03 January 2011

Perjalanan 2010/2011


Entri ini adalah entri yang terpending semenjak 1 JANUARI 2011. Memandangkan suis soket yang minta puji, Amoy tak dapat nak bercakap menulis panjang-panjang mengeleber pada hari berkenaan sebab terpaksa DIETkan battery Cik Lappy. Jadi petang ni tersampai juga membuang hajat. Tapi tidaklah sampai ke tahap selulit...rasanya... =')

heheh!

31 DISEMBER 2010 : 
Tepat jam 06.30 Amoy dah bersiap-siap bertolak dari rumah menuju ke Jeti Oya. 
Naik speedboat untuk ke Sibu. Berbanding guna jalan darat, Amoy lebih suka naik speedboat sebab tambang mahal selesa dan tidak memabukkan! Lagi pun cuaca sejuk-sejuk awal-awal pagi kat Sungai Rajang best oh. Sabahan cakap siokk! ^^

Ini gambar dekat TERMINAL SIBU
Yang bulat merah tu speedboat yer bagi yang tak penah naik! ...muat tuk 16 orang ja. Kalo nak lebih pun okey ja sebenarnya... Tapi Abang Polis Marine marah marah~ tak kasi
Yang bulat  kuning pla express. perkhidmatan express xda pla kat kawasan Amoy. Ni bagi kawasan Matu/Daro, Kapit, Sarikei, Kuching dan lain-lain.
yang bulat kelabu tu...boat penambang untuk kawasan terdekat ja.
Apa? Belakang tu? Oh..itu feri pelancongan kot... ritu nampak cam mewah jee



Keadaan di terminal yang tak longgar
Semua orang nak balik...Almaklumlah...hari Jumaat kan cuti Bola.


Amoy pun tidak ketinggalan untuk turut serta menidak longgarkan keadaan Terminal.
Ops...yang kena bulat tu beg orang yer . hehe


Baiklah, kat Sibu menginap semalam kat rumah kazen
Sempat juga pegi melawat orang sakit. Tak sesuai pula nak posing-posing tepi orang sakit.
JADI TAKDA GAMBAR. macamla orang minta gambar ceh!




1 JANUARI 2011
hokei ! nampaknya end dan early year dah bizi macam perdana menteri.
Tuan-tuan dan Puan-puan : Ini adalah Belon MasWing MH3182 bang to Kota Kinabalu.
Bertrip macam pelancong... walhal dibumi sendiri!
Amoy nak cepat naik. Steward encem sedang menunggu. =')


Agak jahkun bila sampai KK nampak BIG SCREEN ni. 
hamboi hamboi... tahan panas ke Enche' TV ni direct bawah the sun?
Punya panasss cuaca kat KK. Berbeza sangat ngan Oya. 
Kesan Rumah Hijaulah katakan


Seriously. haku yang kuat tido ni pun jadi tak tido disebabkan segala urat-saraf termasuklah urat yang tersebut terasa mau putus memandangkan perjalanan KK-Keningau diselubungi hujan lebat, hujan kuat serta hujan deras. apa beza?
Geli-geli haku ya ampunnn... tgok gambar atas tu... dahla hujan, berabis berkabus dan berkabut serta berawan lagi tu perjalanan dia.
Tepi jalan pula gaung-gaung kelaparan.
Haihhh! ='(
dan semamangnya segala bulu-bulu non-stop meremang sepanjang perjalanan.



Dan akhirnya sampai juga di Keningau
dengan selamat
PERKARA KECIK PON NAK KECOHKAN...HEHE


TATA!











0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com