10 December 2010

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak

Tajuk entri ini tidak berkaitan antara yang hidup atau yang mati... Apa lagi berkaitan dengan benda bukan hidup yang tergolong daripada benda yang tidak bernyawa, sebab benda bukan hidup tak ada ketiak pon... tengah fikir benda bukan hidup yang ada ketiak... tapi tak jumpa. Jadi tajuk entri ini berkaitan dengan apa??? cepat teka! OK MASA TELAH TAMAT! sebenarnya tajuk entri ini berkaitan dengan entri yang Amoy akan tulislah burhh! Setelah berblogwalking serta FBwalking Amoy buat kesimpulan bahawa sekarang adalah musim kanak-kanak ribena sedang sibuk buat entri atau post pasal RESULT EXAM  comel pla bila highlight besar-besar kat cini sebab Amoy pun nak gak share!  

Entri pasal result exam atau post-post di wall FB memang meriah, semeriah wish MERRY CHRISMAS tak lama lagi. Tak kiralah sama ada yang belum terima result : Sedang debar-debar jantung pisang~~ yang sedang terima result : senggugut sesungut merungut sebab portal very the busy...sanggup tunggu depan laptop sambil tahan rasa nak berak kencing lapar, ada juga sanggup mandi bersama laptop *oh! itu bohong*~~ yang dah dapat result : ada yang sedih ='( ta puas hati, ada yang cool ja sbb pointer berbaloi ngan usaha, ada yang hantuk2 kepala kat bantal nak hantuk kat dinding sayang pla...ada yang gumbira macam Amoy kot... ada yang terus masuk toilet...(sebab time tunggu result tadi, tahan rasa nak buang hajat~) Ngahahhaaa... yang penting semua ada style lah kasi sampai kat orang perasaan memasing... macam Amoy juga~~ 

Oleh yang demikian Amoy nak ucapkan TAHNIAH besar-besar sambil menari pom pom kepada semua rakan-rakan blogger dan pembaca yang berjaya capai target dan berjaya meneruskan pengajian! Bagi yang kurang bernasib baik ingatlah  "KEGAGALAN ADALAH KEMENANGAN APABILA IA MENYEDARKAN DARI KESILAPAN..."  jadi len kali sila study sampai pengkal ketiak... =)

Amoy lompat gini kat katil bila dapat tahu pointer kali ni 3.75
Sungguh overacting *nasib bek katil tak runtuh*


Sangat terkejut unta...Walhal  time study dialah paling kuat tidor...
Nota kuku : Otak memerlukan rehat yang cukup untuk defrag balik memori tentang data-data yang baru diterima. So, study smart! 
Till then, TATA~

0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com