24 July 2011

Dear Heart, Goodbye


goodbye =)

Shopping Raya

morning super happy sunday!

semalam amoy pegi meronggeng kat KK. actually, motif bunga bunga amoy ke KK hanya untuk makan memandangkan ramainyaaa classmate amoy buat one day trip shopping raya pada hari yang sama. apalah salah kiranya amoy menumpang bontot sekaki. ouh... cabul betul tangan amoy menaip. hohoh =.=

malangnya... tanpa di sedari, sedang amoy sibuk mensuggest baju baju raya yang teramat lawa kat kawan amoy... amoy pulak yang tersangkut dengan dress yang santik santik. OMG, dasar ferempuan memang macam ni. nasib badan... xdapat nak kawal 9 nafsu yang sedang muda remaja dan hangat suam suam neslo kaw yang mengalir bersama hormon adrenalin yang dipam ke aorta seterusnya ke arteri dan memenuhi ruang rongga sel yang memerlukan =.= 


misi bergambar dengan wajah yang suci berjaya!

terima kasih kepada krew-krew yang menjayakan misi ini. tidak lupa juga kepada my causin yang menaja makanan pada hari berkenaan. muehehe. (^^) lain kali ceponser lagi ah!

Hadiah belated birthday dari my causin dan causin ipar. eh?

Menang Contest!

Morning SUNDAY!
amoy sangat gembiraaaaaaaaaaaaaaaaa...! sebab amoy menang THE BEST MEMORY CONTEST

sungguh tak sangka babe! macam mimpi sebab terlampau sampai melimpah ruah ke ladang gandum juga ladang kelapa sawit dah contest yang amoy join dan semuanya tak pernah menang. haha. poor amoy~ kali ni amoy menang bukan hadiah saguhati atau ketiga atau kedua. amoy menang tempat PERTAMA. muahaha... orang lain pernah menang banyak kali takdelah hyperaktif menunjuk nunjuk cam kau! 

ada amoy kesah??? meh baca the best memory of amoy kat SINI

Yang penting amoy nak habaq kat dunia betapa girangnya hati ini tahap awan nano nano. seperti biasa... OVER


come... come to mama!


ouh comelnya menatang ni... ;)

22 July 2011

Ketidaksabaran

 AMOY TAK SABAR MO BERJALAN PATAH KAKI DI KK ESOK

(^^,)
















oh kk! wait me ya!







21 July 2011

The Crew

kawan : amoy, cuba suggest blog mana yang best untuk di baca?

amoy : mestilahhhh...... http://amoyella.blogspot.com/

kawan : ala... blog kau. napa pla blog kau best?

amoy : kau hade nampak muka kau terpenyek besar kat blog orang lain?

***

Salam readers! atas tu merupakan perbualan yang berlaku beberapa ratus saat yang lepas. isk isk isk... sapa cakap belog amoy tak best? memang nak kena lepuk la guna taik itik kelabu awan nano nano nano. tapi sebenarnya belog amoy sangat lah tiada tandingan sekiranya anda ingin membandingkan dengan belog belog feymes emes yang lain. hewhewhhewhww... kesimpulannya. sila jangan membanding itu dan ini. ini tetap ini. belog ini tetap belog ini. tidak akan jadi belog menjual shawl ropol ropol, tidak akan menjadi belog yang menjual baju raya mahupun biskut raya cap ayam brand, mahupun menjual cekedis secara online. jauh sekali menjual kontek lens korea warna unggu belang belang.

eh kenapa amoy ter EMO nih? tanpa ketentuan hala menimbulkan isu sensitip yang melibatkan perkauman antara blogger. muahaha... belog pun ada races? 

