Showing posts with label ♥ CANTIK SIHAT. Show all posts
Showing posts with label ♥ CANTIK SIHAT. Show all posts

30 August 2013

AZULEN AND PURIFYING AMPOULE REVIEW



assalamualaikum people !


dah lama tak story morry tentang review - review product nih . noww ... amoy dah ada satu benda baek punyerrr nak kasi share . tapi tapi tapi kann... mungkin lain orang, lain effectnya . but for me ? sangat sangat ohsem . camne leh kenal product ni? thanks to my dear cuzzie yang upload gambar ampoule di instagram . dan waa terusss suka muehehee . amoy ni memang jenis yang suka cubatrytest (dan sebab harga yang affordable jugak lah) kalo harganya 100 takde haku nak hambek . taubat .


taaadaaaaaaaaa... !


DERMATONE France

gambar hasil penculikan dari internet


apa yang ohsemnya ...? 


heee amoy baru menggatal nak guna tiga botol . kiranyaaa dah dalam 2 minggu je . tapikaannn ... ada satu jerawat batu + stone yang maha besar amoy ni dah kecut dengan serta merta . penyebab utama jerawat batu+stone yang dikenal pasti adalah keaktifan mengudap pelbagai jenis dan variasi kacang raya semasa beraya pada hari raya yang lalu . selain itu ... terdapat juga beberapa ketul jerawat comel melata di bawah bibir yang wujud di sebabkan menstrual circle . haaaa gitu . jerawat kat muke amoy skarang ni jenis yang akan wujud time period dan kalau makan kacang . haaaa gitu . kau hado ? 


kalo bab bekas jerawat tu jangan kira lah . itu memang macam dah permanent scar >.< i hate u scar ! ermmm amoy pernah cerita pasal jerawat kronik lagi dahsyat amoy dulu - dulu .


ok berbalik kepada kata kunci yang telah di sebutkan pada tajuk di atas , ampoule dan jerawat besarrrrr dahku . jyeahh ! seminggu jer weiiii . setelah menggunakan ampoule , jerawat tu kering without pemicitan .. now sekarang , tinggal kesannya >.< gelap yang bulat . tipulaa khenn kalo nak cakap xda kesan scar . jerawat besaaarrr tuuu . omooo ommoooo -.-'


harap - harap cepat - cepat la scar ni hilang sebelum pembentangan kajian tindakan . eh?


laagiii satu , apa yang amoy perasan ... bukan jerawat jee yang mengecut tau , tona kulit amoy cerah 1 tona (dengan yakin mengakuinya) dan nampak rosyrosy . haaa gituu ! ^_^ 



its mineeee !

cara penggunaannya , patahkan jer tu batang ampoule dan sapu di kulit . amoy guna kedua-dua jenis sekaligus hokei . 

Azulen ampoule (bluewish) For sensitive and dry skin. azulen is a pure extract of Germane Camomile Flowe that has anti-allergen properties. they will calm, smooth and protect sensitive skin, prone to resness. the emollient and soothing properties of glycerin provode suppleness to the skin by resporing the hydrolipidic film of the skin.


Purifying ampoule (yellowish) this particular ampoule is for people with oily skin and prone to acne and pimples. it has antiseptic effect on acne and pimple skin and helps to regulate excessive sebaceous secution and soothe irritated area. used it for 10 days and your acne and pimples problems will clear up.


nah pandaipandai ler korang translet sendiri yerr. tak kuase haku


kenapa ampoule ni best ? sebabbb sebabb ... kulit kita akan dapat pure extract ampoule dengan secara langsung lagi terus menerus . sapu jer dan terus serap ke dalam kulit muka . jerawat pun was-was dan tak jadi nak timbul . dan tak payah dah nak tunggu -tunggu lagi macam makan capsule . cehhh memandai jepp haku buat teori sendiri . but this is make sense hokei , *bak kata kawan haku >.<

amoy dapatkan ni benda dari my cuzzie . hanya RM54 untuk 2 set (20 ampoule). untong tak? untong tak? sebab selalunya kalau nak minta ampoule vitamin c d saloon , mesti kena cas RM20 untuk sebatang . mahal . amoy tak taw la pla dari mana dia dapat sumber ampoule jenis ni . yang pasti dapat di area Kota Kinabalu . heee .... cerrr gugel . lepas ni nak toraiiii yang untuk scar lah . collagen ampoule maybe . teheee . tu pun kalo pokok duit-duit amoy tumbuh dengan subur >..<



amoyella : saja nak share benda baeekkk . iklan tak berbayor . uhuk uhuk T.T  kbai !



24 July 2012

TIPS KESIHATAN DI BULAN RAMADHAN




ASSALAMUALAIKUM . SALAM RAMADHAN . SALAM PRAKTIKUM


Minggu Pertama praktikum adalah minggu yang amat memboringkan jiwa dan kalbu dahku . Tiada apa – apa yang dapat di lakukan selain  daripada melonggo muka bajet cute di bilik gerakan SK Menawo Keningau . Menunggu dan terus menunggu PKI menyerahkan jadual waktu mengajar yang rasmi . Harap – harap Isnin depan baru kena beri . dan terus kena observed pada minggu yang sama . matai . simpang melaikat 44 . Keadaan disekolah ni cukup menenangkan dengan udara perbukitan yang syahdu . burung – burung berkicauan riang . angin menderu menghempas pantai . okey ayat last adalah pentipu ! kesimpulannya jiwa guwa kosong sekarang nih . mau makan erkk … bulan ramadhan lah pla (--“) amoy amoy … astaghfirullahal-azim


Di kesempatan ini ; guwa selaku typewriter , editor , designer , publisher dan typo-er @ amoyella.blogspot.com yang sedang menjalani praktikum dengan bahagia ini ingin mengucapkan SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK bagi semua pembaca yang beragama islam (^_^) rebutlah peluang yang ada ini untuk repair diri masing – masing . amoy harap ramadhan kali ini akan membawa perubahan ke arah muslimah yang shomel dalam diri amoy sendiri . aminnn .

