07 February 2011

LOVE via TAWAU PART II

HARI KEDUA

Awal pagi , aqim ajak berjogging ke tokong cina berdekatan . cik nana marina tak sanggup bangun tidur . so , kami bertiga ja lah ke sana awal pagi berkenaan . aqim , bieya bieya berry and me . sangat cantik ! tapi malam lagi cantik sebab lampu tanglung dia menyala . kami ke sana tanpa mandi . jam 6.30 alam dah terang benderang .

SETERUSNYA Hari kedua menyaksikan KAMI untuk kali yang kedua pusing bandar Tawau . Hari ni having lunch dekat bandar Tawau . Aqim membawa kami ke gerai makan yang feymes kat Tawau *amoy tak tau nama dia* gila banyak orang makan kat sana . penat tengok orang ramai makan . lemah . sampai amoy yang lapar sangat tadi sebelum sampai jadi kenyang tengok diorang makan . so , cuma order air ja . >.< aqim belanja . katawa bangga . Semalam time makan malam abang herri yang belanja makan nasi lalap . ketawa bangga lagi . sudahlah kami yang ajak keluar , diorang pla bermurah hati belanja makan . TERIMA KASIH yeaa . jasamu dikenang . kekeke . best la tawau ni , banyak makanan seafood , kalo di rumah aunty pla , kami dihidang giant big fish , ketam gemok , umai udang versi tawau yang freshly dari laut ! YUMMY ! luv it

Kembali ke seri pentas , hari ni sebenarnya kami lebih fokus untuk berjalan di kedai - kedai kecik sekitar bandar tawau . cari shawl cantek , baju cantek , amplang sedap , blinju pedas , dan cenderamata shomel . Mungkin disebabkan kepenatan berjalan kelmarin sampai ke malam , energy kami agak berkurang pada hari ini . tanpa berfikir panjang , kami memutuskan untuk berkelah sebentar di Panggung Tawau *ntah apa juga nama tempat ini* . tengok ceta season of the witch . Selepas tu sempat berkejar ke Pasar Tawau memandangkan nak cari amplang dan blinju . nasib agak baik sebab , kedai kat sana baru2 ja nak tutup . petang sudah ok ! huhu ! punyalah besar - besar kopek yang kami bawa *sebaik sahaja keluar dari bangunan pasar* emm . . . ampang sangat memakan ruang yang besar . hohoh . nampak betul kami ni bukan orang sini sebab beli banyak - banyak macam jahkun ngan amplang . sesekali nampak shomel pla bawa kopek besau besau tengah tengah bandar . ketawa .

Dengan yakin kami BERJALAN KAKI dari pasar berkenaan ke TERMINAL BAS TAWAU , sebab nak pergi beli tiket balik KK . seterusnya comfirmkan masa dengan pihak tungma nak balik keesokannya sebelah malam . nak hirup udara malam kunun . yakin . Selepas tu , teruskan perjalanan kaki ke area FAJAR . Makan di kedai ERA *if i'm not mistaken* huhu , minta nasi dan sambal bilis KURANG PEDAS . tenguk - tenguk meleleh juga air mata amoy makan dia punya masakan . gila pedas lidah orang tawau ehh . menangis lagi . 

Baiklah , malam tu abang herri (abang . . . ketawa) dan pai lenski datang bawa jenjalan . amoy tanpa malu dan segan request nak makan benda panggang - panggang . actually , nak makan hati panggang . tapi kat tempat diorang bawa ada satay ayam , daging dan buntot ayam panggang ja . i have no choice ! amoy memang tak makan daging sebab allergic . comfem demam , muntah2 dan cirit birit lau makan daging . huk ! huk ! lau buntot . . . huhu . . . tekak tamo terima . so makan satay ayam ja la . Hokey , diorang order 50 cocok ! dan satay satay nya memang super duper besar . 10 cocok bontot . emm . . . tu amoy tak makan . Silakan menternak lemak . yeaaahuuu !

malam tu balik awal cikit sebab kami membawa budak - budak . takleh nak membawa budak budak jaoh jaoh malam kunun .

shantek kannnnnn tanglung??
HAPPY CHINESE NEW YEAR kepada semua yang sambut perayaan ni


masjid di tengah bandar . yang sedang lalu belakang tu paku dan belacan
betul , coz time dia lalu : dia sebut pasal paku and belacan . ohemjay!


masakan dia sangat sedap hokei tp PEDAS
sangat suka mee bandung yang bieya order . serve dalam tembikar !



Selepas menonton wayang . tshirt black tu kawan aqim . the filiphinos .
yang comel tu Amoy . haha . ketawa .

TIBA - TIBA ADA PLAN TANPA TERDUGA . . . APA?

HEHE...TATA!

0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com