30 December 2010

Facebook Facebooking Facebookian Facebooker = Facebookless

Huhuu...apa jadi dengan FB Amoy? Ni dah masuk kali kedua dia mengesotkan diri. What the Hello Kitty lah FB ni. menci. menci. menci. 

Esok akan menjelajah Sungai Sarawak naik Speedboat dari Oya ke Sibu. Jadi hari ni busy packing makanan dan barang. Ahahaa... tiap kali nak balik musti packing makanan banyak-banyak! Perut Amoy ni memilih sangat. Silap makan cikit komfem c*r*t b*r*t! huhu... Sampai hari ni masih belum dapat adapt dengan makanan kat Cafe saaannaaaa Keningau. Tabahlah perutku!


Sambal pusuk yang wajib dibawa kalo balik IPG! =')
Tapi, yang ni cilok dari google!
Biasanya ehh bukan "biasanya" tapi memang satiap kali...mama yang buatkan untuk Amoy sambal pusuk ni untuk bekal bawa pulang IP. Hehe... nak masak sendiri tak sedap pla! Ayat mengelak dari tuduhan malas. Lepas ni nak meneruskan usaha packing makanan semuat beg yang boleh. Dah...tu ja! TATA!

Erk... entri pasal tajuk 1 perenggan je hea!
Geram sangat dengan FB!

29 December 2010

Malaysia Menang Bukan Guna Bomoh

Congrates !!! Team Malaysia! Cayalah...

Terkajut eden!


Usah dibilangin kali ni Malaysia menang sebab guna bomoh-bomoh yer Indonesia... Hea! hari tu Laser di salahkan. haihh! Kesian dongg Nia Ramadani... elo kalah. Yess! ga bisa dipertikaikan lagi.



Entri terkontot.

Kenanganku Kenanganmu

Kehadapan belogku! Baru je tadi rasa sangat lawak bila tengok gambar yang kakak Amoy scan. hehe... betul-betul Ho Liaw dan Kaw kaw Cap Kapal Api terbek dari ladang serta power root long jack kacip petimah orang kampung habak hang bila preview gambar-gambar lama. uwah! uwah! Misai Enche' Ayah semaart ala-ala Datuk K. Ni nak uplod seketul ja dulu. Nanti la uplod yang kedua atau tiga atau empat atau lima dan seterusnya. 

Ni dia... Tadaaa!

erk? Siapa nii?
Ni bahan prasejarah yang berjaya dikorek oleh ahli arkeologi yang berjaya

Betollll................Tak tipu! Tengok...misai Datuk K Enche Ayah memang tak berubah dari dulu sampai sekarang. Memandangkan Ayah berhidup lebih dulu dari Datuk K, mungkinkan Datuk K yang copy pes misai Enche Ayah? Mungkinlah kan...bajet ayah dia glemer once upon a time

Next Enche Ayah tu Puan Emak. Style rambut pony memang glemer lah dulu. Sekarang timbul balik dah keglemeran rambut pony ni. Yang kecik-kecik sekarang dah besauu ye berdiri depan Puan Emak tu lah my sis. Bukan Misz Nina yea, tapi Misz Atie. Rambut ikat nenas senget tu paling mahal. Sampai sekarang fesyen rambut ikat nenas senget tu feymes dalam family Amoy. huahuahua =') Apsal muka kencang macam tahan kentut tu sis???

Yang sedang blur kena kendong tu...cuba teka sapa? YAA..betul! Amoy lah tu.. hea! Tgok! pipi Amoy memang double cheese beger besar gedabak. Pipi Enche Ayah pun kalah ohh! Sebesar Alam pipi Amoy dari kecik sampai memanjang...dan maintain besar sampai sekarang. Fenomena Alam, Syukurlah nak...

Perhatian : rambut helmet Amoy tu untuk menjaga keselamatan

Time dalam gambar ni Amoy jadi anak bongsu. Merasalah jugak jadi anak bongsu selama 2 tahun. =) Sekarang jadi anak tunggal. Oh... dunia~





Nota kuku : Utamakan Keluarga Anda.
Tata!

Cintaku Di Mukah

Salam kepada semua riders...green rider, red rider, yellow rider, atau colourless rider readers. Pagi ni tadi Amoy pegi jenguk bandar Mukah bersama adik paling bongsu. Pernah dengar nama Mukah? Dulu ada drama kontot siaran TV2 kalo tak silap yang bersettingkan bandar MUKAH. Tajuknya "CINTAKU DI MUKAH" lakonan Zack X-Factor, Rizal AF dan Wan NorAzlin. Kalo tak silap lagi, awal tahun disiarkan, Amoy tak tengok pun... sebab time tu duduk asrama, malas nak ke bilik TV melongo sorang-sorang.



Ahh...sebenarnya, bukan Amoy nak crita pasal drama Cintaku Di Mukah. Ni nak crita pasal insiden yang bikin PANAS dekat Mukah pagi tadi. uhuhhh...geram sangat kat tokey kedai emas ITU!. Ingat lagi tak pasal entri Amoy crita pasal Amoy ke kedai emas gara-gara nak buat sumting? Sebenarnya hari tu, Amoy pegi atur gelang kaki yang baru kena beli tak sampai sebulan oh..tapi gelang tu memandai pla nak memanjangkan dirinya sampai boleh melurut dari kaki. Jadi...hari tu Amoy pegi potong pendek lah. Tengok-tengok tak sampai seminggu lepas tu, memanjang lagi si anklet tu! ni bukan setakat memanjang...memutus pla!

