29 January 2011

Segmen Hujung Minggu Bersama Ben Ashaari

MENGUMUMKAN ELAUN GURU PELATIH IPG KAMPUS KENINGAU TELAH MASHYUUUKK

JADI SEBELOM PERGI BERJOLI

AMOY NAK MENYEMPATKAN DIRI JOIN :

SEGMEN HUJUNG MINGGU BERSAMA BEN ASHAARI


Kelmarin

Amoy duduk dimuka pintu bilik sebiji macam abang Ben Ashaari

sambil update entri 

sambil sedih mengenangkan kawan - kawan dah balik bercuti semua

sambil sedih mengenangkan elaun yang belum muncul menjelma

sambil sedih belum makan tengahari sebab hilang selera

sambil tahan sakit perut cirit birit yang tidak terkata

sambil sedih mengenangkan kredit hp tinggal sesen dua

tapi . . . part lutut tu tinggi sikit laa. . .

tapi . . . part merenung tu taklah setajam mata abang ben yang menjauh ke sana

tapi . . .part saiz ketak ketak badan tu memang sangat jauh berbeza

dan HARI INI kalau boleh 

amoy nak duduk macam tu lagi

sambil merenung tepat "SALE" dikanan dan kiri

mampukan amoy menongkah nafsu diri?

cabaran lelong memang paling payah sekali

nak yang tu , suka yang ini .

waaa . . . nak duduk diam macam setail abang ben ashaari

dan buat - buat tak perasan segala jualan murah kanan dan kiri

supaya ESOK

amoy tak duduk style begitu lagi

sambil menggigit jari

mengenangkan elaun yang tinggal sisa berbaki

yang jumlahnya tak cukup nak beli mee maggi

apatah lagi ayam KFC

semoga amoy bertabah hati

tidak boros dek jurang nafsu sendiri


nota kuku : abang ben, amoy tak tau la entri amoy ni masuk kategori sajak, pantun atau syair
yang penting ini memang puisi.

Hohoo~~ ^^

SEKIAN TATA !

28 January 2011

TAWAU . TAWAU . TAWAU


SEMUA ORANG DAH PULANG KE KAMPUNG MASING - MASING

DAN AMOY MASIH LAGI TERCONGOK DI SINI . . .

NAK BALIK KAMPUNG , TAPI . . . (= . =)

BIARKAN SOALAN ITU TERGANTUNG 

APA YANG PENTING

CUTI INI PERLU DIPENUHI DENGAN SEGMEN JALAN - JALAN

KE TAWAU , HERE AMOY COME !

NAMPAKNYA, TERPAKSALAH BERJAUHAN SEBENTAR DENGAN DUNIA BLOG NI .

SEMINGGU JAK PONN BERENGGANG DENGANMU WAHAI http://amoyella.blogspot.com ! 

BALIK DARI TAWAU KITA JUMPA LAGI! ARRR . . .

KALAU ADA CONTEST YANG AMOY MENANG

KORANG HELLO HELLO AMOY KEH ?

LOL

LOT'S OF LOVE


Ntah gambar bila kena snap ni [1992/93 kot ] kunun nak pergi vacation 

tak jadi pla nak melawat SANDAKAN . Limpas ja pun jadilah ! 

Next vacation maybe ! =')



TATA

Nota kuku : Amoy rindu SARAWAK . sob . sob ...


Kerana Aku Perempuan , Kau Lelaki : PART CINTA

Entri ini berdasarkan pengalaman semata - mata , sebarang cetak rompak dilarang sama sekali , dua kali , mahupun tiga kali serta banyak kali seterusnya . Selamat bertengah malam !


