30 October 2012

TAUHU JIPUN



ASSALAMUALAIKUM KUM KUM KUMMM 


meh dengar cerita sedih amoy tadi pagi ... sebenarnya khennn tadi pagi amoy dengan semangkit tahap paus biru menjadi salah seorang gadis yang bangun TIDO paling awal antara hostelmate tanpa membuang masa sental gigi dengan gigih lalu menghabiskan sisa lesterin (selamat tinggal botol lesterin sobssobss) seterusnya buat rutin facial dengan jayanya demi membasmi kuman jerawat waima yang sewaktu dengannya justeru mencapai bakul kelengkapan mandi manda  lantas menjadi manusia yang gigih untuk mandi paling awal dalam keadaan suasana masih kabus - kabus makanya shahibul hikayat bersiap dan berkemas - kemas terpaling awal lah sangat serta jauh sekali buat bising di asrama paling awal   



MOTIF ? mahu MAKAN ! serius amoy sangat superLAPAR sampai amoy terasa usus amoy ni berlobang hokei semasa tidur -.-' sudah leee guwa memang ada gastrik . musim exam pla ni . serius wa takut sakit >.<


dan sebenarnya amoy teringin mo makan sumting ... dan demi makanan ituuu ... dahku sanggup meredahi kesejukan pagi untuk pergi cafe walhal orang lain masih lena di ulit mimpi . sebab selalunya menu ini hanya terdapat pada belah pagi dan agak limited . huk huk huk .



PERHATIAN : bukan amoy yang masak
amoy curi dari gugel . serius nampak sedap dan huhuuu mau makan >.<



sooooooooooooooooooooooo (ohmyenglish!) yummeyh
(T-T) mummy ... amoy mau balik rumah makan ni benda . huhuuu . sedapnya ni >.<


yang sedihnya ... TIADA PUN DIORANG MASAK TAUHU JIPUN INI (T-T)



AMOYELLA : kalo boleh memasak di bilik ... memang lama dah guwa memasak ! 




EXAM OIII !


ASSALAMUALAIKUM Y'OLLS


HOI HOI HOI >.<


SEKARANG ADALAH ZON STRESS





STRESS mau cari mood study . stress tinguk orang study . stress mau study . stress bila kena ajak study . stress bila kena suruh study . stress bila terpaksa study . stress bila sedang study . stress bila dah study . 




selain itu . paling guwa stress bilaa dah study . confirm guwa cepat kelaparan . stress mo cari makanan . stress mo berkemas turun ke kafe . stress cari baju yang sesuai tuk ke kafe . sebab ? baju guwa sudah habis kena packing .


errr ... bolehkah kalo guwa turun ke kafe dengan baju genre 'bilik' >.<


AMOYELLA :  sekarang stress dengan jerawat sebiji timbul di batang hidung . yuiiii ... membencikan ! semua laaa mo timbul time guwa stress -.-'




29 October 2012

EXAM PUNYA EKUINOKS ^_^




ASSALAMUALAIKUM PEOPLE !


ALHAMDULILLAH satu paper yang agak ohsem sengalnya sudah ditempuhi dengan penuh kesengsaraan . sebab amoy terpaksa study subjek berkenaan dengan penuh kepahitan tahap paling hempedu . no aiduladha . no eating . less facebooking . less blogwalking dan dating-less . eh apakaitu ?


paper tadi bolehlah dikategorikan killer paper faint-paper -.-' hehh . engkau belum lagi mampu bunoh haku hei paper RBT3120 . tapi tapi tapi still mencabarlah juga sebab baru tadi semenjak lima enam bulan exam semester lepas , tadinya semacam ada terasa gegaran dan sedikit crack tempurung hotak guwa yang kebal - kebal ayam ini semasa menjawab paper berkenaan . kui kui kui . harap - harap jawapan yang guwa sendiri kureng pasti itu dapat diPASTIkan BETUL oleh pegawai penyemak -.-'



datang awal jyeaahh ! untuk taklimat exam -.-' gilaa semangkit wa datang dewan awal . satu orang pun tarakk . nasib bek tukang capture gamba datang awal bersama - sama guwa =D



dan dan dan yang paling membahagiakan jantung . usus , limpa serta hati guwa ... TIKET FREE sudaaa mariiii !


