26 June 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

walaupun befday kali ni tak disambut macam selalu. walaupun befday kali ni terjatuh semasa amoy kat maktab. walaupun selalunya befday amoy kena time cuti sekool. walaupun amoy kena bertugas time befday. walaupun tak banyak yang wish befday kat amoy. walaupun ada orang lupa befday amoy semalam. walaupun sambut befday dengan tengok cerita hantu JAMU GENDONG a.k.a JAMU NEH. walaupun korang tak wish my birthday. walauapapun !

CELCOM tak pernah lupa bagi FREE CALLS'ss DAN SMS'sss !
SAL BEAUTY CENTRE tak lupa bagi potongan 20% untuk facial package !

dan FAMILY amoy tak lupa bagi wish sambil bergilir gilir mo bercakap guna satu henpon .
mama tak lupa call selepas masuk waktu maghrib .

err...
FACEBOOK pun tak lupa kasi ingat frendlist amoy pasal hari jadi 25 JUN 1990


hanya kek lapis sebagai kek harijadi (_ _)


THANKS A LOTsssssss yang tidak terhingga kepada 90 orang yang wish befday kat FB... lepas nurul farahin ada g 10 orang g...emmm lupa nak print screen. huhu. thankssss... seriously amoy suka sangat tahap gajah gergasi sebab full notifications amoy ngan wish wish korang. sebab tu jahkun sampai print screen LOL! muahaha. tengkiu tengkiu darling darling cemua! (^^)

huhu... sebenarnya amoy sangattttttttttt super duper sedih... nak balek rumaaaaaaaaaaaaahhh! wuwuwuwuuwuwuuuwuwuwuwu... !

23 June 2011

I MISS YOU






LIMA hari dah kat Keningau
sobs sobs... homesick!

silakan menyampah!

ini merupakan entri mengada ngada homesick segala. macam minta puji ja kan? muahaha. biasalah over



20 June 2011

KENINGAU i'm back

SATURDAY, SAFELY ARRIVED KENINGAU AT 17:00 PM

sangat penat unpack segala barang
kemas bilik
angkat barang dari stor
cuci itu dan ini
kemas sana dan sini


MONDAY !

alk koop bertugas
dari jam 8.00am sampai 4.00pm
penat tahap gajah

SEKARANG NAK TIDO


AMOYELLA : huhu... tertinggal USB hp kat kampung. tak dapat tranfer gambar. malas nak pinjam kawan. sobs sobs. gudnite all! love u


16 June 2011

PERANG BLOGGER


KENAPA ISU PERANG BLOGGER PLA NIH? (_ _!)

ini adalah perang olok olok supaya para blogger dapat berkenalan antara satu sama lain
aishh... muka lagend hati cute cam kami ni manaaa pandai berperang perang macam askar perang

seterusnya SELAMAT BERPERANG!

kepada SEKELIANNN KEKUATAN BLOGGER

lets rowx the segmen today


nota kicik : sebenarnya amoy tak berapa pasti PERANG BLOGGER yang dimaksudkan... uhuk uhuk!
adakah perang dengan mengangkat dan humban laptop masing masing? muhahaha . bye!

muka macam ni mana pandai perang perang ala ninja. haha.
amoy tak tau la napa tangan adik amoy bergegar time tangkap gambar.
semua gambar dia tgkap BERGAGAR. haiyaa!
tengok gambar ni macam nak bernasyid pun hadoo~




Laksa Penang dan Kek Lapis Sarawak untuk BREAKFAST

Selamat Pagi semua! 
maybe ini adalah last entri amoy menggunakan deconnection wifi kat Oya Mukah Sarawak.
tumoloo amoy dah nak ke Sibu next Kota Kinabalu then ke Keningau! ='( sedey
sedey sebab TIADA lagi tema MAKAN SEPANJANG HARI
lepas ni makan ikut jam. sobs sobs...

so pagi ni breakfes dua benda utama. ni blom masuk lagi makanan makanan sampingan yang turut dihidangkan. muehehe. kau hado? tee hee

(=.=') MAKA TIDAK HAIRANLAH SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG KEMBANG

ini dia LAKSA PENANG . bukan amoy masak . hehe . sedaappp ! nyum ! nyum !


ini pula kek lapis sarawak yang amoy buat kelmarin. baru potong pagi tadi . nama kek ni err... KEK LAPIS PANDAN


another picture of lapis sarawak ! muahaha... sebiji ja kek yang amoy buat. xda budget nak buat banyak. telor sekarang MAHAL! grrrrrrrrrrrrrrrrrrr

ahahaa... susunan lapis agak berterabur. muehehe . but i can guarantee you the real taste of lapis sarawak !
till then . bubbye !