Wah ! sempena bulan ramadhan ni juga … jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri memasing . kena minum air banyak – banyak agar badan tidak terhidrasi (-_^) dan supaya kulit tidak kering . korang tau tak … kalau badan kurang air . jerawat ponnn cepat naik .  urghh pengalaman sendiri =P mybe sebab toksin menjadi semakin tepu under skin layers dan breakout menjadi jerawat . foinee teori sendiri (--") Keadaan cuaca di bulan suci Ramadhan sangat berpengaruh terhadap kecantikan diri anda. Ditambah pula dengan mengerjakan ibadah puasa, sudah tentunya badan anda akan mengalami kekurangan air yang amat penting untuk tubuh. Kekurangan air memberi kesan tersendiri pada badan dan keadaan kulit terutama kulit muka. Kulit muka akan menjadi kusam, kasar dan kering. Untuk mengatasi keadaan ini, ikutilah beberapa panduan ini. guwa cedok dari SINI haaa =')


Keperluan Air untuk Kulit Muka
Anda perlu minum air putih sebanyak yang mungkin ketika bersahur dan berbuka puasa kerana kesegaran kulit diperoleh dari jumlah cecair yang masuk dalam tubuh. Secara purata tubuh memerlukan 8 gelas air sehari. jangan bilang ngaaa tahu ! Elakkan minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretic atau mendorong pengeluaran air kencing walaupun anda adalah penggemar tegar teh orang kampung >.< And anda juga boleh memakan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur untuk membantu kemasukan air dalam tubuh . maka tidak hairanlah kalau amoy bleh beli 8 jenis air sekaligus di bazaar ramadhan . nafsu nafsu nafsu ...


Penjagaan Kulit Muka di Pejabat
Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh kekalkan dengan air mineral dalam bentuk spray. Semburkan air mineral ke wajah untuk menggelakkan kekeringan. bawa sebaldi air pun tak pa . asal jgn diminum di siang hari . hehh . batal puasa , amoy takmo tolong bayar ganti .


Gunakan Krim Pelembap
Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan skincare yang sangat penting di bulan puasa. bukan setakat bulan ramadhan , syawal rabiulawal rabiulakhir muharram safar jamadilawal jamadilakhir rejab sya'ban semua segala bagai pun korang kena gunaaa pelembap untuk kulit ! nak cantik kah hindak niii ? sudalaa lepas ramadhan ni syawal . jangan lupa yepp sedare sedari cikebum cikebum . Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim yang mengandungi kolagen untuk memaksimumkan fungsinya . hada labo pon bolee seja ^_^


Masalah Nafas Berbau
Salah satu masalah yang sukar dihidari ketika berpuasa adalah masalah nafas berbau. Untuk mengatasinya, banyakkan minum air ketika berbuka dan bersahur. Gunakan juga ubat kumur yang mengandungi antiseptik. ni pun haku perlu hajor ke ? kenalah menjaga sensitiviti hidung orang lain . aiyarkk =..=


Sememangnya kecantikan dan penjagaan kulit muka amat penting terutamanya bagi kaum wanita. Tetapi harus diingat di bulan Ramadhan yang mulia ini kita juga perlu menjaga kecantikan dalaman (rohaniah) dengan menggandakan amal ibadah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dan memohon keampunan daripadaNya. 


amoyella : wallahualam 

09 May 2012

EXAM MODE : VIT-C vs COFFEE

SALAM  ♥  SEKALIAN

Today ... amoy nak setadi . aisehh . mau jugak nak heboh serata dunia . piraahhh . nak study kunun walhal sibok jaaa menstalker belog orang . kalo x setadi pun mesti amoy pergi packing dan kemas apa-apa yang belum terkemas di dalam bilik nih . bajet rajin lahhh sangaaaaaaaaatt

ehemmm lebih kurang tolak tambah darab bahagi : tinggal 6 hari ja lagi exam . aigooo ... cuak giler tangkai jantung hati amoy ni memandangkan untuk sem kali nih amoy sangat merasakan superrrrrrrrrrsaiya malas even amoy tahu otak amoy ni dah agak lemau , dek terinfected oleh maggie mee dan sardin juga yang sewaktu dengannya .

sesekali rasa jelous jugak tengok rumet amoy setadi . tapi tapi tapi bila pegang ja buku , tak sampai 8 point ponn nota yang amoy tulis ... dahhhhhh ada syoitonnnirrajim bertarzan di bulu mata guwa . nak minum kopi ... emmm ... orang cakap kan . kopi tu boleh memusnahkan vitamin C dalam badan . tapi tapi tapi amoy tak tawu lah pla sejauh mana kebenarannya . memandangkan amoy sangattt sayang dengan vitamin C yang ada di dalam badan amoy ni , so amoy tak mo lah ambil kafein (kopi) .

antara kepentingan vitamin C ialah ;

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet. SUMBER

naaa kan... bila dah terbaca artikel ni . terus amoy rasa takmooo suda minum kopi . takut kopi memusnahkan vitamin yang ada . ehem ehem ...sudahlah ciputtt jak vitamin C yang ada . ni nak di musnahkan plaa ... (--")

OKEY . petang ni guwa mau outing . mau beli buah (konon) . semangat baharu ehem ehem

amoyella : masalahnyaaaa sekarang ... kopi juga memiliki khasiat yang sangat banyak . omoo omoo ... terpaksalah guwa pergi starbuck cuti nih .hak.hak.hak

tak kuaseee haku nak menolak kopi secute ini

takkan kopi secomel ini menghapuskan vitamin C ?

amoyella : vitamin C atau coffee ? dua2 bolehhhh ?


27 April 2012

TIDUR BERLEBIHAN PUNCA GEMUK KE?

salam sayang my dear reader =')

hari ini merupakan hari paling boring amat gila gabang sedunia . sampai berkepuk - kepuk dan tahi mata dahku tidur sepanjang hari ni . tetap juga masih mengantuk sebab tidak tahu mahu buat apa sudaaa sekarang . asaimen semua dah siap . study untuk exam ? hurm ... belum ada mood untuk itu . sobs sobs ...