Jadi... Amoy pegi la kedai emas lagi tadi... bukan nak sambungkan yang putus! tapi Amoy nak pegi tukar ngan yang lain... yelahkan... daripada pakai anklet yang very rumit tuh, bagus tukar lain. kan? kan?

Tapi malang sangat berbau tadi... SI CINA ni tak nak pla kena tukar dengan barang yang harga sama. You know what? dia suruh Amoy trade in kan anklet tu...DENGAN HARGA RM380 ja. What the MOYANG TOKEK la... Bapak lu, Amoy beli RM800 tu barang. DAHLA BELI KAT KEDAI DIA. BARANG DIA YANG BUAT MASALAH! Amoy guna anklet tu pun lom sampai sebulan. Mybi betul laaahhhh!! Marah sangat ni! uhuh! maraah. marah. marah.

Last-last tu... dengan hati yang penuh KEBENGISAN TAHAP RED QUEEN Amoy trade in ja anklet tu. Nak pakai pun xda makna dah. Huhu... Amoy benci KEDAI ITU. tak mo lagi ke KEDAI ITU sampai bila-bila. Dah la Amoy request anklet dari mama sejak tahun lepas lagi. sob.. sob.. sabarlah hati! Lepas tu beli gelang yang beratnya lebih ringan dan kena cas lagi RM100. 

Amoy nak copkan kedai berkenaan sebagai kedai PENCURI dan kedai PENIPU. Desperate nak DUIT dengan tipu orang. Begok! Cedihnya... free-free ja dia dapat RM420 Amoy.


Mesti korang rasa...apalah sangat RM420 tu kan...
Amoy kedekuts, takmo bagi ORANG KAYA makan duit Amoy cara tipu-tipu
Sekarang nak doakan kedai dia takkan kaya dengan hasil penipuan


Terima kasih kerana sudi dengar Amoy membebel
TATA!

28 December 2010

Kebakaran di ATC

Tinggal beberapa hari ja lagi akan meninggalkan bumi Sarawak ni... Ceh! ceh! bajet macam study kat OVERSEA walhal kat Sabah ja ponn! Sedih nya... tak da lah lagi menu-menu yang heaven lepas ni...! sob. sob.

Pagi Jumaat ni akan bertolak ke Sibu, Sabtu nek flight ke Kota Kinabalu. Petang tu terus direct ke Keningau. Ahad kemas bilik sebab bilik kena shuffle lagi. Isnin mula kuliah! wah... Hari ni dah Selasa. Tolak hari ni ada 5 hari ja lagi! Eauuuuw... Amoy nerveous nak balik ipg!! apa kaitan kah... 


Ciannya... kali ni sambut NEW YEAR kat atas awan. Hari tu sambut Hari Raya Aidiladha ponn atas awan jugak. Nak jugak sambut baby atas awan hea! biar tiket flight free sentiasa! Berangan lagi! =')

Sambut NEW DAY dengan wajah baru! 
Amacam? ni gambar bangun pagi-pagi siram pokok bunga...packing-packing baju dan tudung dalam beg AF, nampak shawl terus cuba kat kepala. Sila abaikan muka mamai giler glamer gitu. hea!

MASIH BERMIMPI KA HAPA?!



Dengar-dengar akan ada penerbangan MAS yang tertunda sebab  KES KEBAKARAN  di ATC
Penerbangan SBW-KK tergendala tak?
Sepa-sepa tahu...? Inform Amoy pleasee.

TATA!

27 December 2010

9 Tips Membuat Kek Lapis dengan Cepat

Hallo hallo Kekanda Belog Amoy! Malam ni Amoy nak shares 8 tips untuk membuat KEK LAPIS dengan cepat. Amoy taklah pandai sangat sebenarnya bab buat kek lapis. Amoy pandai jea. Hea! =') Sebenarnya, sepanjang musim cuti kebanyakannya Amoy gunakan untuk menghancurkan mencuba design kek lapis yang Amoy memandai nak created sendiri ataupun tiru dari mana-mana sumber yang boleh dipercayai ataupun kalau dah peniruan tak menjadi akan terhasillah corak instant daripada batu jemala patik~ hea! ayat terakhir tak boleh ditiru! 

Seperti yang kita ketahui, buat kek lapis memang memerlukan kesabaran yang TERTINGGI tahap zirafah. Tak mo lah cakap banyak-banyak...nanti riak pla. kan? kan? =)