1. Kaum Blogshop
2. Kaum Blogdiary (amoy la ni)
3. Kaum Blogpolitik
4. Kaum Blogchef
5. Kaum Bloginfo
6. Kaum BLOG ikut suka hati kau lah nak letak kaum apa

apa pun... Blogger tetap mempunyai satu persamaan. SUKA MEMBEBEL menggunakan JEJARI. semua ada kelebihan dan kekebalan masing masing (>.<)


beralih kepada tajuk : berikut merupakan gambar gadis gadis buayan's crew melalui lensa samsung galaxy mini. terima kasih henpon baru milik tuan punya henpon.


kurang dua orang : anis dan pipie! =.=

i love all of u girls!

whoaaaaaaa.... macam peliks pula muka bila guna tudung bawal. seperti ada cahaya sesuci lebaran.



maka dengan ini ternyata rakan sekelasku cantik dan comel comel belaka






19 July 2011

UNDUK NGADAU Peringkat IPG Kampus Keningau

Salam My Dearest Reader ^^

ini adalah entry yang agak kurang panas sebab pertandingan Unduk Ngadau ni dah lepas... 17 Julai (ahad) yang lalu. sorry i'm bit late for publish up this entry. amoy sangat busy dengan diri sendiri semenjak dua menjak ni... yelah, bila masa nak gosok gigi singa? cabut bulu landak? asah taring buaya? kira bulu kambing dan menunggu bulan jatuh ke riba? buat setakat ni... ayam jantan yang amoy tunggu bertelur pun masih lagi pura pura tidak mahu bertelur

Potong itu tahi *cut the crap


so now, amoy nak tunjuk beberapa keping gambar yang nenek olympus ambil (walaupun nenek olympus telah sangat uzur sebab tempat bateri dia patah tapi masih lagi memberi khidmat mengambil gambar untuk amoy)

syukurlah walaupun tanpa DSLR... amoy tetap mampu senyum senyum melepasi telinga sambil tangkap gambar diorang. muahahaa

wakil kelas amoy. cantik dan ensum kan? diorang guna baju Kaum Rungus.
ini baju hak persendirian. ta main laa pinjam2 ma orang lain... kan Fresilla?
(Gambar 1)


(Gambar 2)
muahaha...cepat bgtau amoy! mana satu lebih ngam? (Gambar 1) atau (Gambar 2)?
@Fresilla....lalalallalalaaaa~~~


JEJAKA BAJAU mariiiiiiiiiiiiiii..............!
alaaa.... napa la xda Bugis. mau juga bergambar dengan costum Bugis. (^^,)


Cik Dayangku Siti Iffy Syamimi, senantiasa menemani amoy ke mana sahaja pada hari berkenaan
love u mimi

bersama empat orang jejaka. Dari Kiri : Rungus (Roy Lester) Dusun (Jemon) dan Bajau (Napi)
eh...c Jemon tu pakai baju Dusun ka itoh? yakin2 jak amoy p tag. hahaha

semua diorang nampak sangat super cantik da bomb dengan custom masing masing pada malam berkenaan. Tahniah Fresilla dapat anugerah Miss Friendly untuk Unduk Ngadau kali ni! Next Year cuba lagi. Baju kamu dua Lester (cecee...) cantik sangat oh malam tu. Sememangnya baju anda jugalah paling manang kebisingan. haha. amoy ada baju longsleeve seja =.='
poor me~

sekian sahaja lintas langsung dari IPG Kampus Keningau!


amoyella : amoy, apsal muka kau ja asek2 keluar? Kau ke unduk ngadau? hish!

