29 November 2011

HOLIDAYS YANG BORED

Salam Peeps ...

Hari ni ... eh semalam . bukan ... ya start dari saat IPG Kampus Keningau cuti , badan amoy semakin kembang mekar ibarat kuih apam yang di pam pam . sumbat itu dan ini tanpa henti - henti , makan nasi 4 kali sehari . belum termasuk kuih apam bali kegemaran RM2.00 sekali telan . sekarang baru nak sentap bila tengok diri sendiri di hadapan cermin almari yang terpanjang dan terbesar di rumah ini . macam tak muat dah imej sonsang amoy untuk dimuatkan secara seketul tanpa sisa sipi sipi .

eh ?

wa makin temok ... sobs sobs ...

mak pula menggalakkan dengan bermacam macam jirus motivasi agar amoy makan banyak - banyak setiap hari . katanya body belum cukup mantap lagi . walhal amoy rasa ... (- -'') kembang setaman dah lemak ni . sentap . 


setiap hari duduk menghadap laptop dan tibi . aktiviti fizikal jauh sekali . setakat kemas rumah , sapu - sapu lantai manalah peluh nak memunculkan diri . makanan juga yang dihadap kalau kerja dah lali . ternak banyak - banyak lemak sampai tak larat nak langkah kaki . padan muka sendiri . makan macam nak pernah jumpa nasi . tambah lauk macam esoknya tiada makanan lagi . oh pipi ! i'm sorry ... saiz kau akan bertambah lagi




tembam yang cute. mau mau . haha



27 November 2011

STRATEGI MEMIKAT PEREMPUAN

omooo =..= memang tak bley blah lar amoy punya tajuk entry neh . haha . apapun entry ini sebenarnya ditulis berasaskan apa yang telah berlaku kepada diri amoy sendiri . wei ! ayat macam tak bley blah ! haha . Ok amoy BUKAN nak mencanangkan dekat semua orang bahawasanya ramai lelaki yang ngorat dan usha amoy . tidak tidak tidak ! tapi apa yang amoy nak highlightkan adalah PERKARA SALAH yang KERAP berlaku pada diri amoy sendiri ; CARA LELAKI MEMIKAT PEREMPUAN ADALAH SALAH . kebanyakannya memang SALAH dan MENAKUTKAN . cuma segelintir ja yang NGAM . hohoi ~ dan amoy nak bagi pendapat dan tips yang sebetulnya =')

Perkara YANG PERLU DAN JANGAN SESEKALI

  1. Lelaki ADD FB perempuan lantas menghantar mesegge NAK BERKENALAN just SEKADAR KAWAN . teruk lagi kalau terus mintak jadi couple . apa kejadahnya ? nampak giler wei nak usha awek ! agak - agak la kot . bagi amoylah kan ... memang nampak tak beradab sungguh LELAKI begitu . amoy tak nak kawan dengan stranger gila babeng gitu . ehem . apa kata , anda LELAKI kaco dulu dekat status perempuan berkenaan . pergi LIKE ke , komen 4 - 5 ketul dulu ke . biar persahabatan nampak natural jep . ni tak ... nampak desperate pun hado . eh , mulut amoy ni lancar sket mengata. kekeeke
  2. Minta nombor telepon macam along minta hutang . seriously amoy pernah kena kejar budak - budak askar dekat keningau gara - gara nak mintak nombor handphone . mula - mula tu makan dekat restoran yang sama . kiranya macam orang tu askar ebih senior lah kot , dia minta nombor telefon tapi amoy tak bagi . last - last amoy beredar dari restoran ... dan dia boleh - boleh suruh budak - budak junior askar (maybe askar pelatih) ekori amoy sampai ke kedai runcit . dan diorang dengan muka kasihan minta nombor fon . kesian betul dengan diorang maybe terpaksa ikut arahan ketua . dan amoy bagi nombor handphone mak . kuang kuang kuang ...
  3. Treats as a lovey dovey couple walhal baru 1st time jumpa . mybe bagi sesetengah orang mereka rasa seronok . but for me , perfect 1st date cukuplah dengan makan dan lepak sambil mengenal hati budi masing - masing . santai - santai gitu . takdelah rasa janggal dan tidak terlalu ekstrem . hohooh
  4. Nak memikat tetapi diri serabai dan terabai . maigad ... 1st impression sangat penting keh ? even korang LELAKI nak letak gambar paling rock tahap kapak dengan rambut kembang ala 80an DEKAT PROFILE PICTURE FB TERUTAMANYA apatah lagi dalam REAL LIFE ... please lah JANGAN . perempuan kebanyakannya memilih lelaki yang kemas dan pembersih . kalau tengok profile picture FB dah nampak korang dengan misai mengalahkan misai kucing , insyaallah korang tidak akan dilayan . huhu ... terasa macam bercerita tentang kehendak diri sendiri jak ni . haha ! apapun , guys , please be aware of your look appearance . DIRI kamu pun memainkan peranan penting untuk memikat taw ! barulah UP sikit confident tu nak memikat perempuan . semua orang dilahirkan cantik ... =') jadi jangan persiakan .
  5. Menunjuk - nunjuk = apa yang penting , sikap menunjuk - nunjuk boleh menimbulkan rasa MENYAMPAH dalam diri PEREMPUAN terhadap LELAKI . kadang - kadang ... kerana ingin menarik perhatian orang perempuan , lelaki suka untuk menonjol dan menunjukkan kelebihan diri masing - masing sampai ke suatu TAHAP bahawa tabiat menunjuk tersebut dapat dihidu oleh semua orang . contohnya status di FB memang sentiasa update pasal dirinya SAHAJA 60/1 saat . dah tu pergi wall post dekat wall orang bahawa dia sakit (minta kesian kan) . eh ... "mamat ni taw lah **&$ , tak perlu show off boleh ? " diam diam sudaa ... 
  6. cara terbaik untuk memikat perempuan ialah JADI KAWAN KEPADA PEREMPUAN ITU DAHULU . approach dengan cara baik . bila terasa keserasian ... MAYBE PEREMPUAN ITU SENDIRI YANG AKAN DATANG KEPADA LELAKI ...WHY NOT ? hehe , dei merapoo dah ni . nak out luk . daaa !


oppa!
amoyella : amoy mo mengorat diorang di atas ni . ada tips mengorat lelaki tak ? hehe


TIPS CANTIK SIHAT : 3in1 MASKER AND SCRUB WITH WHITENING

macam biasa gambar rembat di GOOGLE IMAGE
ehem ... ada juga tu naa watermark di sana