KK - MIRI  transit MIRI - MUKAH ^_^
MUKAH - MIRI transit MIRI - KK ^_^

hohooo yeayy balik kampung ! naik dua belon . kampung kau hado ?


AMOYELLA : baru semangat study kalau ada terpampang tiket balik kampung depan buah mata =D ngeeeeehngehngeh ~



26 October 2012

EID UL ADHA 2012



SALAM EIDUL ADHA ♥ ♥ ♥


seperti yang ku jangka terjadi . . . tahun ini sekali lagi guwa menyambut aidul adha di perantauan , yang tidaklah begitu jauh 'rantauan' ini sebab sebab sebab masih lagi dalam kepulauan yang sama yakni kepulauan borneo . bagaimanapun walau , guwa tetap tidak dapat berhari raya bersama family tersayang nan jauh di sanaaaaaaaaaaaaaa . motif ayat ? memutar belit cerita -.-'


so (ohmyenglish!) sambutan di IPG Kampus Keningau seperti juga ditempat lain . ada pemangsa korban dan ada mangsa korban . dalam konteks ini guwa jadi pemerhati sahaja . hehhh larik topik . sebab guwa alergik dengan daging enche' lembu . huk huk huk . rugi rugi rugi 


sebagai pengganti juadah hari raya , mempersembahkan !

 ommnonooommmm sebelum vs selepas ommmnommnommm

untuk menambah kespecialan maggie di pagi raya . guwa telah mencampurkan menu maggie asam laksa dengan sardin goreng cap smileys ^_^ dan black pepper .

hasilnyaaaa ... memang guwa makan sehingga meleleh ayer mata dan hidung sebab sedih tak dapat beraya di kampung kepedasan yang amat gilaaaaaa >.< guwa syak guwa terlebih bubuh blackpepper . tsskk tsskk tsskk ='(


sekian sahaja laporan dari Puncak Bukit Langsat , 89009  Keningau , Sabah . Jumpa lagi di next entry !




AMOYELLA : SELAMAT HARI RAYA ^_^






25 October 2012

LEFTENAN MUDA (KRS) AMOYELLA



First off all ... kau hadoo ? non hadooo khenn =D


ASSALAMUALAIKUM 


24 OKTOBER 2012 - merupakan hari bersejarah bagi Amoyella sebab amoy telah ditauliahkan sebagai LEFTENAN MUDA KRS -.-' ya ya ya dan sebenarnya amoy memang tak berniat pun amoy akan naik ke stage sambil kawad untuk terima sijil pentauliahan . hah ? berkawad di khalayak ramai sorang - sorang sambil di tatap oleh 93 pasang mata (termasuk VIP yang hadir) ? serius memang amoy trauma dan tak mahu sudaaaaaaaaaaa selepas 'kejadian kawad' memalukan dahulu . hmmm ! tapi tapi tapi ... kali ini amoy terpaksa juga kerana dipaksa dipujuk oleh gengsian KRS .


Amoy ulang lagi sekali . SERIOUSLY amoy malu tak mahu !


memandangkan betapa maha degil dan maha jajalnya amoy nih , guwa tak datang pun sesi latihan dan rehearsal yang diadakan . dengan alasan malas sakit . 


akan tetapi ... mungkin memang telah tertulis di luh mahfuz bahawa sesungguhnya amoy perlu ambil sijil berkenaan sambil kawad spontan tanpa latihan . akhirnya pada jam 01:45:34 pm amoy terpaksa membuat keputusan untuk ikut serta atas sebab musabab tertentu, untuk menghadiri pentauliahan dengan mendadak sambil masih lagi was - was memandangkan pentaulian bermula lebih kurang pada jam 02:00:00 pm . meigeddd !


ini memang kerja gila-gilaan . hukhukhuk .


pentauliahan kali ni merupakan combo punya pentauliahan sebab melibatkan DPLI , PISMP SEM 8 , PISMP SEM 6 , dan PISMP SEM 4 . aiguuuu ... gilaa tak malu nak berkawad depan seniors dan juniors . haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh semputs !


