16 December 2010

Ke mana tumpahnya Madu kalo tidak ke Ayam?

Hai blogku yang tersayang! hari ini Keluarga Ayam Jantan cap HALAL telah menjadi mangsa tangan Chef Alagapasss Amoyella! Muahehehee~...*ketawa bongkak sambil angkat kepala 90 darjah celcius* Dengan rendah hati Amoy nak bagitau enche blog bahawa hari ni Amoy masak Ayam Honeymoon...! "moon" tu Amoy tambah sendiri sebab nampak lebih extravaganza! *pemikiran yang dahsyat* he!

Berbekalkan semangat "MALAYSIA BOLEH" sebab football team Malaysia menang semalam =) Amoy telah menyediakan masakan Ayam Honeymoon berkenaan dengan senyuman kambing yang lebar-lebar dari telinga ke telinga *orang cakap kalo masak sambil hati gembira masakan jadi sedap...eh?* terpaksa tulis kecik-kecik, nanti orang cakap Amoy masuk bakul angkat sendiri-sendiri pula! sighhh! Kui2~

Memandangkan ini adalah resepi yang tidak sengaja juga tidak terduga, so bahan-bahan yang Amoy letak pun tangkap muat jaaa! Mana-mana yang Amoy nampak kat dapur... simpan je dalam masakan kuah *ehh! Amoy dah pastikan dulu bahawa bahan-bahan tu sesuai ke tak yea! jangan risau...he!* Segala bawang...tak kira merah, putih, besar, kecil atau sederhana (ada!), jintan putih (ada!), sos cili (ada!), madu (ada!), limau kasturi (ada! ehh... pegi petik ja depan rumah), kicap pekat (ada!), emm... apa lagi nak letak... checking~ checking~ halia? lengkuas? ahhh... yang tu Amoy pegi ja ambil kat tepi rumah... Rumah kampung la katakan, jadi tak payah menyibuk nak pegi pasar segalaaaaa ya tuan-tuan dan puan-puan! Len la kalo nak pegi beli kicap, yang itu Amoy surrender! MEMANG TAK SANGGUP LA NAK TANAM KICAP PEKAT SOYA ! hampir terlupa...bahan tambahan tuk perap saudara Ayam yakniiiiii tepung jagung dan kunyit cikit sya'~

Akhirnya siaplah AYAM HONEYmoon ~ nak jugak font besar-besar hee... taaadaaaaa! 


Blogku syg : Amoy tak men la hias-hias guna bunga raya macam kat hotel. Memandangkan ini adalah blog jadi kena hias cara ICT jugak he! Thanks Pak Editor!



Cedapnyaa...  =)
Pesanan penaja : Gambar di atas bukan  SUPERIMPOSE yea! haha!
*Lu pikirlah sendiri*
Till next menu..... TATA~




0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com