27 December 2010

9 Tips Membuat Kek Lapis dengan Cepat

Hallo hallo Kekanda Belog Amoy! Malam ni Amoy nak shares 8 tips untuk membuat KEK LAPIS dengan cepat. Amoy taklah pandai sangat sebenarnya bab buat kek lapis. Amoy pandai jea. Hea! =') Sebenarnya, sepanjang musim cuti kebanyakannya Amoy gunakan untuk menghancurkan mencuba design kek lapis yang Amoy memandai nak created sendiri ataupun tiru dari mana-mana sumber yang boleh dipercayai ataupun kalau dah peniruan tak menjadi akan terhasillah corak instant daripada batu jemala patik~ hea! ayat terakhir tak boleh ditiru! 

Seperti yang kita ketahui, buat kek lapis memang memerlukan kesabaran yang TERTINGGI tahap zirafah. Tak mo lah cakap banyak-banyak...nanti riak pla. kan? kan? =)

  1. Pertama sekali, jangan lupa baca "BISMILLAHIRROHMANNIRRAHIMMM..." itu paling penting walaupun nak cepat! =') kalo Amoy, baca basmallah setiap kali pegang kerja baru, masukkan tepung ka, melapis ka, membakar ka. kalo 18 lapis, 18 kali la baca basmallah.
  2. Jangan lupa senyum ya tuan-tuan dan puan-puan! orang cakap kalo senyum time masak comfem makanan sedap. PERHATIAN : SENYUM TUNJUK GIGI TIDAK DIGALAKKAN. benda ni tak menelan masa kita ponn! (_ _!)
  3. Masa untuk memukul MENTEGA dan GULA serta TELUR dipanjaaaaaaaaaaaannnngkan. SILA BERI PERHATIAN SEBAB AMOY TULIS PANJANG DENGAN PANJANGNYA. Tidak mengapa lebihkan membuang masa disini sebab penting! Tapi, masa mengadun adunan tepung ATAU benda lain-lain macam susu, horlick, ovallate etc. dan etc. *seperti dalam resepi* pula dipendekkan. Ini teda hal kalo kena kontotkan masa... kalo lama-lama adunan tepung akan mendap dan INI PERKARA MERUGIKAN serta MEMBUANG MASA!
  4. Sila pilih gula kastor a.k.a gula halus yea. Jimat elektrik dan JIMAT MASA! gula kat pasaran...err maksud Amoy gula untuk bancuh teh tu bha... membuang masa kita untuk memukul mentega dan gula sampai kembang. Amoy pun heran, kenapalah suka sangat pilih gula kasar itu untuk buat kek. haishh!
  5. Gunalah oven yang bersaiz XL dan ke atas. Lagi besar lagi banyak acuan tangkap muat! =')
  6. Pastikan anda memiliki saiz acuan a.k.a loyang yang sama besar : 4 buah dan ke atas. Kan bahagian INTI kek kadang-kadang bersulam 4 jenis lapis berbeza. Jadi, sewaktu membakar, bakar gunakan keempat-empat loyang berkenaan. Memang tak menang tangan oh... TAPI sumpah CEPAT! dan sakit pinggang lepas tu. 
  7. Membakar selapis demi selapis selalunya 7-9 minit sahaja. Permukaan kek yang terlalu hangus akan menghodohkan rupa kek, sebab, kaler coklet kehangusan menjadi warna major dalam kek lapis. walhal warna asal adalah kuning jambu...itu salah sendiri yea! Jadi JANGAN BUANG MASA di sini ye tuan-tuan dan puan-puan. Ceh..ceh bajet Chef Wan lagi.
  8. Malas nak tunggu kek sejuk? Hahaa..ni memang perangai Amoy dari dulu sampai sekarang. Bagi Amoy kek panas-panas ni bukan masalah untuk mengeluarkan dari acuan. *Amoy besanya buat kek ONE GO, orang pakar-pakar besanya tunggu esok hari, baru nak cantumkan INTI kek lapis dan LAPIS atas bawah* Bukan angkat terus dari acuan once kek masih fresh keluar dari oven, hello! kalo nak tangan hangus SILAkan yer... hea! Tunggu kek dah suam-suam kuku tu ANGKAT JE LAA. Letak dalam talam dan JANGAN TERBALIKKAN PERMUKAAN KEK tu ke bawah. Kalo tak melekit la permukaan kek tu dengan talam dan seterusnya jadi HODOH...Amoy penah buat, sebab tu lah tau! malas nak angkat...ingatkan nak bagi cepat sejuk bahagian bawah kek..tengok-tengok melekat pla! haihh!
  9. Supaya kek tahan lama, last sekali tutup acuan kek menggunakan aluminium foil, dan bakar dengan api bawah yang perlahan selama 3-5 minit. Jangan buang masa dengan lama-lama, kang hangus pla kek. Melopong eden~ besanya kek Amoy tahan sampai 2-3 minggu walaupun tak disumbat dalam peti kaca ais. Fullstop!


Home made : Kek Lapis Nilam
Sedapp ohh...coklet!

TATA!


0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com