apa lagi yang nak dibuat ? movie ? amat menyadiskan sebab keningau ni tiada panggung wayang . movie via laptop sendiri ? semua dah khatam . running man ? entah kenapa amoy rasa sangat boring tengok running man . takdelah lawaknya sampai buat terburai kentut amoy ni untuk ketawa . so so jer . (--") mungkin episod yang amoy tengok tu bukan episod yang lawak kot . atau amoy ni kurang penghayatan . mungkin juga disebabkan penguasaan bahasa korea dan bahasa inggeris yang kurengg kot ? teheee  o.O

alih - alih amoy baring sambil membaca novel . INGAT JANJI KITA . membaca membaca dan membaca sampai novel tuh yang baca amoy . isk isk isk . boring sangat sangat sangat . sampai rasa nak putus dah idea amoy memikirkan apa amoy akan buat esok . rasa macam nak kemas barang tuk balik sarawak pun hade . walaupun sebulan lagi baru cuti semester (T T) . tiba - tiba timbul satu mentol atas kepala : NAK PERGI KK lah !

tiba-tiba mentol berkenaan malap dan terus terpadam bila memikirkan elaun belum masuk . aishhh ... nak tengok avengers ='(

*** blur ***

terus pergi godek godek file gambar . na kannn ... terupload dah tanpa semena - mena



gambar time di SK Biah , really miss that school damn much ... i miss my students 4A and 5B


ya i know, this side's capture is not my  side . look very bolat . sobs sobs 


bila masa lagi haku mau kurus ni . sobs sobs ...

kalo hidup amoy ni tidor makan tidor makan jak ... memang makin membolatlah . aduii (--") bangun-bangun tadi terus tatap muka di cermin . manatau kot - kot timbul cik jerawat . alhamdulillah tiada . tapi tapi tapi macam makin bertambah pla diameter muka . ohmaigaddd ... muka macam terlebih makan ramen pla . andduuu !


amoyella : sepatutnya time elaun tiada gini dapatlah "menguruskan" diri . tapi makin gedabak adalah . apapun, kau hado ? syukurlah sebab rezeki itu masih ada . 

=') 



06 April 2012

MENUJU KE OBESE . OH TIDAK !!!

Salam Peeps! 
grenggg grenggg grenggg....! tepuk tangan... tepuk tepuk tepuk !


THE RESULT (--")

inilah kesan - kesan selepas menghabiskan 2 pek susu everyday lemak berkrim kesukaan anak tekak dan usus comel dalam masa sebulan . juga apollo bersalut kerim cekelat kegilaan sejak dari kanak - kanak sampai kini . juga megi assam laksa + sambal bilis feverette wajib makan saat kelaparan tengah malam . tidak ketinggalan biskut susu sheralac homemade kecintaan hati . dan akhir sekali kesan daripada ayam goreng kepci setiap kali saat mengidam bila tiba time period . perempuan . haishhh (--")

kesannya :
  1. badan semakin mantaps dan mengurus serta langsing .
  2. tulang belulang jadi semakin kukuh .
  3. lemak berkurang .
  4. OK semua di atas adalah tipu-tipu belaka .
  5. MAAF



sebenarnya... huhu... setelah buat ujian pass wellness menggunakan "MESIN AJAIB" arrrgghhh serius amoy tak tahu apa nama mesin tuk timbang tu . yang amoy tahu ... naik atas penimbang dengan syarat buka jam tangan dan tanpa stoking . 

result yang amoy dapat ada dua . BAIK dan BURUK

kita mulakan dengan result yang BURUK dahulu :
result ni terbahagi kepada SANGAT SIHAT , SIHAT , SEDERHANA dan OBESE

  1. Lemak Badan 27.4  ='( SEDERHANA
  2. Kadar Metabolisme ='( SEDERHANA
  3. Jisim tulang ='( SEDERHANA
  4. % Air dalam badan ='( KURANG!

RESULT YANG BAIK =')
  1. Kalau tinggi 158 (berat badan ideal 50-56) IDEAL ! =') berat terpaksa dirahsiakan atas alasan tertentu . hahaha
  2. Jisim Otot = AKTIF  =')  =')
  3. Tahap fizikal = STANDARD
  4. Umur BMR = 20 tahun wow! wow! muda 2 tahun dari umur sebenar keh keh keh...
  5. Lemak Viseral = Sangat sihat kekeke =')

oleh result yang demikian ... hari ini amoy telah membeli vitamin C 1000mg untuk menambah dan meningkatkan kesihatan . dan berubah kepada susu anlene rendah lemak . goshhh (--") this was really not me ! outing hari ni tidak lagi membeli maggie my favourette . sobs sobs ... 

dan dan dan ... my sista just bought me waist trimmer from watson today ! sebab ada less 50% kunun . hehe . thanks sis (^_____^) 

p/s : tetapi amoy tak dapat tahan nafsu nak makan nasi GORENG kampung pedas . lalu TERorder pla tadi .  sedappp ... heheh ! 







07 January 2012

TIPS CANTIK SIHAT : HADA LABO

BY AMOYELLA

Salam People !

Hoihoi lama dah tak taip entry baru . almaklumlah mood MALAS sedang bermahajaralela dengan bersungguh sungguh sekarang ni . ehem ... laptop baby amoy rosak lagi . sobs sobs ... rosak kenapa ? rosak WIFI adapter dia . sedih guwa der ! nampaknya terpaksalah amoy kembali ke pangkal jalan dengan encik dell si tua bangka ni . sudahlah amoy takda berokband , harap wifi 120%

ok beklah kali ni amoy nak bagitahu ... amoy officially tukar product sudaa ... ! Khamis . Jumaat . Ya baru dua hari yang lepas ! hehehe

14 December 2011

TIME TO CHOOSE

Salam dearest !

Nampaknya cuti amoy tinggal dua minggu ja lagi . sedih semangat wa derr . amoy malas betul nak kembali ke sekolah . perkara normal lah khenn ... malas nak mandi air sejok awal pagi . turun kuliah . makan berbayar . arhh amoy tak suka kepalingan yang itu . ya . makan berbayar . jadi makan di rumah tak berbayar ? memanglah kan ... mak yang bayar keperluan dapur . kalau kat asrama duit sendiri yang kena keluar . (--") kalau awal semester takpelah ... kaya raya ...  tapi kalau dah hujung semester ... hurm ... susah nak cakap . kulit siput sedot pun rasa nak telan .

cuti kali ni ... Y . E . S betul betul buat jantung , limpa dan hempedu amoy sakit . dapat tengok sambil berputih mata jaa . huhu . tungggguuuu laaa ! ada lori ada bas , ada hari amoy kebas !

