28 January 2011

Kerana Aku Perempuan , Kau Lelaki : PART CINTA

Entri ini berdasarkan pengalaman semata - mata , sebarang cetak rompak dilarang sama sekali , dua kali , mahupun tiga kali serta banyak kali seterusnya . Selamat bertengah malam !


  1. PEREMPUAN MELETAKKAN KEPERCAYAAN 100% pada permulaan hubungan . Sekiranya LELAKI berlaku curang , peratus berkenaan akan turun dan tidak akan dapat untuk ditembus balik walau dengan apa cara sekalipun . Kau bagi bunga rose sepuloh dozen pun kami tak mau bagi balik kepercayaan yang hilang itoh !
  2. WAJAH LELAKI HANYALAH BONUS . yup , perempuan lebih tertarik kepada pembawaan diri lelaki (asli) yerr lelaki . kira bonuslah bila dapat kekasih ensem , cute , dan seksi [ketawa] amoy mau jugakkkk . Jadi jangan cuba berpura - pura cool didepan kami , sebab 'cool yang tidak menjadi' berkenaan akan menjatuhkan reputasi anda dimata kami . mengada - ngada 
  3. Bila lelaki memberi harapan terhadap perempuan yang menyayangi anda, perempuan akan berpegang dengan pengharapan berkenaan walaupun perempuan tersebut tahu bahawa lelaki yang diminatinya telah memiliki kekasih . oh ! bahaya ! perempuan kan setia . . . ceh ceh ! jadi kau lelaki , sila jangan berani nak pasang lagi lapan dengan menabur janji KOSONG , kami boring tau lidang bercabang .
  4. Dan bila LELAKI telah memilih untuk meninggalkan PEREMPUAN yang menyayangi anda , PEREMPUAN berkenaan akan merawat hatinya dalam tempoh yang lamaaaa . hati berkenaan akan kembali terluka setiap kali melihat kau LELAKI bersama perempuan lain . emmm . . . amoy penah rasa . giler frust menonggek beb !
  5. Hei LELAKI , kau fikir , senang - senang ja ka kami mau keluarkan air mata ? PEREMPUAN sangat mudah menitiskan air mata terhadap kesayangannya . even menitiskan air mata untuk tumit kasutnya yang tertanggal ! kalau tu satu - satunya kasut , menangis la beb ! esok nak pakai apa ? sob . . . sob . . . kalau ada sembilan pasang kasut xpa laa kan . . .
  6. Kami PEREMPUAN tak kisah kau LELAKI nak renung dalam - dalam kedalam mata kami . Kami takkan cair seperti coklat punyerr. cuma kami akan rasa pelik . ada Taik mata sejemput kah kat mata kami ? ishh . . . lagipun sekarang ni banyak PEREMPUAN pakai lens , so , susah sikit la proses aksi 'DARI MATA TURUN KE HATI' tu berlaku , sebab pancaran mata LELAKI tersekat di lens jenama korea 
  7. Setiap perempuan inginkan layanan yang berbeza . tetapi berasaskan satu pegangan yang sama iaitu DIHORMATI . tidak perlulah RED CARPET segala untuk menunjukkan rasa hormat itu . cukuplah dengan tidak memaksa kami melakukan perkara yang kami tidak suka . eh ! Kenapa kau suruh kami habiskan makanan cepat - cepat ? isk isk . . . tak sempat nak hadam lagi oesophagus ni . 
  8. Yes , kami TAK suka LELAKI meninggikan suara . Kecut tali usus heayarrkkk! Lelaki , sila tinggikan suara anda ketika di padang kawad yer . Melalak la kau sorang - sorang sana . Mejar tak marah ~ ~ 
  9. Memang tidak dapat dinafikan terdapat dua golongan PEREMPUAN . PEREMPUAN suka kongkongan dan tidak suka kongkongan . Sekiranya PEREMPUAN ini telah terbiasa dikongkong (suka kongkongan) oleh lelaki, maka dia akan berasa tidak diAMBIL PEDULI @ tidak diendahkan lagi, bila tiba - tiba lelaki berkenaan tidak lagi busy body akan hal dirinya . manakala jenis tidak suka kongkongan .  . . emm . . . tak payah cakaplah . songsang je . amoy pun sama ! ^^
  10. Duhai arjuna , sayangilah dia , kerana wanita dicipta untuk dicinta , jangan cemarkan harga dirinya kerana dia masih juga punya cinta , dalam dirinya penuh air mata , jagalah dia dengan sepenuh jiwa , janganlah pernah kau dustai dia , wahai arjuna sedarilah , kerana wanita berhak untuk bahagia , bukan dicipta untuk selalu derita , sayangilah dia , cintakan dia , kerana sesungguhnya wanita itu terlalu ISTIMEWA .


muehhhehee . . . nak sekang rambut gini ! cari - cari di Keningau tak jumpa pla ! 

TATA !

4 MURID MINTAK CUBIT:

dUrRaNi said...

ani skaa... :)
sumanya benar2 berlakaa...hehe..

♥ AMOYELLA said...

@aniey

ehh...sama pula ~ hehe

fulas said...

alamak...laki pun frust jugak lau tgok ex die ngan org lain...lbh kurg je...

ipotttt! said...

haha...i loikeee diz entrii!!!...
"ssghnya stp kejadian Allah itu pasti dicipta scra berpasangan...andai tidak ketemu psnganmu di dunia..maka berbahagialah...kerana jodohmu pasti menunggu di akhirat sana...insyaAllah..hihi..^__^

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com