dan amoy sedikit nervous >.< sebab semua orang disekeliling amoy cakap nerves - nerves - nerves dan nerves ! last 2 guwa jugak yang terjangkit nerves . menciii lah bermain - main dangan perasaanku ini . yaiadoiyai terber ! tetapi syukurAlhamdulillah kerana saat - saat kemuncak telah berjaya dilepasi dengan score sederhana baik . malas nak komen berjela - jela tentang betapa 'hebat'nyalah sangaaaaaaaaatt amoy berkawad -.-'


lets cekodok gambar(s) yang sempat terakam =D



Leftenan Muda Pipie , Leftenan Muda Amoyella , Leftenan Muda Berry , Leftenan Muda Cherry , Leftenan Muda Shelly Cylla dan Leftenan Muda Kobek 



-.-' errr .... sungguh beruntung lelaki itu , sebab bergambar tepi haku LIMA orang gadis manisss . hehh ~



command : dari kireiiii ~ ~ ~ sila posing mengikut gender masing - masing ! geraaaaaaakkk !  >.<


khennnn .... macemmm kami berENAM jak yang dapat pentauliahan pada hari berkenaan . balik - balik muka kami sejaa -.-'



AMOYELLA : aigooo ! lupa mo posing dengan gaya gangnam style ! rugiiii !



23 October 2012

UJIAN BAHAGIAN II DAN III KELAS D



♥ ♥ ♥ ASSALAMUALAIKUM PEOPLE ♥ ♥ ♥ 

JYEAHHH ! Alhamdulillah syukur sebab akhirnya amoy berjaya mendapatkan lesen P dengan selamatnya pada semester ini . hehehh . walaupun senantiasa terhimpit oleh kekangan wang , jadual dan masa . namun , akhirnya amoy dapat merealisasikan impian amoy untuk mendapatkan lesen P kelas D -.-'


gembira hokei ! siapa tak gembira dapat lesen P tanpa mengulang tambah duit lagik ?





The lucky numbers ^_^

ok nasib baik dapat nombor yang boleh laaa dikira awal . sebab nombor terakhir adalah 38 ( tidak termasuk nombor tambah class , nombor motor , nombor calon mengulang ) gilaaaaaaaa banyak orang . serius walaupun nombor 14 , amoy tetap rasa sangat super penat menunggu . rasa kebas - kebas dan buku lali dan tempurung lutut serta tulang buntut berdiri-mencangkung-duduk-berdiri-mencangkung-duduk sebab tunggu turn .

akhirul kalam : SELAMAT TINGGAL ROMEO buat Interior Driving Academy (IDA)  ~(^.^)~

foineeeeeeeeeee ... hari last di IDA amoy baru tahu dekat sini ada surau >.< sebelum ni selalu terkocoh-kocoh takut tak sempat nak pergi masjid pekan keningau sebab nak solat asar . poor us !

Kami orang paling Happy kelmarin . serius Happy !


LULUS treats . ayam butter >.<

ya ya ya .... sebenarnya mo makan yang lain tapi ... guwa agak 'kekeringan' sudaaaaaaaa . RM1,400 untuk lesen P . huk huk huk . cancel mo oder chicken chop . jimat moy .... jimat (T-T)





AMOYELLA : goshhhhhhh . . . guwa berjanji mahu beli handbag baru kalo dapat lulus JPJ tanpa ulangan . $$$ lagi . foine !






20 October 2012

MASTER CHEF IKHTIAR HIDUP



ASSALAMUALAIKUM ♥ ♥ ♥ 


Dear Handsome Boys terutamanya and Beautiful Ladys =D lemme tunjukkan skill memasak malas - malas amoy yang agak ohsem . sebenarnya guwa bab memasak - masak memang agak terserlah sikit keloserannya sebab guwa berniat mahu belajar memasak daripada future encik betul . eh ?