  1. Pertama sekali, jangan lupa baca "BISMILLAHIRROHMANNIRRAHIMMM..." itu paling penting walaupun nak cepat! =') kalo Amoy, baca basmallah setiap kali pegang kerja baru, masukkan tepung ka, melapis ka, membakar ka. kalo 18 lapis, 18 kali la baca basmallah.
  2. Jangan lupa senyum ya tuan-tuan dan puan-puan! orang cakap kalo senyum time masak comfem makanan sedap. PERHATIAN : SENYUM TUNJUK GIGI TIDAK DIGALAKKAN. benda ni tak menelan masa kita ponn! (_ _!)
  3. Masa untuk memukul MENTEGA dan GULA serta TELUR dipanjaaaaaaaaaaaannnngkan. SILA BERI PERHATIAN SEBAB AMOY TULIS PANJANG DENGAN PANJANGNYA. Tidak mengapa lebihkan membuang masa disini sebab penting! Tapi, masa mengadun adunan tepung ATAU benda lain-lain macam susu, horlick, ovallate etc. dan etc. *seperti dalam resepi* pula dipendekkan. Ini teda hal kalo kena kontotkan masa... kalo lama-lama adunan tepung akan mendap dan INI PERKARA MERUGIKAN serta MEMBUANG MASA!
  4. Sila pilih gula kastor a.k.a gula halus yea. Jimat elektrik dan JIMAT MASA! gula kat pasaran...err maksud Amoy gula untuk bancuh teh tu bha... membuang masa kita untuk memukul mentega dan gula sampai kembang. Amoy pun heran, kenapalah suka sangat pilih gula kasar itu untuk buat kek. haishh!
  5. Gunalah oven yang bersaiz XL dan ke atas. Lagi besar lagi banyak acuan tangkap muat! =')
  6. Pastikan anda memiliki saiz acuan a.k.a loyang yang sama besar : 4 buah dan ke atas. Kan bahagian INTI kek kadang-kadang bersulam 4 jenis lapis berbeza. Jadi, sewaktu membakar, bakar gunakan keempat-empat loyang berkenaan. Memang tak menang tangan oh... TAPI sumpah CEPAT! dan sakit pinggang lepas tu. 
  7. Membakar selapis demi selapis selalunya 7-9 minit sahaja. Permukaan kek yang terlalu hangus akan menghodohkan rupa kek, sebab, kaler coklet kehangusan menjadi warna major dalam kek lapis. walhal warna asal adalah kuning jambu...itu salah sendiri yea! Jadi JANGAN BUANG MASA di sini ye tuan-tuan dan puan-puan. Ceh..ceh bajet Chef Wan lagi.
  8. Malas nak tunggu kek sejuk? Hahaa..ni memang perangai Amoy dari dulu sampai sekarang. Bagi Amoy kek panas-panas ni bukan masalah untuk mengeluarkan dari acuan. *Amoy besanya buat kek ONE GO, orang pakar-pakar besanya tunggu esok hari, baru nak cantumkan INTI kek lapis dan LAPIS atas bawah* Bukan angkat terus dari acuan once kek masih fresh keluar dari oven, hello! kalo nak tangan hangus SILAkan yer... hea! Tunggu kek dah suam-suam kuku tu ANGKAT JE LAA. Letak dalam talam dan JANGAN TERBALIKKAN PERMUKAAN KEK tu ke bawah. Kalo tak melekit la permukaan kek tu dengan talam dan seterusnya jadi HODOH...Amoy penah buat, sebab tu lah tau! malas nak angkat...ingatkan nak bagi cepat sejuk bahagian bawah kek..tengok-tengok melekat pla! haihh!
  9. Supaya kek tahan lama, last sekali tutup acuan kek menggunakan aluminium foil, dan bakar dengan api bawah yang perlahan selama 3-5 minit. Jangan buang masa dengan lama-lama, kang hangus pla kek. Melopong eden~ besanya kek Amoy tahan sampai 2-3 minggu walaupun tak disumbat dalam peti kaca ais. Fullstop!


Home made : Kek Lapis Nilam
Sedapp ohh...coklet!

TATA!


Saya Mengampu Pengontest

Selamat Pagi world! Pagi ni Amoy dikejutkan dengan berita GUMBIRA bila CIK AIN ZULAIKHA approve penyertaan Cerpen NEW MOON TWILIGHT TEKSI Amoy!!! wahh... SESAITED lembu GILA-GILA MYBi lah!! *feeling mengalahkan pemenang contest* haha! Walhal belum tau lagi keputusannya! Sebab time Amoy buat cerpen pendek tu, memang kepala tengah startruck dan mamai-mamai lagi samada close date contest CIK AIN ZULAIKHA tu dah lalu ke belum. Hea! Tambah-tambah lagi bila update ngan CIK AIN ZULAIKHA punya blog semalam semacam xda respon ja... ='(  sobs...sobs...

Tapikan... bila cek balik pagi ni tadi... TAADAA!


Amoy masih sempat ooh! Gembira tidak berpalang-palang lagi... Hea! Amoy peserta terakhir 



Tengok... nama AMOY berjiran dengan Enche' TAMAT
Ni curi dari sidebar CIK AIN ZULAIKHA =')
psttt... pssttt : Ini bukan mengampu ya! Saja nak bagi TITLE Gah

Semenjak dua menjak ni makin malas buka FB.
Nak deactivate leh? hoho...
Blog berkata "ya! ya! tak payahlah Amoy berfacebook lagi"
Blog ni memang banyak bagi pengaruh lahh... haha!

Till Then... TATA!


26 December 2010

KAU YANG KAYA

SAJAK : KAU YANG KAYA



Jemala Jasad taksub lumpur kepayahan
Lumpur itu memberikan kekuatan
Lumpur itu memberikan nyawa

Ligat Jemala Jasad bersyair lagu sendu
Liriknya bukan milik cerlang tafsiran 
Sarat tersirat di sebalik bayang tanpa cahaya

Dan kamu tidak akan mengerti
Bagaimana maungnya Jasad Jemala 
Tatkala Lumpur mengajar erti dunia

Dan kamu tidak akan mengerti
Bagaimana maungnya Jasad Jemala
Tatkala KAU YANG KAYA 
cuba hampiri aku JASAD JEMALA yang tidak bisa
bergaul dengan KAU YANG KAYA
kerana AKU TIDAK PUNYA APA-APA



Huhu... dan AMOY BUKAN SIAPA-SIAPA
sob...sob...

DISAAT AKU MENCINTAIMU

ELMO DADALI :
DISAAT AKU MENCINTAIMU 

Elmo : Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,


Menyendiri lagi... Menyendiri lagi...


