07 December 2010

Indah Gossip dari Rupa

Hujang turun mencurah-curah ke ladang gandum Daerah Kecil Oya. Rasa-rasanya, hujan ni bukan sahaja turun di kawasan Oya ja, malahan juga di satu dua tempat yang terbabit. Cuaca sejuk yang bergabung tenaga dengan angin kus-kus begini mampu meranapkan pertahanan mata di siang hari, malam ta payah ceritalah... Petang tadi salah seorang mangsa, Amoy (memang bukan nama sebenar), telah mendapatkan tidur mati yang berkualiti tinggi. Memandangkan berseorangan di rumah, apalagi... hehehee~~ 

Entri kali ni Amoy nak crita cikit pasal Rahsia Personaliti Bulan Jun menurut Dr. Fazilah Kamsah yang telah di plagiat renovate oleh Saudari Ramziella bt Halikei @ Bolhassan :
  • Berfikiran jauh & berwawasan : Kalo difikir-pkir aq fikir-fikir, fikiran Amoy ni taklah jauh mana, simpan bebaik dalam kepala. Kalu jauh pun, tak susah...kejar jak lah. Bab lari jarak jauh ni mmg expert. Wawasan tu lebih tambah bahagi kurang  impianlah kan? ... Impian paling kepalingan : Nak gosok gigi singa guna colgate Kondomo Kodomo Lion. Bilalah tercapai tu ahh... 
  • Mudah ditawan kerana sikap baik : He! yang ni sokong 120%... Tak tau lah hati Amoy memang mudah keCAIRan bila tengok watak-watak lelaki korea yang nampak suweeettt dalam Drama Korea. Masalahnya... kalo girl yang buat baik kat lelaki korea hensem sahaja mulalah Amoy rasa sakit hati! Beraninya kaco laki Amoy?? *agak over...sighhh!* Pengajarannya : Sila buat buat baik kat Amoy girl lahir bulan Jun. =)
  • Berperangai lemah lembut : Lembut eh? memanglah...lau dekat mejlis2 keramaian, kenalah jadi goodgirl. Hehe...tak tau lah kalo jauh dari mejlis sebegitu... Tapi lau nak lemah lembut kat padang atau gelanggang permainan? *angkat bendera putih* Macamana nak menang beb...kena gak Amoy jd ganas gila-gila : Nanti yuran pendaftaran ptandingan siapa nak ganti? =P
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood : Erk...macam tau-tau pula uncle Fazilah ni tau... hehe...masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang monyet menggaru-garu... lau masuk kandang bab*? Samak la...isk22...
  • Idea yang terlalu banyak di kepala : Teringin juga nak timbang berapa berat idea yang terlampau banyak ni...kununlahhh...ngahahhahaa
  • Bersikap sensitif : Syukurlah rumate Amoy sekarang ni sentiasa cool ja dengan kesensitifan sensory motor halus dan kasar ni. Bingung juga macamana nak control perangai budak-budak pelik ni. Tampar diri sendiri 100 kali guna patung garfield sampai pp jadi pink. 
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir) : Kalu tidur ja mimpi...kalau mimpi ja mesti tidur... Sampai penah sekali dalam mimpi : Amoy pegi cubit dan tampar pipi sendiri suruh Amoy bangun supaya berhenti bermimpi (semoga BM mendapat A kangkang). Ohh otak, silalah berehat~ penat tao berfikir dalam mimpi...wuwuuwuwuuu
  • Suka melakukan sesuatu dengan segera : Kata orang sabahan "Jan Kasi Lamak Behh~~" Mestilah Cepat, Mesra dan Betul. Cepat buat, cepat siap then tak payah bengong pikirlah sendiri hal yang sama. 
  • Bersikap suka menangguh-nangguh : :)) yaloohhhh...tangguh2 takpa, yang penting kerja kena buat sbb Dr. Fazilah Kamsah cakap Amoy ni cepat buat kerja! miahahaha...Jangan tangguh pengajian sudahhh...
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik : Cerewet untuk kebaikan tu kira okey lagi lah kan *puji diri sendiri, hehehh~* ada yang tak mo yang terbek dari ladang habaq hang? Bab assamboipren : Amoy syukur sangat kalau dapat Boys Before Flowers...dapat Yoon Ji HooSo Yi Jung, Song Woo Bin Goo Joon Pyo pun ok jgak..tak kisahlah...mana2 pun boleh!
  • Cepat marah & cepat sejuk : Lahh...nak merajok marah lama-lama pun tak bagi pahala kat Amoy. Ngenggg~
  • Suka bercakap & berdebat : 400% ta setuju... Bab berdebat ni bagi sama pendebat2 ja. Silakan mengambil tebiat ini.
  • Suka buat lawak & bergurau : <--Tak lawaklah poin yang ni.
  • Otaknya cerdas berangan-angan : Kadang-kadang berangan nak jadi anak kepada Bill Gates. Boleh beli high heels limited edition, baju limited edition, kereta limited edition, boyfriend limited edition...erkkk??!
  • Mudah berkawan & pandai berkawan : Tapi lepas berkenalan mesti lupa nama diorang! huhu... muka still cam taw! aduhhh...buruknya perangai
  • Seorang yang sangat tertib : Tertib dalam solat paling penting ye murid-murid...
  • Pandai mempamerkan sikap : Siap buat frame lagi. Nak pamer besar-besar...Pamer kat billboard boleh? terlabiiii sudah
  • Mudah kecil hati : Ohh hati yang sensitif, azam tahun depan nak kasi renovate supaya membesar banyak-banyak cikit.
  • Mudah kena selsema : Amoy memang tak tahan ngan cuaca sejuk, tapi x pla sampai diziarah Cik Selesema. Cik Selesema sila katakan tidak pada Amoy.
  • Suka berkemas : Suka kemaskini fail dalam folder, fail gambar, fail movie, fail drama, fail muzik....FAIL MQA : Ohhh...tidakk!
  • Cepat rasa bosan : Paling tak suka bila line internet slow! Boring tahap tokek.
  • Kurang mempamerkan perasaan : <-- Mesti ada Dr. Fazilah ada taiping error ni...
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati : Susah mo sapu ubat...kurap dipipi senang nak sapu, kurap dikaki : stoking ja tahu.
  • Suka pada barang yang berjenama : Wahai bulan-bulan selain bulan Jun : Kami suka barang mahal-mahal berjenama tau! Lau nak bagi hadiah pastikan mahal berjenama baru bagi. Melampau!
  • Mudah menjadi eksekutif : I heart their style n pembawaan diri... Lepas ni nak doa supaya jadi Menteri Pelajaran Malaysia... Semua orang sila Aminn kan
  • Kedegilan yang tidak terkawal : Ada x remote control untuk manusia? Nak beli satu! Nak kawal diri sendiri supaya tak lawan cakap orang dengar kata selalu~ muahahahaa~~ tumbesaran kepala semakin menjadi-jadi.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan : ahhh! ni lagilah tak dapat terima... Amoy mmg x putar, jilat dan celup makan orang punya bodek...tapi siapa2 yang tegur Amoy : Ko cabar sia ka tu? heheehh :P
Hari ni dapat pepatah yang comel
IBARAT GIGI KENA MAKAN ANAI-ANAI
Sila fikirkan maksudnya~~ ;)
Till next post...TATA~

0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com