12 December 2011

STRESS PUNCA JERAWAT

Salam Peeps !

sabar jelah LIMPA dan HATI amoy ni bila call MASWING pagi tadi , diorang cakap FLIGHT SBW ke KKIA T2 ( 02 . 01 . 2012) sudaaa FULL ! nampaknya amoy kenalah ready untuk REDHA dan PASRAH menerima surat PINK manja daripada pihak Hal Ehwal Pelajar nanti . Daftar Kolej Kediaman 1 / 2 Jan 2012 , daftar opsyen 3 Jan 2012 . hooorraaii ! amoy tak sempat nak book flight dahh ! 

Apapun disebabkan hal ini ... seketul JERAWAT telah timbul serta merta di bunga hidung amoy ! tension wa derrr . kemain wa jaga kulit wa ni . akibat stress sikit pasal tiket flight berkenaan ... timbullah puleks gunung berapi dahsyat di bunga hidung ini . serius bermaharajalela . huhu 

bukan setakat tu ja ... amoy dapat rasakan gelombang STRESS telah mengaktifkan gelora HORMON yang ntah apa nama dia , juga hormon berkenaan telah meranapkan pertahanan kulit lantas menjadi tunjang punca kuasa dua JIRUS MINYAK SEBUM yang banjir setinggi 1.52346543 meter di T_ZONE amoy . hurmm ... orang baru nak cantik ... dah kena huduh balek ...

nampaknya ... untuk meneutralkan balik keadaan ... terpaksalah amoy fokuskan kembali tumpuan amoy untuk fight oooo ... oh GEJALA JERAWAT ini agar diorang tidak menyuburkan diri memasing .



amoyella : susah betul nak jaga kulit ! skincare kena jaga ... makan kena jaga ... hati pon kena jaga ! haishh ...


1 MURID MINTAK CUBIT:

megumiChan❤ said...

Benci betul bila kita dah jaga muka hari-2, setiap masa, setiap saat then tetiba ada seketul dua jerawat sebeso alam singgah menginap di kulit muka! Ohmayy! >.<!!

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com