" Penggunaan skrub dan masker amat membantu di dalam perawatan wajah seharian. Ia juga amat digalakkan bagi mereka yang sukar mendapatkan rawatan ’facial’ di salon. Ramai juga yang beranggapan proses memakai masker seterusnya rawatan skrub mengambil masa dan melecehkan. Namun kini tidak lagi. Produk terbaru yang diformulasi mengikut jenis kulit ini merupakan produk 3 dalam 1. Ia adalah masker, skrub dan juga kaya dengan agen pencerah kulit. Setiap set juga mengandungi fungsi yang berbeza serta bahan utama yang berlainan mengikut jenis kesesuaian kulit. Wajah juga lebih cerah dan halus selepas penggunaan pertama ( kesan berbeza setiap individu ). "


quotes di atas amoy curik di SINI


cara guna ;

  • Picit sebesar duit syiling 20 sen dan sapukan pada seluruh wajah dengan sekata sebagai masker.
  • Selepas 10-15 minit, basahkan tapak tangan dan sental pada wajah dengan lembut.
  • Lakukan urutan secara menaik pada wajah selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
  • Gunakan 3 in 1 Masker & Scrub with Whitening dua kali seminggu.

amoyella : sebenarnyakan ... scrub ni hilang dalam rumah amoy ni . sobs sobs ... selepas amoy buat facial untuk mama 2 malam yang lepas , amoy lupa dah amoy letak scrub ni dekat mana . NYANYUK SUDAAA ! ='( uwaaa... terpaksalaa keluarkan budget beli baruuu !

DULU DAN SEKARANG

Salam peeps yang tersayang ... ehem amoy penat gilew-gilew hari ni tolong mak sedara ada tahlil . balek jep rumah jam 3.00 petang terus terbongkang tidur tanpa sedar sampai masuk waktu asar . ok amoy termiss solat zohor . bangun ja terus terkoncoh -  koncoh ambil wudhuk dan solat . =..= dan mama setat membebel sebab amoy tinggalkan solat . poor me .

makin besar makin tak dapat nak manja - manja sudah . dulu kemain makan nasi bersuap . sekarang ... hmm masak nasi pun asing periuk . eh ? bukan bukan ! tu bukan family amoy .

dulu dan sekarang memang sangat jauh BEZA , tadi time kenduri amoy dapat rasakan suasana yang agak janggal daripada masa amoy kecik - kecik dulu


  1. HANDPHONE : budak zaman sekarang ni , kalau baru pandai menyebut satu dua perkataan , komfem kena kasi hadiah handphone oleh family . kau hado ? kalau amoy kan ... jangan haraplah nak pakai Tab , Notes , Android , HTC segala . TELEFON CABLE rumah TM pun mama tak kasi can amoy guna . (- -'') . lepas form 5 (habis SPM) baru kena kasi handphone . tu pun mak cik yang bagi . mama tak ... sobs sobs... betapa gembiranya dapat henpon hitam putih . budak sekarang kalo bukan touchscreen jangan harap nak pandang (_ _')
  2. MAKE UP : masuk IPG baru amoy pandai nak calit celak ditubir mata . budak zaman sekarang , kalau takde celak pergi sekolah , "TAK HOT DERR..." nak pergi mengorat ka nak pergi sekolah ? ... tapi wa tak heran ler kalau nak ke pekan / bandar bermekap kemain . tapi wa peliks bila diorang (student) leh upload gambar mata bercelak dekat FB dengan baju uniform sekolah di sekolah . eh ? ka amoy yang dah ketinggalan zaman ni . zaman amoy jangankan nak bercelak segala , handphone pun tak leh di bawa ke sekolah . patotpon amoy tak da handphone . huhu sekolah berasrama pla dulu - dulu ...
  3. SEKOLAH : amoy dulu selalu kena cubit oleh Cikgu Kak Kiah sebab nakal kat kelas . habis merah --> biru biru --> hitam berbintik dekat kulit . kalau mengadu kat mama ... komfem amoy kena marah balek . kalau hari ni , jentik sikit kat student (PAGI) comfirm petangnya dapat surat saman dari peguam keluarga . maigad ... manalah budak - budak zaman sekarang makin out of control oleh keluarga memasing . tapi kalau cikgu yang TAK SIUMAN tuu memang ngamm lah diSAMAN
ENTRI DI ATAS AMOY TAIP DUA HARI LEPAS ... POOR ME tak sempat nak merrapuu habis habisan. 

oleh yang demikian , amoy publish jep k . hehe . will be continue on the NEXT ENTRY

apapun semua itu cabaran untuk menjadi seorang GURU
patut pon gaji cikgu naik . hehe
eh ? ada kaitan ke ?



23 November 2011

PRODUCT REVIEW : BIO ESSENCE AQUA BB CREAM

Salam peeps !

Today amoy seperti biasa bangun awal pagi untuk solat , sarapan , gosok dan sikat bulu anak kucing sahaja , ibu ayah diorang tak payah ... dan barulah mandi . bestnya time cuti ni , tak perlu paksa diri sendiri mandi awal pagi dengan air sejuk yang maha kudus dari paip dekat Keningau . setiap pagi mesti akan termenung sebentar lapan saat depan paip sama ada nak teruskan mandi atau tidak . sejuk sampai ke tulang sum sum . hurm (_ _'') dan terus selepas itu mengharungi kabus tebal untuk ke kelas . bagus kalau ada lecturer masuk kelas . kalo teda ? rugi ja penat - penat iron baju kurung dan tudung . membazir air untuk mandi elektrik ! membazir semangat mo kuliah .

cut the crap potong itu tahi . 

Tujuan amoy menulis hari ini nak membuat review pasal Bio Essence Aqua BB Cream . bolehla dikatakan sebulan dah amoy guna product ini . ni pun gara - gara BB cream skin79 yang amoy guna sebelum ini HABIS DI PASARAN . memandangkan dah terlampau desperate dan habis licin dah saki baki BB skin79 tu amoy guna , nak tak nak amoy kena gak ah cari yang baru . godek godek SEguardian , akhirnya amoy buat keputusan beli BioEssence Aqua BBcream . actually ada 3 series yang di sedang hangat di pasaran iaitu ;

amoy sedang guna yang BIRU =')



Kalo korang ada baca entry pasal kulit amoy yang euw euw , di SINI , mesti korang faham betapa susahnya nak cari produk yang sesuai untuk kulit VERY OILY and SENSITIVE seperti yang amoy hado , kau hado ? non hadoo dek ... so , dengan yakin untuk menanggung segala risiko yang bakal berlaku , akhirnya amoy buat keputusan pilih yang BIRU ~

actually , untuk kulit yang bermasalah , adalah di galakkan untuk memilih produk berasaskan AIR . water-based product lah maksudnya . hohoi !

