Sekian lamanya Amoy tidak mengupdate blog . kira selama sehari jugaklah . Busy ? yup ! busy buat SATU Rancangan Pengajaran Harian (RPH) . Satu je pon nak kecoh ke ? ah , lantak amoy lah , tension giler buat RPH kali ni . makin dibuat makin banyak pla yang salah . makin banyak isi panting yang lecturer nak sanggah dan sergah . makin rasa hasil kerja kita tu macam SAMPAH . semester satu dulu pernah jugak blajar buat RPH ni . entah kenapa semester ni , lecturer baru yang ajar , format RPH pun berubah wajah jadi baru . huhu . dah namanya belajar memang begini . Tadi amoy tanpa segan silu , tayang RPH yang amoy telah buat depan kelas . bukan nak berbangga . cuma boring tunggu kawan - kawan lain semua tidak mahu ke depan present RPH memasing . amoy ni muka tebal sikit . sangat tak tau kurang malu . bila lecturer buka peluang kepada sesiapa sahaja yang SANGGUP tunjuk RPH di depan . so , amoy dengan YAKIN ke depan kelas .
Selama dan semasa SEJAM berada di depan kelas sambil mendengar omongan bernas encik lecturer bagi komen kat RPH amoy , amoy terfikir sesuatu .
RPH : Rancangan Pilih Husband
Kiranya kalau nak pilih husband ni , macam buat RPH jugak la . memandangkan amoy perempuan , so cakap nak pilih husband . Kalau lelaki ? emm...Rancangan Pilih Honey lah kot kan ? *BINGUNG* jauh pla berangan time buat presentation .
Semua guru dan bakal guru memang sudah sedia maklum . Item yang terdapat dalam penulisan RPH : Rancangan Pengajaran Harian termasuklah
- MAKLUMAT UMUM
- HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
- OBJEKTIF PEMBELAJARAN
- ILMU
- KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
- NILAI
- BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
- EMPAT COLUMN JADUAL yang terdiri daripada
- langkah/masa
- isi kandungan pelajaran
- aktiviti
- catatan
- REFLEKSI
SELAMAT DATANG KE ENTRI YANG PANJANG
Pertama sekali nak carik calon husband, kenalah tahu tentang maklumat umum si dia . tak kesahlah , engkau nak korek maklumat umum si DIA dari facebook DIA kah , atau dari belog DIA kah , atau dari adik DIA kah , atau dari DIA sendiri ! kalau nak tanya dari bapak DIA pun boleh baa . semuanya dari kamu ! lagi satu , jangan hanya tahu pasal maklumat umum dia saja , pastikan wajah orang itu pun anda tahu . Terlampau banyak software yang boleh mengedit muka buruk jadi santekkk taw sakarang! amoy pun slalu wat gitu . haha ! buang jerawat sebiji kat hidung * opppss ... kantoi ! * amoy suggest korang buat blind date , lorhhh macam ceta korea - korea . teehee . tak salah kenal dari internet ! cuma korang perlu pandai cari ... eh pilih ! mana yang baik , singkirkan mana yang tak baik . tak semua orang internet ni jahat ! macam amoy >.< amoy budak baek baek ~
Kedua , huraian sukatan pelajaran merupakan ketetapan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Dalam konteks mencari husband pla , pastikan hubungan relationship anda wahai gadis gadis comel luar sana telah mendapat restu daripada ibubapa . Kenalah dengar pendapat orang tua . mereka telah lebih dahulu makan asam garam kehidupan . Dengar dahulu penjelasan mereka tentang ciri - ciri menantu pilihan yang diorang idamkan untuk memudahkan enjin carian . ketawa . Jangan sesekali melawan aras yang telah ditetapkan . kalau aras satu yang termaktub, maka aras satu sahajalah , jangan mencoba-coba untuk melangkau ke aras tiga . nanti tak semena- mena anda masuk kelas pemulihan .
Ketiga , objektif pembelajaran . setiap perbuatan memerlukan objektif , matlamat dan tujuan . apa tujuan anda bercinta ? untuk sehidup semati ? mengikut sunnah rasulullah ? sekadar suka-suka ? sekadar test power ? sekadar mencari populariti ? atau sekadar satu malam ? tepuk dada tanya selera . Pada amoy , amoy ingin bercinta dengan suami . ya , amoy ingin BERCINTA dan BERKAHWIN dengan ORANG YANG SAMA serta mencari keredhaan ang maha esa bersama - sama . huk huk ! aminnn !