  1. PEREMPUAN MELETAKKAN KEPERCAYAAN 100% pada permulaan hubungan . Sekiranya LELAKI berlaku curang , peratus berkenaan akan turun dan tidak akan dapat untuk ditembus balik walau dengan apa cara sekalipun . Kau bagi bunga rose sepuloh dozen pun kami tak mau bagi balik kepercayaan yang hilang itoh !
  2. WAJAH LELAKI HANYALAH BONUS . yup , perempuan lebih tertarik kepada pembawaan diri lelaki (asli) yerr lelaki . kira bonuslah bila dapat kekasih ensem , cute , dan seksi [ketawa] amoy mau jugakkkk . Jadi jangan cuba berpura - pura cool didepan kami , sebab 'cool yang tidak menjadi' berkenaan akan menjatuhkan reputasi anda dimata kami . mengada - ngada 
  3. Bila lelaki memberi harapan terhadap perempuan yang menyayangi anda, perempuan akan berpegang dengan pengharapan berkenaan walaupun perempuan tersebut tahu bahawa lelaki yang diminatinya telah memiliki kekasih . oh ! bahaya ! perempuan kan setia . . . ceh ceh ! jadi kau lelaki , sila jangan berani nak pasang lagi lapan dengan menabur janji KOSONG , kami boring tau lidang bercabang .
  4. Dan bila LELAKI telah memilih untuk meninggalkan PEREMPUAN yang menyayangi anda , PEREMPUAN berkenaan akan merawat hatinya dalam tempoh yang lamaaaa . hati berkenaan akan kembali terluka setiap kali melihat kau LELAKI bersama perempuan lain . emmm . . . amoy penah rasa . giler frust menonggek beb !
  5. Hei LELAKI , kau fikir , senang - senang ja ka kami mau keluarkan air mata ? PEREMPUAN sangat mudah menitiskan air mata terhadap kesayangannya . even menitiskan air mata untuk tumit kasutnya yang tertanggal ! kalau tu satu - satunya kasut , menangis la beb ! esok nak pakai apa ? sob . . . sob . . . kalau ada sembilan pasang kasut xpa laa kan . . .
  6. Kami PEREMPUAN tak kisah kau LELAKI nak renung dalam - dalam kedalam mata kami . Kami takkan cair seperti coklat punyerr. cuma kami akan rasa pelik . ada Taik mata sejemput kah kat mata kami ? ishh . . . lagipun sekarang ni banyak PEREMPUAN pakai lens , so , susah sikit la proses aksi 'DARI MATA TURUN KE HATI' tu berlaku , sebab pancaran mata LELAKI tersekat di lens jenama korea 
  7. Setiap perempuan inginkan layanan yang berbeza . tetapi berasaskan satu pegangan yang sama iaitu DIHORMATI . tidak perlulah RED CARPET segala untuk menunjukkan rasa hormat itu . cukuplah dengan tidak memaksa kami melakukan perkara yang kami tidak suka . eh ! Kenapa kau suruh kami habiskan makanan cepat - cepat ? isk isk . . . tak sempat nak hadam lagi oesophagus ni . 
  8. Yes , kami TAK suka LELAKI meninggikan suara . Kecut tali usus heayarrkkk! Lelaki , sila tinggikan suara anda ketika di padang kawad yer . Melalak la kau sorang - sorang sana . Mejar tak marah ~ ~ 
  9. Memang tidak dapat dinafikan terdapat dua golongan PEREMPUAN . PEREMPUAN suka kongkongan dan tidak suka kongkongan . Sekiranya PEREMPUAN ini telah terbiasa dikongkong (suka kongkongan) oleh lelaki, maka dia akan berasa tidak diAMBIL PEDULI @ tidak diendahkan lagi, bila tiba - tiba lelaki berkenaan tidak lagi busy body akan hal dirinya . manakala jenis tidak suka kongkongan .  . . emm . . . tak payah cakaplah . songsang je . amoy pun sama ! ^^
  10. Duhai arjuna , sayangilah dia , kerana wanita dicipta untuk dicinta , jangan cemarkan harga dirinya kerana dia masih juga punya cinta , dalam dirinya penuh air mata , jagalah dia dengan sepenuh jiwa , janganlah pernah kau dustai dia , wahai arjuna sedarilah , kerana wanita berhak untuk bahagia , bukan dicipta untuk selalu derita , sayangilah dia , cintakan dia , kerana sesungguhnya wanita itu terlalu ISTIMEWA .


muehhhehee . . . nak sekang rambut gini ! cari - cari di Keningau tak jumpa pla ! 

TATA !

27 January 2011

Kepentingan Duit

bukan amoy nak cakap pasal bahawasanya amoy ni FASHIONISTA . 

but, yes , amoy turut sama tergolong dalam kancah trend fesyen semasa . 

yes , amoy mengaku amoy sangat boros bab berbelanja ke arah fesyen mengalahkan belanja untuk membeli alat tulis .

and yes , amoy shopalcoholic freak

yes , amoy suka barang branded

yes , amoy suka makan yang sedap - sedap

yes , amoy suka berjalan - jalan , travelling , vacation

yes , amoy suka cuba sesuatu yang baru

yes , amoy suka tidur hotel 

yes , amoy sangat tidak pandai jimat bila ada duit dalam tangan

but yes , amoy tahu menyimpan duit OK!



tapi bila elaun belum masuk *macam sekarang*

SEMUA BENDA TERBONTOT !



SEMOGA ELAUN KELUAR BESOK

='(



26 January 2011

KEK LAPIS SARAWAK [ PART 1 ]

Cuaca sejuk di KENINGAU telah membuatkan perut amoy sentiasa lapar tanpa mengira masa , keadaan , dan tempat . Sekarang adalah musim amoy join contest GAMBAR-GAMBAR [apa kaitan dengan LAPAR?]

lantaran contest GAMBAR-GAMBAR inilah telah menjerumus amoy ke kancah menyelongkar fail gambar , termasuklah menyelongkar koleksi gambar kek lapis sarawak yang amoy pernah buat sepanjang setahun kebelakangan ini . Sebab gambar 4, 5 tahun kebelakangan sudah TERHANGUS SAMA SEKALI bersama external hardisk yang TERROSAK itoh ! KIN PANAS!!! . . . segala koleksi drama korea turut GHAIB bersama - sama . [sedih!] [dukacita] [lara] [derita]


Latest yang dibuat semasa cuti hujung tahun lepas .

ohhh! haku lapar terkenangkan kek - kek ini!



dibuat tuk bawa ke IP . rumate amoy pelanggan setia ! thanks darl !
iffy juga !


ni time sesuci lebaran . not for sale okei !


my mum tolong sambung buat yang ni . ohh . . kek ni paling sedap


kek yang ni sebenarnya tersalah potong ! huhu !
terpaksa modified dari resepi sebenar


ohh  . . . my rumate paling suka kek ni . kan nana?
amoy ingat tau!


rasa coklat yang aummmmm~~~!


lapis bakun  . . . kek ini paling tinggi antara yang tertinggi


kek lapis dejamoss , ouhh . . . kek ni basah - basah . lemak berkrim
[paling cepat habis time raya last year}

Ohhhh ! ! !