resultnya selepas menggunakan product ini ;


  1. 1st day guna memang kulit amoy macam tak leh adapt dengan cream ni . rasa oily semacam jep kulit . TAK MACAM BB skin79 ! but still amoy guna jugak untuk hari esoknya , dengan alasan wa tak de cream lain lagi ! hewhewhew
  2. Tapi bila masuk 3rd day , kulit amoy makin kurang berminyak der ... yeay amoy boleh senyum sorang sorang dah depan cermin . gagaga ! alhamdulillah syukur tuhan . 4th day dan seterusnya THIS BB CREAM GET BETTER and MORE BETTER BLENDS PERFECTLY INTO MY SKIN dan tidak kelihatan begitu tebal ! naaahh amoy pun tak faham dah bahasa inggeris yang amoy tulis =..=
  3. Apa yang penting , cream ni terasa sangat ringan dengan teksturnya yang lembut . Ianya juga mampu mengawal minyak yang bertan - tan kilonya di muka amoy .
  4. Kulit juga kelihatan lebih licin (PALING PENTING HAHA!) dan tahan lama tanpa menyumbat liang pori muka amoy yang dahulunya kaya dengan sebum ini ... huhu
  5. Sukanya ... semakin lama pakai , semestinya amoy rasa new born cell kulit ini jadi lebih smooth . liang roma pun menjadi lebih kecil . dan nampak lebih awet muka berbanding adik beradik lain . perghhh ! haha
harga ? RM60- 70 gitu lahh

amoyella : waaa.... makin hari makin tembam . ne kali lahh ...

22 November 2011

TIPS CANTIK SIHAT : COLON CLEANSER

Salam Peeps !

today amoy nak share pasal tips yang sangat euww euww sikit . diharapkan sesiapa yang sedang makan atau PENGGELI tak payahla scroll dan terus membaca . tunggu ada confident nanti u'olls baca keh ? tapi input yang amoy nak bagi ni kiranya sangat pentinglah untuk kesihatan jasmani dan fizikal korang ... tak baca rugi kot ? hmm

APA ITU KOLON ?

macam nak promote lah puleks khen ... tapikan amoy takdelah ada sebarang pemberatan nak iklan apa-apa produk kat sini . just sharing ilmu yang amoy dapat time kursus tempoh hari .

kolon ialah ;
  1. usus besar atau usus yang lebih rendah yang terdiri daripada cecum (usus kecil) , tiub rektum , kolon dubur yang panjangnya 5 kaki . berat kolon yang sihat kira-kira 4 paun tetapi autopsi telah mendedahkan bahawa berat kolon boleh mencapai 40-90 paun kerana lapisan mucoid dan hentaman .
  2. Kolon bertujuan untuk mengumpul semua sisa toksik penapaian dan menyebabkan perbusukan . juga membuang semua sisa pepejal dan separa pepejal daripada sistem . oleh itu , ia adalah seperti sistem pelupusan yang melalui layanan buruk berterusan dan boleh menjadi cesspool keracunan malar untuk seluruh tubuh badan .
  3. Tahukah anda ... waiseh , macam pakar pemakanan sudah amoy ni . keke . Percernaan yang tidak wajar atau usus tersumbat berlaku akibat pembiakan secara beransur - ansur lapisan tahi mucoid saluran usus atau tahi kronik !
  4. Perkara inilah yang menyebabkan usus terpaksa diselaputi sisa LAMA yang telah transform jadi toksin tanpa disedari . so even korang BERAK HARI - HARI selepas makan wajib berak ponn , sisa ni sebenarnya MASIH wujud dengan penuh kedamaian di dalam usus tanpa kena usir . euw sungguh ok . dalam kes perubatan , tahi kronik yang terpanjang pernah di LABUR kan adalah sepanjang 8 kaki . eaw
OLEH YANG DEMIKIAN , MARILAH KITA MENGAMALKAN CARA PEMAKANAN SIHAT YANG HARUSLAH DIMULAKAN DENGAN STEP PEMBERSIHAN KOLON ! 

BAGAIMANA ?

PHSYLLIUM


SERIOUSLY ... amoy tak tahu pun apa benda binatang phsyllium ni . apaponn , korang leh dapatkan phsyllium di mana - mana farmasi yang berdekatan . phsyllium ni gunanya untuk mengeluarkan tahi kronik yang telah lama parking dekat kolon kita . amalkan memakan sebelum tidur dalam jangka masa seminggu . insyaallah akan terkeluarlah segala TAHI yang memberatkan dan membuncitkan perut kita serta punca penyakit - penyakit yang sewaktu dengannya .

more info about phsyllium ? GOOGLE it !

phsyillium husk


nak contoh gambar tahi kronik yang telah keluar ?

tahi kronik yang giler panjang . sudah jangan tenung lama lama


amoyella : jangan takut untuk buang tahi kronik . serius amoy pun takut juga nak buat benda ni . tapi buat something lebih baik daripada nothing kan ?

(=..= ) alamaakk serius giler entry amoy kali ni . hewhewhew


21 November 2011

MALAYSIA VS INDONESIA

amoy tension !
bukan tension tengok INDONESIA yang mendahului gol
tapi
tension sebab berebut TV ngan makcik yang nak tengok RODA RODA KUALA LUMPUR

grrrr !!!

warghhh 1-1 sudaaah !


KUAT MAKAN

Salam Peeps !

waduh ... perut amoy dah bunciitttt ! sejak dari semalam tak henti - henti menambah isi kandungan dan sukatan berat badan . semua makanan pun amoy terasa nak habiskan . =..=

cucur pisang , sambal buah berangan , apambali , lempeng susu , dan tidak termasuk lauk pauk semua amoy bedal . gendang gendut tali kecapi , kenyang perut suka hati ! hati wa manyak sinang sikalang . tapi tapi tapikan ... risau tengok diri semakin kembang setaman . wooo ooo 'o 'o janji mantain shomel . uhm !

wa curik dari google der ~

apapun amoy nak ucapkan HAPPY HOLIDAY buat semua warga IPG , khasnya IPG Kampus Keningau Sabah . Jangan nakal - nakal . eh ?

amoyella : tak sabar tunggu elaun next sem . miahahahaaa !!!

20 November 2011

ELMO'S FAMILY

salam peeps !