apapun ... perasaan amoy sekarang ni sudah kembali stabil dan normal . tiba - tiba kecintaan amoy tidak lagi terfokus kepada Y . E . S . sekarang kecintaan amoy telah terjatuh hati untuk tukar PRODUK SKINCARE . kekeke ... memandangkan kulit amoy dah tak huduh macam dulu . amoy ingat nak tukar produk . SET SENDAYU TINGGI amoy pun dah nak abes . yeay ! masa untuk ANJAKAN PADADIGMA ! paradigma lah sesangatt (--") 

tapi - tapi - tapi amoy tak tahu lagi nak tukar apa . dalam kepala amoy banyak betul nama yang timbul ;

  1. MARY KAY ( BOTANICAL )
  2. HADA LABO WHITENING SET
  3. SENDAYU TINGGI SET PURPLE
  4. SNAIL SET
hurm ... masa masih banyak lagi nak baca review - review pasal produk skincare . sabar amoy . sabar ~



amoyella : waaa ... tak sangka SETIA ngan SENDAYU TINGGI ni DUA tahun lebih dahh . walhal amoy ni sebenarnya jenis yang cepat keboringan dengan bau - bau produk . dah tiba masanya nak tukar . tukar . tukar . lalalalalaaa



12 December 2011

STRESS PUNCA JERAWAT

Salam Peeps !

sabar jelah LIMPA dan HATI amoy ni bila call MASWING pagi tadi , diorang cakap FLIGHT SBW ke KKIA T2 ( 02 . 01 . 2012) sudaaa FULL ! nampaknya amoy kenalah ready untuk REDHA dan PASRAH menerima surat PINK manja daripada pihak Hal Ehwal Pelajar nanti . Daftar Kolej Kediaman 1 / 2 Jan 2012 , daftar opsyen 3 Jan 2012 . hooorraaii ! amoy tak sempat nak book flight dahh ! 

Apapun disebabkan hal ini ... seketul JERAWAT telah timbul serta merta di bunga hidung amoy ! tension wa derrr . kemain wa jaga kulit wa ni . akibat stress sikit pasal tiket flight berkenaan ... timbullah puleks gunung berapi dahsyat di bunga hidung ini . serius bermaharajalela . huhu 

bukan setakat tu ja ... amoy dapat rasakan gelombang STRESS telah mengaktifkan gelora HORMON yang ntah apa nama dia , juga hormon berkenaan telah meranapkan pertahanan kulit lantas menjadi tunjang punca kuasa dua JIRUS MINYAK SEBUM yang banjir setinggi 1.52346543 meter di T_ZONE amoy . hurmm ... orang baru nak cantik ... dah kena huduh balek ...

nampaknya ... untuk meneutralkan balik keadaan ... terpaksalah amoy fokuskan kembali tumpuan amoy untuk fight oooo ... oh GEJALA JERAWAT ini agar diorang tidak menyuburkan diri memasing .



amoyella : susah betul nak jaga kulit ! skincare kena jaga ... makan kena jaga ... hati pon kena jaga ! haishh ...


27 November 2011

TIPS CANTIK SIHAT : 3in1 MASKER AND SCRUB WITH WHITENING

macam biasa gambar rembat di GOOGLE IMAGE
ehem ... ada juga tu naa watermark di sana


" Penggunaan skrub dan masker amat membantu di dalam perawatan wajah seharian. Ia juga amat digalakkan bagi mereka yang sukar mendapatkan rawatan ’facial’ di salon. Ramai juga yang beranggapan proses memakai masker seterusnya rawatan skrub mengambil masa dan melecehkan. Namun kini tidak lagi. Produk terbaru yang diformulasi mengikut jenis kulit ini merupakan produk 3 dalam 1. Ia adalah masker, skrub dan juga kaya dengan agen pencerah kulit. Setiap set juga mengandungi fungsi yang berbeza serta bahan utama yang berlainan mengikut jenis kesesuaian kulit. Wajah juga lebih cerah dan halus selepas penggunaan pertama ( kesan berbeza setiap individu ). "


quotes di atas amoy curik di SINI


cara guna ;

  • Picit sebesar duit syiling 20 sen dan sapukan pada seluruh wajah dengan sekata sebagai masker.
  • Selepas 10-15 minit, basahkan tapak tangan dan sental pada wajah dengan lembut.
  • Lakukan urutan secara menaik pada wajah selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
  • Gunakan 3 in 1 Masker & Scrub with Whitening dua kali seminggu.

amoyella : sebenarnyakan ... scrub ni hilang dalam rumah amoy ni . sobs sobs ... selepas amoy buat facial untuk mama 2 malam yang lepas , amoy lupa dah amoy letak scrub ni dekat mana . NYANYUK SUDAAA ! ='( uwaaa... terpaksalaa keluarkan budget beli baruuu !

23 November 2011

PRODUCT REVIEW : BIO ESSENCE AQUA BB CREAM

Salam peeps !

Today amoy seperti biasa bangun awal pagi untuk solat , sarapan , gosok dan sikat bulu anak kucing sahaja , ibu ayah diorang tak payah ... dan barulah mandi . bestnya time cuti ni , tak perlu paksa diri sendiri mandi awal pagi dengan air sejuk yang maha kudus dari paip dekat Keningau . setiap pagi mesti akan termenung sebentar lapan saat depan paip sama ada nak teruskan mandi atau tidak . sejuk sampai ke tulang sum sum . hurm (_ _'') dan terus selepas itu mengharungi kabus tebal untuk ke kelas . bagus kalau ada lecturer masuk kelas . kalo teda ? rugi ja penat - penat iron baju kurung dan tudung . membazir air untuk mandi elektrik ! membazir semangat mo kuliah .

cut the crap potong itu tahi . 