AMOY NAK MAKAN SEMUA NI !

LAPARRR . . . grrrrrr = . =


TATA


nota kuku : rasa macam nak buat contest , then hadiahnya adalah sebiji kek lapis sarawak . okey tak ?



Contest Kami Pose Cumey

AMOY JOIN CONTEST NI SEBAB AMOY MEMANG PERASAN CUMEY

seksikan lahhh . . .

comel eh ? yang ini ?

BETUL ! memang bukan gambar atas tu yang nak masuk contest !

tapi adalah yang ni

comel tak ? comel tak ? comel tak ?

gambar kedua lagi comel hokei ?!

*sila jawab 'yaaaaaaaaaaaa'*

amoy yang tudung biru tu *urghhh ! nak jugak perkenalkan diri*

Berminat ? SILALAH KLIK BANNER DI BAWAH


 anda bernasib baik kerana cikgu amoy telah tag murid - murid : sila buat kerja rumah ini : kalo tak cikgu amoy pukul bontot satu - satu 


dengar sini semua sekali ! skuad akan keluar baris ~~ KELUAR BARIS!!!
TATA!





Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool




Gratisan Musik


ops ! ada lagu yang melatari entri contest ni
amoy minat lagu ni sejak setahun yang lepas [sampai sekarang okei !]

YUP, amoy join contest lagi .
Sila salahkan ORANG ITU dan ORANG INI yang pandai - pandai nak tag amoy .

JOIN CONTEST INI
DARI BELOG ITU
DAN INI GAMBAR YANG DIPERTARUHKAN


macam yang telah amoy cakap tadi . amoy minat giler ngan lagu babybaby ni .

sampai ada satu masa tu ajak kawan tablemate posing dengan trademark LEE DONG GEON macam gambar atas tuu naa

cool tak ? ahh ... memang peratus ke'cool'an tu kurang dari pose watak sebenar macam bawah ni



ah ! tengok dari belakang ja pun amoy dah jatuh hati !



untuk kali kedua dia buat BEGITU



OH ! SOOOOO COOL !
DAN DIA ENSEM ~ ~ okei !

Fine , gambar dari depan lagilah membuatkan amoy jatuh cinta !

dub dap ! dub dap !
auuuw ! sungguh hensem ! mata dia kuyu ~ ~ macam mashimaro ~ ~
JATUH CINTA LAGI @ . @


korang ingat - ingat lupa dengan actor Korea ni ? alaaa... yang berlakon dalam LOVERS IN PARIS tu ba !

=')

Till then ... TATA

update ** lupa pla nak bagi tag kepada blogger bertuah pada hari ni


Sila buat kerja rumah ye murid-murid !



Hati Perempuan : Fakta @ Auta ?

Hallo hallo ! malam ni amoy nak share sikit ~~~ lagi pasal PEREMPUAN yang menyentuh bab HATI . Semuanya adalah berdasarkan perspektif amoy sendiri kachuwaliii nombor seploh !

Kami golongan perempuan ~ hehe

  1. perempuan kebanyakannya lebih sensitif daripada lelaki . terutamanya ketika PMS @ period @ datang bulan, wahai warga lelaki jangan cuba bermain api ketika musim berkenaan . tersilap langkah anda mungkin terjerumus ke kancah air mata . paling afdhal pun , korang akan dapat tendangan leret tepat ke muka VIA our kaki .
  2. hati perempuan lebih lembut dan bukan lembik! dari kaum lelaki . oleh kerana kesopanan dan kesusilaan serta kelembutan maka kaum perempuan diberi tugas menjadi ibu yang mengandungkan, melahirkan, dan menyusukan . boleh tercapai akalmu x kalo lelaki yang mengandung ? memang xsempat lahir lah bayi -bayi sihat disebabkan balik balik akan mengalami keguguran . almaklumlah , golongan lelaki kan aktif . mungkin pondan okey kot ? sebab diorang tak pegi main bola time petang - petang . diorang main mekap mekap je . boring main mekap , terus sambung main masak masak pla .
  3. perempuan mudah dipengaruh, terpengaruh dan mempengaruh . yup ! nampak je benda cantik , perempuan mesti nak GRAB ! nampak je fesyen mata korea besar - besar , terus nak pakai lens king barbie . eh ade ke jenama lens gitu? nampak model kurus , nak jugak diet tak makan 8 hari biar ramping segera . auww ! seyes ! amoy nak jugak ! tapi nafsu melahap ni tak boleh control ~ ~ huhu (_ _!)
  4. hei lelaki , kau tau tak , hati perempuan cair seperti coklat akan sikap baik . oh jangan goda kami dengan sikap kegentlemen anda . cukup dengan memberi bunga yang dipetik dari pohon bunga tepi longkang , akan buat kami tertanya - tanya (selama 8 hari 8 malam) siapakan gerangan pengutus bunga berkenaan ? ohh . . . itu bohong , kami kurang menghargai hadiah yang tak tahan lama . kami lebih suka jika bunga berkenaan diganti dengan McD set @ KFC set @ Pizza set @ SR cake . emm . . . apa apa pun boleh asalkan sedap dan mengenyangkan ~ ~ ^^
  5. hati perempuan ada deria kelapan . instinct kami boleh meramal sesuatu yang diluar jangkaan 5 deria fizikal termasuk deria ke 6 . perempuan boleh instinct boy dia buat curang dibelakang parang kalau diasah lagikan tajam . hei ! hati - hati .
  6. sentiasa mahukan yang terbaik . maksudnya di sini adalah , perempuan tidak mahu kalah dengan perempuan lain . mereka sentiasa bersaing sesama sendiri untuk mencapai aim masing - masing . tipulah kalau kau cakap "aku tak kesahhhh ponn~~" mari amoy bagi dua pilihan , kau (perempuan) nak KOTAK 1 atau KOTAK 2 ? komfem korang akan tanya apa isi kedua - dua kotak berkenaan kan ? kan ? mesti nak yang terbaik punyaa . . . kalau KOTAK 1 berisi kain lap tingkap berlobang lobang, KOTAK 2 pula berisi shawl . . . korang tetap pilih KOTAK 1 ke ?
  7. Kekuatan wanita adalah pada hati masing - masing . korang pernah dengar tak "Dibelakang lelaki yang berjaya adalah seorang wanita" maknanya wanita merupakan kekuatan bagi lelaki . pernah dengar ke "dibelakang wanita yang berjaya adalah seorang lelaki" ? [katawa jahat] TAK PERNAH PON !!
  8. ya, perempuan mudah jatuh hati dengan lelaki KACAK ! tetapi selepas bangun ja dari tidur , bayang lelaki kacak berkenaan akan hilang *tiba - tiba*
  9. ya, perempuan akan sentiasa mengingati orang yang meminatinya [ketawa gagah !] sekiranya lelaki berkenaan hensome dia akan memberikan respon yang CEPAT ! tapi sekiranya lelaki berkenaan tidak menepati ciri idamannya , perempuan lebih suka menangguh -nangguh . *wink! wink!*
  10. Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya. (opss !! ni pasal hati lelaki lah pla!)