HEI! kalau suka silalah LIKE!

15 June 2011

END of HOLIDAYS

i've been busy lately... preparing and packaging my stuffs and so on. baked some sweety colourful layers cake. cooked my sambals ikan pusuk. oso doin some kind of baby's sitter do. other things was became a pro-chef in kitchen who always been commented by her moms. "your tomyam is sooooo spicy!" "the masak asam pedas kepala ikan toooooo sour and spicy... " "make sure our kitchen clean first before you leave dear...anak dara" bla.. bla.. and so on. tee hee... my mama start membebel

tp semua tu cara dia mengajar amoy. I LOVE YOU MOM . =)

Cuti amoy dah sampai ke penghujung. Jumaat ni dah kena bertolak ke Sibu. Sabtu ke KK and direct to Keningau Darul Kayu Manis. Sampai sana mesti kena angkat semua barang yang disimpan kat dalam stor balik ke bilik. Harap harap barang barang yang amoy tinggal kat dalam bilik such as FAIL FAIL MQA berkunci seberat beratus ratus kilo itohh, tupperware yang bersegi empat sisi, sebilah pisau untuk memotong buah mangga muda kebiasaannya... bunga hiasan taman larangan yang mahal, tabir dewangga berwarna maroon yang exotic sedikit, skirting meja yang elegan, serta segala eksesori harta benda hak kerajaan yang full set dalam BILIK kolej kediaman amoy tidak diganggu oleh para-para penumpang jemputan. huhu.

Sekian sahaja laporan dari OYA untuk minggu ini. oh belogku... kesian anda bersawang sawang awangan~

11 June 2011

Dunia Blog Yang MENGERUNKAN

Assalamualaikum buat semua yang singgah. dah dua hari amoy tak updet! ada gak draf draf yang baru half-cook amoy dah siapkan... tapi terpaksa pikir lapan puloh lapan kali nak publish atau tak. huhu. belum cukup confident nak publish atas sebab sebab tertentu. amoy rasa macam nak berhenti dah dari dunia blogging nih. sebab... sebabnya blogging ni cukup menggerunkan!

pada dasarnya tujuan amoy berblog hanya sekadar mengisi masa lapang dengan penulisan bebas untuk menyatakan pendapat dan menulis pengalaman untuk di kongsi bersama. selain tu, amoy suka upload gambar gambar bagi memudahkan amoy menyampaikan isi entri kepada pembaca. Pada hari ini. usia blog ni baru sahaja mencecah ENAM BULAN. amoy buat blog ni pada 04 DISEMBER 2010. alhamdulillah, buat setakat ini ada jugak orang yang sudi follow belog ni walaupun http://amoyella.blogspot.com/ BERAT NAK MAMPOS!

OHYA! berbalik kepada KENAPA AMOY CAKAP BLOGGING INI MENGGERUNKAN? sebabnya amoy adalah antara pengguna BLOGSPOT yang suam suam kuku sahaja fanatiknya... turut terjebak dalam KOMUNITI BLOGGER. (_ _!) sooo... apabila ada individu yang telah cuba tunjuk jari hantu kat blogger, i terasa jugak taw! ouh amoy bukanlah cuba mengungkit kembali cerita dah basi. cuma nak bagitau kat semua, bahawasanya si loser tuh bengap! kenapa tak bagitau ja nama orang yang dia mau tunjuk jari tuh?! takdelah sampai berjuta juta lemon pengguna blogspot terasa ye dak? =.=

Antara sebab lain kenapa DUNIA BLOG NI MENGGERUNKAN : agama rasmi negara kita ni ISLAM. alhamdullillah... semua ada kesedaran untuk menegur yang cacat... memperbaiki yang kurang. menambah amal kebaikan... tapi seriously amoy rasa macam RAMAI betul blogger ni terdiri daripada golongan yang 'beriman' . menegur itu dan menegur ini. tulis entri panjang lebar nak menjaga tepi kain orang. komen beratus lemon untuk memuaskan diri masing2. harap-harap teguran itu adalah ikhlas dan diri sendiri juga tidak tempang... sebelum beria ia nak memberi tongkat kepada orang lain.

huhu... bukan nak mengata sapa. i just write my thought. terpulang kepada anda untuk menilai.

