15 December 2010

Kerana sikap... kerjaya binasa~

Blogku yang tersayang, Amoy telah bangun pagi dengan awalnya tanpa banyak songeh macam selalu. Hari ni pegi ambil baju kurung yang telah siap dijahit oleh cousin Amoy. Yala... cikgu-cikgi kena banyak baju kurung. Pegi kelas kena comel-comel berbaju skema formal. Tak rasa terpaksa pun... selesa! He!

Entri ni special Amoy tulis untuk adik Amoy, Hyeha yang akan berjalan menjalankan terjalan dijalankan menjalani Latihan Separa Perubatan : Nursing tertumbuh tumbesaran pla tulisan ni. Hohooo...intake Januari 2011. Jadi jerawat jururawat yang comel-comel tau, jaga budi bahasa, cenyum celalu! Jangan marah2! Erkk... nasihat macamla esok Hyeha akan jadi Cik Nurse. Paling Amoy suka sebab dia study bawah tajaan Kementerian Kesihatan. Dapat elaun biasiswa jangan lupa sama kakak ah! Tepaksa tulis kecik-kecik takut orang lain nampak. Kuang~ kuang~ kuang~

Di samping itu, Amoy dah booking awal-awal bahawasanya, Hyeha akan menjadi bidan kepada Amoy. Wah! macam tak sabar nak timang cucu pla. Belum beranak dah fikir sal cucu sebab takut nak berdepan situasi push!! push!! hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....takot! boleh terus dapat cucu tak tanpa beranak? erk! Namo orang lain. Oleh yang demikian, Hyeha, SILA BELAJAR DENGAN SKEMA SERIUS-SERIUS!

SILA BACA DENGAN MOOD AHLI SIHIR : Teringat pla kisah Amoy time tingkatan dua dulu. Time tu Amoy join Pertandingan Netball Aspuri... Tanpa disengajakan tiba-tiba Amoy jatuh tergolek-golek time rebut bola. yalaaa...time tu lawan ngan senior, dah la badan diorang super besar-besar, ops!...hebat lagi tu bermain, Amoy ni CIKEDING je time form 2. Tulaa... badan kecik dan kontot sebab belum akil baligh tau time tu!! nak jugak pegi wresling dengan senior! Kan dah kena! Terus Amoy brenti bermain sebab sakit kat pergelangan tangan yang amat sangat. Tengahari tu tangan Amoy mengembang SUPER-DUPER GEMOK dan comel! Tak boleh lagi dah nak pegang apa-apa. Angkat ashtray untuk makan pun tak dapat. Terus Amoy kena bawa Enche Ayah balik rumah sebab risau... Asrama penuh la katakan...terpaksa menyusahkan family lagi! walhal warden boleh juga bawa pegi klinik... ish...manja tak bertempat! Dipendekkan cerita, terusla kena bawa ke emergency kat Hospital macam nak pergi mati pla...haha! Yang ni poin utama yang Amoy nak share kat cni, BAB PEGI BUAT X-RAY. Bukan tulang Amoy patah! Hati Amoy ni yang kena patah-patah. Bayangkan juru x-ray YANG TAK BERTAULIAH berkenaan, Amoy tunggu seja sejam baru muka dia muncul kat bilik X-Ray. Macam tunggu VVIP pula. Bukan Very-Very Important Person ye...tapi Very-Very Indigestion Perut. Mungkin hari tu dia berak keras atau tercirit menyebabkan mood dia agak kurang stabil sampai dia punya bahasa pun macam tai juga. Leh bayangkan tak... bila dia suruh Amoy duduk, dia pegi baling kerusi dari jarak 7-10 meter ke Amoy! Belum lagi bab dia hempas segala pintu-pintu yang ada. Kalau Amoy yang simpan pintu Neraka, Amoy bagi dia, suruh dia bukak tu pintu neraka! Nasib bek Amoy ni jenis INESEN cap suci dan murni serta sedang menahan kesakitan yang amat gila-gila. Maybe dulu dia membesar dalam zoo, sebab tu perangai ganas macam singa kelaparan. Kalo SEKARANG dia layan Amoy gitu, dapat gak sekurang-kurangnya CILI PADI CAP KAPAL API freshly bercream dari mulut Amoy ni tak lupa juga saman 100 juta*dengan harapan mengalahkan tauke burung walid, haha!*. Kurang asamboi, asam gelugur, asam limau, asam keping dan asam masin punya orang. Jadi, Hyeha jangan sesekali buat begitu kat patient tau! uh! uh!

Baiklah...sila tukar mood kepada MOOD PARI-PARI : Suka tengok nurse guna uniform comel2! Hehe... nak juga pakai. Boleh tak Amoy masuk PBSM next year? dapat gak pakai uniform ala-ala nurse! Heee~~ Jangan perasan la Cik Amoy oi!

Hyeha : Sila jadi nurse yang comel ye!

Eh...lupa nak bgtau, pergelangan tangan Amoy just retak!
eRK.. ada orang kesah??? hahaa
Till then... TATA~

0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com