15 May 2011

Hei Amoy bukan BENGA*

Kenapakah saraf simpatetik ini membuatkan jantung amoy berdegup kencang? uh! uh! sangat membencikan. rasa nak hempuk je jantung ni dengan gula-gula kapas lapanpulohlapan bijik. oh, mungkin sebab amoy jelous tak tentu pasal lagi? mak haih... budukelantan  punya jantung. degup laju laju macam kena kejar hanjeng lapanratus hekor. nak cakap amoy pergi berjoging tadi, dak haaihh... jangankan berjoging, nak berjalan pergi bilik bilik air pun malas sekarang. tengah study kononn. kononnnnlah.

ce citer ceciter... sepa cakap amoy ni gedik? memanglah...dah nama perempuan. memanglah gedik. kau lelaki nak gedik? meh amoy hempuk biar tertanggal bulu mata pelesu serta gigi pelesu lapan batang. gedik gedik pun kat blog amoy ja. ok. i didn't use ur website! tak suka silalah kelik butang MERAH kat kanan tuh... perlu ka amoy ajar suma benda ni? OK BAIKLAH SEMPENA HARI GURU ESOK. MOOD AKAN BERUBAH MENJADI BAIK SERTA_ MERTA

SELAMAT HARI GURU!
kepada semua cikgu cikgi yang pernah mengajar amoy sebelum ni. terutamanya Cikgu Zaharah Rani yang mengajar BM dan MATH amoy dari tahun 1 sampai tahun 2. ok amoy ingat nama beliau sampai sekarang. tanpa dia mesti amoy tak dapat nak tulis blog ni. huhu. amoy bukanlah dari golongan cerdik pandai + pintar tahap gaban + genius terlebih daripada student U @ pelajar harapan nusa dan bangsa, tapi apa yang pasti... amoy time darjah 1 tak kenal huruf dan tak pandai membaca. amoy seringkali jelous tengok budak budak lain kena panggil ke depan kelas untuk membaca buku cerita arnab dan kura-kura serta jilid buku Sang Kancil yang tak pernah kena makan buaya. jeles. jeles. jeles. 

time tu ingat lagi, amoy selalu meniru kerja kawan sebab amoy lemba* betul nak catch up apa benda soalan tu tanya walaupun sudah diterang lapanpulohsatu kali oleh Cikgu Zaharah. Sehinggalah satu peristiwa, amoy kena suruh cari nama haiwan dalam word puzzle. sudahlah word puzzle tu dalam kad manila besarrrr dan dilekat kat papan hijau. Nak meniru pun time tu dikawal dengan kencang oleh cikgu Zaharah. ohh.... =.= mungkinkah taktik penipuan amoy sebelum ni sudah dikenal pasti? Ok, amoy tak siap dan tugasan tu jadi kerja rumah. Sampai ja di rumah, makan, mengaji dengan tok guru pastu terus lari-lari pergi rumah family kandung. jumpa kakak. tanya nama-nama haiwan kat kakak. tulis dalam buku perbendaharaan kata

Paginya .... dengan bangga menghantar kerja rumah ke depan kelas dan duduk semula di bangku

Cikgu Zaharah : Ramziella, datang depan sekejap
Saya : err... ya cikgu?
Cikgu Zaharah : Bagus... tulisan awak sangat kemas
Saya : senyum (bangga... cecehh aku kena puji... celah mana pulak laaa tulisan jadi cantik. kau hado? )
Cikgu Zaharah : Tapi kenapa banyak betul nama binatang yang bukan dalam senarai ni? Satu ja yang betul. 
Saya : diam... kantoiii !


Lepas tu, Cikgu Zaharah bagitau kat mama amoy... huk3... sejak kejadian berkenaan, setiap pagi amoy kena paksa baca 1 petikan dari buku teks oleh mama . juga kena suruh makan kismis seblas bijik. =.= .  benda ni berlarutan sampai darjah 3. patutla kulit ni gelap semacam, mungkin kena sempuk kismis hitam. OMG. apa pun kalau mama tak buat begitu... entah dicelah lorong mana lah amoy bersantai santai sekarang ni.

dan dengan itu, amoy juga nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada mama amoy. terima kasih atas paksaan itu... kalau tak memang benga* lah amoy sampai bila-bila. LOVE YOU MAMA


Sekarang biar amoy pula jadi cikgu!
Camera webcam memang cabuk sikit. sila abaikan kualiti gambar

Sekian. kalau suka silalah LIKE =)

1 MURID MINTAK CUBIT:

NADIA RAJAMI said...

sekolah ney lok??..:P

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com