Selain tu... dekat belog kita akan jumpa pelbagai jenis manusia. cantik / ensem / comel / kacak / lawa / cool / fashionista / santai / tak cantik / perasan cantik / pondan / tomboy / dan macam macam ada ! amoy kategori perasan cantik kot. muehahaha ! gila kejiii . dalam tak sedar ... mungkinkan ada orang yang tak sepatutnya skodeng belog kita dan mengambil sebarang benda expecially gambar! oh NO! well... semua orang hari ni dapat ONLINE even di CYBER CAFE. budak budak sekolah hari ni semua dah da laptop memasing. even di LUAR BANDAR cam tempat amoy ni... berlambak budak budak online di area area yang ada WIFI FREE. hehe amoy pun sedang menggunakan WIFI free sekarang. B) terima kasih d'conexion! 

rasanya...not just Blogspot. FB lagi ahh... kat kampung amoy rata-rata budaknya dah ada account FB. sampai ke kucing peliharaan pun dah ada FB. kau hado? non hado~

Last but not least... amoy harap semua orang tidak akan pernah putus asa dalam dunia blog. keeps up the good work and effort! jangan hangat hangat taik hayam ja... B)

ya... amoy ada tiga watak . kadang serius. kadang memain. kadang blur
yang pasti dalam ketiga tiga watak tu nama sebenar amoy tetap RAMZIELLA




Sekian Sahaja.

07 June 2011

Da Best Memory Contest

Setelah sekian lama amoy tunggu CONTEST yang amoy boleh join... akhirnya JUMPA! contest ni agak mudah dari TIGA BELOG BERGABUNG! MELETOP! AUW ... contest ni nak para peserta tempekkan sebuah gambar tentang the best memory of our own. ceceh...cakap urang putey laa pla =.= sebenarnya banyak giler best memory yang amoy nak kongsi kat korang sumaa... dari kecik sampai besar panjang gini memang tidak terketentuan banyak kiraannya memori yang telah amoy permanent save dalam otak 8gb amoy nih. cuma kekadang terdefgrag dan terpaksa delete. hehe. sebelum amoy membebel dengan lebih panjang seperti biasa, amoy nak perkenalkan tiga ekor makhluk penganjur contest ni. korang suma yang baca entri ni... mai la meramaikan mejlis contest ni... manela tauu kot kot ketandusan idea nak taip entry malam ni macam amoy .





TAPI...kak zie cakap nak sekeping gambar jer. jadi amoy nak share tentang memori sekeping gambar jalah. nak letak banyak banyak kang tak semena mena amoy kena blacklist dari contest dan terus kalah tanpa bertanding. sobs sobs... diorang tak selera nak tgok gambar lebih lebih kot. haha . eh... kakak sekelian... gurau seja =') MEH SINI AMOY NAK MEMPERSEMBAHKAN SEKEPING GAMBAR =')


PARASAILING! 


FYI, gambar ini adalah gambar semasa amoy berzaalan zalan buang masa serta buang duit di PULAU MANUKAN pada tahun lepas... gambar ni dah berumur setahun jagung. heh! time tuh amoy pergi ramai ramai dengan coursemate. sembilan orang kami telah pergi menempah sebijik boat untuk ke sanaaaa... perjalanan kami bermula seawal jam lapan pagi (bertolak dari jeti Jesselton Point Kota Kinabalu ke Pulau Manukan) . Perjalanan mengambil masa kira kira sejam lebih gak ahh... Kemain memasing dressing ala ala nak bersantai sambil berphotoshoot tepi pantai pada awalnya. dah sampai sana semua bersalin pakaian! pakai tshirt dan tracksuit ja. yelahh... takkan nak pakai dress pergi mandi, naik banana boat, snorkeling dan PARASAILING kot!

Semua benda kat sini TIDAK FREE. sobs sobs... adik adik, kakak kakak dan abang abang sekelian yang memasang impian nak pergi Pulau Manukan atau mana mana pulau area Sabah ni... leh la kodek kodek maklumat tentang harga dan segala pembayaran ape tah semua aktiviti yang korang nak try! Hari tu dekat 200 gak ah amoy habis untuk pakej KEGUMBIRAAN yang tidak terhingga ini. Kalau korang pandai bodek agen agen pelancongan tuh, dapatlaaa pakej lebih murah. hehe =')   seriously... korang takkan menyesal kalau menjoinkan diri dengan pakej aktiviti yang disediakan! keren banget derrr!

iskkkkkkkkkkkkkkkkk.... macam cik promoter plak dahh!