Di saat kau tinggalkan diriku pergi,


Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….


Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….



Lubnan : Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta


 Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu


Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta....


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.



Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku

Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.
 
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta...



Yang ni Video Clip Real dia... Fuh! Layans




Lagu ni sangat best! macam kisah Amoy Elmo dan Lubnan plak.
Lubnan ta mo couple ngan Elmo wuaa!! sob.. sob..

TATA!








Lagu ini tidak berkaitan dengan yang hidup, atau yang sudah mati, apatah lagi yang sedang nak mati


25 December 2010

Anak Bapak

21.12.2010
Selamat Malam Kekanda Blog... cian... semalam Amoy tak dapat nak online lama-lama sebab headache menyerang tiba-tiba. Huhu... mybe sebab belah petang Amoy pegi main bawah Enche Sunny Bright! Erk... sebenarnya semalam pegi menyibukk tolong famly kandung cuci rak yang extra-LARGE kat tepian rumah. Besar owh! yaloh~ rak tempat simpan barang jualan kat kedai xkan cam saiz baju SUPERMAN kot he! Sempat g Amoy buat drama KOREA *kununnlah* main siram-siram guna air pili. Warghh... ferashaann sey~ haha~ Adik laki cakap cam drama fullhouse. Aik? KANTOI! Dia pun layan ceta korea! =') tak malu he! 

Kering ja rak-rak berkenaan Enche Ayah suruh kami cat balik segala rak-rak tu kaler kuning. Enche Ayah minat kaler kuning macam Amoy gak. hee... Bapa rintik anak polka dot la katakan... agaknya, dulu-dulu datuk borek lah kan? hua!hua!  Semua siap kira-kiran jam 7 petang. 

Sebelah malam tadi semua orang sibuk-sibuk nak angkat dan susun balik semua barang dari Kedai Lama ke Kedai Baru. Semangat giler lah... Tapi Amoy tak dapat join, sakit betul kepala ni tahap tokek! tokek pun xpenah sakit kepala macam Amoy semalam kot. Wuwuu... namo makan ubat, tak sedap!


25.12.2010
Uhuhu...baru perasan draft entri yang ni. Jadi nak sambung balik ceta pasal KEDAI baru. Sekarang ALHAMDULILLAH bisnes berjalan baik dari sehari ke sehari berbanding kedai yang lama dulu. Biarlah Kedai Baru ni membuka lembaran baru dalam sejarah keluarga family Amoy. Perkara lama usahlah dikenang dan Amoy harap benda tak baik biarlah terkubur bersama jasad Kedai Lama. Perrghhhh...tacing-tacing pla ayat bersama perasaan ni. =') Amoy harap seluruh ALAM dilangit dan dibumi mendoakan KESEJAHTERAAN FAMILY AMOY. Sekiranya masih ada saki baki rezeki Allah yang masih berada dilangit maka turunlah kepada Keluarga Kandung Amoy. Aminnn...


WE LOVED EACH OTHER!

TILL THEN...TATA!

CONTEST CERPEN SESEDAP RASA

INI CERPEN KONTOT Amoy tak tau la samada penyertaan ini masih di terima atau tidak sebab tarih tutup adalah PADA HARI INI!!! huahuaaa...Amoy nak ikot jugak CONTEST INI. Tak malu duli! =') agaknya 25 Dis 2010 tu tengah malam ni kot kan.... =) kasi sedap hati sendiri~

Ini adalah Cik Ain Zulaikha... Ain Zulaikha minat kaler kuning...sebab dari banner sampai props dia pakai baju kaler kuning ja. he! Amoy suka sangat kaler kuning jugak! nak gak promote hea!


Tadaaa...nak join jugak sementara masih ada sisa 9 jam yang tinggal? Sila-sila... =)



Mudah-mudahan kena terima! huaaaaaaaaaaaa!!


Baiklah rasanya semua perkara yang berWAJIB telah didahulukan. Sekarang tibalah masa untuk mengarang cerpen sesedap rasa perencah maggi. Tapi taklah panjang sangat sebab takut 9jam yang terakhir ni tak sempat nak menyempat. hea! Tadaaaaa.... tajuknya adalah

"New Moon Twilight Saga Teksi"

40 tahun yang lepas sewaktu zaman kemasyhuran para vampires-vampires, seorang gadis yang bernama Ain Zulaikha telah jatuh hati dengan orang putih bernama Edward Cullen yang putih melepak-lepak *seperti dalam gambar*. Nama pendeknya Edward jaa lah...Ain Zulaika sukakan fesyen rambut edward yang nyaris-nyaris mencapai tahap mohawk yg senget keseblah kiri itu (untuk pengetahuan : pada hari bukan bekerja rambut Edward akan senget ke kanan)



Mereka pun berkahwin... memandangkan ini adalah majlis persandingan yang melibatkan orang-orang barat, jadi jamuan makan-makan time majlis persandingan pun makan ayam KFC SAHAJA. Para tetamu dilarang untuk take away ayam KFC berkenaan. *sebab takut budget xcukup* maklumlah..time tu KFC tak banyak, ayam KFC pun mahal belaka. Eh..itu bukan coke ye! Itu sirap fresh blood sapi hea! ^^



Setelah 40 tahun berlalu (iaitu hari ini)

Edward request share kredit daripada Ain Zulaikha sebab hal yang sangat urgent iaitu Edward mengidam nak makan KFC home delivery (24H) . Edward nak kol KFC berdekatan tapi baki kreditnya telah tamat tempoh *alasan... walhal kredit tinggal RMO.OO*




Inilah rupa edward setelah 40 tahun berlalu... Sekarang kepalanya botak (new moon) kerana mengalami rambut keguguran kerana telebih makan ayam KFC.  Ain Zulaikha sudah tidak suka lagi kepada Edward... Kini dia sudah ada Jacob. Serta merta Jacob bertukar jadi serigala kucing ketika melihat kelibat Edward sedang memandu teksi ke arah mereka.

bersambung....

