapanpulohsatu kali oleh Cikgu Zaharah. Sehinggalah satu peristiwa, amoy kena suruh cari nama haiwan dalam word puzzle. sudahlah word puzzle tu dalam kad manila besarrrr dan dilekat kat papan hijau. Nak meniru pun time tu dikawal dengan kencang oleh cikgu Zaharah. ohh.... =.= mungkinkah taktik penipuan amoy sebelum ni sudah dikenal pasti? Ok, amoy tak siap dan tugasan tu jadi kerja rumah. Sampai ja di rumah, makan, mengaji dengan tok guru pastu terus lari-lari pergi rumah family kandung. jumpa kakak. tanya nama-nama haiwan kat kakak. tulis dalam buku perbendaharaan kata

Paginya .... dengan bangga menghantar kerja rumah ke depan kelas dan duduk semula di bangku

Cikgu Zaharah : Ramziella, datang depan sekejap
Saya : err... ya cikgu?
Cikgu Zaharah : Bagus... tulisan awak sangat kemas
Saya : senyum (bangga... cecehh aku kena puji... celah mana pulak laaa tulisan jadi cantik. kau hado? )
Cikgu Zaharah : Tapi kenapa banyak betul nama binatang yang bukan dalam senarai ni? Satu ja yang betul. 
Saya : diam... kantoiii !


Lepas tu, Cikgu Zaharah bagitau kat mama amoy... huk3... sejak kejadian berkenaan, setiap pagi amoy kena paksa baca 1 petikan dari buku teks oleh mama . juga kena suruh makan kismis seblas bijik. =.= .  benda ni berlarutan sampai darjah 3. patutla kulit ni gelap semacam, mungkin kena sempuk kismis hitam. OMG. apa pun kalau mama tak buat begitu... entah dicelah lorong mana lah amoy bersantai santai sekarang ni.

dan dengan itu, amoy juga nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada mama amoy. terima kasih atas paksaan itu... kalau tak memang benga* lah amoy sampai bila-bila. LOVE YOU MAMA


Sekarang biar amoy pula jadi cikgu!
Camera webcam memang cabuk sikit. sila abaikan kualiti gambar

Sekian. kalau suka silalah LIKE =)

It's Sunday, Sunday

Sila nyanyi tajuk di atas mengikut rentak It's Friday Rabecca Black. Ahad yang agak memboringkan
blur =.= tak tau nak buat apa... tadi baru ja habis satu movie FROM PARIS WITH LOVE. bagi 3/5 jalah... boring... tapi pelakon dia ensum. muehehee. Lepas ni nak study cikit. kui3... asalkan xduduk xm dengan kepala kosong. ye dak? ah... silakan menyampah dengan ayat itu. dari semalam dah beria-ia nak study, tapi buku masih lagi di page yang sama. tidak berganjak. tahniah amoy! ahad yang membosankan ini membuatkan amoy rasa mau bergulung-gulung dalam comfeter. ah! itu bukan perbuatan anak dara seperti saya. cece... mungkin dengan bermain UNO akan menghilangkan kestressan boring ini?

ohh... bestnya tengok classmate main UNO. semua fokus nak menang dan habiskan kad
alangkah bagusnya kalau dapat main UNO sekarang. macam nak hempuk je kepala ni doblas kali kat bantal....
asal kau tak reti main UNO ah ramziella?? aigooo!

amoyella : baiklah.... lepas ni nak belajar main UNO. silakan memberi saya semangat untuk study UNO



tadi baru ja lepas tengok cermin. jerawat kat dagu 2 ulas. cantik. terima kasih JERAWAT
hari ahad merupakan hari untuk mengenalpasti kedudukan jerawat
BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!

amoyella : apsal mukakau ni pale semacam. macam muka mo mati seja.
mungkinkah terlebih makan megi? aigoooo!



ahad... adalah hari untuk outing dan makan TOMYAM
aiyaaaa.... tp, di sebabkan KES PAK CIK GETEK ,
amoy terpaksa membatalkan niat suci dalam debu untuk menepukan lelemak
wuwuwuuu.... kurang assum pacik getek. amoy nak outing lahh!

dan sekarang amoy tak tau nak buat apa lagi. tulis entri baru lagi? =.= kang boring pla korang menghadap gambar-gambar yang amoy uplod di entri baru. muehehe. sudahlah size pun bukan alang-alang. ok bye! kalau suka silalah like. 

