23 November 2011

PRODUCT REVIEW : BIO ESSENCE AQUA BB CREAM

Salam peeps !

Today amoy seperti biasa bangun awal pagi untuk solat , sarapan , gosok dan sikat bulu anak kucing sahaja , ibu ayah diorang tak payah ... dan barulah mandi . bestnya time cuti ni , tak perlu paksa diri sendiri mandi awal pagi dengan air sejuk yang maha kudus dari paip dekat Keningau . setiap pagi mesti akan termenung sebentar lapan saat depan paip sama ada nak teruskan mandi atau tidak . sejuk sampai ke tulang sum sum . hurm (_ _'') dan terus selepas itu mengharungi kabus tebal untuk ke kelas . bagus kalau ada lecturer masuk kelas . kalo teda ? rugi ja penat - penat iron baju kurung dan tudung . membazir air untuk mandi elektrik ! membazir semangat mo kuliah .

cut the crap potong itu tahi . 

Tujuan amoy menulis hari ini nak membuat review pasal Bio Essence Aqua BB Cream . bolehla dikatakan sebulan dah amoy guna product ini . ni pun gara - gara BB cream skin79 yang amoy guna sebelum ini HABIS DI PASARAN . memandangkan dah terlampau desperate dan habis licin dah saki baki BB skin79 tu amoy guna , nak tak nak amoy kena gak ah cari yang baru . godek godek SEguardian , akhirnya amoy buat keputusan beli BioEssence Aqua BBcream . actually ada 3 series yang di sedang hangat di pasaran iaitu ;

amoy sedang guna yang BIRU =')



Kalo korang ada baca entry pasal kulit amoy yang euw euw , di SINI , mesti korang faham betapa susahnya nak cari produk yang sesuai untuk kulit VERY OILY and SENSITIVE seperti yang amoy hado , kau hado ? non hadoo dek ... so , dengan yakin untuk menanggung segala risiko yang bakal berlaku , akhirnya amoy buat keputusan pilih yang BIRU ~

actually , untuk kulit yang bermasalah , adalah di galakkan untuk memilih produk berasaskan AIR . water-based product lah maksudnya . hohoi !

resultnya selepas menggunakan product ini ;


  1. 1st day guna memang kulit amoy macam tak leh adapt dengan cream ni . rasa oily semacam jep kulit . TAK MACAM BB skin79 ! but still amoy guna jugak untuk hari esoknya , dengan alasan wa tak de cream lain lagi ! hewhewhew
  2. Tapi bila masuk 3rd day , kulit amoy makin kurang berminyak der ... yeay amoy boleh senyum sorang sorang dah depan cermin . gagaga ! alhamdulillah syukur tuhan . 4th day dan seterusnya THIS BB CREAM GET BETTER and MORE BETTER BLENDS PERFECTLY INTO MY SKIN dan tidak kelihatan begitu tebal ! naaahh amoy pun tak faham dah bahasa inggeris yang amoy tulis =..=
  3. Apa yang penting , cream ni terasa sangat ringan dengan teksturnya yang lembut . Ianya juga mampu mengawal minyak yang bertan - tan kilonya di muka amoy .
  4. Kulit juga kelihatan lebih licin (PALING PENTING HAHA!) dan tahan lama tanpa menyumbat liang pori muka amoy yang dahulunya kaya dengan sebum ini ... huhu
  5. Sukanya ... semakin lama pakai , semestinya amoy rasa new born cell kulit ini jadi lebih smooth . liang roma pun menjadi lebih kecil . dan nampak lebih awet muka berbanding adik beradik lain . perghhh ! haha
harga ? RM60- 70 gitu lahh

amoyella : waaa.... makin hari makin tembam . ne kali lahh ...

1 MURID MINTAK CUBIT:

Anonymous said...

Магазин обуви: обувь туфли весна 2011 женская Liska (Лиска), женская мото обувь Liska (Лиска), обувь кеды кроссовки женская Liska (Лиска), женская летняя обувь интернет магазин Liska (Лиска), женская обувь 19 века Liska (Лиска).

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com