Keempat , PENGISIAN ilmu . Ramai orang terutamaya LELAKI menganggap ciri perempuan yang paling sesuai untuk dijadikan isteri ialah wanita yang pandai memasak . Wanita yang pandai menjaga perut suami ? akan tetapi berapa orangkan yang sedar bahawa ciri LELAKI pilihan untuk dijadikan sebagai suami adalah LELAKI yang cukup ILMUnya untuk menjadi imam kepada wanita ? Bukan setakat itu sahaja , pastikan lelaki berkenaan memiliki ilmu yang diamalkan untuk mencari nafkah . berILMU tetapi tidak diamalkan pun tidak guna jugak .
Kelima , Kemahiran bernilai tambah . Kemahiran ini mencakupi banyak aspek seperti kemahiran berfikir , kemahiran belajar , kajian masa depan , kemahiran komunikasi dan banyak lagi . betul ! carilah lelaki yang lebih bijak dari kita , lelaki yang melengkapi kekurangan kita , lelaki yang BERNILAI TAMBAH ! kekeke . sekurang-kurangnya tertambah jugak duit poket *ahh ! mata duitan!* serta bertambah kegembiraan kita . tidaklah balik - balik "aku tenung mata kau, kau tenung mata aku" boring ! >.<
Keenam , nilai . kami wanita mencari yang mempunyai nilai . nilai kasih sayang tu paling penting ! sepa xmo kena sayang ? sila angkat punggung ? selain itu , nilai yang perlu diserapkan dalam sesebuah RPH perhubungan adalah kesetiaan , tanggungjawab , bertolak ansur , percaya , jujur , keberanian serta semua 17 nilai yang termaktub dalam huraian sukatan pelajaran . kami memang tamak ! calon husband perlu memeiliki semua yang di atas ! heh ! *ketawa jahat lama-lama*
Ketujuh , bahan bantu belajar (BBB) . seperti yang anda ketahui , BBB penting untuk menarik perhatian murid dalam sesebuah sesi P&P. selain daripada perkara di atas , kami sangat tertarik, menarik kau memang da bomb bila kau lelaki memiliki pakej wajah tampan menawan kalbu . mostly wanita suka yang berwajah K-pop! kami tahu , korang warga lelaki pun minat ngan artis wanita k-pop . jadi , jagalah selalu penampilahmu . biar sejuk mata kami memandang dan segar hidung kami menghidu . lelaki bau stoking campak ke laut lagi bagus ! ikan paus suka .
Kelapan , jadual empat column yang bermaksud sistematik dan berorganisasi . Antara calon yang terhangat di pasaran adalah lelaki yang pandai mengurus kehidupan peribadinya termasuklah masa dan kewangannya . tapi taknaklah terlampau SKEMA dan SEMPURNA . sampai makanan setiap hari pun kena berjadual ! cuma lebih kepada lelaki yang sentiasa nampak cool walaupun dalam keadaan cemas . lelaki yang bersifat penyelesai masalah . lelaki yang bersifat manja tu dibenarkan . TETAPI BIARLAH BERRTEMPAT . *Jangan sampai 24jam kami nak paksa makan ! merengek tak tentu pasal lapar . nak bermanjalah kunun . bikin panas lagi ada!* Amoy bagi contoh ja . eh ? ada juga ka orang begitu? SAY NO CLUMSY !
Dalam ruangan empat column ini juga: MASA sangat dititik beratkan . Dimulakan dengan set induksi yang mantop untuk langkah keseterusnya . Semua gadis mahukan titik mula percintaan dipenuhi dengan memori terindah . LANGKAH 1 > LANGKAH 2 > Ladies ! apa tujuan sebenar kamu dalam perhubungan? mostly ladies mengharapkan hubungan dalam tempoh masa yang panjang sehingga akhir hayat . dan kau LELAKI macamana ? Ladies mahukan pengakhiran hubungan dengan RUMUSAN yang indah . bukannya kucar kacir !
Kesembilan , REFLEKSI ... emm ... conclusionnya , sangat payah benar nak cari LELAKI yang bercirikan seperti semua garis panduan di atas (perghhhh ... ayat skema!) yang menghampirinya pun boleh laaa ~~ ^^ tapi ladies , jaga dan perliharalah diri anda untuk mendapat pasangan yang terbaik . sesungguhnya lelaki yang baik adalah hanya untuk gadis yang baik . Tu ja...bubye ! TATA ! ! !

2 MURID MINTAK CUBIT:
woohhh...sangat mendalam RPH anda...hehe
hehe...mendalam selepas SATU jam kena cuci tadi
Post a Comment