NANTIKAN TAYANGAN TWILIGHT akan datang. Hea!



Fuhh... kemarilah topup RM30! =')


SEMUA YANG MEMBACA CERPEN AMOY NI AMOY TAG KAN. JANGAN MALAS-MALAS NAK BUAT!

Amoy memang pemeriah contest!
Till then... TATA!


Beautiful Blogger

Yeaaaahaaa... Happynya Pagi ni... awal-awal pagi dah dapat Christmas Gift daripada Cik Mandy ! Tadaa! Ni dia :

BEAUTIFUL BLOGGER? =')

Dear Mandy... ko buat aq terharu oh
Thanks... FIRST TIME dapat award ni
HUHU!

24 December 2010

Contest Aku & Masa Silam

Hello! Hello! Kepada Kekanda Blog. Malam ni nak join satu lagi CONTEST NI comel gila-gila lah! Suka ngan idea contest ni. Tuan punya contest CIK SUYA bagi syarat2 penyertaan yang simple mimple cam contest lain-lain jugak bha. Mari jom heboh-heboh meriahkan contest dia! =') Tapi jangan cuba kalahkan Amoy tau! hee~


Ops! gambar comel atas tu bukan Amoy... ini lah Cik Suya versi SILAM dan versi TAK SILAM. Klik ja kat gambar tu...comfem link ke sticky post Cik Suya. =')

DAN BAWAH NI PULA GAMBAR comel AMOY *kena sebut selalu perkataan comel supaya Cik Suya nampak gambar Amoy sentiasa macam comel* =) Betul ini gambar time umor 2 tahun dan umur 20 tahun... tak tipu, cuba cek tang pipi tu... sama BESAR kan? adeeei~

Nama saya Amoyella, 20 tahun dan tidak merokok
Saya nak GA dari Penang! =')


Gambar di atas menunjukkan gambar seorang gadis yang telah melalui tumbesaran dengan jayanya. Kesian gambar kakak Amoy kat tepi tu yang tengah berdiri sisi kerusi kena crop sebab tak jumpa gambar lain yang comel dalam Cik Lappy ni. Sis... Jan marah yea!*eh! Cik Suya cakap jangan cerita pasal gambar* lupa gue!

Baiklah, kita mula sekali lagi :

PALING SAMA
  • Jeng! jeng! jeng! Orang cakap kan... benda paling tak berubah langsung walau 0.001% kat Amoy ialah behgian PIPI. huahuahua... dari dulu sampai sekarang maintain saiz pipi tembam eh! gebu eh! besar punya (XXL lah katakan...). Hoho. Pernah tanya kat mama, macam mana nak kempiskan menguruskan pipi, mama cakap..."jangan beranganlah, pipi ko tu dah memang permanent BESAR. Tak boleh nak adjust dah!" huaaaa! jaat! Kecik ati Amoy! ='( lepas ni nak buat liposuction kat pipi
  • Lain-lain : terowong hidung menten 2 lorong, mata 68% sepet menten 2 lens, hidung menten penyek dan tak kecik macam Jackie Chan *ni cikgu Biologi time highskool cakap yea..haha!*
  • Macam semua sama jaa ni. huaaaaa! kuranglah poin markah Amoy ni. *Cik Suya... macamana Amoy nak menang ni???*

PALING TAK SAMA

  • ... Kalo fizikal, cuma yang berubah tu bab Gigi la. Dulu gigi rongak depan! 2 batang lagi tuh! Sekarang dah tumbuh gigi rabbit yang comel!
  • Kedua, rambut pony ala-ala helmet motosikal kapcai tu memang paling mahal, bergaya dan stylish dari dulu sampai sekarang. Sekarang xguna helmet dah... sekarang guna shawl... he =')
  • Ketiga, bab perangai, dulu-dulu Amoy sangat tidak pandai ber ambil gambar...Tengok flash camera pun takut! *sila rujuk gambar perasan comel* Kalo sekarang, tak payah cerita lah... Misteri trend jari peace tu musti tak boleh buang!
  • Last skali... dulu Amoy duduk di kerusi rotan...sekarang kerusi dunlop. he! 


Amoy nak tag MISS ATIE!
Sis... wajib ikut ni

Dan SEMUA YANG MENGUMPAT GAMBAR AMOY atas tu wajib join ^^


Good Luck For Me!

TATA!



My Bestfriend Forever!!

