10 November 2011

TIPS CANTIK SIHAT : FAST FOOD

Salam peeps!

amoy nak share satu fakta hasil penyelidikan dan kajian secara persendirian yang telah dilaksanakan amoy secara berseorangan . amoy tak tahu adakah badan amoy sahaja yang menerima nasib agak malang yang tak berbau ini atau anda anda pun pernah terperasan akan hal ini ? almaklumlah sistem pertahanan diri amoy ni agak lemau lembik lembik sikit . hewhewhew . kau hado ? selemau lemau amoy ni , amoy berusahalah jugak ah nak membaikpulih diri sendiri sebaik mungkin memandangkan semakin hari semakin lemau tua tak sedar diri . =..=

normal dan sememangnya tepat kalau amoy katakan budak budak hostel tak dapat nak lari dari MEE SEGERA dan YANG SEWAKTU SEGERA DENGANNYA yang cepat dimasak sedap dimakan . ohh noo ! bukan amoy nak cakap produk produk segera macam mee segera ni baik untuk kesihatan . tidak tidak tidak begitu beloved readerku . amoy nak cakap , mee segera memang sedap . mee sedaap tu kegemaran amoy . kekeke . mee segera tu telah membuatkan muka amoy yang tumbam lagi bulat ini bertambah tumbam lagi bulat . betul tak tipu !

memang, kalo nak ukur tidaklah dapat nak membaca ukuran sebenar pertambahan saiz ketumbaman iteww . haha . memandangkan amoy ni hantu cermin jadi amoy nampak pipi amoy bengkak semacam bila over makan mee segera . kisahnya bermula bila last week ( time hari raya dan public holiday ) cafe tak bukak ! so untuk merefill perut yang sedang berlagu riang kelaparan , amoy sumbat dengan mee segera . pagi mee segera perisa sup ayam , tengahari bubur segera , petang mee segera perisa soto ayam dan begitulah sambung menyambung dalam beberapa hari . balik2 sumbat usus dengan produk berasaskan SEGERA . memang SEGERA lah juga pipi amoy menaik saiznya . kekeke

dan hasilnya jadi begini

isk isk . kembang setalam muka amoy . bukan setakat muka , amoy rasa perkembangan ini sepackage dengan bibir dan hidung . gosshh =..= sudahlah amoy ni memang dianugerahkan hidung XXXL .

amoy dah memberhentikan makan fast food buat masa kritikal sekarang ni . takut - takut nanti muka makin berkembang se ladang lah pulak kan . . . pesanan penaja , kalau nak makan mee segera pastikan ada gap . hari ni makan . esok jangan . jangan sekaligus cam amoy . sobs sobs sobs

amoyella : bilalah akan dapat tiket percuma balik sarawak ni . omoo omoo (_ _) sedih guaa !

2 MURID MINTAK CUBIT:

annyss said...

nahhhhh~~ hahhaha.. aku makan 3 bungkus megy dah ni dr kmarin hinggalah ke hari ni.. rezult yg aku dpt, tangan terasa amat kering.. kulit2 macam merekah.. dn rambut terjun ke lantai..;(

plan mau buat jenayah la next year..;p

♥ AMOYELLA said...

kan kan kan ? macam 2 berlaku bila terlebih makan mggi . sekarang ni amoy senggugut tahap beruang . mybe kesan akan megi jak hari2 . huhu

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com