KEMBALI KE SRI PENTAS! antara banyak banyak aktiviti yang amoy buat... amoy palinggg suka PARASAILING. parasailing adalah aktiviti di mana sebuah payung besar yang mengangkut beban (akulah tu..!) yang ditarik oleh bot mengelilingi pulau! homaigaddd! it's really great! walaupun hareganya agak mahal RM80 per person untuk lima belas minit sahaja (yelah...amoy tak kerja.xda pendapatan.harap elaun kerajaan jew) tapi berbaloi baloi guwa kasi tau sama luu!

paling paling terbest da bomb lagi apabila bot yang menarik payung kita tu makin laju! so payung akan naik lebih tinggi! nampak keseluruhan pulau... dan pulau pulau lain. sempat gak lalu sambil bersalaman ngan payung orang lain (payung yang dibawa oleh bot lain). rasa diri sungguh COOL B)) ...yang dahsyatnya pla bila tukang bawa boat tu sengaja bawa boat slow slow. kurrrangg hensem btol! sebab...sebabnya... payung kita makin jatuh! time turn amoy naik hari tu... sampai setengah dah badan amoy dalam LAUT... grrrr... rasa nak lepuk je pemandu boat tu 76543456745 kali!

endingnya : PENGALAMAN MASUK LAUT ITU yang paling BEST =') sebab kau hado? nannn hado kan? tehee. gile puas menjerit bila kena heret dalam laut...heremmmm cam sakai je. LOL

pengalaman tu memang first time in mylife naik benda gitu. cuak gak ah mula mula... tapi perasaan NAK tu lebih dari segalanya. oh yaa...tepi amoy tu rumet amoy. memang lama gilerr kat atas payung tu. *sebab main kenyit kenyit mata ma abang dreber boat seblom naik. haha. keji* amoy rasa 30 minit ohh... memang lama lah. =') tak sia sia lapanpuloh hengget haku. terima kasih abang dreber boat. i lappp yuu...muah! muah! panjang bebenor pla bebelan amoy nih. turn orang lain pla nak kena baca ye dak? hehe... sebelum itu nak tag budak-budak ni. biar diurang join sama =')





nota kicik : errr.... cik cik pengadil sekelian... kalau ada syarat yang amoy belum buat, dropkan comment ah... amoy ni selalu terkhilaff pandang =')





06 June 2011

TIPS memikat PEREMPUAN

SALAM buat semua pembaca amoyella.blogspot.com. walaupun blog ni sekadar blog picisan yang sarat dengan pengalaman dan tulisan sendiri, tapi amoy gembira gilewww gilew bila korang sumee sudi pollo blog amoy. ^.^ . amoy tak paksa korang nak pollow blog ni, huhu... tapi kaloo korang dah tinggal jejak kat sini... insyallah nanti amoy akan jenguk balik belogg korang. =') sejujur dan setulus hati amoy ingin menyatakan (pergggggggggghhh ayat kemain macam surat resmi) bahawasanya tujuan utama amoy berbelog adalah untuk merapuu panjang panjang mengikut sesuka hati memandangkan secara luarannya amoy memang banyak mulut nak bercakap. terasa diri sungguh dayus tegar bila terpaksa mendiamkan diri sewaktu kuliah berlangsung*boringg amatt* maka, melalui belog ini amoy akan BERUCAP panjang berjela jela kilometer mengalah lecturer yang suka bagi kuliah. ehem! amoy harap bila dah besar nanti jadi pensyarah. (_ _!) untuk makluman , sekarang amoy masih kecik. miahhaha 

Hari ini sebagai WANITA HARI INI, amoy ingin membocorkan beberapa tips kepada LELAKI untuk memikat amoy perempuan. sebenarnya tips ni amoy kodek kodek berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian dan kawan kawan dan emm... pembacaan. kot

