09 May 2012

EXAM MODE : VIT-C vs COFFEE

SALAM  ♥  SEKALIAN

Today ... amoy nak setadi . aisehh . mau jugak nak heboh serata dunia . piraahhh . nak study kunun walhal sibok jaaa menstalker belog orang . kalo x setadi pun mesti amoy pergi packing dan kemas apa-apa yang belum terkemas di dalam bilik nih . bajet rajin lahhh sangaaaaaaaaatt

ehemmm lebih kurang tolak tambah darab bahagi : tinggal 6 hari ja lagi exam . aigooo ... cuak giler tangkai jantung hati amoy ni memandangkan untuk sem kali nih amoy sangat merasakan superrrrrrrrrrsaiya malas even amoy tahu otak amoy ni dah agak lemau , dek terinfected oleh maggie mee dan sardin juga yang sewaktu dengannya .

sesekali rasa jelous jugak tengok rumet amoy setadi . tapi tapi tapi bila pegang ja buku , tak sampai 8 point ponn nota yang amoy tulis ... dahhhhhh ada syoitonnnirrajim bertarzan di bulu mata guwa . nak minum kopi ... emmm ... orang cakap kan . kopi tu boleh memusnahkan vitamin C dalam badan . tapi tapi tapi amoy tak tawu lah pla sejauh mana kebenarannya . memandangkan amoy sangattt sayang dengan vitamin C yang ada di dalam badan amoy ni , so amoy tak mo lah ambil kafein (kopi) .

antara kepentingan vitamin C ialah ;

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet. SUMBER

naaa kan... bila dah terbaca artikel ni . terus amoy rasa takmooo suda minum kopi . takut kopi memusnahkan vitamin yang ada . ehem ehem ...sudahlah ciputtt jak vitamin C yang ada . ni nak di musnahkan plaa ... (--")

OKEY . petang ni guwa mau outing . mau beli buah (konon) . semangat baharu ehem ehem

amoyella : masalahnyaaaa sekarang ... kopi juga memiliki khasiat yang sangat banyak . omoo omoo ... terpaksalah guwa pergi starbuck cuti nih .hak.hak.hak

tak kuaseee haku nak menolak kopi secute ini

takkan kopi secomel ini menghapuskan vitamin C ?

amoyella : vitamin C atau coffee ? dua2 bolehhhh ?


1 MURID MINTAK CUBIT:

Sally Yatiey said...

Baru tahu yang kopi boleh memusnahkan vitamin yang ada. :D Tapi kopi tu comel lah ^_^ hehe

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com