14 May 2011

Damn Hurt

14 Mei 2011

''ya allah... berikanlah aku ketabahan atas ujianmu ini...''


i wish i didnt care 

Photoshoot di Hari Guru IPG Kampus Keningau

haduiii... amoy masih belum ada mood untuk study. walhal exm start da next week. huk3. atukuiiii~ sudahla sekarang ni musim nazak air. oh air! di manakah engkau air di bumi Keningau ini? seriously amoy rasa nyesal pla sebab takmo join twin amoy ke Kudat. huhu. ok baiklah. selesai sesi mengadu. silakan menyampah

sekarang amoy nak menyampah ngan seseorang. eei... tak habis-habis si bongok ni memaki perkara yang sama dari facebook sampai blog dia. *ehh... ketaralah amoy stalker blog dia* bukan apa... amoy ni rajin BW kononlah... hello? dah tak ada topik lain kew? mehirrrr jua ah! balik- balik benda yang sama yang dia nak ungkit.  adeii... amoy tak nak la mengotorkan blog amoy ni dengan perkataan jahat. ok fine. cukup sampai sini. nak tahu siapa dia? klik di SINI

ohh~ (_ _!) sebenarnya amoy nak post pasal Hari Guru bha nie... 
sekarang nak uplod lagi ciket gambar-gambar time Sambutan Hari Guru hari tu... 

oh... amoy selaku AJK makanan xjoin Perhimpunan Pelajar
amoy terpaksa prepared mocktail kelas
oh... ini adalah gambar pada pagi berkenaan di depan kelas Buayan


dan ini adalah ROOMATE amoy yang cantik.
oh... terasa  rendah diri bila bergambar dengan orang-orang cantik. huk huk!
amoyella : bilalah aku akan jd cantik? aigooo~


ohh! amoy sangat suka gambar ni.
credit to pemilik DSLR selaku photographer pada hari berkenaan. belakang tu Cik Mira dan Cik Kamoo'
MR. GLEN DENSUM... sila tangkap lagi gambar amoy banyak-banyak. comfem amoy uplod di sini. hoyeeeah!


OMG Jerawat! dekat gilew.... uhuk uhuk!


oh ini hanya gambar dari camera henpon cabuk amoy bersama errr... CIK KAMOO'


Kami. Kami. Kami. Kami adalah manusia yang suka berjalan- jalan shopping
kami suka habiskan duit. tapi duit kami sendiri ah... =)



11 May 2011

K-POP is really HOT STUFF




Gratisan Musik


amoy xleh trima bila wujud kumpulan Gula-gula dan 24:7
aigooo... tak bolehkah cari identiti sendiri?
apapun, K-POP memang hot dan xley nak di cetak rompak. sekarang amoy tengah angau dengan lagu ni... dari Drama Take Care of Young Lady (My Fair Lady)... 



HOT STUFF by DAVICHI
ops...ini adalah translation


Hot Stuff come closer to me
try to break my cold heart
with that flaming glare
set a fire in my heart
Hot Stuff it's ok if my entire heart burns
we only live once, might as well
as if i'm crazy, with a love like fire
my entire heart burns, i want to love you



even as day passes, it's all the same
at those times, is there anything fun and burning?
despite the numerous numbers on my phone there's no one to call tonight
the person who came into my lonely heart and made me anxious
i'm going towards you
love, take care of my heart



Hot Stuff come closer to me
try to break my cold heart
with that flaming glare
set a fire in my heart
Hot Stuff it's ok if my entire heart burns
we only live once, might as well
as if i'm crazy, with a love like fire
my entire heart burns, i want to love you



even if sometimes the world is tiring and boring
because you're with me, it's sweet
the person who lighted my dark heart with happiness
although my tears darken it once again
love, take care of my heart



Hot Stuff come closer to me
try to break my cold heart
with that flaming glare
set a fire in my heart
Hot Stuff it's ok if my entire heart burns
we only live once, might as well
as if i'm crazy, with a love like fire
my entire heart burns, i want to love you



love me just the same
for once get crazy for me as if you'll die
like a fire that will never turn off
scream for love
Hot Stuff i don't want it just mild
we only live once, might as well
i'll give my all so i won't have regrets
shatter my entire heart, i want to love you




Somewhere there's a meaning for all the things I'm feeling
It's written in my heart, in my soul
Now I'm asking you, I hope you say I do
Cause I can't turn away from you







 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com