05 December 2010

Sepandai-pandai Tupai Melompat, Tak Juga Menang Sukan Asia Guangzhou

Encik Hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Oya, Mukah pada petang yang suram ini. Huhu...kalo hujan lebat ja xpa, ni sepackage ngan rempah ratusnya yang terdiri daripada Puan Guruh dan Enche Kilat. Sekali sekala melompat-lompat kecut juga Cik Perut ni bila kena cuit rempah ratus Enche Hujan. 

Kembali ke SriPentas tajuk, Amoy nak share cikit tentang pengalaman paling manis ngeri mcm cuaca kat daerah Amoy sekarang, pengalaman yang paling Amoy tak dapat lupa time di sekolah dulu. Duii...bila ingat balik kisah lama (walhal sedang rujuk diari 2007) memang rasa nak ketawa sampai terputus urat kentut pun ada. Harap-harap takdalah Ketua Warden time tu terbaca blog Amoy...matai oh~~ lau dia terbaca. Ngehhh...Maafkan ana ya ustaz. Dulu, Amoy merupakan PKP II merangkap Ketua Asrama Puteri kat sekolah...bukan main-main jawatan yang kena paku kat bahu tuh, walhal perangai sebenar ya ampunnn budak baik la katakan...

Oleh kerana jawatan yang disandang, Amoy telah diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik yang lebih privacy berbanding student lain. Yelakan...berbanding dorm untuk 16-20 orang mana boleh lawan dorm untuk 4 orang ja. Pada waktu tu ada "benda" yang memang tak boleh kena bawa...jangankan "benda" tu, benda untuk cucuk ke dalam benda tu pun tak boleh oh. Apakah benda itu? Jeng...Jeng...Jeng...Apalagi lau bukan Enche Handphone!

Malam berkenaan Amoy study tertidur kat katil bersama dengan buku EST...mula-mula memang study, ntah la setan mana yang bergayut2 di bulu mata goda Amoy sampai boleh tertidur. Walhal jam baru menunjukkan 9 malam. Tiba-tiba terasa vibrate! panjang lagi tu...Sepa pla kaco konsentrasi Amoy study tido ni? Ish...memang bengang gaban la time tuh. Dalam keadaan masih half cooked mamai memaksa mata membaca nama di skrin. J** ***** calling. 2,3 saat berfikir then terus mata sekali dengan badan terlompat dari atas katil. Rasa-rasanya reaksi spontan tu kalo kena rakam mesti stunt gila-gilalah. Memang strategi keselamatan dari awal2 lagi dah save nombor Enche Ketua Warden ni. Bukan setakat Enche Ketua...kuncu2 warden pun kena save sekali. Time tu, ada seorang lagi kawan Amoy...sekarang study kat UiTM Mukah, U'ul, dialah ibarat kakak kepada Amoy sebab selalu menjadi mangsa melepaskan batuk di tangga segala keluh-kesah. Terus pg cerita kat dia. Hadui...sudahlah Enche Warden miskol 3kali udah. Last-last trima mesej ON CINTA dari Enche Warden suruh hantar hanset ke Bilik Gerakan Warden keesokannya. KANTOI babe!

 Tada!!! Hendpon gini lahh...tp kaler blue...last-last tercicir time Kembara Merdeka singgah di Ranau, Sabah. Hadiah dari Aunty time awal Form 5 : Sepala nak bagi free2 kat pihak sekolah? ;)
U'ul pun tak tau dah nak kata apa. Langsung tak da idea camna nak covel rahsia the very big ni. Doiii~ macam storytelling kanak-kanak la pla. Last-last Amoy pergi mengadu sakan kat kawan paling rapat, Ziah, sekarang dia tgh leklok stadi kat UKM. Pikir punya pikir akhirnya jam menunjukkan jam 3 pagi. Kami masih belum dapat cari idea nak tutup kekantoian memurnikan suasana tegang ni. Nak mengaku kesalahan memang jauh panggang dari api. Takut pula, handset takda lagi pasni rakan-rakan sepengawas kena detect sekali. hohohooo~~ Sudahlah esok ada paper EST, SPM lagi tu...Atukoooiii~~

Chingggg! Menjelang jam 4 keluarlah sebutir idea seperti mentol atas kepala Amoy. Tapi, aksi berkenaan tak bole ditiru.