17 July 2011

Malam Nisfu Syaaban Yang Indah

SALAM MY DEAR READERS...

alhamdulillah sekarang sudah masuk pertengahan bulan syaaban... means tidak lama lagi kita berpuasa. amoy harap ramadhan kali ini membawa 1000 erti untuk diri dan keluarga amoy. aminnn... baiklah, kali ni nak share gambar di langit syaaban... subhanallah sungguh indah ciptaan Allah.

ceceee... amoy rasa macam ustazah pla time type entry ni. ;)

FYI, gambar di bawah ni diambil menggunakan camera cabuk amoy. bukan DSLR... tak mampu amoy nak beli DSLR, tunggu orang tuuu bagi... muahahaha *harap dia baca entry ni*

facepalm

oh bulaaannn...enggan temani diriku lagi...
yang ni merupakan gambar dari Bumi Keningau. cantik kannn???


ni pun dari bumi Keningau terchenta ini...langit nampak sungguh bersih. akan tetapi... 2 minit selepas itu, awan gemawan start berarak menutupi sebahagian rembulan~~


tada! ni amoy cilok dari FB P-Man Aminuddin. juga malam yang sama...! ni gambar dari Bumi Lahad Datu. awan dia banyak... santek oh!


xtau la dia guna camera apa. nda pula bertanya... tehee... tapi amoy suka gambar yang ni.
nampak stylo mylo bila bulan dilindung awan 

BEGITULAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHH..... awan nano...nano...nano nano~~ naaanooo....

16 July 2011

PRODUCT REVIEW : BEBLESH BALM TRIPLE FUNCTIONS (BB CREAM)

GENAPLAH SEMINGGU AMOY MENJADI PENGGUNA BB CREAM!

dan resultnya amoy sangat puas hati tahap dinasour! teeheee...


FYI, kulit amoy ni sensitif dan oily. adds on pimple lagi ;) 

sejarah kulit amoy begini... dulu time form 5 kulit amoy ni macam kulit hantu *merujuk kepada yang cikgu amoy cakap : punyalah mulut cikgu tu xda lesen! memang hancus lah kulit amoy time tu sebab pimple tu jerawat batu yang takda mata dan besar-besar gajah. (_ _!) amoy stress sampai nak pergi sekolah pun rasa tak mau! malu dan pernah menangis2 sebab ada seorang ustazah tegur kulit amoy yang tak seberapa hensum time tuh. sedih mak nak!

Ugly truth! kulit amoy jadi hitam bila masuk PLKN. sobs...sobs... sudah la berjerawat... hitam lagi tu! time tu amoy guna produk cikai cikai ja. boleh dibeli dimana2 dengan harga yang berpatutan.

atas nasihat dan cadangan cousin amoy, amoy cuba produk Sendayu Tinggi (Acne Set) yang colour oren. product ni sangat sangat best sebab dia telah meredakan segala gunung berapi di kulit amoy. 

lama gak ah amoy guna produk ni. lebih kurang tolak tambah bahagi = 2 TAHUN.

amoy setia giler giler ngan ST ni. lagi satu ST ni boleh mixed ja product dia. contohnya, selain daripada guna acne set ni, korang leh juga guna foundation, concealer dan two ways cake dia (tapi hanya jenama sendayu tinggi lah) tu yang amoy pernah guna. barang mekap dia pun best gak. amoy masih lagi guna magic lips, loose powder dan blusher dia.

muahahaha... amoyella perempuan kan... semua benda dia nak try!

lama kelamaan amoy sedar, sekarang kulit amoy perlukan something untuk menghaluskan liang-liang roma dan pimple scar... juga untuk mengatasi kulit kemerahan bila under the sun. tehee...




so... amoy cuba BB cream *seperti yang diuar uarkan dalam kebanyakan laman sesawang~ amoy ni kan ladies yang tidak terkecuali dari terkena gelombang BB cream. 

