16 May 2011

Kena Peluk Buaya

 Salam Readers... hari ni amoy puasa ganti. Bangun pagi tadi jam 4.00am dengan mata mamai minta siram sebaldi air automatically ambil heater tuk panaskan air. hempuk2 bontot rumet yang masih lagi lena diulit mimpi *okey ini tipu*  "bangun... bangun... sahur" feeling kakak terbek dari ladang sawit. Masak maggi assum laksa dengan baked cheese beans. Selesai makan tengok-tengok jam 4.40... sempat gi amoy nak minum susu. terus pegi bancuh air susu. Hirupan terakhir --> azan . NGAM . fuuuuuh... memang kuat makan sampai titisan yang terakhir. tahniah .


pastu amoy tidur balik. ohh.. perangai yang sungguh buruk. memang nak minta kena hempuk lapanpuloh kali guna kamus dewan edisi kelima. dan amoy bermimpi. okey ini adalah entri sebenar yang amoy nak tulis. Mulanya amoy berada di kawasan paya. ada 3 orang bersama amoy... seorang makcik amoy dan dua lagi amoy tak pasti siapa. huhu... tak tahulah apa kejadahnya amoy boleh duduk bersantai kat kawasan paya berkenaan. kawasan tu ada jeti dan pelabuhan kapal. 

Then, amoy ingat nak mendirikan solat asar di jeti tu, terus pergi cari lopak air yang jernih . area paya tu jugak ah... air dia surut dan banyak lopak. jalan jalan terus terjumpa satu lopak air yang sangat jernih . macam kolam sebab siap ada batu- batu lagi macam deco bersama eric. terus la mencangkung nak ambil air ... tiba- tiba dari lopak bersebelahan, amoy nampak ada anak buaya yang comot berkubang sedang bersantai-santai . terus mak cik amoy lari sambil jerit " buaya! " terkezutttt mak noks... lari naik jeti . rupanya ada banyak gilerr buaya. satu buaya giant berada di bawah tangga jeti. terus naik. okey... buaya tu pandai naik tangga. buang tebiat! 

Nervous gila kencang jantung amoy ketakutan . aigoo... akhirnya amoy pergi melompat atas kapal yang berlabuh sebab nak melarikan diri dari buaya giant itu. agak agak cam aksi SALT. atas kapal tu ada seorang lelaki sedang tidur bersama anaknya yang masih baby. kiranya ni adalah klimaks ...

tiba-tiba datang seorang hero lelaki yang amoy tak ingat dah siapa. tapi amoy rasa kenal oh orang itu... lelaki tu pergi tetak dan belah badan buaya berkenan guna parang. Peliknya ... buaya itu masih hidup. dan buaya tu bangun dan menangis . terus peluk amoy . OMG! buaya ni pandai peluk orang hokehhh!

Hokey ... ini adalah first time amoy mimpi ngeri kena kejar buaya. Sampai pagi ni amoy rasa sengal-sengal satu badan sebab berlari laju dalam mimpi, takut kena lepuk buaya besar gedabak. Hoyeaaahh ... moralnya : sila cuci kaki sebelum tidur !

gilaa... ada hati nak peluk orang
kalau gigi kau tu gigi pelesu pun belum tentu amoy nak kau peluk
scaryyy


Tafsiran mimpi yang amoy curik dari google

Bermimpi melihat buaya sedang mengintai mangsanya. Artinya, kita harus berhati-hati karena akan ada orang atau musuh yang secara diam-diam berusaha mencelakakan kita.
Bermimpi naik buaya masuk ke air atau sungai. Artinya, pekerjaan kita akan lebih sukses.
Bermimpi melihat buaya merangkak masuk ke dalam rumah kita. Artinya, akan ada keberuntungan.


ahh...tafsiran gini xley pecaya sangat =.= risaaaaaaaauuu



amoyella : Sebenarnya dalam mimpi tu amoy pengsan sebab kena peluk buaya. tapi terbangun di alam nyata.



2 MURID MINTAK CUBIT:

ipotttt! _c pengkritik tetap..hehe said...

hahaha...adoiii....lucu eh..na, berhati2...jgn sj kena peluk oleh buaya darat sudahla...haha

♥ AMOYELLA said...

@ipotttt!

lelakiii~~~ buaya darat~~~ ada tu lagu ntaah siapa...rossa ka?

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com