11 December 2010

Sekilas, Dua kilas ikan di air...Jantan ka Betina?

Tada! TORA datang lagi! Kali ni Amoy nak cerita cikit pasal pengalaman memenatkan sepanjang hari ni. Hehe... penat-penat pun, tetap gak nak share kat blog ni. Amoy comfem...mesti ada sorang dua yang tak penah buat kerja gini... terutama pondan, girl, macik, aunty, puteri, dan datin-datin sudah! sudah! Bagi jantina jantan lelaki pla, emm... kalo tak penah buat, memang boleh dikategorikan atau masuk kategori warna purple yang di atas... tett...! ish...*kau ni Moy, lau orang bandar2 mana ada wat benda gitu! diorang tangkap kat pasar : ngomel sendirian bhd.* 

Pagi hari ni Amoy telah pegi pasang bubu walhal orang lain dah siap pasang dia baru sampai! huh! kat jeti a.k.a pangkalan pelabuhan kapal-kapal nelayan. Time tu air kat sungai dah nak surut. Jangan hairan bila Amoy cakap sungai tempat pelabuhan kapal? erkk?? Sungai ni bukan sebarangan sungai yang boleh pegi berpicnic kat tepi-tepi dia...siap ada yang nak mandi manda dan gosok gigi lagi! silap-silap Abang Buaya join empat kaki sekaki santai kat tepi...sama-sama nak rasa haba mataharilah katakan~~ Boleh bhaa...kalo ada sesiapa yang nak pegi buang tahi lalat tebiat. Silakan berlumpur bersama abang buaya darat. Pembetulan...bukan sungai ye murid-murid... ini adalah BATANG OYA. Macam pelik pula bila kena sebut batang... napalah tak kena sebut dahan ke, pucuk ke, ranting ke, akar ke...nak jugak sebut batang. HERAN! he! sila abaikan! 

Hasilnya, berkat usaha gigih Amoy tolong angkat sebiji dua tiga empat lima bubu yang tepasang, dapatlah udang-udang cute yang telahpun mengembara dalam usus kecil dan besar Amoy tadi. PERHATIAN : UDANG YANG KENA TANGKAP BASAH SENDIRI TAK SAMA RASA NGAN UDANG KENA BELI TAW! PROMOTE LAGI! Selain tu, dapat 2 ekor ketam yang Amoy bagi nama Majid dan Seman. He! Gambar...? Alalala... tak sempat nak tangkap td sbb tak sabar nak baham bersantap~ walhal bizi tangkap gambar sendiri T.T Selain udang dan ketam... Amoy juga berjaya menangkap membubu ular yang Amoy belum sempat bagi nama. Sayangnya telah terlepas, kalo dapat nak bagi nama Timah... 

Balik ja dari Jeti tu, Amoy lalu-lalanglah rumah jiran-jiran... jalan kaki coz dekat ja ponn, tiba-tiba adik Amoy ternampak Pak Cik Elmo sedang berdating serta memadu asrama juga kasih sayang dengan Cik Kucing jiran depan rumah! Kan dah terkantoi ngan Amoy mertua ni! sebenarnya Pak Cik Elmo ni berjalan semenjak jam 10.00 malam semalam...patutlah tak balik-balik rumah, sampai perut lapar pun tak rasa, sedang hangat ON CINTA rupanya. Betullah cakap orang orang, CINTA ITU BUTA...wahh! Memandangkan dah nak masuk waktu solat bagi zon-zon berkenaan  makan tengahari, so, Amoy nak bawa Pak Cik Elmo ni balik rumah... Lunch sekali... Cik Kucing pula cuba melarikan diri, Pak Cik Elmo pula mengejar. ish...Boleh bayangkan tak... Cik Kucing dikejar Elmo, Elmo mengejar Cik Kucing, Elmo dikejar Amoy, Amoy kejar Elmo, Adik Amoy kejar Amoy... ehh? susah2 begini lahhh... Adik Amoy--> Amoy--> Pak Cik Elmo--> Cik Kucing dalam satu garis lurus... kami sedang buat larian baton! 4 X 400m...He! Sangat BEST bila buat bawah cahaya matahari time tengahari...cubalah...*okey, ayat last : tipu lagi!*

Akhirnya, pemenangnya adalah Amoy! Bikin stress ni kucing! Seblah petang Amoy pegi berjalan-jalan ke Bandar Mukah yang ni bukan berjalan kaki! Jauh tu 28km! Hari ni memang penat majalah gila-gila. Sesungguhnya fitness ini telah menurun secara mendadak kepada tangga ke -8. Time cuti ni banyak menumpukan usaha untuk memajukan ladang lemak secara komersial bagi sektor kecil dan sederhana. Rindu pula nak pegi main bola walaupun kadang-kadang time menyepak kasut melambung sama-sama dengan bola... main futsal sampai patah kaki... main basketball dengan confident walaupun badan kontot-kontot... main bola tampar bukan men lagi nak setting supaya boleh smesh, walhal servis pun tak sampai! rindu nak tengok bila kawan-kawan buat MUKA KENCANG bagi psyco orang time main. Waka2 Eh..eh!



Rupa ja nampak ganas... Dalam hati ada taman
Hari ni ada orang tanya Amoy pasal aurat... baju ketat seluar ketat *sindir Amoy la tu*
Beklah...Amoy tak cepat melatah, thats my fault!
Nak tukar header lepas ni. TERIMA KASIH DAN SEKIAN
Till Then... TATA~



0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com