oh ya . pembetulan . bukan guwa sorang punya idea masak malas - malas ni . ini adalah combinasi 3 kepala yang agak drastik evolusinya bila dah masuk bab ikhtiar hidup . keh keh keh . memandangkan i'olls tidak ada dapur yang ohsem lagi membahagiakan , so (ohmyenglish!) i'olls terpaksa memasak menggunakan bara api dan buluh dan tempurung . ok foine tipu lagi -.-'


mood masterchef : dengan combination kukus , grill , panggang , kukus , grill , panggang , kukus ! maka terhasilllllllllllllllllllllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh tadaaa !


ehem ehem ... i'olls namakan resepi hari ini


SEXY LOVE SOUP with SOOHON ya ya ya ! nama agak over -.-'




Seriously memang sedap . omnommmnomnomnommm

akan tetapi amoy tak tahu sama ada kesedapan tu datang dari cara masakan atau memang kesedapan sebab perut yang maha lapar ?


BAHAN - BAHANNYA

a packet of squid and crab balls
a small packet of tumix
a teaspoon of blackpepper
a packet of soo hon
water (should i mention her? )

dan itu sahaja . masukkan semua bahan satu persatu ke dalam air mendidih . sedia untuk dihidang . sangat heaven untuk di makan panas - panas .


amoyella : oh ini lah kehidupan duduk di asrama . apa punnn tak voley -.-



18 October 2012

NIKMAT KELUARGA



ASSALAMUALAIKUM
Dedicated to HIM





Dia
Cemburu

Cemburu melihat keluarga orang
Bahagia bersama susah dan senang
Papa , Mama panggilan berkumandang
sesekali terdengar adik ! kakak ! abang !
Bahagia mereka ... meruap sayu bertandang ...

Dia cemburu 

Tercengang dek riuh dari kejauhan
Keriangan keluarga hanya mampu dibayangkan
Imaginasi sendiri ke dalam khayalan
Membina impian
Keseorangan di ceruk kesedihan

Dia
Tidak pernah rasa sempurna merasai nikmat keluarga
Panggilan keramat papa , mama , kakak , adik , abang cuma kadangkala
Mungkin tika menziarah cuma

Dia
Jarang sekali duduk sambil bertepuk tampar ceria
atau bergaduh manja bersama ahli keluarga
atau berebut makanan di meja
atau meminta tolong mensaterika
atau berkongsi mesin basuh yang sama
atau mengemas rumah di hari - hari biasa
atau tidur berpeluk mengerat rasa cinta
atau
menyambut aidilfitri bersama di hari pertama
Alangkah bahagianya kalau Dia mampu kecapi semua 

Mungkin
anda menganggap cerita Dia perkara biasa
kerana Dia
seorang insan yang nampak sempurna 
Yang melalui harinya dengan bersahaja
Jarang keluhan berat meniti jalanan hari yang menyapa
namun hakikatnya itu hanya luaran cuma
Lakonan natif sebenarnya penuh gelora
Gelora yang ingin sekali merasa
Indahnya nikmat keluarga

Dan Kau
Syukurlah jika kau punya keluarga
Syukurlah jika kau punya mereka
Syukurlah jika hidup di bawah bumbung yang sama
Syukurlah jika pendapat kau dan mereka berbeza
Syukurlah jika mereka meninggi suara
Walaupun kadangkala meluluhkan jiwa
Walaupun kadangkala menghancurkan idea
Walaupun kadangkala membuatkan kau terluka

Kerana 
Itulah fungsinya keluarga
Membimbing dan membina
Dengan stail yang berbeza
Dengan gaya yang kurang selesa
Dengan cara yang Kau tidak suka

Tapi jangan Kau pernah kecewa
Kerana Kau beruntung
Punya Keluarga tempat bergantung
Punya masalah terus berhubung
Tatkala panas sama berlindung
Tatkala hujan sama berpayung
Tatkala duka sama meraung
Tatkala gembira sama senandung

Ah ... ! Dia sangat cemburu
Dia tiada pengalaman sebegitu
Dia tak pernah ditegur atau menegur lantaran tingkahlaku
Dia tiada keluarga sesempurna kau
Dia hanya ada Ibu
Satu


Amoyella : Dia ...