Erk...napa tajuk nampak lain??? Sebabnyaa~~~



Kekanda Belogku! Hari ni Amoy nak join contest ni =) Sangat suka suki ngan dia punya TITLE! Amoy dah siap baca segala adat istiadat contest ini. Simple jea! Mari meriahkan ramai2! hee =) cepat! cepat! sebelum 31 DISEMBER 2010. Lagi 7 Hari! Hari ni Amoy nak bagitau kawan-kawan all around Blog bahawa Bestfriend Forever Amoy adalah :

Sejak dari 1990 : KAMI SEKEPALA walaupun tidak se DNA

opss...Aksi melampau terlampau heppi =)

Peraturan Memberi Markah (PMM) untuk soalan Cik Siti :
Kami kawan lama sejak 25 JUN 1990 taw =') sempena befday Amoy walaupun time tu xsempat nak ucap "HI! MY BESTIE! uuweekk" smbil sambung nangis-nangis...he

KENAPA??? sebabnya...
1. Dia mama angkat Amoy *dulu-dulu larat angkat Amoy, sekarang x larat dah sebab Amoy terlebih saiz! He!*
2. Sejak dulu dia salu ambil berat makan, minum, makan, pakai Amoy sampai sekarang ohh! sampai saiz bra pun tau! hwah hwah hwah!!
3. Salu kongsi rahsia KERAJAAN serta rahsia KENEGARAAN bersama dia! termasuk bab putus cinta! bab ambang bercinta tu xpayah ceritalah, yang tu wajib kena inform kat mertua wahh... xtaw malu seyh! 
4. Dialah agen pembasmi kuman stress walaupun Amoy berada jauh di perantauan! CELCOM sentiasa mengeratkan perhubungan. Pilihlah CELCOM! Lupakan yang lain. =') Rasa-rasanya celcom dengar tak suara Amoy tgh nangis-nangis tak tentu pasal dalam telepon mengenang nasib diri di perantauan eh? huhu (T-T)
5. Tidak lupa juga dia salu menghulurkan 1st Aid sewaktu Amoy kesempitan dana $$...adakah Amoy terlampau bernafsu bermata duit-duit? Ohh itu bukan Amoy yea tuan-tuan dan puan-puan!
6. Dulu Amoy tido sebilik ngan dia *eh...ini bukan kenyataan Lesbo yerr* Tapi lepas form 3 kena halau tido kat bilik seblah... *takut tidor sorang-sorang...wuuu~* Kena pujuk, last-last terpindah jugak. Punbagaimanawalau, mama akan diam ja lau Amoy tido di bilik dia. haha!
7. Dia mentor Amoy buat Kek Lapis. Tunjuk ajarku SIFUU! dan Amoy ni sangat tak susah masuk ajar bab hal masak memasak!
8. Dan byak lagi benda yang kami kongsi bersama! termasuklah LUBNAN dan ELMO! He...
9. Lepas umur 13 tahun, dia cakap anggap dia cam BESTFRIEND yang boleh kongsi segala apa masalah dan kerumitan. Jangan sorok sebarang benda dari dia! Mula-mula memang kekok. Lama-lama... BEST tau!
10. Dia sayang Amoy. Amoy pun sayang dia.
11. Cukup la sepuluh... meradang pla Cik Siti nak baca... =')


Amacam BEST tak friend Amoy?
Hehe... TATA~




Genggam Tin Mentega Biar Sampai jadi Kek

Hi Kanda Belog! Huhu... Rindu tak bila Amoy tak online semalam? Musti rindu gila-gila kan? =’) Sooooorrreeeyyy... Kelmarin Amoy pergi mencari rezeki demi sesuap nasi. *eh 3 perkataan last tu tipu yea* Hadui sakit sangat pinggang sebab mencari rezeki kelmarin. Bayangkan Amoy rela BERKORBAN lembu empat kaki saat dan minit selama 12 jam di hadapan gelombang ketuhar sampai rambut transform kepada heavy curly dari jam 06:30 sampai 18.30 gara-gara nak buat kek lapis. Huaaaaaaa... Penat oh... Sebab tu lah KEK LAPIS SARAWAK memang mahal banyak ceket. Bukan setakat membuang memakan masa tapi juga rumit bin complicated nak susun lapis, bahan-bahan adunan kek ponn bermodal besau kalo nak rasa yang original lapis sarawak~ he~ jadi jan marah Amoy bila Amoy letak harga tinggi kepada penempah yea! =’)  Mostly around RM80 – RM100 jaa pon... =) Barang baik, mahal la kan...  Korang rasa ada BMW harga 50sen? xde! xde!

Antara step yang wajib ditempuhi seblom kek SIAP!!!


Kek ni Original made by Amoyella. He! Akhirnya siap gak 2 biji kek. Penat tu belakang kira bila tgok kek dah siap kena potong. Nak rasa? Tgok ja la... Amoy sendiri pun xmerasa ni, sebab kena order dah ngan My Uncle. Jadi lao mau, silalah berkunjung Chrismast open house sabtu  ni kat rumah Enche’ Silverster Tien yea~ =)


 
Kek Lapis Astro (1.9kg). *hebat sarawak pasang kek daripada astro astro daripada kek ja*
 Suka perisa vanilla + mixed fruits

 
Lagi sedap! Orange Flavours...*erk! Sedang masuk bakul angkat sendiri* Tp seriously memang sedap. Amoy suka.suka.suka! Kek Lapis Bakun (1.8kg)

 
RM100 percake. Ready for delivery... =')

Tamaknya Amoy! Huahuahuaa... ngan uncle sendiri pun berkira! Eh... Lecturer Amoy penah cakap tau “Bisnes tetap bisnes...jangan sesekali melibatkan bisnes dengan perkara afektif. Bisnes tetap jalan!”


Nak cakap banyak-banyak...tapi...nak bagi peluang kepada para-para penskodeng sekalian alam berzalan-zalan di Belog orang lain pla *walhal mama panggil dah nak masak tpaksa merapu pendek*
Bertimbang rasa amalan bersama...=)
TATA!

21 December 2010

Buah Hati?

