10 December 2010

Dimana bumi di pijak , Disitu selepar jipun bertapak...hee!

Tinggal 3 minggu ja lagi Amoy wujud di bumi Kenyalang ini. Terasa saat berlalu begitu pantas. Huhu, lepas ni hari-hari akan diselubungi misteri nusantara assignment ada saiz font besar lagi tak? serta award-award special daripada lecturer. Memang telah menjadi asam garam serta ajinomoto, tak dilupa maggi secukup rasa kehidupan student IPGM, assignment kalau tak cukup atau lebih sepuluh tan memang tak sah. Seperti biasa asaimen-asaimen kesayangan ini akan comfem siap sebelum atau semasa tarikh submit. Memang sangat teror la bagi saya mereka-mereka yang mampu siapkan semua kehendak soalan dalam masa 24 jam sebelum tarikh submit. Terima kasih KOPI TENOM, nescafe 3in1, kopi kapal api, power root, ali cafe, pearl kacip fatimah, tongkat ali,,,ehh...? yang banyak berjasa kepada student IPG Kampus Keningau. IPG memang demanding gila-gila pasal isi kandungan asaimen, kalo suruh jawab soalan ja takpa... Ni siap paksa-paksa pujuk letak pengakuan, pendahuluan, buat kolaborasi, senarai rujukan sepuluh biji etc. etc...penulisan ilmiah kunun... Lepas tu minta buat isi tak kurang 12 muka surat... wuwuuu... (T-T)

Selalu terfikir : Kalaulah diorang minta hantar asaimen dalam bentuk softcopy kan BESTTerbaik dari ladang... takda lah pergi membazir ink printer dan kertas. Ini baru mesra alam betullah! kan...kan...?

Kenapa melencong kepada tajuk ASAIMEN nih...rindu eh? OH!TIDAK...hoke hoke, kembali ke pangkal jalan. Sini Amoy nak share tentang Kaum Amoy : MELANAU tapi Amoy bukan pure MELANAU : Kena kacuk dengan CINA udah... Sila maafkan Encik Ayah yang memandai kasi kacuk manusia. Ko boleh buat begitu kah? hahahhaa... 

Kalau masyarakat Melanau dulu-dulu tinggal di rumah panjang Melanau. Rumah diorang dulu-dulu tinggi lampai gitu. Tp Tidak untuk sekarang, sekarang menetap sepenuhnya di rumah yang bercop SND. BHD. Sekarang rumah panjang Melanau dah jadi muzium a.k.a tempat footwalking, tak banyak lagi dah yang tinggal. Kawasan penempatan utama orang Melanau ialah kawasan tengah Sarawak. Alaaa...tempat Amoy sekarang ni la. Lagi satu, Bahasa Melanau ni banyak version : Versi Oya (irama maintain balada~) bahasa Amoy kena la letak yang 1st Versi Mukah (irama agak rap ckit cepat oh diorang berkata-kata!), Versi Dalat (ini macam RnB kejap cepat kejap lambat), Versi Igan (dangdut ckit : cara penyampaian ada alunan yang comel), Versi Matu-Daro (mcm keras2 rock n roll!), Versi Bintulu (masih misteri : belum sempat buat kajian tindakan...he!) dan Versi Bintangor (yg ni Amoy suka dia punya alunan ala2 irama klasik). Kira-kira mcm Bahasa Melayu juga la...banyak dialek~

Sampai sekarang kami mengadakan perayaan Kaum Melanau, PESTA KAUL, tapi bermatlamat yang TIDAK SAMA seperti zaman dahulu kala. Dulu-dulu atuk dan nenek2 moyang  sambut sebab nak sembah Ipok Laut. Animisme lah katakan... Mostly hari ni Melanau banyak yang sudah masuk Islam macam Amoy nak jugak promote atau Kristian (Sila jangan PELIK a.k.a HERAN BIN AJAIB kalu orang Kristian juga guna BIN atau BINTI yee...sbb Melanau Kristian begitu). So, sekarang Pesta Kaul hanya sebagai simbolik masyarakat Melanau... Tapi 5 tahun dah tak sempat nak join! ='(  sob...sob...tahun dapat join tak? 

Melanau sangat feymes dengan sagu, umai a.k.a sushi org jepun bilang, dan linut a.k.a ambuyat orang sabah cakap. Semua tu Amoy suka makan! muehhehehehe... Kalo ulat mulung? tu depends : mana-mana yang suka makanan exotic ckit boleh la pegi buat fear factor kat sini. Sila...sila... =)

Ini bukan Amoy
Kalu baju Melanau yang complete lagi complicated dari yang ni. Terima kasih Abg Google!


Saya berbangga jadi MELANAU girl! 


Orang cakap : Gadis-gadis Melanau ni kulit dia cerah macam Europeans
*AGAK BERBANGGA DI SINI YERR* Walaupun sekadar half-melanaus
Sbb tu kot kulit ni lagi ckit lagi nak sampai tahap cerah
sighhhh!
Till next post! TATA~


4 MURID MINTAK CUBIT:

moeyna said...

saya juga berbangga jadi melanau girl!!!! yeay!! haha ;D

♥ AMOYELLA said...

hehee...! Selamet bah abei~~ selamet bah sung~~ selamet bah malem~~

p/s mona pun melanau kurang pure kan? ngehehe~

moeyna said...

selamat tengahlau...selamat keman~~~ haha!
yeap!!...kita serupaaaa~~~ ehehee

:: berusaha untuk menjadi anak melanau yg terbilang :: ;DD

♥ AMOYELLA said...

Hohooo...wajib3! takkan melanau hilang di dunia... waka2 eh2

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com