seperti biasa ... aktiviti MALAM amoy sepanjang cuti adalah MANDI --> SOLAT MAGHRIB --> LIPAT BAJU --> LEPAK - LEPAK NGAN MAMA DAN MAKCIK --> SOLAT ISYAK --> MAKAN --> SANTAI a.k.a TIDUR . bagus giler khen ... malam ni amoy rasa insaf sebentar setelah menatap perut comel amoy kembung semacam . sangat tiada excercise . harap naik turun tangga jemur dan angkat baju . alangkah bagusnya kalau ada suami ... dapat juga exercise malam - malam . fappp ! kalau macam ni terpaksalah amoy kawen cepat - cepat . hahahaha . eh sila fikir bukan - bukan . takkan amoy nak ajak suami yoga malam - malam ye dak. haha
lantas cepat - cepat tampar patung tepi sendiri supaya fikiran amoy yang kudus ini tidak ghairah ke tempat lain . tiba - tiba terlihat pla elmo sedang mengorat lubnan di depan pitu bilik . alahai ... si lubnan baru sahaja sebulan bersalin ... elmo kelihatan tidak dapat menahan nafsu lelakinya . dui ... tengok ... kucing ni kalau nak beromen pleaselah jauh di tempat tersembunyi . tak pasal - pasal kepala amoy ni menyimpang ke arah pornografi alam haiwan . hurm ...
ok , elmo mengejar lubnan . ntah berapa kali round dah diorang lalu depan pintu bilik amoy dengan aksi begini . elmo ni memang tak pandai mengorat . buat malu tuan saja ! hermm ... ! |
amoyella : kalau amoy rasa boring dah tengok korang dua ke hulur ke hilir . insyaallah malam ni dua - dua amoy sumbat dalam cage ngan baby elmo junior .
0 MURID MINTAK CUBIT:
Post a Comment