Dicipta engkau dari rusuk lelaki, 

bukan dari kaki untuk dialasi, 

bukan dari kepala untuk dijunjung, 

tapi dekat di bahu untuk dilindung,


dekat pula di hati untuk dikasihi,



OK . . . TILL THEN !
TATA!

    25 January 2011

    Kerana Aku Perempuan , Kau Lelaki : PART DUIT

    kami gadis sarawakian ! opss... hiasan semata-mata

    Hai semua ! semua orang pun tau pemilik tuan tanah amoyella.blogspot.com adalah perempuan merangkap wanita soontobe pada masa depan . wah ! Sini amoy nak share beberapa fakta penting pasal perangai perempuan berdasarkan DUIT semata - mata dan lelaki wajib tahu . opss . . . amoy bukan dr . mashitah mahupun dr . fazilah kamsah atau kamtumi . tapi amoy nak bercakap menulis berdasarkan pengalaman bukan semulajadi .

    1. Ya , kaum lelaki tidak boleh salahkan perempuan bila kami jadi MATERIALISTIK ! nanti nak bagi anak makan apa sayang oi ? rumput ? lembu pun memilih tau nak makan rumput apa . lembu tak makan rumput semalu . Amoy memang tak kisah kalau kena cop mata duitan sebab everything need money ! although money is not for everything . . . [terharu ! ]
    2. Ya, Amoy kami suka shopping ,  time budget banjir : branded shopping , time budget menyurut : online shopping , time budget lembab sejuk : 'sale' shopping , time budget kekeringan : window shoppping , time budget kekontangan : maggi shopping . jadi sila bawa si dia bershopping .
    3. Ya, Wanita suka barang cantik dan berjenama . ke...amoy je? ahh...tak kisahlah, tapi kalau dari yang tersayang, dapat pape je pun gumbira tak sudah ! senyum lebar melepasi titik telinga lebih kurang dan tidak kurang dalam masa 24 jam selepas menerima hadiah berkenaan . kalau boleh nak canang satu FB . hehe. . . bilalah nak terima hadiah ni kan . . . befday lama lagi  . . . haishhh 
    4. Ya, wanita suka kecantikan ! dan dia sanggup buat apa sahaja demi kecantikan . dia sanggup tak makan lapan minggu sebab nak beli slepar crocs RM lapan ratus, tidak kisah laa FACIAL lapan kali seminggu ke , BAJU lapan puloh lapan pasang sehari ke, MAKEUP lapan belas inci ke, HIGH HEELS lapan poin lapan inci ke, DRESSING mixed up lapan colour ke, serta lapan ratus lapis emas di tangan termasuk gigi . ahh . . . chill bah . . . xda la melampau sampai begitu . kami sederhana je . sedap ja mata tengok . amoy pun suka tau ! Kau lelaki , suka ke nampak kami sememeh je ? kau suka tengok ada tompok sisa eskrem kat tudung kami ? setiap kali makan eskrim ja mesti meleleh kat tudung ! ish ! kalau 80 kali makan eskrem sehari , terpaksa la tukar tudung 80 kali sehari. ye x ? haha . . .  ini pun memerlukan duit , jadi kami perlu cari adam yang berduit .
    5. Ya, kami suka makan . kadang - kadang habis licin kami makan . kadang - kadang makan sikit ja sebab harga mahal tapi makanan sikit, kadang kadang banyak jenis nak makan macam beli big apple : kalo boleh nak set 24 biji ! urrrghh . . . sila jaga perut kami ni . perut kami ni tempat letak bakal anak - anak kamu juga baaahh~ hehehe . ini lebih kurang macam tips ibu mengandung ja ni . . . hehe . . . gadis sunti pun pandai mengidam bha sekarang . sekarang amoy mengidam nak makan bakso . ohh . . . cepatlah hari outing ! nak kuar pekan ni ! huhu
    6. Ya, wanita selalu tidak berpuas hati dengan apa yang dia telah miliki . ah ! lelaki pun sama ! dah da satu , nak lagi tambah 3 . kang kami pasang sparepart 8 amacam ? hehe . opss . . . terlebey suda ~
    7. Ya, perempuan tidak kedekut untuk berkongsi DUIT dengan orang yang tersayang . Jadi pastikan kau sayang aku dulu sebelum minta aku sayang kau balik ! 
    8. akan tetapi , wahai wanita diluar sana , pastikan anda memiliki ASET WANG SIMPANAN tersendiri ! aset ni boleh back up kita kalaulah terjadi apa - apa yang berada diluar lingkungan jangkaan serta jangkauan. terutama bagi yang sudah berkahwin yer . sekurang -kurangnya , bila lelaki kita tahu bahawa isterinya memiliki aset juta - juta , dia akan berfikir lapan belas juta kali nak double, eject atau remove ! hehe . Jadilah wanita yang berpengaruh .
    9. Kami suka habiskan duit ke jalan yang berhemah dengan mudah . Oleh itu , pastikan anda (wanita) menyenaraikan barang keperluan sebelum kaki anda menjejak ke dalam supermarket . 
    10. Terakhir , DUIT ADAM anda tidak boleh membeli cinta HAWA.