KEBERSIHAN : kebersihan merupakan aset terpenting untuk memikat perempuan. pastikan baju anda tidak berbau masam ataupun masin atauu kedua duanya sekali. Tragedi badan berBAU ini akan diingati oleh perempuan sampai bila-bila even tragedi 'BAU' berkenaan berlaku semasa kali kedoblas ratus anda bertemu dengan perempuan berkenaan. tak kesaahh la SEANDAINYA anda (lelaki) tidak mandi TETAPI....pentingnya adalah menten wangi *tetapi jangan sampai ketahuan oleh pihak perempuan. haha. kalau wangi seja pun sebenarnya TIDAK CUKUP! baju tuuu kenalah bersih... bebas DAKI. ='/ selain itu, jaga gak ah muka... aset tuhh! huhu...nak ngomong ngomong pasal penjagaan kulit khususnya pasal jerawat kat sini macam tak sesuai la. mostly orang berpimple ni perasaan dia sensitif. huhu...macam amoy gak ah. sensitippp GILEEER bila orang sentuh bab pimple kat muka amoy. sampai nangis2... itu dululah. sekarang dah alhamdulillah sihat walafiat dah kulit amoy yang berjerawat besar gedegangggg dahulunyaa. sekarang dah leh cenyummm! ^.^ semugaaaa berkekalan hendaknya.

gambar cedok ikhlas dari GuuGEL


SENYUM : senyumm...tak perlu kata apa-apa. senyum juga bisaaa mencairkan hati perempuan. tapi... tapi senyum kena la ikhlas... perempuan boleh menilai mana satu senyum ikhlas. mana satu senyum GATAL. haha.

SABAR : jangan gopoh atau gapah atau gelojoh atau rushing atau emm...tidak ketentuan hala untuk tidak bersabar. pasang strategi cantek cantek lau nak pikat perempuan. barulaaaa we all rasaa dihargai. muehehe. dan secara langsung terpikat ngan korunkkk.

hokei... bagi tiga jelah. kalau amoy bagi banyak banyak lakkk korang cakap perempuan jual mahal plak. dah la sekarang ni memang kaum lelaki kuraaang dari kami. ye dak? ini cuma strategi MEMIKAT. kalau strategi MENGIKAT dan tamo perempuan tu larikkkk dari lelaki... tu ceta lain. akan bersambung pada post akan datang.

Sekian... Kalau suka silalah LIKE =')

05 June 2011

2 MINGGU TERAKHIR

sawadekapppp sekelian buana raya! suasana Oya, Mukah, Sarawak malam ni emm... agak memerahkan peluh dan keringat amoy walaupun baru jew lepas mandi. haha. nak gak publisitikan di sini. biasalah OVER =.= oh yaa... cuti tinggal dua minggu lagi. mama amoy da start bising bising tanya anak tunggal dia ni nak tapau makanan apa balik Canningawww (nama nak gah!) au! as ussual... benda wajib di bawa adalah


  • sambal pusuk a.k.a bilis pedas pedas : makanan ni dari semester satu (program persediaan = 3 SEM + 3 SEM degree) sampai sekarang memanggg tak pernah MISS untuk ditapau balek maktab. terima kaseh yang tidakk terhingga kepada bunda sebab masakkan sambal untuk amoy. kisss 9875437854327 untuk bunda. ^.^ sambal bunda buat selalunya dapat tahan sampai 2-3 bulan. so, terpaksalahhh amoy bawa banyak-banyak, pastu dapat makan lama lama... hee! 
  • kek lapis (sekiranya rajin untuk membuat) mama memang tamo lau beli ready made cake. *walhal yang membuatnya hakuu... penat dohh... kadang kadang sampai lapan jam kena tunggu kek siap* ekceli, amoy nak buat pengakuan paling berani ni. hehe...budget nak lawan adinda milano eh.. milano evans ke hapa ADA AKU KESAHHH? ohh..nak buat pengakuan bahawasanya amoy tak begitu pandai masak... lau setakat masak untuk diri sendiri tuuu memang tahulah. hik2.. tapi kalo bidang buat kek, amoy dah dapat tahap degree lah kiraanya. lepas ni bakal suami masa depan amoy terpaksalaaa menghadap kek ja hari2 sebab amoy tak berapa pandai masak. larikkk
  • dan segala makanan makanan 'terlarang' untuk naik kapal terbang tuuuu yang amoy nak sangat bawaaa! haha machaammmmm budu! belacan! cencaluk! : ohh... ini adalah makanan yang wajib di bawa. ^.^ nak beli kat cannnningaawww, TAK SEDAP CAM MAMA BUAT!
  • dan kalo boleh amoy nak bawak peti haiss kat rumah ni balek cannnningawwww...boleh tak mama?


hei buddy! nanti kita buat ONAR dalam flite lagi  ah! haha


amoyella : tak tahu malu tapi bermaruah. miahahahahaa...

