13 March 2011

Tsunami 2011 serang Sabah

I'm nervous!!! yelah, kalau korang, bila kena arahkan keluar dari bangunan untuk selamatkan diri masing-masing macamana? 

kisah ni bermula kira-kira jam 3 petang... time tu amoy masih lagi dalam perjalanan ke KK. tiba-tiba salah seorang kawan (anak ketua polis kudat) bagitau, TSUNAMI dijangka melanda Sabah kira-kira jam 6 petang nanti. anggota polis dan penyelamat seluruh sabah diarahkan untuk berjaga-jaga oleh ketua polis sabah (termasuk uncle ketua polis kudat) diorang tak diarahkan untuk meninggalkan kawasan masing-masing. sebabnya, jepun kena gegaran 8.9 skala ritchter... mungkin time tu tak ramai lagi yang tahu hal ni. time tuh amoy masih rilex-rilex je. tak kisah... Malaysia kan selamat~~

so, sampai ja kat Kota Kinabalu yang tersergam indah di tepi laut itu, amoy pergi la centerpoint (CP), Sabah... nak makan mcD. lapar oh... bertolak dari keningau dengan perut kosong. huk3. punyya bengang bila tiba-tiba sekumpulan mamat orang putih datang berdiri kat tepi dan bagitau kat cashier mcD "i'll pay for her" memanglah amoy syukur sangat-sangat kalo ada orang nak belanja makan, tapi kalau strangers yang datang dengan mata diorang yang merah-merah a.k.a mabuk...kau nak x? amoy memang tamo! wuwu...takottt...dah la diorang ramai.

then terus b'gegas bayar double mc chicken, dan cari tempat duduk. takut ngan orang putih tu...kalau dia tak mabuk, takpa juga..ni? adoiiiiyaiii~~ time tu ngan twin amoy dah. entah kenapa banyak betul gelombang golongan si rambut blonde kat KK petang jumaat tu. Time tengah menikmati mcD dengan laparnya, ada orang putih lingkungan 40-an gitu, bercakap dengan suara keras mengarahkan kawan-kawan dia keluar dari bangunan CP. 

" you get ur things, get ur friends, get ur ass out from here, NOW!" mak kau...kecut perut usus besar dan usus kecik amoy. serius hilang selera kelaparan dan lubang oesophagus amoy rasa ketat nak hadam makanan. tambah-tambah lagi bila tenguk orang-orang putih lain pegi buang burger, pepsi diorang dan bergegas keluar. serius, diorang buang makanan diorang dan terus keluar bangunan. amoy ngan twin cuba menenangkan diri, sempat g ambil plastik bag nak tapau burger... >.<

siap pack makanan, trus blah...selamatkan diri ke Shangri-La hotel tingkat 6. selamat ke??? sob...sob...

0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com