    okey... sekian ...

    TATA !

    24 January 2011

    Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


    Umur amoy sekarang duploh tahun . k!

    Bulan jun ni baru masuk 21 !

    Tension bila mengenangkan umur makin TUA ! maknanya tak lama lagi akan jadi seorang guru . urgh . . . tadi jadi AJK (ahli jejari kecil) untuk sesi pendaftaran KPLI intake January 2011 . giler matured diorang ni . bercakap pun dengan ayat skema . err . . . mybe sebab diorang dah banyak pengalaman kot ? umur pun dah mencakup bapak - bapak dan ibuk - ibuk . chill bha kau ! hari ni nak cerita sikittt tentang program PISMP . mesti ramai student universiti tak tahu apa tu PISMP . kan ? kan ? kecualilah kalo korang ada family yang mengikuti program ni .Tadi pun ada abang - abang dan kakak KPLI yang baru masuk tanya pasal program LIMA TAHUN ni . boleh - boleh diorang heran ? diorang sangka kat IPG hanya menawarkan program diploma je . dan bagi adik - adik yang berminat nak join kami di IPG . Silakan . . .

    1. PISMP stands for Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang ditubuhkan 100% under KPM
    2. yang menempatkan pelatih sepenuh masa yang berkelulusan SPM 
    3. Berminat ? sila daftar borang online PROGRAM PISMP di Laman Web KPM
    4. sebelum itu , jangan lupa beli nombor unik ID di mana - mana cawangan BSN yang terdekat !
    5. PENAPISAN 1 : calon - calon akan dipilih berdasarkan keputusan SPM dan Kokurikulum
    6. PENAPISAN 2 : mana - mana calon yang lepas PENAPISAN 1 layak mengikuti sesi TEMUDUGA 
    7. Hanya calon yang lulus sesi temuduga akan ditawarkan program PISMP mengikut subjek major dan minor yang ditetapkan
    8. Lokasi pengajian adalah di tetapkan oleh pihak BPG (Bahagian Pendidikan Guru) . Calon ditawarkan  di mana-mana IPG berdasarkan opsyen masing -masing . Bukan kami yang minta! macam amoy sekarang ni ditempatkan di Keningau , Sabah . Cuak jugak mule2 . . . tapi bila dah lama . . . BEST pla ! SEJUK ! ^^
    9. Program ini berjalan selama LIMA TAHUN SETENGAH JE kononlah 'je'
    10. Program persediaan (PPISMP) adalah selama setahun setengah . Dengan wang biasiswa RM430 sebulan . 
    11. Habis je program persediaan ni , biasiswa akan mencanak naik kepada RM730 sebulan dengan wang biasiswa untuk buku sekitar RM800 - RM1000 ( mengikut opsyen memasing . . . ho ho ) . so , pastikan korang lepas program PPISMP baru dapat teruskan pengajian kepada PISMP!
    12. elaun yang diberi ini adalah elaun bersih yang diterima tanpa caj tersembunyi . emm . . . terpulanglah kepada IPG masing - masing nak potong berapa2 untuk yuran asrama ke , astro awani ke , flush tandas rosak ke , paip tercabut ke ?
    13. PISMP akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama 4 semester .
    14. juga akan menjalani Praktikum a..k.a Latihan Mengajar sepanjang 4 minggu (semester5) , 8 minggu (semester6) , 12 minggu (semester7) serta 4minggu (semester 8) untuk buat Kajian Tindakan .
    15. Setiap semester wajib ada Kerja Kursus Pendek (KKP) + Projek (KKBI) tidak kurang daripada 10biji x 15mukasurat++ = sebanyak banyaknya ink dan kertas .
    16. Sila FAILkan segala bahan kuliah + tutorial +ISL yerr . wajib cukup untuk 15 minggu !
    17. Habis je lepas 5 tahun setengah, maka jadilah kami GURU sejati yang siap di polish menjadi GURU YANG BERJIWA GURU .
    18. dan kami keluar dengan DG41
    19. Tahun lepas (2010) MQA telah menjalankan tinjauan ke seluruh IPG di Malaysia .
    20. Hasil daripada tinjauan berkenaan maka program KPM ini telah diluluskan dan sebuah SENAT telah ditubuhkan pada awal tahun ini untuk menlaksanakan pentadbiran IPG .