Tujuan amoy menulis hari ini nak membuat review pasal Bio Essence Aqua BB Cream . bolehla dikatakan sebulan dah amoy guna product ini . ni pun gara - gara BB cream skin79 yang amoy guna sebelum ini HABIS DI PASARAN . memandangkan dah terlampau desperate dan habis licin dah saki baki BB skin79 tu amoy guna , nak tak nak amoy kena gak ah cari yang baru . godek godek SEguardian , akhirnya amoy buat keputusan beli BioEssence Aqua BBcream . actually ada 3 series yang di sedang hangat di pasaran iaitu ;

amoy sedang guna yang BIRU =')



Kalo korang ada baca entry pasal kulit amoy yang euw euw , di SINI , mesti korang faham betapa susahnya nak cari produk yang sesuai untuk kulit VERY OILY and SENSITIVE seperti yang amoy hado , kau hado ? non hadoo dek ... so , dengan yakin untuk menanggung segala risiko yang bakal berlaku , akhirnya amoy buat keputusan pilih yang BIRU ~

actually , untuk kulit yang bermasalah , adalah di galakkan untuk memilih produk berasaskan AIR . water-based product lah maksudnya . hohoi !

resultnya selepas menggunakan product ini ;


  1. 1st day guna memang kulit amoy macam tak leh adapt dengan cream ni . rasa oily semacam jep kulit . TAK MACAM BB skin79 ! but still amoy guna jugak untuk hari esoknya , dengan alasan wa tak de cream lain lagi ! hewhewhew
  2. Tapi bila masuk 3rd day , kulit amoy makin kurang berminyak der ... yeay amoy boleh senyum sorang sorang dah depan cermin . gagaga ! alhamdulillah syukur tuhan . 4th day dan seterusnya THIS BB CREAM GET BETTER and MORE BETTER BLENDS PERFECTLY INTO MY SKIN dan tidak kelihatan begitu tebal ! naaahh amoy pun tak faham dah bahasa inggeris yang amoy tulis =..=
  3. Apa yang penting , cream ni terasa sangat ringan dengan teksturnya yang lembut . Ianya juga mampu mengawal minyak yang bertan - tan kilonya di muka amoy .
  4. Kulit juga kelihatan lebih licin (PALING PENTING HAHA!) dan tahan lama tanpa menyumbat liang pori muka amoy yang dahulunya kaya dengan sebum ini ... huhu
  5. Sukanya ... semakin lama pakai , semestinya amoy rasa new born cell kulit ini jadi lebih smooth . liang roma pun menjadi lebih kecil . dan nampak lebih awet muka berbanding adik beradik lain . perghhh ! haha
harga ? RM60- 70 gitu lahh

amoyella : waaa.... makin hari makin tembam . ne kali lahh ...

22 November 2011

TIPS CANTIK SIHAT : COLON CLEANSER

Salam Peeps !

today amoy nak share pasal tips yang sangat euww euww sikit . diharapkan sesiapa yang sedang makan atau PENGGELI tak payahla scroll dan terus membaca . tunggu ada confident nanti u'olls baca keh ? tapi input yang amoy nak bagi ni kiranya sangat pentinglah untuk kesihatan jasmani dan fizikal korang ... tak baca rugi kot ? hmm

APA ITU KOLON ?

macam nak promote lah puleks khen ... tapikan amoy takdelah ada sebarang pemberatan nak iklan apa-apa produk kat sini . just sharing ilmu yang amoy dapat time kursus tempoh hari .

kolon ialah ;
  1. usus besar atau usus yang lebih rendah yang terdiri daripada cecum (usus kecil) , tiub rektum , kolon dubur yang panjangnya 5 kaki . berat kolon yang sihat kira-kira 4 paun tetapi autopsi telah mendedahkan bahawa berat kolon boleh mencapai 40-90 paun kerana lapisan mucoid dan hentaman .
  2. Kolon bertujuan untuk mengumpul semua sisa toksik penapaian dan menyebabkan perbusukan . juga membuang semua sisa pepejal dan separa pepejal daripada sistem . oleh itu , ia adalah seperti sistem pelupusan yang melalui layanan buruk berterusan dan boleh menjadi cesspool keracunan malar untuk seluruh tubuh badan .
  3. Tahukah anda ... waiseh , macam pakar pemakanan sudah amoy ni . keke . Percernaan yang tidak wajar atau usus tersumbat berlaku akibat pembiakan secara beransur - ansur lapisan tahi mucoid saluran usus atau tahi kronik !
  4. Perkara inilah yang menyebabkan usus terpaksa diselaputi sisa LAMA yang telah transform jadi toksin tanpa disedari . so even korang BERAK HARI - HARI selepas makan wajib berak ponn , sisa ni sebenarnya MASIH wujud dengan penuh kedamaian di dalam usus tanpa kena usir . euw sungguh ok . dalam kes perubatan , tahi kronik yang terpanjang pernah di LABUR kan adalah sepanjang 8 kaki . eaw
OLEH YANG DEMIKIAN , MARILAH KITA MENGAMALKAN CARA PEMAKANAN SIHAT YANG HARUSLAH DIMULAKAN DENGAN STEP PEMBERSIHAN KOLON ! 

BAGAIMANA ?

PHSYLLIUM


SERIOUSLY ... amoy tak tahu pun apa benda binatang phsyllium ni . apaponn , korang leh dapatkan phsyllium di mana - mana farmasi yang berdekatan . phsyllium ni gunanya untuk mengeluarkan tahi kronik yang telah lama parking dekat kolon kita . amalkan memakan sebelum tidur dalam jangka masa seminggu . insyaallah akan terkeluarlah segala TAHI yang memberatkan dan membuncitkan perut kita serta punca penyakit - penyakit yang sewaktu dengannya .

more info about phsyllium ? GOOGLE it !

phsyillium husk


nak contoh gambar tahi kronik yang telah keluar ?

tahi kronik yang giler panjang . sudah jangan tenung lama lama


amoyella : jangan takut untuk buang tahi kronik . serius amoy pun takut juga nak buat benda ni . tapi buat something lebih baik daripada nothing kan ?

(=..= ) alamaakk serius giler entry amoy kali ni . hewhewhew


17 November 2011

CONTEST SKINCARE AND HEALTH BY QMA

Salam readers !

amoy kena tag oleh rakan seperjuangan CONTEST SKIN CARE AND HEALTH

CIK IKA yang paksa amoy join . ngaahahaa . . . walhal diri sendiri yang terhegeh - hegeh nak ikot . ngeee !



sebut pasal kecantikan dan kesihatan ini yer tuan-tuan dan puan-puan , amoy semangat giler kental dan padu kot . sebab apa ? sebab nya ... amoy ni pernah mengalami masalah kulit berminyak berkilo-kilo meter padu , berjerawat ibarat cendawan tumbuh seladang , dan kulit ini sangatlah sentitif tahap euw euw ... 

sebut je pasal T-zone , jangan cakap T-zone , amoy rasa macam ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ-zone sudaahh masalah kulit euw euw amoy . jerawat all around face . nak keluar dari tempat persembunyian a.k.a rumah @ asrama : SUMPAH AMOY MALU . apa yang amoy boleh katakan , biji mata je yang suci murni bebas dari jerawat . bahagian kulit yang lain pula semua merah-merah ibarat terkena gigitan segerombolan lebah liar .