Hallo! Hallo! Hapa khabar kanda belog? Hari ni nak kongsi banyak cket pasal kegumbiraan Amoy. He! Nak tau? ehh... Ni bukan pasal Ketua Menteri Sarawak, Pehin Taib Mahmud nikah lagi dddda... ni pasal Amoy telah dikurniakan cahaya mata eh bukan! bukan!... cahaya hati serta belahan jiwa laa! ndukk bhaa... bukan boipren ye! sila tgok ni


Ni la baby memeow baru Amoy!
Sila vote comel untuk dia! *sangat comel seyyy!*



Amoy bagi nama dia Lubnan, sempena Pehin Taib kawen ngan orang Lubnan baru-baru ni! Macam ngam pla! he! Lubnan sila jangan nakal-nakal tao! dengar cakap mama Amoy bek-bek. =') Lubnan ada stoking berbulu putih yang original tau made by father and mother cat ori dia. Suuuweett gila-gila. Pastu dia ada gelang kaki yang comel kat belah kanan. Sila skodeng betul-betul tu gambar he~

Tak dapat nak taip panjang sbb Lubnan tgh sibuk nak tolong Amoy wat entri jugak ni...
uhuhh... hyperaktif la Lubnan ni!
Entri yang cikit jadi lama pla nak taip. Haishh!
TATA~




20 December 2010

Ini Bukan Kerang Busuk... He!

Tangan Amoy sangat gatal-gatal nak menaip-naip kat sini. Sebenarnya, nak ikot contest dengan banyaknya sementara masih ada kesempatan bercuti ni. huhu...tapi rasa shy-shy cat pula. hwaa! =') Sudah la banyak betul GA yang mencuit-cuit hati Amoy! Nak semua! Sah, muka ta tau malu... he!

Tadi buat ganeral walking kat folder gambar Enche Lappy... tiba-tiba tersangkut kat gambar ni. Ni la HOUSEMATE Amoy selama ni... my lovely adopt family... Love you mum and maci~ 

Yang baju kuning tu mama angkat, tertutup pla mata sebab terlampau senyum..he!
... tudung coklet tu maci Amoy! ada macam muka FAUZIAH NAWI x? he~
Yang tiang tinggi berbaju coklet? tu adik laki...tapi bukan housemate Amoy. Datang rumah nak jadi tukang ambil gambar pd hari berkenaan tapi termasuk dalam gambar pla (_ _!) sighh!
Baju OREN? yang tu anak dara mama yang paling comel. haha *walhal sebab dah tak da org lain lagi nak kasi banding*
Kami bertiga ja kat rumah ni... Lau Amoy balik IPG nanti tinggal laa mama ngan maci ja lagi kat rumah...huhu

KAMI SEDANG BUAT IKLAN COLGATE! =')


Len kali Amoy huplod gambar family kandung pla k? =')
Till then... TATA~

Sesal Kemudian Tidak Berguna!

Camat Pagi semua! Hari ni Amoy nak bersarapan dengan menikmati secawan post panas-panas daripada Misdalila. Dia buat Give Away lah sempena befday dia. *Kalo Amoy, Amoy kedekut tunggu give incoming ja* HAPPY BIRTHDAY SIS!! *Wee...ada font besar lagi tak?* Wah...suka dengan give away dia! suka dua-dua...! erk! kalo nak dua-dua boleh tak? =') Tapi Amoy lebih suka lau dapat menang tempat 2nd place. Namo lebih-lebih kuah dari sudu kunun...Alaa...Misdalila...bagi la kat Amoy tempat kedua tu. he! Amoy tak minta tempat 1st pun... okey : INTRO entri dah berbau wangi tamahak. hahaha.

Tell me your dream. I'm Genie for ur wish! =')
Memandai pla nak buat onar promosi~ =)


Nak tahu kenapa Amoy tetiba nak JOIN CONTEST ni? Sebab Amoy tak nak nyesal kemudian hee. Nanti mandi tak basah, tidor tak lena, makan tak kenyang pla sebab ta menang ikot! Tapi kalo Misdalila letak contact lens juga sebagai hadiah, tepaksa la pikir lapan belas kali kot kalo nak ikut contest. He...takot guna contact lens! Manataulah tau sebab kat d'Rainbow closet bukan ja promote dress kawaii dan fashionista bags , tp contact lens gak? kan, kan kan?~~ sepa2 yang minat nak transform mata jadi ala-ala korea cam PENGAWAL BLOG AMOY yang sekarang ni berkawal kat header atas tu, silalah skodeng-skodeng kat d'Rainbow closet yea. Diorang simpan contact lens kat peti belah kanan *okey itu tips untuk sesi membuat onar lagi mengintai* ada lens LUNA KING : Mesti mata akan jadi comel macam patung dolly dolly kesukaan Amoy! 

Rakan-rakan follower Amoy yang seblas orang tu, Amoy tag SEMUA k! hehe...  tak pedulilah yang dude apatah lagi yang bebeh! Jadi nanti kalo dude yang menang boleh bagi adiah tu kat Amoy! =')  "apa? korang nak bagi kat gelpren korang? yaloh...yaloh... Amoy tak kaco daun..." ='(  

MISS ATIE, MONA dan DIELA sila jangan beri alasan untuk tidak join =')


Boleh menang tak?