1/9 NAFSU PEREMPUAN

salam readers! setelah beberapa hari dihinggapi penyakit sakit perut ...errr sakit yang memerlukan amoy untuk kerap puuu puuu ke tandas. sekarang dah sihat. kot. hurm... (_ _!) ahh... dasar perempuan sikit2 nak mengaduuu! *silalah faham bahawa belog ini dimiliki seratus serakus peratus oleh perempuan*


nafsu serakus peratus perempuan ini telah buat bugget plan untuk semester depannnn. ye lahhh... pembentangan elaun 2011 sesi semester ke empat akan KUNJUNG TIBA nokssss! apeee yang penting kerjasama untuk sem depan adalah... amoy nak kumpul banyak banyak jacket red riding hood! hoyehhh! *ouh...itu hanyalah mimpi semata-mata* harap2 ada orang berbesar hati bagi sedekah dan amal jeriaaahhh kepada amoy belikan cardigan/ jacket ada hood. heheh. sambil menghadap kiblat. muga2 doa termakbul.

ekceli dah gak pergi meriview cardigan dan jacket dan sweater dan baju yang ada hood area KK hari tu... tapi malangnya, amoy taa jumpa yang berkenan di hatiku. haiyaa!

cantiknyaa hood ni... siap ada bola bola buuuluu. nak satu! ni amoy namakan : bulu-all-round2


ini lagi cantik. mauu! ni pla nama dia bulu-all-around-hood


ala alaaa korea gitu! aw! haha..bulu bebek

comel! nama dia bulu-less


boleh laaa... hehe! ni pla nama diaaa... no bulu- no hood

mak semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! =')

amoyella : salah satu daripada SEMBILAN nafsu amoy adalah untuk SHOPPING. haha!

kesimpulanya : meh bagi cadangan kat amoy mana tempat ada cardigan berhood yang cantek cantek???

ADEGAN DALAM BAS

Untuk Tontonan Umum (UHT) amoy merupakan pengguna bas tegar sekali sekala. heh! tapi kebiasaannya MEMANG TEGAR ponnn! haha. bila dah sampai Keningau (maktab) , memang BAS adalah pengangkutan wajib tanpa syarat nak pergi pekan. amoy lum da lesen memandu! sebab? sebab... amoy nak manja ngan suami to be. biar suami to be jadik deriber nanti. muahahaa! siann... kepada bakal suami to be tuuu, sungguh kesian anda nanti! siapa nak? meh isi borang! syarat UTAMA : ada lesen keta *ouh...

Bila cakap pasal naik BAS! amoy memang banyak sangat pengalaman


  1. TIDO DALAM BAS. hokeyyy! ini adalah perkara paling kerap... err... kalau perjalanan jauh la. kalo setakat lima menit tuh, punggung tak panas. so tak tidor. haha. perkara paling buruk adalah bila kepala terhantuk hantuk kat cermin bas time tertido (ni window seat). Nak lagi burok? time duduk bahgian bukan window seat. kepala tersenguk senguk ke bahagian tengah bas. haha... ni amoy tengok orang lain ah kay! kalo amoy sendirik, tak tawu laa macamana?! amoy kan tengah tido =.='
  2. EKSIDEN. bab eksiden ni tak pernah la. simpang malaikat 44. tapi terserempak ngan orang eksiden pena lahh (sudah eksiden) so, amoy nampak kesan kesan selepas eksiden berkenaan. eksiden paling tak boleh blaahhh adalah sebuah kereta kancil masuk parit besar di kawasan berhenti rehat. punyalah besarrrrrrrrrrrrrrrr gedabak jalan exit tuh, boleh boleh dia turn masuk parit?! nampak bebenor rehatnya belum cukup. drive semasa tidor ke hapa. ayaa!
  3. MABUK. yup! amoy memang pemabuk kenderaan yang sedikit liar. masalahnya... amoy akan mabuk bila tengok orang mabuk! paling tak ley tahan lau ada bus-mate amoy muntah! comfem time time tu jugak amoy buat perkara yang sama. OMG. macam aksi menguluk plak. penyakit berjangkit!
  4. BAS ROSAK. ini paling buat gelabah... pernah sekali bas rosak di puncak bukit. gila hapa... lau terriverse tu bas turun bukit macam mana? scary ohh... kalau korang pernah lalu jalan KIMANIS (KOTA KINABALU-KENINGAU) mesti korang dapat imagine aksi stunt *salan seorang pelakonnya adalah amoy* dalam bas yang maha scary ituuu. dah la jalan di tinggi dan bergaung curammmm. err... kalau amoy adalah stuntwomen yang kena suruh buat aksi gitu...pikir gak lah 98765433456765 kali nak buat tao tak. pastu kena gak tgok payment. haha. mata duit duitan sunggohh
  5. MENGORAT. ehh! bukan amoy mengorat. amoy yang kena urat~~ biaseeee aahhh... umur 21 masih lagi hot. dah 45 nanti kita tunggu! hilang hot, timbul dot. dot? berkedot kedot. hahaha
  6. BERDENGKUR. haiya... time time amoy sedang menikmati keindahan alam... time tu jugak aahh dia nak buat irama alam semestaaa. amoy pernah dapat seat-mate yang kaki dengkur. ok, boleh dimaafkan jika setakat berdengkur sahaja. ni siap sepekej ngan silat gayung, haiyaaa... sedap sedap ja dia mengeliat ngeliat time tidor. dah SAIZ dan BAU dia beradik tiri macam kerbau! =.='