TIGA tahun amoy menghidap penyakit JERAWAT KRONIK BERKENAAN , ehem ! kini tidak lagi . setelah mencuba produk SENDAYU TINGGI kini kehidupan saya lebih bermakna . ayat iklan tak boleh blah wei ! haha 


terima kasih google menaja gambar ini

Mulanya , amoy nak give up dah menjaga kulit amoy yang huduh itu , try apaponn tak masuk ! ribu riban dah duit mak amoy amoy kikis . pisau cukur lah namaku semasa itu . selepas melalui tohmahan demi tohmahan akhirnya amoy tak jadi give up ( eh , boleh pla gitu khenn (_ _'') ) dan try OILY SET SENDAYU TINGGI INI . bukan itu sahaja , amoy sanggup berbelanja lebih dengan membuat facial acne SEMINGGU SEKALI selama 3 bulan . berbelanja lebih sebab duit sendiri yang keluar . sobs sobs . . . almaklumlah jauh sudah jauh dari ketiak mak . sebelum ni semua ongkos kikis duit mak . hmm ! sambung lagi . . . Kiranya beautician SENDAYU TINGGI tu suruh amoy korek jerawat setiap minggu . yang besar gedabak saiznya akan disedut menggunakan mesin . kau hade ? tapi best lah lepas facial . terasa diri amoy lebih muda dari junior kat maktab ni . gagaga . skincare by amoyella untuk diri sendiri pula begini ;

  1. Penjagaan kulit , wajibulghunnah dimulakan dengan CLEANSER . sedap je sental kulit dengan cleanser ni . beautician cakap , kalau nak cuci muka gunalah tiga jari ( hantu , manis dan kelingking sahaja ) supaya kita tidak press kulit dengan terlalu kuat yelahkan , press kuat sebab obses nak gosok jerawat yang bermaharajaladang dimuka . kekeke . 
  2. Keringkan muka dengan tuala bersih . lepas tu apply TONER . ingat ! apply toner dengan kapas ! bukan jari ! ini bukan masanya untuk berjimat . huurrrmm ... kita tak tahu apa yang ada di celah kuku masing - masing . kot 2 ada sambal belacan terpalit ke . tai idung masin ke . eh . . . euw
  3. Ketiga , amoy selalu apply GEL dulu . terutama dekat kawasan jerawat subur . barulah diikuti tempekan BEDAK JERAWAT dekat jerawat yang baru nak subur . . . ohhoi ! amoy amalkan dua benda ketika fajar terbenam sahaja .
  4. Kelima , SCRUBBING ! amoy suka niiii . . . sental sental muka dengan scrub dia rasa heaven . sebab amoy rasa kulit amoy akan lebih cerah setelah buat scrub dengan scrub ST ni . oh srcub dia multifungsional . boleh juga dibuat masker . amoy buat scrub ni tak kira masa . sekali sehari atau sekali dua hari atau sekali tiga hari . ikut kerajinan dan keobsessan sendiri . sebab amoy rasa banyak sangat sel kulit mati yang perlu dibuang setiap hari . jangan jak nanti menjadi daki . berlompang diwajahku ini . rakan-rakan ; scrubbing penting untuk buang sel sel kulit mati . silalah buang ia . biar kulit kita semakin hari , semakin berseri . . .

ok finished about skincare ! now is about cosmetics . very simple tuan-tuan dan puan-puan . sekarang amoy guna BB CREAM BIO-ESSENCE AQUA . ni baru jep amoy guna . Hari tu BB CREAM SKIN79 . best gila BB skin79 tu tapi ... maigad ! TIADA SUDAH DI PASARAN ! habis dah orang pergi beli semua stok BB skin79 di kedai itu ! omooo omoo . . . sudahlah hanya satu tu sahaja kedai yang amoy jumpa jual BB skin79 ni . nak beli online takut pla tak ori . nak tunggu ? diorang tempah dari korea . ok lambat ! sedih gilew guwaa derr ! dan terpaksa lah amoy membeli BB CREAM BIO-ESSENCE AQUA ni . so far , it blends well onto my skin . love ! love ! love BB CREAM yang ni jugak . hehe
amoy rindu nak guna yang ni . sesuai untuk semua jenis kulit . tidak menyumbat pori ! mengawal minyak ! mencerahkan  (ehem .. paling penting ) ! berfungsi sebagai moisturizer , juga foundation . ringkasnya all in one lah !
yang ni amoy masih kabur - kabur lagi sebab baru satahun jagung menggunakannya .  so far , dia memang moisturize kulit amoy disamping menjadi pengkontrol minyak yang sangat baik .  


petua sihat dan cantik bagi amoy sendiri , lagi simple ... lagi bagus ... lagi jimat


amoy tidaklah pula mengamalkan apa-apa suplement . apapun amoy maintain mengambil makanan yang seimbang . awal pagi haruslah BREAKFAST ! ingat , brunch ( breakfast + lunch ) amatlah tidak digalakkan dan tidak baik untuk kesihatan . LUNCH perlulah nasi separuh RM0.50 sen (selalu kalau penuh cafe bagi RM1.00) kekeke . sayur full dan semestinya ikan ! malamnya pula amoy mengamalkan GREENTEA . sugar free off course ~ greentea membantu menyihatkan badan , melansingkan , awet muda , mengandungi antioksidant yang tinggi , membantu mengurangkan stress , mengurangkan kadar kolestrol , mengurangkan risiko asteoforosis dan mengurangkan alergi ! ini adalah petua perubatan cina . korang tau tak antioksidant sangat penting untuk menghindarkan kita dari kanser ?

edeii ... ada soalan bagai . macam kuiz lah pulak . (_ _'')

apa yang penting , setelah mengamalkan GREENTEA amoy rasa seketul jasmani amoy ni sihat sentiasa dan makin berseri - seri . cewahhh !

sekarang . . . masa yang paling menggerunkan

=
=
=
=

serius amoy gerun tengok kulit sendiri !
hurm (- -'')

INILAH MUKA WA DER . . . ACTUALLY WA MALU NAK UPLOAD GAMBAR HUDUH WA YANG PENUH JERAWAT ITU . SOBS SOBS . . .
gambar kedua tu wa edit jerawat , lobang bekas and parut jerawat guna  SET SENDAYU TINGGI  ( 2 tahun ) and BB-cream skin 79 . haha ! ALHAMDULILLAH amoy makin sayangggggg kulit amoy banyak banyak sekarang .