 Yang benar-benar belaka,
Amoy yang suka berterus-terang... ceh~ ceh~

Till next contest! TATA~

19 December 2010

Bukan Tikus Membaiki Labu

Akhirnya Amoy BESAR HATI, PUAS HATI, dan HATI KEMBANG SEMANGKUK lagi dengan wajah kekanda Belog yang tersayang. Semalam dan hari ni Amoy telah runsing sambil berdebar dada bila jadi pakar pengedit belog yang TAK PAKAR LANGSUNG. Bukan setakat mengedit, dengan urat  kepala yang hampir putus serta nyaris-nyaris berkarat *belum lagi ba...berkarat he!* disebabkan koding laksana sayur tauge...hampir-hampir gear kepala Amoy tak berfungsi bila kena tukul oleh aplikasi Adobe Photoshop yang langsung tidak MESRA ALAM ngan Amoy... huhu! First timelahh katakan... 

Jadi entri kali ni, Amoy nak mempersembahkan betapa TENSION dan PRESSUREnya KANDA BELOG bila Amoy penyek header yang ntah apa-apa yang Amoy buat dari aplikasi PHOTOSCAPE dan ADOBE PHOTOSHOP *yang dengki ngan Amoy* (masih g tak puas hati ngan Pak Cik Photoshop) uhuh!!



Tada! Napa buah hulu? Sebab Amoy suka makan buah hulu panas-panas freshly dari oven~
Lagi satu, ingatkan nak kasi matching ngan tajuk kat side bar...kan banyak unsur-unsur buah-buah~ Comel pula bila letak nama BUAH HULU!

Memandangkan #1 sangat comot, Amoy buat yang ni...
Almaklumlah...pertama kali guna segala tools dalam adobe CS3...hodoh! he~
SIAP SALAH EJA "DOMKOM" : sila cari yer..haha..kin malu!
Seriously, Amoy sangat suka muka dolly-dolly!


Tukar lagi pagi tadi! Mula-mula tu malas nak pegi buang dia punya background...
Tapi bila menung, tenung dan renung balik... Oh BIDAK! 


Aiks? ada batu pula terjatuh... Sakit la ekor huruf Y tu kan... namo! namo! 
Jantung ni rasa tak suka. 


Finally, edit-punya-edit, Baru puas jantung pisang!
Siap ada pengawal hell comel lagi tu! Haha! Sengaja Amoy cari Dolly yang Korean looks
Comel x? comel x? Lepas ni tak risau g bila nak tinggalkan Kanda Belog,
sebab dah da bodyguard Amoy tempah khas dari hell korea! =')



Sememangnya Amoy tidak dilahirkan untuk menjadi PAKAR ICT
Sampai di sini sejaaa....muah! TATA~

18 December 2010

Cikit2 Lama-lama jadi Penyakit

Salam Sejahtera kepada para penskodeng dan semua yang sedang skodeng dengan ucapan SELAMAT MENSKODENG PADA HARI SABTU 18 DISEMBER 2010. =')

Sekarang Amoy sedang dilanda penyakit H1nBLOG yang dinamakan "VIRUS SELESEMA BELOG". Nak tulis banyak-banyak pun taknak tak sempat sekarang ni.


Sila guna topeng! He... MY BLOG ARE UNDER CONSTRUCTION =')

Pesanan Penaja : Sila pastikan anda menggunakan topeng khas ketika lalu ye. Topeng seperti di atas tidak begitu digalakkan.
Takut -takut ada enzim virus terlompat keluar dari skrin dan terembes

Till then! TATA~~~

17 December 2010

Bagai Bulan Berbintang - Bintang...

Kehadapan Kanda Blog... akhirnya Amoy give up dah nak kasi makeup2 kanda... PONING den~ haiyaa~ Pada mulanya tadi, Amoy ingatkan kjap ja nak kasi tampal itu dan tampung ini cantik-cantikkan kekanda, confius punya confius hati dan hempedu nak edit~~tengok-tongok sampai berjam-jam pla! Almaklumlah haku mana pandai sangat hundang-hundang hai.si.ti nih...*TULIS KECIK-KECIK BIAR NANTI ORANG TAK NAMPAK* =')  

Amacam? da perubahan tak Amoy punya layout? He! Sebenarnya banyak yang Amoy mencoba-coobaa tambah tadi... last-last cancel sebab macam berat pla bila kena bukak. Sesimple begitu begini pun comel bha kan? macam tuannya..he! tak tau malu! :') Exceli Amoy lebih suka yang simple mimple dan sejuk mata memandang~ *mata kawan-kawan rasa sejuk x? katakan ya pada yakult Amoy... =)*

Amoy suka sangat ngan MEMEOW PINK yang minum susu dekat depan tajuk tu... CUTE! Seriously, xpenah lagi tguk kucing kaler pink yang real. Hahaa! lols memang la xda..! Tapi...kalo ada mesti comel kan? Baby Mr. Piggy adalah... Baby piggy cute juga warna pink-pink manja time kecik-kecik... dah besar?eiii~ barigali~ Then... entri-entri Amoy dah kasi renek-renek, rendang-rendang, pendek-pendek kontot-kontot sbb nak nampak lebih SISTEMATIK *hambik ko ayat canggih, haha!* alaaa...mesti tak perasan sbb belum penah visit page Amoy seblom ni...sob~ sob~ :'(  Apapun, tahap kegilaan Amoy sekarang ni telah beralih arah kepada Kanda Blog *walhal orang lain dah mula bertahun-tahun yang lepas*

SUKA.SUKA.SUKA.SUKA KANDA BLOG!


Semalam Elmo gaduh ngan kucing lain...
Habis luka2 kat dahi...tula tubal sgt namo dgr cakap
Dah sakit camni Amoy gak yang jadi nurse!

Till then... TATA!



.
 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com