amoy nak cadangkan kepada pengusaha bas supaya menyediakan kerusi OGAWA. sedap sikit nak tidor sedapp sedap. satu g... dengan adanya kerusi ogawa dapatlaa duduk single2. dan tak kesahhh ada orang nak ngeliat ke hapa time tido. muehehe. amacam towkey bes semeleysiaaa?

sekian sahaja pengalaman menaiki bas selama ini. lain kali amoy buat part II =') kalau suka boleh laa LIKE


04 June 2011

Perkara paling penting bila berada di rumah!

salam readers! beberapa hari yang lepas amoy dihinggapi penyakit sakit perut ...errr sakit yang memerlukan amoy bertidak ketentuan hala kerap puuu puuu ke toilet untuk memflush sisa sisa TOKSIK dalam perut (setelah sekian lama terkumpul =.=) *terasa diri sungguh hebat kerana berjaya memecahkan rekod seantero diri sendirik lima kali masuk toilet dalam sehari (siang sahaja! malam tak terkiraaaa....)*

kesimpulannya : amoy tak sempat nak updet belog! ='(

selain dari itu, sempat gak ahhh amoy siapkan lukisan cartoon tanpa semena mena. walaupun telah 3 tahun lima bulan dan empat belas hari dan duwapulohduwa perluluhan lapan saat yang lepas tidak memegang berus warena @ water kalerrr... akhirnya berjaya jugak siapkan lukisan atas polisterin (walaupun tidaklah sekacak berettpet lukisan katun berkenaan)

cuti ni sungguh coooool! amoy sangat suka bila dapat bersantai santai di rumah (walaupun seringkali dijangkiti sakit PERUT yang tidak ketentuan masa gamaknya). sekurang-kurangnya dapat gak buang dosa. ye dak? nak cakap keracunan makanan, mak ngan macik hokey jaa! sama ja barang yang kami telan. muehehe! ahh... bagus gak ah sakit di rumah berbanding sakit time dah dok ostel nanti. Kat rumah leh mengadu2 ngan mak. kat ostel nak manja manja pponnn tak dapat. nak bermanja ngan warden? KIRIM SALAM!

tadi sakit lagi perut dan tak dapat makan banyak banyak!

mak   : amoy, makan lebih sikit


amoy : tak dapat... nak pu pu ja perot ni!


mak   : time dekat rumah lah nak makan banyak, pastu pu pu puas puas. nanti dah balik Keningau mengadu macam-macam . "mak... makanan cafe tak sedap! mak... tak ada air... terpaksa tahan pu puuu! mak... cafe tutup... belum makan! mak... mak.... mak...."


amoy : (=.=') dia mai dahhh ...dia mai dahhh....



kesimpulannya : MAKANlah sementara masih berada di rumah! ^.^


lau dah makanan tu sedap, gerentii amoy makan sampai tahap pinggan licin berkilat bak sunlight. tapi lau memang sakit perot... macamana nak makan? ceciter ceciter