OMK (oh mak kau), cream ni baru ja seminggu amoy pakai. tapi amoy dah dapat melihat perubahannya dekat kulit amoy. liang roma jadi kecik dan kulit terasa lebih mulus (ceceeh...) apa yang terpaling penting... selepas kerja kerja bengkel pertukangan kayu (maksudnya selepas amoy berpeluh peluh selama dua tiga empat jam) kulit amoy tetap kering dan tidak memproduce sebegitu banyak minyak macam selalu!

selepas main bola pun kulit amoy tidak merah merah lagi ;) (ok! ini bukan pura-pura atau menipu... amoy ambil PJ kat sini so aktif bersukan... ) 

warna dia pun sesuai dengan kulit amoy yang agak pale kesawomatangan. hehe... eksaited gila amoy nak buat entry ni sebab...sebab... ada kawan amoy suruh amoy buat review pasal bb cream. dia pun berminat nak beli jugak bila tengok hasil kat kulit amoy. dan pagi tadi... kawan amoy cakap, dia nampak kulit amoy macam kena edit-edit bila guna BB cream (coz dia duduk bertentangan dengan amoy bila dalam kelas) kembang hidung mak nakss... hehe

emm... walaupun guna BB cream, amoy masih lagi guna produk sendayu tinggi untuk pembersih muka dan toner. so far, this two product blends well onto my skin... love it! dan amoy rasa dengan tiga product ni, cara penjagaan kulit amoy lebih mudah, senang, dan berkesan. pengeluaran minyak dan sebum menjadi lebih terkawal dan kulit tidak greasy at the end of the day! hohooo...







15 July 2011

STATUS : CONFIRMED


salam my dear readers !
dalam masa dua hari amoy dah habiskan RM700 elaun amoy...hanya untuk tiket
belum lagi masuk bab makan-makan dan shopping online

=.=' terpaksalah carik suami dari golongan kaya raya macam ketua dragon / king ! haiyarkk!

dan sesungguhnya amoy speechless (_ _!) dengan diri sendiri yang sangat tidak kedekut mengeluarkan duit. *ini bukan boros ok! ini adalah perancangan masa depan ke arah tidak membuang duit untuk beli tiket mahal-mahal bila bila dah last minit*







ops! ada benda terpaksa di blurkan disebabkan tidak mahu kontroversi dan diCOP menunjuk-nunjuk (*alaaa... cam besa ah! jawapan arretis*) over. haha . just wait for me ya KL! ;)

lain-lain adalah tiket percutian maktab yang tanpa disengajakan telah terbeli gara-gara tidak dapat control adrenalin sendiri meluap-luap untuk membuang duit. syabas, hormonku!

ok. semua dah confirmed. sedap hatiku ;))


11 July 2011

DAY 3 : Sesi menghabiskan sisa budget ;P

Day 3 ; hari terakhir berada di KK. bagi amoy, hari terakhir adalah terpaling penting! sebab.... sebabnyaa.... pada hari last ni lah amoy kena cari semua barang-barang keperluan yang amoy dah listkan dalam budget barang barang yang kena beli. 

pada hari ahad yang ohsem yang telah lepas... sehari yang lepas... GAYA STREET buka! amoy really enjoice shopping kat gaya street sebab barang barang kat sana murah gilerrr gilewww aq kasitaw kat korunk! kalau korang korang dari Sarawak or Semenanjung wajib datang ke Gaya Street. Malangnya telah berbau ... gaya street hanya buka pada hari ahad (setengah hari). so... kalau korang datang ke Sabah, pastikan flite balek ke neghori masing masing adalah pada sebelah petang ahad @ hari berikutnya!

apa yang ada di Gaya Street? macham macham ada.... dari perhiasan diri macam baju, broach batu peliks peliks-pearl masin-pearl tawar-gelang-rantai secara kesimpulannya barang perhiasan perempuan dari atas sampai bawah- shawl-tudung-perhiasan dalam rumah. makanan macham kek lapis-amplang-belinju-kuih sepit-kuih tradisional sabahan, binatang peliharaan- kucing bulu tebal-tebal- puppy- hamster- racun semut pun hadooo~

retiss pun ada nyanyi2 kat sana hokey!

booth kat gaya street memang sangat panjang darab double dua lapis. amoy habiskan masa kat gaya street lebih kurang TIGA JAM untuk habiskan pusingan round the booth. gila semangatkan?! tapi berpeluh peluh gak la... sebab sana sesak dengan orang ramai dan agak fanass~ 

akan tetapi : AMOY takkan berhenti selagi barang yang amoy cari belum dijumpai! hewhewhew...