17 October 2012

KAU DAN DIA


Kau dan Dia
Pernah duduk semeja
Berkongsi teh yang sama
Senyum dan tawa penuh bahagia
Walaupun bersua untuk seketika
Namun indahnya terasa
Di setiap saat yang menyapa

Kau dan Dia
Berjumpa hanya kadang - kadang
Cuma di waktu kedua - duanya senang
Ngedate memang sangat jarang
Sampai kadang - kadang naik berang
Bila lagi kita nak bertaut pandang ?

Kau dan Dia
Berjanji untuk saling bersama
Sehingga ke hari senja
Sehingga ajal menutup mata
Sehingga ke taman syurga
Sehingga bila - bila

Tapi semua itu rupanya nista
Cinta di bina di atas jurang setia
Ternyata palsu belaka
Janji yang telah porak poranda
Kini cinta bawa binasa
menusuk tuba penuh bisa
pekat meracun jiwa

Jenuh minda memugar tuju
Jenuh hati merodak lesu
Hanya kecewa riang berlagu ... Menunggu waktu
Untuk menebus segala sendu
Untuk hilang bersama saat berlalu


Amoyella : Amoyella penat 

14 October 2012

WEEKEND YANG HEBAT



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE ♥ 


jumaat . sabtu . dan . ahad sememangnya hari - hari yang sangat membebankan bagi diri dahku . beban nak cari muvie untuk mengisi waktu terluang . beban nak cari makanan tuk mengisi perut kelaparan . beban nak memandikan diri dari bau masam . beban nak berjalan demi sedikit senaman . beban nak cari wifi demi nak online . beban nak ke toilet sebab tak tahan . eh ?


ya ya ya ... itulah hujung minggu amoy untuk minggu ini -.-' semuanya terasa sangat membebankan , tiada keindahan serta kurang kasih sayang .


amoyella : lapar ... terasa mau balik rumah ='( mama ...





11 October 2012

AMOY DAH HITAM



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE ♥


mengikut firasat sendiri , amoy ingatkan selepas September 21, 2012 amoy akan dapat merehatkan diri sepuas-puasnya selepas praktikum fasa dua . tiada sudah wabak RPH, jangkitan BBM, virus penyeliaan serta akut kronik jerawat akibat stress kenervousan . namun , firasat berkenaan jelas meleset . huk huk huk... selepas tarikh berkenaan hidup amoy telah berubah 180 darjah + songsang + kucar kacir serta tunggang-langgang dan menyenget sedikit namun masih boleh lagi survive dengan nyawa-nyawa ikan yang kekurangan oksigen . hasad sungguh realiti dunya ini terhadap kesenggangan dahku -.-'


dengan assignment tiga bijik (BMM3112 . BMM3111 . WAJ3113) . projek RBT tiga versi (ikan hiasan . tanaman sayuran . jahitan blaus) serta 3 bijik laporan yang perlu diselesaikan . oh ! serius sampai hari ini masih berbaki 1bijik laporan lagi -.-' syukur sebentar tadi baru siap projek jahitan yakni jahitan mata butang penghabisan . selepas ini perlu siapkan laporan lah plaaaa . omoooo . walhal kelas lain dah bergumbira sambil berfoya- foya menunggu tibanya hari peperiksaan akhir semester . guwa ? guwa masih lagi bergelumang noda laporan !


bukan itu sahaja ... selepas Praktikum Fasa II amoy juga bertungkus lumus gigih menghabiskan duit driving class lapan jam . guwa terpaksa mencari mana-mana waktu free pada seblah petang untuk pergi kelas memandu . ohuhhh . umur 22 tahun (bukan umur sebenar) baru nak ambil lesen ? yeee . guwa ambil lesen guna duit sendiri . bukan sponser PaMa . aku hado . kau hado ? =P



maka hasilnya ...


aigoooooooooooo.... ! jangan tertipu  setelah gua ejas ejas sikit , dapatlah guw kulit yang agak cerah seperti dalam gambar .

what happen to my face ?
kulit kusam + gelap gulita
mata panda
pori menggedabak
pipi kembang ala meggi
dear my readers... seryes amoy susah hati dah tengok kulit amoy yang tak cukup rehat  dan kusam dan gelap dan hitam ini ! huaaa namo sudaaaaaaaa tingu cermin . tidak tidak tidak ! 