AMOY DENGAN INI MENGISYTIHARKAN SEMUA PEMBACA YANG MEMBACA ENTRI INI YANG MEMILIKI BLOG ADALAH DI TAG ! =')

amoyella : oh nanti amoy akan updet lagi entri ini beserta dengan gambar . gambar zaman kegelapan dengan kulit berjerawat ada kat laptop satu lagi . hehe . tunggu tauu !



16 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY



amoyella : weh wehh ! aku perasan cantik wei hari ni . mahu menjawab exam dengan khusyuk dan tawadhuk petang nanti . wish me all the best !

10 November 2011

TIPS CANTIK SIHAT : FAST FOOD

Salam peeps!

amoy nak share satu fakta hasil penyelidikan dan kajian secara persendirian yang telah dilaksanakan amoy secara berseorangan . amoy tak tahu adakah badan amoy sahaja yang menerima nasib agak malang yang tak berbau ini atau anda anda pun pernah terperasan akan hal ini ? almaklumlah sistem pertahanan diri amoy ni agak lemau lembik lembik sikit . hewhewhew . kau hado ? selemau lemau amoy ni , amoy berusahalah jugak ah nak membaikpulih diri sendiri sebaik mungkin memandangkan semakin hari semakin lemau tua tak sedar diri . =..=

normal dan sememangnya tepat kalau amoy katakan budak budak hostel tak dapat nak lari dari MEE SEGERA dan YANG SEWAKTU SEGERA DENGANNYA yang cepat dimasak sedap dimakan . ohh noo ! bukan amoy nak cakap produk produk segera macam mee segera ni baik untuk kesihatan . tidak tidak tidak begitu beloved readerku . amoy nak cakap , mee segera memang sedap . mee sedaap tu kegemaran amoy . kekeke . mee segera tu telah membuatkan muka amoy yang tumbam lagi bulat ini bertambah tumbam lagi bulat . betul tak tipu !

memang, kalo nak ukur tidaklah dapat nak membaca ukuran sebenar pertambahan saiz ketumbaman iteww . haha . memandangkan amoy ni hantu cermin jadi amoy nampak pipi amoy bengkak semacam bila over makan mee segera . kisahnya bermula bila last week ( time hari raya dan public holiday ) cafe tak bukak ! so untuk merefill perut yang sedang berlagu riang kelaparan , amoy sumbat dengan mee segera . pagi mee segera perisa sup ayam , tengahari bubur segera , petang mee segera perisa soto ayam dan begitulah sambung menyambung dalam beberapa hari . balik2 sumbat usus dengan produk berasaskan SEGERA . memang SEGERA lah juga pipi amoy menaik saiznya . kekeke

dan hasilnya jadi begini

isk isk . kembang setalam muka amoy . bukan setakat muka , amoy rasa perkembangan ini sepackage dengan bibir dan hidung . gosshh =..= sudahlah amoy ni memang dianugerahkan hidung XXXL .

amoy dah memberhentikan makan fast food buat masa kritikal sekarang ni . takut - takut nanti muka makin berkembang se ladang lah pulak kan . . . pesanan penaja , kalau nak makan mee segera pastikan ada gap . hari ni makan . esok jangan . jangan sekaligus cam amoy . sobs sobs sobs

amoyella : bilalah akan dapat tiket percuma balik sarawak ni . omoo omoo (_ _) sedih guaa !

05 November 2011

TIPS CANTIK SIHAT : HARI RAYA EIDUL_ADHA

salam peeps. aidiladha 2011 menyaksikan untuk kali yang keduanya amoy beraya di perantauan. aidiladha 2010 amoy beraya kat dalam kapal terbang lah pulekss... dah tu beraya di dua negeri lagi tuh. pagi di sabah. tengahari di sarawak. eh?

apaponnn amoy bersyukur sangat sangat sebab... sebabnya.... kat hostel ni takdalah benda macam kelupis, ketupat, buras, rendang, satay, kari dan kek lapis sarawak. jadi takdalah adrenalin amoy mengalir dengan laju laju 180km sejam dan membuak buak untuk menyambut hari raya aidil adha itewww. hewhewhew.

*sekadar menyedap rasa sendiri*

Puan Google : SILA HALALKAN GAMBAR INI =)


apaponn amoy nak mengeWISH : SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua sanak saudara dan sahabat handai yang mengenali diri guwa. guwa mau minta duit raya. kekeke

ohya! satu lagi... untuk kelihatan cantik dan fresh di pagi raya @ bukan setakat pagi raya jepp! buat bebeh bebeh.... everyday is speacial day for us...! jadi setiap hari kenalah maintain cantik dan sihat! bukan nak cantik je hokey, sihat adalah lebih penting. kacak luar, kacak dalam bak kata orang. so untuk itu amalkan simple skincare ini;

  1. makeup remover
  2. Cuci
  3. Freshner
  4. mosturizer
  5. foundation
*simple step to be great and gorgeous*

amoyella : kita tidaklah dilahirkan sebagai seorang model yang digemari oleh orang lain. tetapi berusahalah untuk menjadi model kepada diri sendiri, untuk kepuasan diri sendiri, model yang digemari oleh diri sendiri.