Now amoy berada di OYA , MUKAH , SARAWAK ! yeeehuuu ! love it so much ! perkara pertama bila amoy menjejakkan kaki ke rumah , semestinya amoy nak cium puas - puas cucu amoy . anak elmo dan lubnan ! waisehhh . . . gembiranya amoy dapat peluk peluk dan cium - cium diorang . aktif dan kental gilew gilew dah diorang tu walhal umur belom lagi sampai sebulan =..= anak kucinglah katakan . . . lainlah kalau anak manusia , ye dak ?








memandangkan wifi yang sangat sebal sengal dan mencemburui dahku , amoy tak dapat nak cakap panjang lebar 9 meter dalam entri ini . 


amoyella : comelnya diuranggg ... amoy nak juga comel cam diuranggg ....

19 November 2011

BORED =..=

Salam Peeps!

ohoh ... boring pla menunggu detik 12:00 noon . pak abang teksi pergi tukar break kereta lah pula (- -'') kesian twin amoy flite dia jam 3.45 pm , terus beliau rasa tak keruan dah sekarang takut tak sempat ! tapi amoy yakin SEMPAT sebab teksi selalunya diorang bawa laju - laju tanpa memikirkan cerun curam pinggiran banjaran crocker ... dahsyat memang dahsyat sebab setiap kali mo balek kampung atau pergi KK amoy kena bertarung body dan nyawa untuk melalui jalan raya tettt ... berkenaan . hurm .

seorang diri di bilik ni sangat menyebalkan . apa yang amoy boley buat ialah ... webcam sensorang . hoho




  kan ? nampak bebenor sebalnya 

dan nampak sangat tension tunggu teksi tak sampai - sampai =..=

amoyella : mood mengupdate status FB sedang bermaharajalela 

CELCOM MACAM ...

salam peeps !

Hati amoy sedang bergelora ni sekarang . marah tahap tenuk tak cukup makan . grrr ... bencinya dengan celcom macam hareeeeeeeeeeemmmm...!

ada ka patut kredit amoy yang RM4.30 sen itu , boleh habis sebab hantar 1 mms yang statusnya SENDING FAILED ?

ini memang bullcrap!

kan wa dah membebel tak tentu pasal malam ni . hurm ! it's really worst than SHIT





18 November 2011

I MISS YOU

salam peeps

malam ni merupakan malam terakhir untuk tahun 2011 amoy memparkingkan diri di Bukit Langsat Keningau ini . cuti nanti amoy pasti rindu akan Bukit Langsat . . . rindu menghirup teh panas dalam cuaca sejuk . . . rindu mo makan meggi time mamai bila terbangun dinihari . . . rindu mo makan bakso panas - panas hasil dari usaha gigih heater tersayang .

balek rumah nanti . . . hanya ada dua ketul jasmani yang menemani diri dahku . mak ngan makcik . tiada lagi riuh macam dengan kawan - kawan seasrama . tapi diorang comfem riuh kalo amoy tak bangun pagi awal ! tak mandi awal ! dan kalu amoy malas - malas bangun tuk sembahyang subuh ! feeling ustazah dan pakar kaunseling serta motivasi itulah perkara wajib dilaksanakan untuk mendidik amoy . anak seorang , mak dua orang (tidak termasuk mak kandung) means sebenarnya ada tiga mak . kau hade ? tak de khenn ?

syukur . amoy sememangnya dilahirkan dalam kekayaan kasih sayang yang melimpah ruah ke ladang gandum .

grrrr . . . sebenarnya wa rindu sangat ngan diorang der . . .

AIDILFITRI merupakan minggu last amoy bersama diorang (_ _'')

DEEPAVALI wa merempat ke rumah orang demi tidak mahu tinggal seorang diri kat hostel

ALDILADHA wa kat sini sorang - sorang sambil sarapan biskut osborne cap tiga pokok ! tiada ketupat rendang

HARIJADI wa pun tidak ada orang celebrate . harap duit sendiri baru wa dapat tiup lilin kek harijadi .

I MISS ALL OF THEM . I MISS MY FAMILY



amoyella : cepatlah esok . huhu



HAPPY BIRTHDAY 18.11.1987



wei wei ! wa tak puas hati der , napa wa nampak BESAR dalam gambar ini ? (= = ')

takpalah . . . apapun wa nak wish Happy Birthday dekat budak sebelah . semoga panjang umur , murah rezeki , semakin hensem , semakin georgeous , semakin kaya ( ehem ! ) semakin tenang , semakin dirahmati ilahi , semakin berbahagia , semakin tinggi ( eh ? ) , semakin demok dan semakin tua . kekeke

MAY ALLAH BLESS YOU

eh satu lagi . maw kek hari jadi ada lilin ! lau celebrate sana jangan lupa pos seketul kek ke amoy . hohooo . . . holick

amoyella : mengira detik saat dan waktu untuk bertolak . 24 jam lagi ! hurm ! apa lagi entri wa mau tulis ni derrr . . . ?

17 November 2011

CONTEST SKINCARE AND HEALTH BY QMA

Salam readers !

amoy kena tag oleh rakan seperjuangan CONTEST SKIN CARE AND HEALTH

CIK IKA yang paksa amoy join . ngaahahaa . . . walhal diri sendiri yang terhegeh - hegeh nak ikot . ngeee !



sebut pasal kecantikan dan kesihatan ini yer tuan-tuan dan puan-puan , amoy semangat giler kental dan padu kot . sebab apa ? sebab nya ... amoy ni pernah mengalami masalah kulit berminyak berkilo-kilo meter padu , berjerawat ibarat cendawan tumbuh seladang , dan kulit ini sangatlah sentitif tahap euw euw ... 

sebut je pasal T-zone , jangan cakap T-zone , amoy rasa macam ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ-zone sudaahh masalah kulit euw euw amoy . jerawat all around face . nak keluar dari tempat persembunyian a.k.a rumah @ asrama : SUMPAH AMOY MALU . apa yang amoy boleh katakan , biji mata je yang suci murni bebas dari jerawat . bahagian kulit yang lain pula semua merah-merah ibarat terkena gigitan segerombolan lebah liar .

