05 January 2011

TIDUR ITU BEST...tapi...

Semenjak dua menjak ini, syukur alhamdulillah Amoy tidak lagi mengalami gangguan atau gejala atau halangan atau obstacle untuk tidak tidur lena sepanjang hayat. Ingat lagi tahun 2010 menyaksikan kecelaruan sukar tidur yang amat memberansangkan. Tapi tak pernah la tidak tidur sepanjang malam sampai kesiangan walaupun assignmen berduyun-duyun kat check-in list atas meja. ayat bajet feeling budak rajin. peeeerghhhh...... paling-paling pun before azan subuh mesti tidur kejap. =')


Tidur lena dengan Ridsect 
tak diganggu nyamuk


Pernah jugak Amoy mengalami gangguan mimpi yang bukan pelik setiap kali pejam mata. Walaupun baru tidur 2 minit kat meja dalam kelas! MUSTI BERMIMPI! hokey...bukan time kuliah atau tutorial atau amali yea! Mimpi tiba-tiba terjatuh tu la yang paling hangit! bangun ja dari tidur mesti jantung rasa bagai nak tercabut! sob...sob...tapi sangat tidak suka mimpi...sebab otak Amoy akan rasa sangat letih dan penat selepas bangun. huhu

punya sedap harimau ni tidur
fleksibel boleh buat kilang tai mata mana-mana
Tapi kalo dia mimpi terjatuh...itu mmg bukan mimpi


Tapi kalo tidur kat tempat baru...comfem susah mo tidur weeii... MELAINKAN selepas kehulu-kehilir bershopping, then stay kat hotel *kiranya tempat barulah kan...* punya lena tidurrrr.... hwa! hwa! hwa! maksudnya selepas berpenat-penat di siang hari, malamnya komfem tidur mati. Sila amalkan gaya hidup sihat.

Banyak kajian menjelaskan tidur penting untuk otak. Amoy setuju! Tidur ibarat software untuk defrag balik memori yang 8GB tu. Kau penah guna? Amoy baru pakai 275kb kot.

anak babi pun pandai defrag otak dia
ahh...cute!
Tapi lau dah besar comfem tak cute.

Orang cakapkan... tidur yang cukup, penting untuk kulit dan awet mudaaaa... hea! =') Jadi kena tidur selalu dengan berpada-pada sebab setiap orang mempunyai keperluan tidur yang tidak sama. Oleh yang berkenaan, pastikan ruang kamarsutra anda senantiasa ngam untuk membuta dengan bergaya dan berjaya.

Dulu-dulu. ustaz Amoy bilang... tidur sekejap sebelum waktu zohor itu SUNAT yer... bolehlah diaplikasikan di mana-mana kalo tak malu-malu.

Tapi kalo nak tidur begini sampai terlebih-lebih kepala dari bangku taman awam sebelum waktu zohor
takmau eden~~

Kat dalam kelas Amoy ada red karpet merah tempat duduk santai-santai... tapi kecik ja, tak muat 22 orang. Kalo nak tidur berjemaah jugak.....terpaksa buat begini :


ohh... Amoy tidak terlibat dengan perkara di atas

Some words said : Don't fall asleep, If u die in your dreams, u'll die for real... huhu... NAK TIDUR KE TAK LEPAS NI?

TATA!
=')

0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com