petang tadi amoy cakap amoy cakap amoy nak buat "KELITAH" kan . tapi sebenarnya ... bukan KELITAH . it's TETUMONG . edeii ... actually dua jenis makanan ni bentuk dia SAMA jepp . that's why lah amoy tersalah letak nama . (--")
walaupun bentuk dia sama . kedua - duanya adalah berbeza . rasa pun BEZA . sebab bahan asas TETUMONG adalah BERAS . bahan tok buat KELITAH pla adalah UBI KAYU . amoy sendiri pun tak pasti sama ada makanan ni makanan tradisional masyarakat MELANAU atau tidak ? atau semua masyarakat pun tau buat kuih ni ? bahan - bahan nak buat pun simple hanya perlu MYR 0.00 sahaja memandangkan semua item boleh di dapati di belakang rumah kak jah jiran sebelah kepada sepupu nenek kelsom kampung seberang ~
BAHAN BAHAN
- Beras yang dikisar halus secukup rasa . hehe ~ (setiap rumah mesti ada!) ; contoh 1kg BERAS
- Kelapa parut secukup rasa . hehe ~ (belakang rumah ada 4 pohon kelapa yang berbuah dengan jayanya) ; cth 1 BIJI KELAPA
- Daun pandan untuk kulit . secukupnya (ni ponn belakang rumah banyaakkk)
- Air . Jangan banyak sangat ! nanti doh cair (--") ; cth 1 GELAS AIR ++
- Garam . secubit yang paling sakit . jangan banyak sangat ... terlampau masin siapa nak makan ?
CARA MEMBUAT ; Gaul semua bahan guna senduk . bukan guna tangan ! haishh ...
begitulah rupa doh beras kisar dan kelapa parut yang di gaul bersama |
waaa... hati manyak sinang ... tetumong banyaaakkk ! ♥♥♥ BELUM BOLEH MAKAN ! |
Siap diberi baju semuanya ! rebus beberapa minit sampai masak . =') |
GAMBAR DAH MASAK ?
lebih kurang jer warna dia . cuma inti akan jadi keras lerr . warna daun pandan pla jadi lebih kusam gitu ... rasa dia lemak lemak ♥♥♥ amoy suka !
amoyella : taa best la template nih . tak leh tempek gambar besar gedabak sepenuh hati .
1 MURID MINTAK CUBIT:
Post a Comment