TIGA tahun amoy menghidap penyakit JERAWAT KRONIK BERKENAAN , ehem ! kini tidak lagi . setelah mencuba produk SENDAYU TINGGI kini kehidupan saya lebih bermakna . ayat iklan tak boleh blah wei ! haha 


terima kasih google menaja gambar ini

Mulanya , amoy nak give up dah menjaga kulit amoy yang huduh itu , try apaponn tak masuk ! ribu riban dah duit mak amoy amoy kikis . pisau cukur lah namaku semasa itu . selepas melalui tohmahan demi tohmahan akhirnya amoy tak jadi give up ( eh , boleh pla gitu khenn (_ _'') ) dan try OILY SET SENDAYU TINGGI INI . bukan itu sahaja , amoy sanggup berbelanja lebih dengan membuat facial acne SEMINGGU SEKALI selama 3 bulan . berbelanja lebih sebab duit sendiri yang keluar . sobs sobs . . . almaklumlah jauh sudah jauh dari ketiak mak . sebelum ni semua ongkos kikis duit mak . hmm ! sambung lagi . . . Kiranya beautician SENDAYU TINGGI tu suruh amoy korek jerawat setiap minggu . yang besar gedabak saiznya akan disedut menggunakan mesin . kau hade ? tapi best lah lepas facial . terasa diri amoy lebih muda dari junior kat maktab ni . gagaga . skincare by amoyella untuk diri sendiri pula begini ;

  1. Penjagaan kulit , wajibulghunnah dimulakan dengan CLEANSER . sedap je sental kulit dengan cleanser ni . beautician cakap , kalau nak cuci muka gunalah tiga jari ( hantu , manis dan kelingking sahaja ) supaya kita tidak press kulit dengan terlalu kuat yelahkan , press kuat sebab obses nak gosok jerawat yang bermaharajaladang dimuka . kekeke . 
  2. Keringkan muka dengan tuala bersih . lepas tu apply TONER . ingat ! apply toner dengan kapas ! bukan jari ! ini bukan masanya untuk berjimat . huurrrmm ... kita tak tahu apa yang ada di celah kuku masing - masing . kot 2 ada sambal belacan terpalit ke . tai idung masin ke . eh . . . euw
  3. Ketiga , amoy selalu apply GEL dulu . terutama dekat kawasan jerawat subur . barulah diikuti tempekan BEDAK JERAWAT dekat jerawat yang baru nak subur . . . ohhoi ! amoy amalkan dua benda ketika fajar terbenam sahaja .
  4. Kelima , SCRUBBING ! amoy suka niiii . . . sental sental muka dengan scrub dia rasa heaven . sebab amoy rasa kulit amoy akan lebih cerah setelah buat scrub dengan scrub ST ni . oh srcub dia multifungsional . boleh juga dibuat masker . amoy buat scrub ni tak kira masa . sekali sehari atau sekali dua hari atau sekali tiga hari . ikut kerajinan dan keobsessan sendiri . sebab amoy rasa banyak sangat sel kulit mati yang perlu dibuang setiap hari . jangan jak nanti menjadi daki . berlompang diwajahku ini . rakan-rakan ; scrubbing penting untuk buang sel sel kulit mati . silalah buang ia . biar kulit kita semakin hari , semakin berseri . . .

ok finished about skincare ! now is about cosmetics . very simple tuan-tuan dan puan-puan . sekarang amoy guna BB CREAM BIO-ESSENCE AQUA . ni baru jep amoy guna . Hari tu BB CREAM SKIN79 . best gila BB skin79 tu tapi ... maigad ! TIADA SUDAH DI PASARAN ! habis dah orang pergi beli semua stok BB skin79 di kedai itu ! omooo omoo . . . sudahlah hanya satu tu sahaja kedai yang amoy jumpa jual BB skin79 ni . nak beli online takut pla tak ori . nak tunggu ? diorang tempah dari korea . ok lambat ! sedih gilew guwaa derr ! dan terpaksa lah amoy membeli BB CREAM BIO-ESSENCE AQUA ni . so far , it blends well onto my skin . love ! love ! love BB CREAM yang ni jugak . hehe
amoy rindu nak guna yang ni . sesuai untuk semua jenis kulit . tidak menyumbat pori ! mengawal minyak ! mencerahkan  (ehem .. paling penting ) ! berfungsi sebagai moisturizer , juga foundation . ringkasnya all in one lah !
yang ni amoy masih kabur - kabur lagi sebab baru satahun jagung menggunakannya .  so far , dia memang moisturize kulit amoy disamping menjadi pengkontrol minyak yang sangat baik .  


petua sihat dan cantik bagi amoy sendiri , lagi simple ... lagi bagus ... lagi jimat


amoy tidaklah pula mengamalkan apa-apa suplement . apapun amoy maintain mengambil makanan yang seimbang . awal pagi haruslah BREAKFAST ! ingat , brunch ( breakfast + lunch ) amatlah tidak digalakkan dan tidak baik untuk kesihatan . LUNCH perlulah nasi separuh RM0.50 sen (selalu kalau penuh cafe bagi RM1.00) kekeke . sayur full dan semestinya ikan ! malamnya pula amoy mengamalkan GREENTEA . sugar free off course ~ greentea membantu menyihatkan badan , melansingkan , awet muda , mengandungi antioksidant yang tinggi , membantu mengurangkan stress , mengurangkan kadar kolestrol , mengurangkan risiko asteoforosis dan mengurangkan alergi ! ini adalah petua perubatan cina . korang tau tak antioksidant sangat penting untuk menghindarkan kita dari kanser ?

edeii ... ada soalan bagai . macam kuiz lah pulak . (_ _'')

apa yang penting , setelah mengamalkan GREENTEA amoy rasa seketul jasmani amoy ni sihat sentiasa dan makin berseri - seri . cewahhh !

sekarang . . . masa yang paling menggerunkan

=
=
=
=

serius amoy gerun tengok kulit sendiri !
hurm (- -'')

INILAH MUKA WA DER . . . ACTUALLY WA MALU NAK UPLOAD GAMBAR HUDUH WA YANG PENUH JERAWAT ITU . SOBS SOBS . . .
gambar kedua tu wa edit jerawat , lobang bekas and parut jerawat guna  SET SENDAYU TINGGI  ( 2 tahun ) and BB-cream skin 79 . haha ! ALHAMDULILLAH amoy makin sayangggggg kulit amoy banyak banyak sekarang .



AMOY DENGAN INI MENGISYTIHARKAN SEMUA PEMBACA YANG MEMBACA ENTRI INI YANG MEMILIKI BLOG ADALAH DI TAG ! =')

amoyella : oh nanti amoy akan updet lagi entri ini beserta dengan gambar . gambar zaman kegelapan dengan kulit berjerawat ada kat laptop satu lagi . hehe . tunggu tauu !



DEAR SARAWAK , I'M BACK

Salam peeps!

