06 December 2010

Alang-alang Mandi, Biar Basah Bershampoo

Salam Maal Hijrah kepada semua pengamal blogger sekalian, ta kiralah sama ada yang tegar ataupun yang sederhana tegar ataupun kurang tegar termasuklah yang ta tegar langsung. Bersempena dengan tahun baru ini, Amoy nak memanjatkan rasa kesyukuran sebab masih lagi diberi peluang untuk menikmati sagala ciptaan Allah pada tahun baru dan syukur sbb baru ja dapat tahu Keputusan Peperiksaan Semester II sebentar tadi. Sekali lagi jantung ini disurprise digertak oleh rasa ta pecaya kat keputusan result yang keluar! huhuhu...apapun, Alhamdulillah. :))

Sama seperti hari-hari biasa, sama ada cuti umum atau tidak, atau hari bekerja, atau cuti hujung minggu Pak Cik Elmo akan cuba melepaskan diri untuk villagewalking catwalk ke rumah jiran sebelah rumah jiran Amoy. Pak Cik Elmo ni suka sangat melepak kat bawah rumah orang. Maybe bernafsu mahu mengorat cewek-cewek di rumah jiran sebelah rumah jiran kot. Iyalahkan...kalo nak melepak kat bawah rumah jiran sebelah susah pula sebab rumah jiran sebelah rumah batu yang terus atas tanah...manalah ada ruang bawah rumah kecuali korek dulu tanah. Pak Cik Elmo  ni memangla ta tau malu...sudahlah badan dia triple kali ganda terlebih tumbesaran daripada rakan sebulu yang lain, balik2 ajak rakan-rakan sebulu yang lain bergaduh. Bikin malu tuan seja!

Yang paling extremely bikin panas bila balik ja dari villagewalking catwalk mesti baju dia habis kotor, terutamanya bahagian stoking. Kalo ada baju spare boleh lagi dimaafkan. Ini? Sehelai sepinggang baitu! 

Apalagi, sebagai orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Pak Cik Elmo : Terpaksalah pergi memandikan orang tua itu. Pak Cik Elmo ni pun satu...macam tau2 ja yang dia akan kena mandikan. Start la dia pergi buat hal. Time orang nak angkat dia, time tu la dia pura-pura peluk bantal tido, pura-pura tercekik air makan, pura-pura minta kena garu garu2 papan, pura2 berpaut kat kaki mama sangkar. Haishh...makin tua makin miang pla perangai ni kucing! Amoy dah tak tertipu ama tipu tu semua. Bersedialah! bawa Pak Cik Elmo dalam bilik air, gosok ngan Shampoo Pantene, sental bulu-bulu dia ngan berus. Berus bulu kaki, bulu tangan, bulu badan, bulu kepala, bulu ari?...semua jenislah! 

Akhirnya, siap juga...kan dah bersih baru leh cium! muahhh bg Pak Cik Elmo yang udah tua! =))

ELMO DAN BANTAL PELUK
Suka tengok bulu Elmo lepas mandi akan jadi kerinting...Bila kering lurus balik pla!


Korang mandi guna shampoo apa?
Jangan cakap sama brand ngan kucing Amoy...Elmo guna yang Pantene hairfall punya tau!
Till then, TATA~







0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com