09 December 2010

Bersusah-susah dahulu, Bercantik-cantik kemudian

Salam sejahtera kepada semua warga visitor sekalian...ada ke visitor? =) Hari ni Amoy nak share cara menjaga kulit yang paling mudah supaya tak tumbuh jerawat kekal cantik. Tips yang Amoy nak bagi ni, mungkin sama macam dengan apa yang orang lain penah cakap, tapi bersandarkan 100% dengan apa yang penah Amoy pernah lalui seblom ni. Emmm...tips ni untuk pemilik Cik Pimple TEGAR sahaja macam Amoy dulu-dulu. Lau Cik Pimple yang datang sekali -sekala tu normal la kot. Amoy suka kongsi ilmu yang Amoy ada taw! bakal cikgu la katakan. Ngahhahaahaa~ 

Memang sengal giler-giler la Cik Pimple suka datang time2 kemuncak contohnya time ada mejlis-mejlis, dinner ke, dating ke, time nak trima award ke... termasuk blind date, ehh? Pandai betul pilih masa nak menonjolkan diri. Ni bagi pemilik Cik Pimple kurang tegar, kalau yang tegar... mesti makin ta puji tu Cik Pimple buat picnic kat pipi. Satu lagi mitos yang Amoy penah dengar... orang yang bercinta juga akan didatangi Pimple Cinta. Semakin dalam rasa rindu terhadap "kecintaan" semakin parah pula Pimple Cinta. Betul ke? Aura wanita berkait rapat dengan mitos ini... *agak terasa di sini* 

ops!

Oleh yang sedemikian, hatta sebeginilah sebemula tips-tips berdasarkan teori Amoy snd. bhd. :
  1. Minum air banyak-banyak : Cik Pimple sangat dikaitkan dengan hormon yang tak stabil dan tahap haba dalam badan yang tinggi. Oleh yang demikian silalah minum air bertangki-tangki banyak-banyak. Air ni bukan ja dpt buang toksin serta melancarkan perkumuhan dalam badan (memang doktor yang berjaya) malahan dapat menyelaraskan suhu badan dan seimbangkan metabolisme badan, supaya nampak cool selalu~ 
  2. Elakkan makanan pedas-pedas : Makanan pedas ni memang kalo boleh, buang jauh-jauh. Sebab ni lah Amoy ta pandai makan pedas-pedas kot, kalo makan mesti komfem menangis! Seperti yang kita ketahui, benda yang kita makan akan menjadi isi dengan kuku kat badan kita. Memandangkan sel-sel baru akan tumbuh selepas pemergian Cik Pimple, badan akan guna ja apa2 yang kita makan untuk menggantikan sel-sel lama. Jadi benda pedas akan menggalakkan Cik Nanah yang take part! Sila pikir masak-masak sampai hangus bila pilih nak makan apa ye adik-adik dan kakak2~
  3. Elakkan makan last ketchup song : asaleheee~ leha~ lehe! macam poin ke 2 gak... lau makan kicap : Kulit baru pun ikut kaler kicap. Tapi kalau memang kulit kaler kicap, no hal~ jahatnya Amoy!
  4. Elakkan minyak : Minyak bukan ja setakat minyak makanan ye tuan-tuan dan puan-puan, minyak rambut, minyak sawit, minyak guna-guna, minyak kasih syg, minyak pelincir...aikk? serius hoke? Minyak kereta, minyak motosikal, minyak basikal <-- basikal pakai minyak eh? Semua jenis minyak ni jangan kena kat kulit muka... Minyak rambut tu terutamanya, kadang-kadang mengandungi bahan yang boleh mengakibatkan jerawat. Memanglah tak sapu kat muka pon! tapi time mandi mesti minyak tu transfer ke muka...kan? kan? komfem korang tak perasan... Amoy dah kaji tau! Sila kaji time mandi nanti. Bab minyak makanan tu semua org mesti phD sudah... minyak ayam KFC? uhhuhhh~
  5. Elakkan seafood : Yang ni paling Amoy susah nak jauh... CENCALUK ada seafood. BELACAN ada seafood. BUDU juga seafood... SOTONG, UDANG, KETAM tu memang sah-sah seafood! uwaaaaaaaaaa!!! tapi sabar-sabarlah bagi pemilik Cik Pimple tegar... lau dah hoke nanti bole juga menikmati suasana di atas~ sekarang kita kena bersusah-susah dahulu, bercantik-cantik kemudian =)
  6. Selalu cuci muka : Terlampau banyak produk dekat pasaran. Sampai rambang kulit muka nak pilih yang mana satu. kan? kan? Serius Amoy cakap : Kebanyakan yang berada di pasaran cuma meredakan Cik Pimple untuk tempoh tertentu, then Cik Pimple yang SAMA jenguk semula. Maksudnya Cik Pimple makin ramai-ramai dengan cik-cik yang lain. Amoy dah lalu benda tu semua...4 tahun beb! Apakata neutralkan balik kulit anda. Jangan guna pencuci muka anda sekarang. Gunalah air sahaja. Cuci bersih-bersih kulit hanya dengan menggunakan air putih a.k.a air paip. Jangan lupa KERAP CUCI TANGAN juga penting. Tangan selalu contact ngan muka. Hehee...tyme boring-boring Amoy suka picit2 raba-raba Cik Pimple tau dulu-dulu. Lepas cuci, sila lapkan kulit anda dengan tuala kering yang bersih. 
  7. Guna cream foundation : Fuiyoo....macam beautician la pula! Foundation penting sebagai pelindung kulit walaupun anda ada masalah jerawat. Pengalaman mengajar saya bahawa menggunakan foundation lebih penting daripada mencuci muka menggunakan pencuci muka yang mahal-mahal. Kalau foundation mahal di bolehkan. Ngahahaa~ Selain tu, benda alah ni buat muka lebih kering, sebab kandungan dia kurang berminyak...kulit Amoy jenis oily dan sangat gila-gila sensitif dengan cahaya matahari. Jangan sesekali menggunakan NIGHT cream apa-apa produk...bikin kulit jadi lebih tripleextraordinary oily tu ginggg! 
  8. Dan satu lagi... Amoy faham ada jenis kulit yang langsung tak boleh tak kena cuci (SILA LULUS BM)...Mesti kena cuci gak setiap hari... adakan? kan? kan? Gantikan pencuci muka anda dengan toner. Toner ni selain dapat segar2kan kulit... dapat juga bersihkan kulit!
  9. Satu lagi...elak menggunakan produk berasaskan tenusu. Susu-susu ni boleh menggalakkan tumbesaran Cik Pimple. Bukan nak provoke mana-mana brand... kalau nak cuba gak, tunggu sampai kulit dah takda lg Cik Pimple k? ngeeheehee... 
  10. Kalau kulit dah baik nanti bolehlah cikit-cikit tambah apa yang terkurang dalam proses penjagaan kulit yang Amoy ajar... apa yang penting sekarang, kulit kembali normal seperti sediakala! =) 
Kalu nak ikut ja apa-apa yang beautician cakap, susah jgak... diorang ada matlamat, lebih pentingkan agar  penjualan produk laris daripada kesan kepada kulit kita. "Beli ini, tambah itu, dan guna ini juga, sepackage ngan itu...beli satu set ada percuma!" ngahhahaaa... Amoy ta tipu! Cuba lau korang berada di tempat mereka...amacam?


Mama cakap : Nak halau Cik Pimple tu x semudah muncul ke kulit kita
*terasa nak huplod gambar Amoy SEBELUM dan SELEPAS berpimple...malu pula...sighh!*
Till then... TATA~

0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com