Amoy balik ? eh ? balik sudah ? sudah sampai sarawak ? tidak tidak tidak . itu hanya among kosong untuk mengaburi perasaan dan persepsi kendiri yang dah tak sabar kot nak menjejak ke bumi sendiri . buat masa sekarang amoy masih lagi terperangkap di sangkar emas 14-karat milik IPG Kampus Keningau , terkurung sayu dan berlagu sepi . buat masa ini hanya ada kismis peneman dan pemberi tenaga kepada urat saraf amoy yang kebiasaannya merengek minta diisi . air cap water cooler peneman setia , pengubat dikala tekak terasa bergerigi . nak beli mineral terasa malas urat dan sendi , berat sungguh untuk di pundaki .

Barang - barang yang beribu ribu lemon milik kenangan abadi sudahpun siap di parking dekat stor nun jauh di sebelah kiri . amoy tak sangka pulak barang amoy tu boleh mencapai 10.3 kotak besar gedabak tidak termasuk 2 biji baldi . barang - barangku , sila jaga diri , kalian pasti ku rindui . parkinglah di sana sehingga habis tuanmu bercuti .

Turut tidak dilupai , besarlah hajat di hati , amoy ingin mengucapkan selamat bercuti , buat kalian : semua sahabat sejati : buat teman - teman yang mengenali diri : buat pembaca yang singgah tanpa sedari : buat rakan - rakan se-IPG .

Mungkin inikah post terakhir sepanjang Keningau ini saya duduki ? mungkinkah entri terakhir untuk semester ini ? oh itu tak pasti lagi . yang pentingnya di sini , jika ada rangkaian internet free di Oya nanti , amoy pasti update lagi . kalian sahabatku , SEMESTER LIMA kian didekati  . . . (_ _'')



~ sangkar emasku ~
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU SABAH
amoyella : isk isk ! kenapa la tiket ni lambat bebenor tarikhnya ~~ why ? why ?

16 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY



amoyella : weh wehh ! aku perasan cantik wei hari ni . mahu menjawab exam dengan khusyuk dan tawadhuk petang nanti . wish me all the best !

15 November 2011

GURU 2011

salam sayang semua !
nampaknya tinggal tiga hari sahaja lagi semester ini akan berakhir . . . maigad amoy gembira sangat sebab segala ketensionan tahap pemikir bahasa zaman yunani kuno kini akan berakhir dengan tenteramnya . gosh . . . tak sabar dah nak naik flite free yoo special and limited edition ( setahun sekali ) by Kementerian Pelajaran Malaysia . tidak sia sia amoy study kat Institut Pendidikan Guru . heh heh ! tak payah susah susah nak book tiket awal macam kawan lain . hohoo . kau mesti nan hadoo khenn . . .

apapun amoy syukur sangat sebab akan jadi cikgu . yeay !
gaji cikgu naik . yeay !
masa kerja cikgu naik . yeay !

(_ _  ) sepa punya idea lah tu kan . kerjaya sebagai seorang guru ni nonstop dari pagi sampai ke malam pun nak ditambah lagi waktu kerjanya ? kelas tambahan , sediakan rancangan pengajaran harian , semak kerja murid , kerja pengkeranian pun cikgu buat hokei . siapkan data itu . key in data ini ! diorang ni memang la membuli guru oh . . . ish ish macam amoy dah jadi guru pla khen . . . mengomel macam macam . kemain !

jadi tuntasnya di sini , bilakah agaknya masa guru - guru nak layan laki atau nak layan bini ? anak - anak sendiri ? 

dan diri sendiri ?


masalahnya di sini ; guru - guru juga patut di beri peluang untuk diri sendiri , rumah tangga dan yang sewaktu dengannya . Kualiti menjana prestasi . 

amoyella : penatnya study mo jadi cikgu =..= sobbss soobss . padan muka sendiri .

14 November 2011

RAGAM MANUSIA

Salam Peeps!



bengang sampai sumbat urat saraf kepala amoy dari dewan sampai ke bilik . macam macam ragam kertas exam . tidak kurang hebatnya ragam manusia yang kadang meledakkan larva kemarahan amoy memuncak tapi tidaklah sampai memuntahkannya . cool amoy . cool . . . tenangkan hati secool air water cooler di tingkat groundfloor asrama . =..= bagus anda memang gadis cool . cuaca di Keningau pada hari ini juga agak keruh sekeruh air milo campur nescafe campur lagi kopi . hmm kalau ada yang terberak cirit jangan salahkan air water cooler . salahkan milo coffee dan nesface . 


hari ni amoy nak share 3 perkara yang amoy dapat lihat makin meluap - luap pada hari ini :


  • Perasan cantik , goshh . . . kau ingat kau siapa nak menilai kecantikan orang lain ? adakah kau terlalu perasan lantas menyatakan diri kau cantik ? hello . . . amoy lagi cantik okey lebih baik puji diri sendiri dari minta puji . lagi satu , ada juga jenis perasan cantik ni pakai , snap dan upload gambar tunjuk benda tak sepatutnya . amoy tak tahu lah apa kejadahnya yang dia dapat dengan buat begitu . perasan cantik kot ? kau hado ? makin hari makin teruk pla amoy tengok perangai manusia - manusia iteww . sedihnya bila manusia iteww adalah dalam kalangan rakan taulan amoy sendiri . (_ _ ) serius amoy sedih sangat . . .
  • Bodoh sombong , ini memang banyak . . . sombong tak bertempat . apsal kau nak sombong dengan harta kau di dunia ? takdenya benda tu kekal lama . gunung kalau di korek hari -hari , runtuh jugak kawan . . . lainlah kalau harta kau tu taik hidung , makin dikorek makin menjadi . kau ade ? amoy ade . . . haha
  • Golongan alim ulama , bagusnya bila ada segelintir insan di samping kita yang mengajak ke arah kebaikan . akan tetapi , amoy harap sangat biarlah cara berdakwah kena pada tempatnya . bukan dengan cara memaki hamun . Islamkan agama yang penuh keluhuran . . . bukan kekerasan . carilah jalan penyelesaian terbaik huhu tak boleh komen lebih 2 isu sensitif . perghh

dah stop talking . . . amoy pergi studi untuk exam paper fonetik dan fonologi esok !

amoyella : memang betul kata Dr. Musirin , PENGANTAR LINGUISTIK adalah KILLER SUBJECT . ok fine , amoy dah murdered by that subject ! (_ _ ) hewehewhew

12 November 2011

11.11.11 : MR SOFIAN AND NORLAILA WEDDING



salam peeps! amboi amboi sempat jugak amoy nak updet belog sedangkan isnin selasa rabu khamis next week ada 4 paper berturut turut , nanti kau baru sentap mak nak ! kaw kaw punya sentaps . wei wei wei . . . semua orang bizi updet pasal 11.11.11 semalam . oh amoy pun nak berupdet pasal 11.11.11 kau hado ?