    Sekian sahaja informasi kali ni via amoyella.blogspot.com . Lepas ni buat PART II kalo rajin .





    23 January 2011

    10 PERKARA PALING BEST MASA SEKOLAH RENDAH

    Ini name tag amoy time sekolah rendah!
    muka sesuci lebaran aidilfitri 


    Amoy kena tag oleh JIWAGUA . dia nak 10 perkara paling best masa sekolah rendah . rasa nak jawab lebih dari sepuluh pun ada


    1. Amoy tak payah pakai tudung time sekolah rendah . rambut tocang dua . mama selalu buatkan . sampai sekolah cikgu puji - puji sampai dua - dua belah lubang hidung amoy kembang semangkuk, tapi tak lah kembang lebih besar beger double mcD.
    2. dapat lari - lari laju ke kantin tanpa segan silu nak beli makanan time rehat . yess ! amoylah orang pertama yang sampai ke kantin selalunya .
    3. suka bila dapat beli kuih satay *entah lupa nama* yang berharga RM0.20 sen secocok yang mengenyangkan walaupun makan secocok ja .
    4. bawa bekal air panas dalam thermos dari rumah . rehat jam 10 . 00 air masih panas ! bangga - banga minum depan kawan - kawan .
    5. kadang - kadang bekal mee happy ( jenama paling feymes kat sarawak ) dari rumah . bila time rehat mee happy dah kembang secontainer . sup mee habis kena sedut oleh mee . makan je lahhh ! 
    6. naik basikal dari rumah ke sekolah . awal - awal pagi steady ja bawa basikal takut rambut rosak . bila balik tengahari start lah merempit ngan kawan - kawan . 
    7. kalau time hujan . amoy pegi sekolah guna seluar pendek je . sampai sekolah baru pasang balik skrit biru gelap itoh . hujanlah katakan . . . takut kebasahan . malu tak terkira bila kena ketawa kawan - kawan . hei ! pelik sangatkan kalau pakai seluar pendek ke sekolah ?
    8. selamber je cubit budak - budak lain . hei ! amoy kan pengawas ! haha .
    9. selalu kena suruh jadi budak yang pasang bunga roset kat baju VIP . bangga - bangga perasan bajet jadi model of universe bila kena makeup mak andam 
    10. sukanya bila ada orang secret admire kat amoy ! haha ! kecik - kecik dah pandai ajak couple . waka2
    11. Akhirnya amoy dapat anugerah Tokoh Pelajar SK Datuk Pengiran Mohammad Oya , Mukah , Sarawak . Paling best auu ! Terlebih sudaaaa . . . Kang makin KAMBANG pla .


    Tag anda ! 

    okei . . . til then . . . TATA ! (^^)

    SANTAI BERSAMA BEN ASHARI


    SEBLOM NI JADI SILENT READER JER (= =.)




    Header ni Amoy sendiri yang buatkan 

    guna perisian adobe photoshop C3 + photoscape

    yang membawa maksud :

    jangan main - main ngan blog Amoy , copy paste dilarang , *cocok bontot guna kuku besi tu kang!* kenapa letak gambar devil ? bukan amoy black metal ahh ye tuan tuan dan puan puan . . . tu hanyalah simbol yang menandakan " segagah - gagah amoy , dalam hati ada taman + comel " waahhh ! amoy minat giler patung dolly - dolly ni . mata dia sangat cantik dan besau ~ *kalau amoy letak gambar harimau (ganti devil) macam jata negara lah pulak ! hohoho patriotik sungguh!*

    Amoy buat header ni 1 jam . . . coz time tu 1st time guna perisian adobe . men langgar tunggang terbalik je. .  .seterusnya 
    amoy sangat jeles tengok header TUAN BLOG NI



    comel gileeeer kan ? yelaaa . . . tuan blog ni siap buka tempahan header lagi tau . xkan nak bagi header blog tauke sendiri cincai cincau . dan AMOY SANGAT JELOUS HOKEI !


    Till Then . . . TATA !

    22 January 2011

    HOMAIGOD!! MAKE UP DISASTER

    You know what?

    end of 2010

    me and my friend went to Jeju Island, Korea

    here, one picture that has cracked the lense of my SE K770i



    LOL

    till then... TATA!

    harap jantung iffy nda gugur malam ni... haha

    EDIT PHOTO BATTLE



    SILA KELIK UNTUK KE BALAI MENGHADAP TUAN TANAH


    SELAMAT BERHUJUNG MINGGU KEPADA ADIK KAKAK ABG SEKALIAN BLOG

    Terbaca tak tajuk di atas tu?

    yeyyy!! amoy masuk contest lagi

    kali ni kena TAG oleh CIK GURU

    Seriously amoy kureng pandai hal edit editor edition ediam! ni

    edit kampung - kampung ja!

    memandangkan penganjur contest tu amoy kenal sejak berumur 13 tahun (Cik Solehah)

    jadi tanpa segan silu

    amoy nak canang - canang kan kepowerkan KUASA MAKE UP di TANGAN WANITA EDITOR



    ibuk - ibuk dan bapak - bapak . . . ini gambar lama ye . gambar musim JERAWAT TUMBUH SELEPAS HUJAN . Hodoh tak cantik ? ya . . . ada lagi yang lebih tak cantik amoy simpan sebagai koleksi peribadi . Manatau kot - kot lepas ni ada orang nak ambil amoy jadi duta produk kulit diorang . leh keluarkan gambar batch ni untuk tatapan umum . hea !



