salam sayang my dear reader =')
hari ini merupakan hari paling boring amat gila gabang sedunia . sampai berkepuk - kepuk dan tahi mata dahku tidur sepanjang hari ni . tetap juga masih mengantuk sebab tidak tahu mahu buat apa sudaaa sekarang . asaimen semua dah siap . study untuk exam ? hurm ... belum ada mood untuk itu . sobs sobs ...
apa lagi yang nak dibuat ? movie ? amat menyadiskan sebab keningau ni tiada panggung wayang . movie via laptop sendiri ? semua dah khatam . running man ? entah kenapa amoy rasa sangat boring tengok running man . takdelah lawaknya sampai buat terburai kentut amoy ni untuk ketawa . so so jer . (--") mungkin episod yang amoy tengok tu bukan episod yang lawak kot . atau amoy ni kurang penghayatan . mungkin juga disebabkan penguasaan bahasa korea dan bahasa inggeris yang kurengg kot ? teheee o.O
alih - alih amoy baring sambil membaca novel . INGAT JANJI KITA . membaca membaca dan membaca sampai novel tuh yang baca amoy . isk isk isk . boring sangat sangat sangat . sampai rasa nak putus dah idea amoy memikirkan apa amoy akan buat esok . rasa macam nak kemas barang tuk balik sarawak pun hade . walaupun sebulan lagi baru cuti semester (T T) . tiba - tiba timbul satu mentol atas kepala : NAK PERGI KK lah !
tiba-tiba mentol berkenaan malap dan terus terpadam bila memikirkan elaun belum masuk . aishhh ... nak tengok avengers ='(
*** blur ***
terus pergi godek godek file gambar . na kannn ... terupload dah tanpa semena - mena
gambar time di SK Biah , really miss that school damn much ... i miss my students 4A and 5B |
ya i know, this side's capture is not my side . look very bolat . sobs sobs |
bila masa lagi haku mau kurus ni . sobs sobs ... |
kalo hidup amoy ni tidor makan tidor makan jak ... memang makin membolatlah . aduii (--") bangun-bangun tadi terus tatap muka di cermin . manatau kot - kot timbul cik jerawat . alhamdulillah tiada . tapi tapi tapi macam makin bertambah pla diameter muka . ohmaigaddd ... muka macam terlebih makan ramen pla . andduuu !
amoyella : sepatutnya time elaun tiada gini dapatlah "menguruskan" diri . tapi makin gedabak adalah . apapun, kau hado ? syukurlah sebab rezeki itu masih ada .
=')
0 MURID MINTAK CUBIT:
Post a Comment