03 June 2011

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO

SAYA SUKA BLOG KERANA saya boleh merapuu panjang panjang tanpa had limit huruf

nak merapu panjang2 dalam sms ....panjang gak lah bil ='/


amoyella : umur amoy 21 tahun to beeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...! 25.06.1990 =') nak gak kesitau sini! muehehee

Ikan ONE MALAYSIA

OUCH! semalam amoy tak updet langsung! corrrryyyy dear... terlampau terlebih makan ikan terubuk kukus sampai tak ketahuan diri nak updet belog sendiri. tahniah =')

time program makan makan semalam tersebutlah al-kesahh perbualan. begini ceritanya :

Ayah : Abu (bukan nama sebenar), semalam aku pergi memukat dapat SEBELAS ekor ikar terubuk. *kemain riak ayah aku cerita kat Pak Abu pasal hasil tangkapan dia semalam*


Aku : senyum bucuk *bucuk sebab blom mandi pagi


Abu : wah...mabet! *bahasa melanau oya ( mabet means hebat ) . banyaklah untung jual hari ni!

yelahhh... ikan terubuk kat sini memang mahal kalo banding ngan harga ikan lain. tambahan pla sekarang musim ikan terubuk saiz XXL . ahhh! nak ceta panjang2 pon korang tak faham pasal harga ikan. ye dak? k, sambung...

Ayah : Takdelah untung mana... time tangkap tu seekor jatuh. jadi tinggal seekor ja lagi *muka selambe*


Aku : 11 - 1 = 1 . muehehee...!


Abu : $%&*@$!!

memasing terdiam. sorang tengok muka seorang . kegelian yang teramat dalam hati tengok gelagat Abu

Abu : eh, tak kan ikan terubuk ja kau dapat?


Ayah : ada........................... ikan ONE MALAYSIA *kemain ayah aku cakap orang puteh plak dah*


Aku : weiisehh... ikan pun dah semalaysia bagai! ikan apa tu ayah? *dengan semangat ingin tahu bekobar kobar*


Ayah : Ikan campur-campur dan bermacam-macam. ikan tegalih, pukuk, bla...bla...bla . banyak betul jenis ikan, jadi nak pendekkan. guna ONE MALAYSIA kan senang! *dengan muka selamba lagi* 


Aku : aku pla yang kena!


bestnya ada ayah macam ayah amoy. dapat makan ikan fresh hari-hari! =') LOVE YU DAD

ok...sekian. kalau suka silalah LIKE =')

01 June 2011

Siapa tetapkan harga TIKET PENERBANGAN!

salam cemuuaaaaaa....muah! muah! *kiss sempena hari gawai. mueheheheee*

amoy takda mood hari ini sebab.... sebab.... sebabnya amoy kena serang sakit perut dan cerit berit yang perit. maafkan hamba sekiranya tuan tuan hamba sedang minum kopi @ milo @ teh @ makan meggi @ makan roti @ tengah dinner @ sedang lunch @ baru memulakan breakfast sempena semasa membaca entri ini. =.= .bukan niatku merosakkan mood korang semua. huhu. amoy cuma nak mengadu sejaa . tampar!

potong itu sampah (cut the crap)

tadi amoy cek harega ticket raya KK-SIBU = RM501. mak nokssss! gilaaaa vuvi comel mahal. Sibu-KK , just lalu Brunei ja ponnnnnnn nak mahal giler vuvi comel! waduh waduh! kok mael bangetttt sih! udalaaa amoy baru ja plan nak mintak seponser daripada mama (kalau harga tiket under RM200)  ='( tapi tak jadi laaa... cuti semingggguuu jaaa pon nak berabis sampai RM501. tak mashyuk di akal fikiran kepala berjambul betul

rasa nak lepuk je sorang sorang siapa yang memandai letak harega tambang macam ni!
standet ekonomi pun mahal vuvi shomel.... blum g amoy tambah bisness kelassss.
huhu...walhal tarikh ni masiiih lama. wuwu!

fikir fikir.... nak ambil KK-MIRI sejalah... murah sikit kot... tapi tak dapat pla cek airasia ni. harap harap laptop ni amoy tak buang ke dalam telaga jiran rumah sebelah! ohh hati sabarlaaaHHHHHHH! rasa nak cocok cocok je SAPE YANG LETAK HARGA TIKET MAHAL MAHAL NIH!
 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com