10 February 2011

Perancangan Masa Depan

Sekian lamanya Amoy tidak mengupdate blog . kira selama sehari jugaklah . Busy ? yup ! busy buat SATU Rancangan Pengajaran Harian (RPH) . Satu je pon nak kecoh ke ? ah , lantak amoy lah , tension giler buat RPH kali ni . makin dibuat makin banyak pla yang salah . makin banyak isi panting yang lecturer nak sanggah dan sergah . makin rasa hasil kerja kita tu macam SAMPAH . semester satu dulu pernah jugak blajar buat RPH ni . entah kenapa semester ni , lecturer baru yang ajar , format RPH pun berubah wajah jadi baru . huhu . dah namanya belajar memang begini . Tadi amoy tanpa segan silu , tayang RPH yang amoy telah buat depan kelas . bukan nak berbangga . cuma boring tunggu kawan - kawan lain semua tidak mahu ke depan present RPH memasing . amoy ni muka tebal sikit . sangat tak tau kurang malu . bila lecturer buka peluang kepada sesiapa sahaja yang SANGGUP tunjuk RPH di depan . so , amoy dengan YAKIN ke depan kelas .

Selama dan semasa SEJAM berada di depan kelas sambil mendengar omongan bernas encik lecturer bagi komen kat RPH amoy , amoy terfikir sesuatu .

RPH : Rancangan Pilih Husband

Kiranya kalau nak pilih husband ni , macam buat RPH jugak la . memandangkan amoy perempuan , so cakap nak pilih husband . Kalau lelaki ? emm...Rancangan Pilih Honey lah kot kan ? *BINGUNG* jauh pla berangan time buat presentation . 

Semua guru dan bakal guru memang sudah sedia maklum . Item yang terdapat dalam penulisan RPH : Rancangan Pengajaran Harian termasuklah


  1. MAKLUMAT UMUM 
  2. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 
  3. OBJEKTIF PEMBELAJARAN 
  4. ILMU
  5. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
  6. NILAI
  7. BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
  8. EMPAT COLUMN JADUAL yang terdiri daripada 
    • langkah/masa 
    • isi kandungan pelajaran 
    • aktiviti 
    • catatan 
  9. REFLEKSI

SELAMAT DATANG KE ENTRI YANG PANJANG

Pertama sekali nak carik calon husband, kenalah tahu tentang maklumat umum si dia . tak kesahlah , engkau nak korek maklumat umum si DIA dari facebook DIA kah , atau dari belog DIA kah , atau dari adik DIA kah , atau dari DIA sendiri ! kalau nak tanya dari bapak DIA pun boleh baa . semuanya dari kamu ! lagi satu , jangan hanya tahu pasal maklumat umum dia saja , pastikan wajah orang itu pun anda tahu . Terlampau banyak software yang boleh mengedit muka buruk jadi santekkk taw sakarang! amoy pun slalu wat gitu . haha ! buang jerawat sebiji kat hidung * opppss ... kantoi ! * amoy suggest korang buat blind date , lorhhh macam ceta korea - korea . teehee . tak salah kenal dari internet ! cuma korang perlu pandai cari ... eh pilih ! mana yang baik , singkirkan mana yang tak baik . tak semua orang internet ni jahat ! macam amoy >.< amoy budak baek baek ~

Kedua , huraian sukatan pelajaran merupakan ketetapan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Dalam konteks mencari husband pla , pastikan hubungan relationship anda wahai gadis gadis comel luar sana telah mendapat restu daripada ibubapa . Kenalah dengar pendapat orang tua . mereka telah lebih dahulu makan asam garam kehidupan . Dengar dahulu penjelasan mereka tentang ciri - ciri menantu pilihan yang diorang idamkan untuk memudahkan enjin carian . ketawa . Jangan sesekali melawan aras yang telah ditetapkan . kalau aras satu yang termaktub, maka aras satu sahajalah , jangan mencoba-coba untuk melangkau ke aras tiga . nanti tak semena- mena anda masuk kelas pemulihan . 

Ketiga , objektif pembelajaran . setiap perbuatan memerlukan objektif , matlamat dan tujuan . apa tujuan anda bercinta ? untuk sehidup semati ? mengikut sunnah rasulullah ? sekadar suka-suka ? sekadar test power ? sekadar mencari populariti ? atau sekadar satu malam ? tepuk dada tanya selera . Pada amoy , amoy ingin bercinta dengan suami . ya , amoy ingin BERCINTA dan BERKAHWIN dengan ORANG YANG SAMA serta mencari keredhaan ang maha esa bersama - sama . huk huk ! aminnn ! 