PERINGATAN : kenalah pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga paling rendah! ;))

shawl ni hadiah daripada bestie amoy : CIK IFFY DAN CIK NANA!
thanks a lot dear... i love this lovely shawl!

belakang tu booth dekat Gaya Street. meriah gilew gilew~
muka diorang berdua ni agak kencang sebab kepenatan berjalan memusing booth . miahahhaa. siann....

memandangkan jam telah menunjukkan jam 12 tengahari... so kami membuat keputusan tuk lunch kat Daily Cafe.
seriously, TOMYAM kat sini memang paling 'kaw' dan sedap yang amoy pernah rasa.
dan............. banyak juga ~ hahha

posing kejap mengalahkan orang putih yang datang melancong
eh! kami pun melancong gak taw! semua kami bukan orang sabah =p


Pada jam 2 petang kami bertolak balek ke Keningau yang terchentaa =')

oouhh... hidup ini sungguh indah!

I LOVE MALAYSIA


DAY 2 [PART II] : BIRTHDAY : Sushi King's time with Secret Recipe Cake

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO US EXPECIALLY ME! AMOY!

Wuwuwuuu...bukan umur amoy 23. amoy sambut befday ke 21
ohhh! im gettin TUA


antara tujuan lain selain daripada membeli belah serta memborong segala keperluan dan kehendak adalah : celebrate befday kami-kami yang lahir dalam bulan May-June. ^^,

sambutan adalah sederhana seja sebab...sebab....sebabnya lilin kami hanya sekadar dicocok pada kek tanpa dibakar. ahhh! kesian! semua ini gara-gara TIADA / TIDAK ADA seorang pun antara kami adalah PEROKOK! Fine. NO MANCIS DOESNT MEANS NO BIRTHDAY CANDLE. cocok ja lah bg memuaskan hati yang sebel amet ini. sobss sobss...

MAKA.... beginilah jadinya. semua puas hati. sushi king's crew pun puas hati jugak sebab kami tak main api kat premis diurang. hewhewhwew.... 


Lapan orang VVIP pada hari berkenaan. semua shomel shomel belaka


5 orang yang dirai~~ termasuk beta. muehehehee!


SUSHI! *sila abaikan henpon cabuk beta *


my benchmate. betul ka istilah itoh? haha


poyos...~ mimik muka mengalahkan 24:7
miahahhaa

inilah kejadian apabila chef amatur yang memotong kek. bhhahahahhahaa!
Cappucino Cheese Cake yang ohsem dan sedap juga berkrim!

ahhh... penat! nak tidur luk. muah muah! babai semua temenan sekelian buana !

10 July 2011

DAY 2 : Saturday : The Fabulous Jalan Jalan Cari Pasal at Karamunsing Complex

Bersih 2.0 ternyata tidak mampu melumpuhkan semangat kami bertujuh melangkah jauh ke Kompleks Karamunsing. Roadblock yang berlapis lapis ibarat kek lapis sarawak memberikan kami keselesaan berjalan jalan. heheh! terasa sungguh secure bila melihat abang abang polis sekitar KK menjaga keselamatan amoy awam.

*facepalm!*

as usual, bergambar menjadi keutamaan agar segala kenangan tidak hilang di telan oleh memori yang kian luput di telan tarikh masihi ini. 

hi there! this is my twin yang gojes and I! =') 

makanlah 'nyam-nyam' untuk cantek selalu!


ntah kenapa : amoy rasa gambar ini sangat cantik angle dia. kan? kan?


buat pengetahuan umum... semua ni WARGA SARAWAK . dari kiri depan : kuching (cik atee) - lawas ( cik iffy @ pengomen tegar) . belakang : mukah (amoy!) - sibu (miss berry) - miri (miss shelly)


enam orang : seorang kena curi . ntah siapa laa tu pencuri... (_ _!)