bila masa dah terasa makin singkat ... amoy jadi makin malas tuk makan nasi a.k.a pergi cafe . so amoy makan meggi . meggi dan meggi . sampai amoy rasa kulit amoy ni dah bertukar jadi meggi asam laksa . tahniah . betul betul ho liou ! 


mungkin juga amoy makin hitam sebab kalo amoy keluar driving , amoy akan berjalan - jalan sukat Keningau dengan hebakknya dari palingggggggggggg hujungggggggggggggg ke paling hujungggggggggggg . mana tak kulit ni makin suram . kusam . berbalam . hitam . legam . kalo menunggu tutor plaa mesti amoy akan pergi lepaking dahulu di koridor Keningau Mall . urghh ! memang patut pun tanned !


amoy sedih ... sedih sebab kulit amoy makin hitam manis . uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! kembalikan warna kulitku yang dahulu kala . 






aku yang hitam =(



AMOYELLA : esok pra test diving . doakan amoy yaaa kawan-kawan . ermm . lepas PraTest , JPJ lah plaaa -.-' lepas tuuu baru dapat tapuk - tapuk dalam bilik . tamo dah keluar jumpa matahari . hukhukhuk .



BUKAN BERSIH . BUKAN DiGi



ASSALAMUALAIKUM SAUDARE SAUDAREE CIKEBUM CIKEBUM ^_^


eya -.-' belog amoy semenjak dua menjak kebelakangan ini memang sangat sangat berlabah-labah . sila abaikan serangga berkaki enam berkenaan . eh kaki labah-labah enam ke ?


punca utama berhabitatnya labah-labah ini adalah disebabkan saya , selaku penulis entry gila busy gila . bukan sibuk belajar mahu final , tapi sibuk menjahit blaus tah pa-pa ntah yang akhirnya kini tinggal nak tebuk lubang butang . ohsem kan guwa ? bole menjahit baju . boleh sambung pendawaian elektrik . boleh jadi tukang kayu . pandai tanam sayur . pandai ternak ikan . wah ! bertuahnya dapat subjek Rekabentuk dan Teknologi (RBT) (--')


dan dan dan ini tidak termasuk guwa boleh habiskan 6 kali pusing trek kurang dari 13 minit . kau hado ? oh itu sebenarnya cerita lama -.-' sekarang amoy bukan lagi gadis gagah berlari . mahu jogging pun guwa malas gila derrr >.< sekarang guwa gemuk memandangkan skala berat semakin menunjukkan peningkatan mendadak . terima kasih Keningau kerana dikau telah menyediakan kudapan yang membahagiakan usus dahku . syabas .


cut the crap *..*

sekarang amoy nak berkongsi gambar sea.en.se.dey versi kepulauan borneo . cer kira berapa orang kami ? cer ? cer ? hehehhh . sudahh ...





Selamat Datang ke Penerbangan Malaysia Airlines -.-'

wa rasa pose kami lagi sexy dan suwit dari stewardess . gagagagaa =D


beginilah simptom kelas yang paling taat dan setia serta sepakat dan kolektif . kelas lain lapan bulan yang lepas dah tempah-bayar-pakai baju nih . kelas kami baru jep minggu lepas dapat -.-'  degil mo membayar  dengan alasan kukuh ; elaun tak cukup nak bayar RM70 .

punbagaimanawalau akhirnya kami  tanpa rela dan terpaksa akur dengan ketentuan ilahi agar kami tempah-bayar-pakai baju korporat yang tak berapa nak korporat berkenaan . sebab guwa rasa ini bukan baju korporat . ini baju power rangers kuning .



ini pula merupakan gaya pose kemenangan power ranger(s) kuning sebab berjaya mengalahkan raksasa mosi mosi . eh ?

'apa yang penting persyoitannnkan semua anasir asing' majulah BuayanCrew untuk negara !


Amoyella : nampaknya setiap hari selasa , BuayanCrew akan mengadakan perhimpunan 'tidak kotor'


 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com