semalam merangkum tarikh 11 NOVEMBER 2011 , causins lelaki sebelah bapak amoy nikah . nak juga nak juga . NAK JUGA KAWEN . hei menggatal plak walhal exam pon belum habis . (_ _) calon laki pun ntah ada kah ntah tidak ye dak ? hum pa pon amoy nak upload gambar diorang akad nikah yang amoy sempat kidnap secara halal . feeling ustazah .


cepatlah upload gambar lagi ! 

nasib baek larr pengantin perempuan dia duduk . kekeke
nee... siap ada video malam berinai gitu . untuk tatapan sanak saudara yang jauh di perantauan . macam amoy . fapp . . . facepalm . perasan . hewewhew


huhu amoy nak sangat berada di MIRI sekarang . semua ahli keluarga ponn berkumpul di sana sudah . wuwu . kenapalah lambat betol cuti ini !

amoyella : amoy doakan semoga mempelai bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan banyak banyak cahaya mata . yess . . .  amoy nak banyak anak buah . tehee



11 November 2011

ENTRY SEDIH . . .

damn . . . malam ni amoy terasa sedih pla . sedih sangat sangat sangat . huhuhu . perlukah amoy sedih sebab itu orang ho ? =(

 dinihari kian ku rasa
ku imbas kembali waktu bersama
segala kenangan silam bagai berlalu semalam


hujan membasahi kita
ku rasa bagai tangisan gembira
dan turun bagai menyala cinta


kini hanyalah tinggal kenangan
tiadaku rasa dalam genggaman
hanya terdaya mengimbas semua kenangan yang lalu


tiada kata ucapan di bibir
tak ku sangka kali terakhir kini
kau tidak akan kembali lagi


sejenak ku tersedar pilu
hanya bayanganmu yang menemaniku
tapi apakan daya
tuhan penentu segalanya


kesal rasa di hatiku
kerna kali terakhir kita bertemu
tiadaku melafazkan oh kata cinta


amoyella : sedih . . . hewhewhew

10 November 2011

TIPS CANTIK SIHAT : FAST FOOD

Salam peeps!

amoy nak share satu fakta hasil penyelidikan dan kajian secara persendirian yang telah dilaksanakan amoy secara berseorangan . amoy tak tahu adakah badan amoy sahaja yang menerima nasib agak malang yang tak berbau ini atau anda anda pun pernah terperasan akan hal ini ? almaklumlah sistem pertahanan diri amoy ni agak lemau lembik lembik sikit . hewhewhew . kau hado ? selemau lemau amoy ni , amoy berusahalah jugak ah nak membaikpulih diri sendiri sebaik mungkin memandangkan semakin hari semakin lemau tua tak sedar diri . =..=

normal dan sememangnya tepat kalau amoy katakan budak budak hostel tak dapat nak lari dari MEE SEGERA dan YANG SEWAKTU SEGERA DENGANNYA yang cepat dimasak sedap dimakan . ohh noo ! bukan amoy nak cakap produk produk segera macam mee segera ni baik untuk kesihatan . tidak tidak tidak begitu beloved readerku . amoy nak cakap , mee segera memang sedap . mee sedaap tu kegemaran amoy . kekeke . mee segera tu telah membuatkan muka amoy yang tumbam lagi bulat ini bertambah tumbam lagi bulat . betul tak tipu !

memang, kalo nak ukur tidaklah dapat nak membaca ukuran sebenar pertambahan saiz ketumbaman iteww . haha . memandangkan amoy ni hantu cermin jadi amoy nampak pipi amoy bengkak semacam bila over makan mee segera . kisahnya bermula bila last week ( time hari raya dan public holiday ) cafe tak bukak ! so untuk merefill perut yang sedang berlagu riang kelaparan , amoy sumbat dengan mee segera . pagi mee segera perisa sup ayam , tengahari bubur segera , petang mee segera perisa soto ayam dan begitulah sambung menyambung dalam beberapa hari . balik2 sumbat usus dengan produk berasaskan SEGERA . memang SEGERA lah juga pipi amoy menaik saiznya . kekeke

dan hasilnya jadi begini

isk isk . kembang setalam muka amoy . bukan setakat muka , amoy rasa perkembangan ini sepackage dengan bibir dan hidung . gosshh =..= sudahlah amoy ni memang dianugerahkan hidung XXXL .

amoy dah memberhentikan makan fast food buat masa kritikal sekarang ni . takut - takut nanti muka makin berkembang se ladang lah pulak kan . . . pesanan penaja , kalau nak makan mee segera pastikan ada gap . hari ni makan . esok jangan . jangan sekaligus cam amoy . sobs sobs sobs

amoyella : bilalah akan dapat tiket percuma balik sarawak ni . omoo omoo (_ _) sedih guaa !

PERKARA PALING SEDIH

Salam peeps . . .

sekarang amoy sedang dalam dilema untuk menghilangkan parut jerawat yang amat penuh di muka bujur bola amoy ni. setiap hari amoy akan belek belek muka di cermin hajaib mana tahu tiba tiba parut hilang lah khen... hurmm tapi hampa! buat masa sekarang ni amoy belum lagi terjumpa petua lantas mengeshare petua berkenaan kepada anda semua. memandangkan parut ni bersifat kekal , tahan lama  dan tahan lasak makanya memanglah tersangat dan teramat payah untuk dihalau dari permukaan kulit . geram hokeh ! terasa nak sental 24 jam dengan kertas las biar licin semula kulit ini ibarat porcelain . apa yang amoy leh buat sekarang ialah menjaga kulit dengan sebaik mungkin supaya tidak akan ada lagi jerawat atau acne baru tumbuh se ladang di kulit ini . hewhewhew .dan amoy tunggu kulit ni repair dan reborn sendiri .