Makan di RCH, Karamunsing! best gilew gilew makanan kat sini. terasa bentuk bentuk LOVE beterbangan indah ketika menjamu selera di sini. hewhewhew!

Pandan Chicken Combo ka ntah apa nama dia. ekceli banyak kali dah sampai sini. dan setiap kali order makanan,
komfem amoy order benda alah ni. =') sekali lagi bentuk love love beterbangan ke sana ke mari~~


anis punyaa... steam chicken rice 


mee koh lo yang di mimpi-mimpi setiap malam oleh cik iffy


mee sup udang my roomate, cik nana. dia ni memang... hantu udang.


rojak buah yg sungguh crispy dan menyelerakan dan berbaloi baloi sebab 6 orang kami leh share 1 pinggan ni
sedaaaaaaaaaaaappp. wajib try bagi yang tak pernah!


fokus makan kaaa................ fokus bercakap? konpius (=.=')


akhirnya..................... pandan chicken tinggal daun pandan. nasi dan ayam dah abis kena selongkar. yeah!

aitssssssss... hari kedua (sabtu) blom habis ni. akan bersambung lagi . 

to be continue

babai

amoyella : hewhewhew... lepas ni terpaksa siapkan dua presentation untuk esok. doakan hamba. goodnite!



DAY 1 : T.G.I.F fun~ fun~ fun~ think about fun

Salam. tiga hari berturut turut amoy pergi meronggeng KK! bukan kandang kerbau @ kandang kuda @ kandang katak @ kandang kibas @ kandang kumbang . it's Kota Kinabalu! really enjoice! mcm gals day out plak... tapi exceli allowence's day freak. bhaahahaa

syukur alhamdulillah sebab ada kereta yang sanggup mengangkut kami bertujuh. muahahaa

hewhewhew...kereta kembara leh angkut 7 orang? *tidak termasuk pemandu*

maka jadilah!

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=





cak kira baik2.... cukup tak tujuh orang?

enam seja??? (_ _!)

mana lagi satu?

mana?

tukang ambil gambar lahhh satu lagi mukanya tak tersenarai. ciaannn. gagaggaga



sPEECHLEssss =.='


amoyella : nantikan update untuk hari yang kedua. lagi hajaib dan aneh ... 

04 July 2011

My Heart Give Me DAMN


luka. dilukai. melukai. terluka. melukakan. 
sekian tebalnya diari yang telah tercatat.
selama itu kenangan luka telah terabadi menjadi duri dalam hati.



dan acapkali hati ini dilukai lagi.

laluku sembunyikan hati.
biar tiada yang tahu sakitnya hati itu.
biar tiada tahu luka itu milik aku.



diari dunia bukan milik aku.
juga bukan milik kamu.
betapa inginku tulis segala mendapan rasa ini di pasir
biar nanti datang ombak melandai pantai sewenangnya
biar rasa ini terpadam selamanya
biar rasa ini tiada kesan mencalarnya
waima calarnya juga hilang di telan gerigis laut yang entah dari mana puncanya



seringku buntu memikirkan cara juga alasan untuk menyingkirmu
dan tatkala itu juga : jiwaku tebunuh sedikit demi sedikit menyaingi waktu


dan... tiada lebih sakit daripada memutuskan kamu daripada

tahu bahawa 

kamu 

tidak cuba menyatukan cinta itu kembali



kini aku akan pergi
jauh dari putaran saat lingkaran duniamu
jauh dari sudut pandangan terperosok hijabmu
jauh dari gelombang bunyi gapaian deriamu
juga jauh dari rangkulan bait kata titipmu


dan aku tidak berharap

menemui manusia setandan sikapmu



amoyella : tiada mood sekarang. sobs sobs... 


 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com