04 November 2011

TIPS CANTIK SIHAT : MAKE-UP REMOVER

Salam peeps! ini mungkin entri pendek sahaja. sekadar berkongsi maklumat yang amoy dapat time kursus kecantikan dan kesihatan. hari iteww... =')

amoy nak share 1 tips untuk membersihkan wajah daripada make up. well sekarang ni memang sangat banyak produk 'make up remover' di pasaran. dan yang amoy tahulah khen... yang paling feymous amos adalah daripada jenama silky girl dan maybelline atau mungkin sebab dekat area keningau ni brand ni jak yang paling menyerlah kot? kkikiki

tak tahu make up remover? make-up remover adalah product untuk membersihkan waterproof cosmetics. nak tahu kepentingan make up remover tu? mostly wanita pada hari ini menggunakan waterproof cosmetics  product! yelahkan... biar tahan lama sikit solekan kat muka dan solekan tersebut tidaklah cincai bila kita terberpeluh atau terkena gerimis atau terkena simbahan air. walhal, wanita langsung tak menyedari kepentingan make-up remover. so, product cosmetics yang kita tempek dekat muka kita takkan tertanggal dengan hanya mencuci muka dengan cleanser sahaja. korang perasan tak selepas cuci muka, pastu apply toner... comfiirmmmmmmm dekat pad kapas toner tu akan bertukar warna coklat sebab facial cleanser yang korang gunakan tu bukan boleh tanggalkan makeup. totally! emmm... ta tawulah kalo korang tak pakai toner. toner penting hokey! lain kali amoy buat entry pasal toner pla =) siapa nak amoy buat entry pasal toner? sila tinggalkan comment... hehe 

dan dan dan! no wonderlah jerawat cepat naik sebab liang liang pori dan sebum tersumbat dek kerana cosmetics yang masih bersisa pada kulit kita wahai wanita wanita sekalian... hewhewhew

berikut adalah contoh make-up remover terhangat di pasaran. sebenarnya ikut jenis kulit gak ahh... bagi kulit oily macam AMOY. kulit kita ni sensitif gila bila sakai dengan product pelik pelik. sobs sobs... kesian kat kita...





apa? amoy guna jenis yang mana? semua yang di atas tidak tersenarai dalam list skincare amoy. =') memandangkan kulit amoy yang sensitif macam kulit bayi ni... amoy guna yang niiii naa untuk mengganti make-up remover


cute kan make-up remover amoy? hehe... sebenarnya... wet tissue pon boleh menjalankan tugas make-up remover. dan fungsinya lebih bagus dan lebih disyorkan daripada menggunakan make-up remover sebab... sebabnya... wet tissue ni ada kandungan vitamin c dan e (boleh pilih sendiri sebab melambak variasi wet tissue bervitamin di pasaran), vitamin ni merupakan sumber tambahan untuk kulit yang lebih cantik dan sihat. lagipun wet tissue sesuai untuk semua jenis kulit.


so... bertindaklah pada hari ini. buatlah sesuatu daripada langsung tidak berbuat apa-apa!


amoyella : terima kasih puan google atas tajaan gambar. ouh... ter'panjang pla entri nih!



02 November 2011

1st TOUCH by AMOYELLA

salam peeps! aiseyymenn title hari ni macam tak bley blah jeeepp sambil cungkil gigi* 

hohoo... malam kelmarin amoy telah cuba mengaplikasikan teori dan praktikal bengkel kecantikan yang amoy hadiri minggu lepas. so dengan yakin dan tanpa was-was amoy cuba me'make over amoy punya twin. apapun sebenarnya... amoy masih belum berpuas hati dengan apa yang telah amoy buat. banyak equipment amoy tak ada. banyak sangat benda yang amoy tak tawuuu dan amoy nak tahu!... sobs sobs. amoy harap sangat amoy akan dapat peluang untuk belajar tentang teknik solekan dengan lebih mendalam lagi. at least amoy ada buat something daripada nothing rite?

make over is not about the makeups brands, it's all about techniques bak kata puan nurul

pagi ni tadi ponn amoy sempat menconteng muka dua orang kawan amoy dan buat normal facial untuk roomate

model ini memiliki kening sexy. tehee. comel
jangan hairan bila ada love love tu sebab amoy nak cover gadis interprem kat belakang

the datin of the red carpets
emm... buat masa ni amoy guna product cap ayam ja.
tunggu amoy buka saloon sendiri nanti beli product cap dinasour
pakaian pula tajaan diri sendiri


gambar sebelum... tak leh letak besar-besar. keke
nanti tuan punya badan marah

so...nama solekan ini ialah SOLEKAN FRESHIE.... hehe setiap solekan perlu lah ada nama bak kata penceramah hari tu. hewhewhew.

amoyella : tengah berfikir-fikir nak dapatkan sijil dandadan rambut pla. (^..^)

01 November 2011

BEAUTY AND HEALTHY

SALAM PEEPS!

hujung minggu lepas dari 28-30 oktober amoy telah mengikuti bengkel kecantikan dan kesihatan. ayat kemain skema mak naks. bengkel ni di anjur oleh pihak angkasa. semua free! penginapan dekat Tang Dynasty Hotel termasuk makan 6 kali sehari. hewhewhew... (^ ^) benda free cmnih sepalarr tak suke khenn? omoo omoo

so amoy telah menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk menambah ilmu dan pengetahuan sedia ada tentang kecantikan dan kesihatan agar diri sendiri makin bertambah cantik. aisehh ferasann... semua orang mesti nak cantik kan... sila angkat bulu kaki bagi sesiapa yang nak hodoh?

antara perkara yang amoy belajar semasa bengkel berkenaan ialah;



  • proses perawatan kaki a.k.a pedicure
  • cara facial yang betul dan facialkan orang
  • produk yang sesuai bagi kulit oily, combination, dry and normal
  • 5 minutes make ups
  • complete make ups
  • cat walk (benda nih paling amoy suka hewhewhew)
  • redcarpet
  • makanan kesihatan
  • juga pasal penjagaan kewanitaan luar dan dalam. gosh... nasib baik lar semua peserta terdiri daripada wanita-wanita. pasal kehamilan pun hadooo (sebelum semasa selepas)
  • dan banyak lagi tips tips untuk mantain cantik walaupun sudaaa lanjut usia memandangkan kebanyakan peserta program adalah 35 tahun dan ke atas.
kesimpulannya bengkel ini memang best dan kelass gila lah sebab dia punya penceramah pun sudah 15 tahun berkecimpung dalam bidang SPA dan memegang certificate SKM 5 juruestetetika sumting sumtingg teehee... dan merupakan penceramah bebas yang berpengalaman (senior beauty consultant). ada masa nanti amoy cuba update pasal segala dapatan amoy time bengkel tu. hehe... sharing is caring aits?





 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com