04 January 2011

Aku Nak ITU. Nak! Nak! Nak!

Seperti semalam... tunggu lecturer yang tak datang ke kelas memang memenatkan! Bukan main lagi Amoy datang jam 7 subuh... haih. Mengusahakan kilang tai mata adalah lebih berfaedah daripada duduk tercongok dalam kelas tanpa buat apa-apa. Nak angkut laptop ke kelas, terlampau gemok dan overweight lah pla ni enche' dell. Amoy rasa...seploh kilo kot enche' dell ni. Lepas ni nak berdoa supaya sebiji vaio pocket laptop jatuh ke riba~


Eh...ini bukan punggung wajib tayang 
Inilah vaio yang masuk mimpi Amoy sejak akhir-akhir ni
sila abaikan jenama jeans yang sedai model tu pakai.
Ahh! KENAPA GODA AKU WAHAI VAIO? ='(


Nak kaler MERAH!
Nak juga PUTIH!
huhuu...Vaio ni goda Amoy ka...Amoy yang tergoda?

Huhu...ni la jantung, hempedu, hati, limpa serta usus wanita *memandangkan tahun ni masuk 21, Amoy jadi wanita sudah* yang selalu gila nak barang baru. Orang lain ada mini laptop, dia nak jugak. Dasar wanita kurang iman bershopping. Yuuuhuu!


Ohh...nombor 4 angka, silalah cepat-cepat mengalir ke dalam akaun!

TATA!

03 January 2011

Perjalanan 2010/2011


Entri ini adalah entri yang terpending semenjak 1 JANUARI 2011. Memandangkan suis soket yang minta puji, Amoy tak dapat nak bercakap menulis panjang-panjang mengeleber pada hari berkenaan sebab terpaksa DIETkan battery Cik Lappy. Jadi petang ni tersampai juga membuang hajat. Tapi tidaklah sampai ke tahap selulit...rasanya... =')

heheh!

31 DISEMBER 2010 : 
Tepat jam 06.30 Amoy dah bersiap-siap bertolak dari rumah menuju ke Jeti Oya. 
Naik speedboat untuk ke Sibu. Berbanding guna jalan darat, Amoy lebih suka naik speedboat sebab tambang mahal selesa dan tidak memabukkan! Lagi pun cuaca sejuk-sejuk awal-awal pagi kat Sungai Rajang best oh. Sabahan cakap siokk! ^^

Ini gambar dekat TERMINAL SIBU
Yang bulat merah tu speedboat yer bagi yang tak penah naik! ...muat tuk 16 orang ja. Kalo nak lebih pun okey ja sebenarnya... Tapi Abang Polis Marine marah marah~ tak kasi
Yang bulat  kuning pla express. perkhidmatan express xda pla kat kawasan Amoy. Ni bagi kawasan Matu/Daro, Kapit, Sarikei, Kuching dan lain-lain.
yang bulat kelabu tu...boat penambang untuk kawasan terdekat ja.
Apa? Belakang tu? Oh..itu feri pelancongan kot... ritu nampak cam mewah jee



Keadaan di terminal yang tak longgar
Semua orang nak balik...Almaklumlah...hari Jumaat kan cuti Bola.


Amoy pun tidak ketinggalan untuk turut serta menidak longgarkan keadaan Terminal.
Ops...yang kena bulat tu beg orang yer . hehe


Baiklah, kat Sibu menginap semalam kat rumah kazen
Sempat juga pegi melawat orang sakit. Tak sesuai pula nak posing-posing tepi orang sakit.
JADI TAKDA GAMBAR. macamla orang minta gambar ceh!




1 JANUARI 2011
hokei ! nampaknya end dan early year dah bizi macam perdana menteri.
Tuan-tuan dan Puan-puan : Ini adalah Belon MasWing MH3182 bang to Kota Kinabalu.
Bertrip macam pelancong... walhal dibumi sendiri!
Amoy nak cepat naik. Steward encem sedang menunggu. =')


Agak jahkun bila sampai KK nampak BIG SCREEN ni. 
hamboi hamboi... tahan panas ke Enche' TV ni direct bawah the sun?
Punya panasss cuaca kat KK. Berbeza sangat ngan Oya. 
Kesan Rumah Hijaulah katakan


Seriously. haku yang kuat tido ni pun jadi tak tido disebabkan segala urat-saraf termasuklah urat yang tersebut terasa mau putus memandangkan perjalanan KK-Keningau diselubungi hujan lebat, hujan kuat serta hujan deras. apa beza?
Geli-geli haku ya ampunnn... tgok gambar atas tu... dahla hujan, berabis berkabus dan berkabut serta berawan lagi tu perjalanan dia.
Tepi jalan pula gaung-gaung kelaparan.
Haihhh! ='(
dan semamangnya segala bulu-bulu non-stop meremang sepanjang perjalanan.



Dan akhirnya sampai juga di Keningau
dengan selamat
PERKARA KECIK PON NAK KECOHKAN...HEHE


TATA!











02 January 2011

L.U.B.N.A.N

Nama saya Lubnan. Saya suka duduk atas laptop sebab rasa suam suam laptop



Kehadapan blogku.. sebenarnya entri ni tidak penting langsung untuk dibaca. Tapi penting untuk Amoy merapu menulis sambil menyampaikan isi hati yang besar yang dah agak over ni. Okey, Amoy dah bagi warning awal-awal. Kalau Amoy terlampau berkata-kata sila minta mahap yea tuan tuan dan puan-puan. 

Hari ni dah masuk hari kedua Amoy berhijrah ke Bukit Langsat, Keningau, Sabah. Amoy rindu sangat ngan Si Lubnan kat Oya sanaaaa... wuwu... hari tu sempat juga menitiskan tai air mata juga sebelum melangkah pergi dari rumah...perghh...bajet ayat novel cinta. Huhu...betul. Amoy rindu sangat ngan Lubnan. Belek2 gambar dia. Huhu... ='(

Lubnan...ingat lagi tak bila Amoy bagi ko mandi air suam-suam?



Lubnan... ingat lagi tak bila Amoy peluk dan rasa suam-suam sampai ko tertido?

Lubnan... ingat lagi tak bila main gigit-gigit kat kaki dan tangan Amoy yang suam-suam ni?


DAN SESUNGGUHNYA... LUBNAN MASIH INGAT AMOY KAH? ='(


Nak crita pasal perjalanan Amoy ke sini...tapi tunggulah, nanti la  kot kalo Amoy rajin nak hapdet lagi. Sekarang suis kat bilik Amoy minta puji tak mo salurkan tenaga karan snd bhd. 
Jadi nek tulis entri kontot dan renek-renek sahaja.

TATA!
 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com