    SIAP di edit ! segala cela telah kena remove . edit . dan . make up !
    ala - ala KOREAN ? teehee . . . well . . . korang rasa orang korea wat gini jugak ke ?
    percayalah . . . software ni gila babeng best ! macam gambar couple pla . miahahaa


    BERIKUT MERUPAKAN PEMENANG ANUGERAH WAJAHKU WAJAHMU JUA
    SILA BUAT KERJA RUMAH NI .
    KALO TAK , CIKGU AMOY ROTAN SORANG - SORANG !



    TILL THEN... TATA!

    21 January 2011

    BENAR - BENAR ADAM




    Gratisan Musik




    Semalaman ku tak kering mata
    Didukung kekabu melapik pilu
    Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru

    Sejak kita berdua berpisah
    Aku tak habis-habis gelisah
    Apakah itu tandanya bahawa…



    Ku benar-benar cinta
    Ku benar-benar sayang
    Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

    Ku benar-benar cinta
    Ku benar-benar sayang
    Suluhkan gelita kalbuku terang



    Semalaman lagi bersendiri
    Parahnya diseksa sunyi sepi
    Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta

    Ku sangka ku tabah berdikari
    Rupanya rapuh untuk berdiri

    Kembalilah kau kepada ku kerana…



    Ku benar-benar cinta
    Ku benar-benar sayang
    Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

    Ku benar-benar cinta
    Ku benar-benar sayang
    Suluhkan gelita kalbuku terang





    nota kuku : malam ni xmo stadi..mo layan jiwang luk

    Aku Kadet Remaja Sekolah?


    Seriously doe...aq dah tak sabar nak pakai baju uniform KRS!

    pisang emas bawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    baju KRS mahal dibayar
    takpe, sherwood dark green smart sekali!

    pulau pandan jauh ke tengah
    gunung daik bercabang tiga
    rekrut KRS jangan disanggah
    kang...boot kawad hinggap di muka

    buah cempedak diluar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    masuk KRS lantaran di lamar!
    Seyes...bukan ai tetapkan pilihan

    Tuai padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
    rabu pagi korang kan nampak
    rekrut KRS beruniform kehijauan!

    ohh! comelnya cik adik abg ensem
    ehh...baju yang comel!

    18 January 2011

    YOU ME AND SHOES CONTEST




    KAU TAU TAK AKU NI TENGAH MABUK HIGH HEELS!
    blurrpp...hilang sopan-santun ai bila terlampau sesaited

    time blogmarathon semalam amoy terduduk dengan sopan-santun kat blog contestant yang join contest YOU ME AND SHOE
    tapi... time tuh blum ada feel nak join sebab takda ponn orang tag...kaaashiiann... :'(
    jadi hari ni ada orang tag kau la? oh...memang bukan! 
    tapi hari ni sebab ada orang pujuk amoy untuk join. 
    *amoy ni memang pantang kena pujuk-pujuk, rayu-rayuan,  intai-intaian*
    akhirnya aku dengan gagah ikot.
    Terima Kasih CIK GADIS!


    contest ended on Jan 24th , 2011




    INI ADALAH PANTUN PARI-PARI KASUT TINGGI 5 INCI

    DATE SETTING : 31 OCTOBER 2010

    WINDOW SHOPPING MENJADI HOBI.
    DIHUJUNG MINGGU PERGI BERJOLI.
    HEY! KASUT TINGGI 5 INCI.
    MENGETUK CERMIN MINTA DIBELI.

    MENGETUK CERMIN MINTA DIBELI.
    MENYAPA LEMBUT MATA SEPETKU.
    KENAPA KAU CANTIK HEY KASUT TINGGI?
    REKAAN MEWAH MERAGUT KALBU!

    i love you!

    REKAAN MEWAH MERAGUT KALBU.
    SI COKLET CAIR BERBUTANG SILVER.
    KUBELEK-BELEK HIGH HEELS ITU.
    KEHENDAK HATI TAK DAPAT COVER.

    KEHENDAK HATI TAK DAPAT COVER.
    LANTAS MENYARUNG SI TUMIT TINGGI.
    AMOY MEMANG SHOE REAL LOVER.
    OMG...THIS HIGH HEELS FITT MY KAKI!

    OMG...THIS HIGH HEELS FITT MY KAKI.
    I WAJIB GRAB, EVEN NO MONEY.
    HUJUNG BULAN COMFEM BUDGET LARI.
    LEPAS NI MENJAMU SI MEGGI KARI.

    LEPAS NI MENJAMU SI MEGGI KARI.
    MAKAN NASI DAN SARDIN CAP SMILEY.
    AIR KOSONG MEMANG HARI-HARI.
    ASALKAN HIGH HEELS TERGENGGAM DI JARI.