kira-kira 3 tahun amoy kena serang jerawat dan acne dan kiranya time tu amoy baru sahaja mencapai tahap akil baligh lah kot khenn ... sebabnya amoy haid pun penghujung form 3 (disember) dan stabil semasa tingkatan 4 ... lewat giler hokey ! dan start form 4 lah amoy kena serang jerawat dan acne bertalu - talu . kau hado ? non hadoo . . . dan form 5 , sambung pla masuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) , sambung kejap matriks , sambung di IPG ni . . . dan dekat maktab ni lah kulit amoy makin ok dan stabil . ntah hormon apa yang tak stabil kat dalam darah ni sampai mengeluarkan berladang-ladang jerawat dan acne . hewhewhew . sepanjang bergelar orang berjerawat ni , macam macam kenangan yang tercipta , kadang buat amoy duka , kadang buat amoy tertawa sorang sorang . . .
  1. Seorang guru menegur " eh amoy , apa kau buat dengan muka kau ? kena sumpahan ka ? macam kulit hantu dah cikgu tengok " ok ayat cikgu ni comfemlah buat amoy menangis dalam hati . memandangkan dia tegur depan orang ramai , amoy tabahkan jak hati supaya tak menangis . balik jak hostel terus nangis .
  2. Seorang ustazah menegur " amoy , kenapa kulit kau tu kembang semacam ? " hokey , teguran yang ni agak berhemah . . . tapi amoy tak dapat tahan dah air mata , terus menangis dalam kelas tanpa mempedulikan P&P yang berlangsung . time tu memang teruk gila gila kulit amoy , jerawat penuh kat hidung , pipi , dagu  dan dahi . bukan setakat penuh , besar besar plak tu !


dua perkara tu memang ayat paling amoy akan ingat sampai bila - bila . huhu

selalu juga orang kampung tegur pasal muka amoy . terlalu banyak sampai amoy malu nak keluar dari rumah dan terus amoy bersikap antisosial pada masa berkenaan . sudahlah berjerawat , hitam lagi tu kulit amoy sebab bekas bekas jarawat yang banyak juga . almaklumlah jerawat tumbuh bersilih ganti . time tu memang self confident adalah amat low . bukan setakat low . mungkin under-low . amoy merasakan amoy adalah orang paling huduh di dunia . huhu

setiap malam amoy akan kesakitan tahan rasa pedih sebab jerawat yang bermaharaja ladang di muka . study pun tak dapat nak fokus . 

mesti korang merasakan orang yang berjerawat tu pengotor kan ? tetapi pada waktu berkenaan (berjerawat) , amoy merasakan amoylah orang yang paling menjaga kulit di dunia ini . daripada seorang gadis yang hanya ada facial wash dan fair n lovely amoy telah bertukar set2 produk dari klinik pakar kulit , dan kemudian produk beauty saloon dan dan kemudian klinik kulit dan kemudian itu dan kemudian ini dan kemudian bermacam macam lagilah yang disyorkan . sampai ribu - ribu jugalah duit mama amoy kerjakan . setiap minggu pergi buat facial . pernah juga kena cuci dengan asid oleh doktor pakar . sampai ke perubatan tradisional juga hokei . dan semuanya gagal sampailah amoy jumpa sejenis produk yang telah menyembuhkan jerawat setaman yang bermigrasi di wajah dahku . amoy memang dah hampir putus asa . tambah lagi dengan teguran orang , dengan kata - kata yang menyakitkan hati dan telinga , dengan kata - kata yang menguji jiwa , menambah luka sedia ada , memarah pilu lama . macam macam ada . huhu , tak ada orang yang minta jerawat ni datang ok . dia datang sememangnya untuk menguji insan insan yang tabah .


dan amoy takkan lupa perkara ini sampai bila - bila . bagaimana sakitnya kena hina . bagaimana sakitnya jadi manusia yang hodoh , syukur sangat kepada tuhan sebab menyembuhkan penyakit amoy . alhamdulillah

09 November 2011

I LUV HANDBAG CONTEST

KUMPULAN B


Di suatu petang yang suam suam kuku panasnya, seorang kakak yang comel membawa anaknya yang bernama cecomel bersiar siar di shopping kompleks maharaja comel mega sekitar taman lady’s comel yang tidaklah begitu ketara kecomelannya jika dibandingkan dengan kestyloan taman berkenaan memandangkan lapan juta handbag yang handsome lagi kacak dan ohsem macam amoyella cute (ops!) telah digunakan untuk menghias sekitar taman bertemakan beg beg tangan stylo lagi mylo tidak dilupakan unsur kecomelan yang turut terselit di celah celah handbag stylo yang bergantungan diempat penjuru selekoh tajam bersudut 20 darjah yang kelihatan amat berbahaya untuk bot bot kecil kerana ditakuti karam tidak mampu menampung berat handbag yang super duper comel dan stylo itu sebenarnya menunggu pelanggan datang menyerbu ibarat tsunami kerana dijangka sebelum perayaan krismas yang akan datang beribu ribu handbag akan dipersembahkan kepada para penggemar handbag stylo lagi comel macam amoyella cute (ops!) yang amat perasan sungguh sebanyak 360 darjah tanpa garis sempadan bingung memikirkan apakah perbezaan antara comel dan cute dan stylo lantas mengupoad contoh contoh beg stylo yang ditayangkan di galeri mrs lady's stylo 

jemput datang mencuci mata , bawalah rakan taulan juga , biar sama-sama online di meja , blog mrsladysylo di buka , blog ibusayang comel tidak dilupa , mencari-cari yang berkenan dijiwa , kalau berminat mudah sahaja , yang pasti duitnya ada , kalau tiada meloponglah jawabnya , kalau ada duit : tepuk dada tanya selera , isi borang di sidebar paling atas bertakhta . tapi ingat ! untuk yang serius sahaja . kalau masih confius tunggulah confident menjelma , jangan nanti diblacklist , malu tak terkata . kau ada? haha

serius 100 peratus amoyella yang cute comel ini berkata bahawasanya handphone eh! handsome eh! handbreak! eh! hand hand.... handbags yang stylo dan comel yang ditawarkan adalah berkualiti yang boleh membuatkan mata berpinar dan bling bling semasa memilih selaras dengan harga yang ditawarkan tanpa tawar menawar dan tanpa sesal jika datang hanya untuk window shopping pun tak apa tapi kalau membeli lagilah memberi makna kepada tangan anda yang mahukan handbag super stylo comel lagi lote oh mana fullstop ni dah terkapus kapus korang baca ayat amoyella yang cool lagi comel dan stylo betul amoy memang tidak kurang ohsem kalau nak dijadikan model handbag sendiri bukan handbag orang lain yang gojes haaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh............ semputs!

oh amoy suka beg bulu-bulu!

amoyella : jangan ditanya dong ngapain amoy ngomong kretip amet. amoy ngomong ngomong gini sih manataw bisa ya menang contest kok c. ya udah... sekarang amoy maw cepetan ngetag kawan kawan niii... ayukk deh kita meriahkan kontest kak azrina sama mrs lady's stylo sii.. dui... ter'indon lah pulekss khenn...

me tag :
1 . YOU miss annyss
2 .  YOU miss aniey monyeng
3 .  YOU miss nana marina
4 . SEMUA PEMBACA! ;) biar kita sama sama menuju kestyloan



 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com