Keempat , PENGISIAN ilmu . Ramai orang terutamaya LELAKI menganggap ciri perempuan yang paling sesuai untuk dijadikan isteri ialah wanita yang pandai memasak . Wanita yang pandai menjaga perut suami ? akan tetapi berapa orangkan yang sedar bahawa ciri LELAKI pilihan untuk dijadikan sebagai suami adalah LELAKI yang cukup ILMUnya untuk menjadi imam kepada wanita ? Bukan setakat itu sahaja , pastikan lelaki berkenaan memiliki ilmu yang diamalkan untuk mencari nafkah . berILMU tetapi tidak diamalkan pun tidak guna jugak .

Kelima , Kemahiran bernilai tambah . Kemahiran ini mencakupi banyak aspek seperti kemahiran berfikir , kemahiran belajar , kajian masa depan , kemahiran komunikasi dan banyak lagi . betul ! carilah lelaki yang lebih bijak dari kita , lelaki yang melengkapi kekurangan kita , lelaki yang BERNILAI TAMBAH ! kekeke . sekurang-kurangnya tertambah jugak duit poket *ahh ! mata duitan!* serta bertambah kegembiraan kita . tidaklah balik - balik "aku tenung mata kau, kau tenung mata aku" boring ! >.<

Keenam , nilai . kami wanita mencari yang mempunyai nilai . nilai kasih sayang tu paling penting ! sepa xmo kena sayang ? sila angkat punggung ? selain itu , nilai yang perlu diserapkan dalam sesebuah RPH perhubungan adalah kesetiaan , tanggungjawab , bertolak ansur , percaya , jujur , keberanian serta semua 17 nilai yang termaktub  dalam huraian sukatan pelajaran . kami memang tamak ! calon husband perlu memeiliki semua yang di atas ! heh ! *ketawa jahat lama-lama*

Ketujuh , bahan bantu belajar (BBB) . seperti yang anda ketahui , BBB penting untuk menarik perhatian murid dalam sesebuah sesi P&P. selain daripada perkara di atas , kami sangat tertarik, menarik kau memang da bomb bila kau lelaki memiliki pakej wajah tampan menawan kalbu . mostly wanita suka yang berwajah K-pop! kami tahu , korang warga lelaki pun minat ngan artis wanita k-pop . jadi , jagalah selalu penampilahmu . biar sejuk mata kami memandang dan segar hidung kami menghidu . lelaki bau stoking campak ke laut lagi bagus ! ikan paus suka .

Kelapan , jadual empat column yang bermaksud sistematik dan berorganisasi . Antara calon yang terhangat di pasaran adalah lelaki yang pandai mengurus kehidupan peribadinya termasuklah masa dan kewangannya . tapi taknaklah terlampau SKEMA dan SEMPURNA . sampai makanan setiap hari pun kena berjadual ! cuma lebih kepada lelaki yang sentiasa nampak cool walaupun dalam keadaan cemas . lelaki yang bersifat penyelesai masalah . lelaki yang bersifat manja tu dibenarkan . TETAPI BIARLAH BERRTEMPAT . *Jangan sampai 24jam kami nak paksa makan ! merengek tak tentu pasal lapar . nak bermanjalah kunun . bikin panas lagi ada!* Amoy bagi contoh ja . eh ? ada juga ka orang begitu?  SAY NO CLUMSY !

Dalam ruangan empat column ini juga: MASA sangat dititik beratkan . Dimulakan dengan set induksi yang mantop untuk langkah keseterusnya . Semua gadis mahukan titik mula percintaan dipenuhi dengan memori terindah . LANGKAH 1 > LANGKAH 2 > Ladies ! apa tujuan sebenar kamu dalam perhubungan? mostly ladies mengharapkan hubungan dalam tempoh masa yang panjang sehingga akhir hayat . dan kau LELAKI macamana ? Ladies mahukan pengakhiran hubungan dengan RUMUSAN yang indah . bukannya kucar kacir !

Kesembilan , REFLEKSI ... emm ... conclusionnya , sangat payah benar nak cari LELAKI yang bercirikan seperti semua garis panduan di atas (perghhhh ... ayat skema!) yang menghampirinya pun boleh laaa ~~ ^^ tapi ladies , jaga dan perliharalah diri anda untuk mendapat pasangan yang terbaik . sesungguhnya lelaki yang baik adalah hanya untuk gadis yang baik . Tu ja...bubye ! TATA ! ! !




2 MURID MINTAK CUBIT:

I.Want.To.Sparkle.Under.The.Sun said...

woohhh...sangat mendalam RPH anda...hehe

♥ AMOYELLA said...

hehe...mendalam selepas SATU jam kena cuci tadi

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com