Keesokannya seperti yang telah dirancang, Amoy buat-buat tak tahu perkara yang telah berlaku. Walhal dalam hati ada taman jantung ni terasa mau tercabut dari urat saraf. Dipendekkan cerita Enche Ketua Warden panggil la Amoy dan tanya pasal handset berkenaan. Dengan muka selamba yang dibuat-buat langsung tak real, Amoy wat muka blur tak tahu apa-apa (Subuh pagi tu Amoy da belajar psikologi sesat cikit dari cik Rozi : sila tengok mata Enche' Warden tu time bercakap) Apalagi, tatap aja deh~ dan bercakap dengan gaya yang confident. Huhu...actually, rasa nak terkencing kat citu pun ada juga time tuh. Habis ja Enche Ketua Warden bagitau macamana dia leh tau tentang kekantoian yang belaku, Amoy pla ambik part dalam babak ngeri berkenaan.

"Maafkan saya Enche Ketua Warden (bukan nama sebenar), handset berkenaan sekarang digunakan oleh adik saya, Seha. Bla... bla... bla... (ayat skema tak boleh blah, memang dah ditranskripsi sejak awal2 lagi). Kalau tak percaya, Enche Ketua Warden boleh kol sekarang..." Lebih kurang beginilah ayat power penyelamat handset berkenaan. Terus dia pg kol nom berkenaan dan...jeng! jeng! jeng!

Seseorang berada dihujung talian. Sebenarnya bukanlah adik Amoy, tapi roomate Amoy yang tolong angkat panggilan Enche Ketua Warden. Ramai betul yang jadi watak sampingan kali berkenaan. Lau ada award, mau juga bagi kat roomate Amoy yang pegang watak Seha. Memang terbek dari ladang lah habaq hang. Nama roomate Amoy yang ni, Mona. Dalam keadaan tangan yang terketar-ketar dapat gak dia angkat panggilan Enche Ketua Warden. Muah~ Love You Mooon, sempat g mona bagitau boleh-boleh dia terblur sekejap mana satu button nak angkat call sebab terlampau nebes. Ngahahahaahaa!

Huhuuu...sekarang baru sedar bahawa rasa sangat-sangat bersalah dengan Enche Ketua Warden itu. Maafkan anak jagaanmu yang nakal ini. Huhuu...harap-harap tidaklah mendapat anak murid macam perangai saya sendiri.

Kiranya, nasib Amoy lebih baik dari tupai nih...hehe :)) Jan marah Enche Ketua Warden

Aku rindu koranglah!
Sekarang kita terpisah...Mona : UMS, U'ul : UiTM, Rozi : UKM
Amoy kat IPGM
Erk...Kalo sekarang ni, handset dah kena benar ke tak bawa ke sekolah ah???
Till then,  TATA~


4 MURID MINTAK CUBIT:

moeyna said...

hahhaa..sungguh lawak mengenang kesah ini~~~~
gila tan nebes jangkak in...ngk la tme spm...hampir tkantoi kwk wktu dagen dwan sallehudin....hahaha

♥ AMOYELLA said...

keja paling gila-gila lah asa keu...
sak xtudui alu sama jemalem risau pasal hal ih. hahahaha...inlah, time au bak pas hp in gak ko, kijah2 un jawai enche ketua warden in meronda2 gak dewan...hadoi2~~

D I N A S O R ! ! said...

hehehehehe...ada2 jak ella....hehe

♥ AMOYELLA said...

Hehehe...kenangan terindah ya tee...xsangka strategi menipu ya berjaya tanpa sebarang kesan sampingan eh~

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com