    ASALKAN HIGH HEELS TERGENGGAM DI JARI.
    TAK MAHU MENYESAL KEMUDIAN HARI.
    RASA BANGGA BILA NAMPAK TINGGI.
    OPSS! TERKEMBANG PLA HIDUNG SENDIRI =')

    OPSS! TERKEMBANG PLA HIDUNG SENDIRI.
    WALHAL POKET KERING BHA NI...
    MUNGKIN BUKAN AMOY JA HADAPI.
    YANG TERASA SILA ANGKAT BULU KAKI?

    YANG TERASA DAH ANGKAT BULU KAKI.
    SESAL MEMBELI TIDAK SESEKALI.
    DARI 1ST PAKAI HIGH HEELS SAMPAI KINI.
    WORD "TERPELEEOT" SIMPANGGGG KE TEPI~~

    WORD "TERPELEEOT" SIMPANG KE TEPI~~
    HARI-HARI MIMPI KASUT SNSD.
    CUBA TENGOK KLIP VIDEO LAGU GEE GEE.
    HIGH HEELS DIORANG BIKIN WA PANAS HATI!!


    HIGH HEELS DIORANG BIKIN WA PANAS HATI.
    CANTIK. COMEL. GOJES DAN MANTAP.
    NAK JUGA SATU...NTAH BILA TERBELI.
    ERRR... BELEK HARGA, BIBIR TERSENTAP!


    ERRR...BELEK HARGA, PASTI TERSENTAP.
    HIGH HEELS ARTIS MAHALNYA PASTI!
    AMOY NI... POCKET MONEY BPG YANG BACKUP.
     HARAP KALI NI MENDAPAT FREE.


    HARAP KALI NI MENDAPAT FREE
    HIGH HEELS DARI CONTEST CIK SYIDA
    BESAR GEDABAK HAJAT DIHATI
    NAK MENANG WEDGES BELAHAN JIWA. =')


    Nak tulis panjang - panjang lagi . tapi boring pla korang nak baca pantun rapping ai . blog lain banyak lagi nak terjah . kan? kan? baiklah dengan ini amoy umumkan mereka yang bertuah terima baton pass dalam acara lari - lari contest ini . 
    MEEEAAAOOOW!



    TATA!
    tadi lecturer cakap pantun tergolong dalam puisi tradisional. sekarang ai dah renovate dan upgrade ckit supaya pantun sentiasa uptodate! walaupun sebenarnya sangat klasik fm hokei!

    17 January 2011

    Segmen Terjah by Adewk Yuyue

    SAWADEEKAP!

    macam besa...amoy takkan hampakan orang yang tag amoy!
    toche~ toche~ =')


    today! amoy kena tag lagi oleh RINNKECHIIK
    untuk join satu segmen TERJAH BY ADEWK YUYUE

    TERJAH CITOKK DENG~~



    Amoy nak join segmen ni sebab nak cari lebih ramai-ramai kawan blogger!
    then, suatu hari nanti nak join korang-korang yang buat gathering ramai-ramai...
    tetapi...jangan ajak amoy men bowling amoy tak pandai...haha


    arahan dia suruh amoy jawab DUA soalan ja. tapi memang ada DUA ayat ja ada tanda soal (daripada 6), lain-lain suruh ceritakan. ngewww... haha. kan? kan?


    Amoyella, boleh dipanggil amoy atau ella . Sarawakian , 21 tahun, dan tidak merokok . half chinese from melanaus blood . Sangat geli dengan exam . bukan peminat kacang hijau . tapi suka minum teh hijau . jarang makan sawi hijau . rindu nak makan puding caramel hijau yang mama buatkan . 

    jarang tidak membuka FB (seperti yang bertempek di side bar) after office hour . lol , IPG amoy block FB sampai jam 5 petang . syahdu ! sendu ! sadis ! lelain laman sosial tak sempat nak uruskan . just add my YM : amoyella@yahoo.com atau skype? search ja nama amoy_xella

    Kenangan manis bila dapat tawaran masuk IPG . suka sangat sebab otak dah tak begitu malas mampu nak sambung stadi kat matriks . hehe . study kat sini macam-macam kenangan tercipta . ceh . . bajet ayat novel . . . paling pahit bila terpaksa tinggalkan anak kucing kat sarawak saannaa . . . huhu . . . *anak kucing kecintaanku, adakah engkau sihat di sana?*

    Telah terjerumus dalam berblogging selama 43 hari . kalau diibaratkan baby , amoy ni masih baru nak buka mata . cak ! cak ! nampak warna wild pink ! Pengalaman pun blum banyak lagi , yelahkan . . . newbies . . . nak tegur yang dah berlari laju pun blum brani . sapa yang sama - sama baby jalah . hehe . tapi amoy suka pergi cuit - cuit kotak komen Ben Ashaari , dia banyak bagi tips kepada blogger baru . 

    Kepada baby - baby baru lahir luar sana . . . minumlah susu ibu . baik untuk kesihatan ! 
    kena kuat semangat ! Aja - aja Fighting ! Semoga menjadi blogger yang sihat dan kuat !

    hei ! hei ! korang . . . meh join jugaaak



    SEKIAN . . .dan
    pesanan penaja : SELAMAT BERAMAL 

     

    Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com