23 October 2012

UJIAN BAHAGIAN II DAN III KELAS D



♥ ♥ ♥ ASSALAMUALAIKUM PEOPLE ♥ ♥ ♥ 

JYEAHHH ! Alhamdulillah syukur sebab akhirnya amoy berjaya mendapatkan lesen P dengan selamatnya pada semester ini . hehehh . walaupun senantiasa terhimpit oleh kekangan wang , jadual dan masa . namun , akhirnya amoy dapat merealisasikan impian amoy untuk mendapatkan lesen P kelas D -.-'


gembira hokei ! siapa tak gembira dapat lesen P tanpa mengulang tambah duit lagik ?





The lucky numbers ^_^

ok nasib baik dapat nombor yang boleh laaa dikira awal . sebab nombor terakhir adalah 38 ( tidak termasuk nombor tambah class , nombor motor , nombor calon mengulang ) gilaaaaaaaa banyak orang . serius walaupun nombor 14 , amoy tetap rasa sangat super penat menunggu . rasa kebas - kebas dan buku lali dan tempurung lutut serta tulang buntut berdiri-mencangkung-duduk-berdiri-mencangkung-duduk sebab tunggu turn .

akhirul kalam : SELAMAT TINGGAL ROMEO buat Interior Driving Academy (IDA)  ~(^.^)~

foineeeeeeeeeee ... hari last di IDA amoy baru tahu dekat sini ada surau >.< sebelum ni selalu terkocoh-kocoh takut tak sempat nak pergi masjid pekan keningau sebab nak solat asar . poor us !

Kami orang paling Happy kelmarin . serius Happy !


LULUS treats . ayam butter >.<

ya ya ya .... sebenarnya mo makan yang lain tapi ... guwa agak 'kekeringan' sudaaaaaaaa . RM1,400 untuk lesen P . huk huk huk . cancel mo oder chicken chop . jimat moy .... jimat (T-T)





AMOYELLA : goshhhhhhh . . . guwa berjanji mahu beli handbag baru kalo dapat lulus JPJ tanpa ulangan . $$$ lagi . foine !






20 October 2012

MASTER CHEF IKHTIAR HIDUP



ASSALAMUALAIKUM ♥ ♥ ♥ 


Dear Handsome Boys terutamanya and Beautiful Ladys =D lemme tunjukkan skill memasak malas - malas amoy yang agak ohsem . sebenarnya guwa bab memasak - masak memang agak terserlah sikit keloserannya sebab guwa berniat mahu belajar memasak daripada future encik betul . eh ?


oh ya . pembetulan . bukan guwa sorang punya idea masak malas - malas ni . ini adalah combinasi 3 kepala yang agak drastik evolusinya bila dah masuk bab ikhtiar hidup . keh keh keh . memandangkan i'olls tidak ada dapur yang ohsem lagi membahagiakan , so (ohmyenglish!) i'olls terpaksa memasak menggunakan bara api dan buluh dan tempurung . ok foine tipu lagi -.-'


mood masterchef : dengan combination kukus , grill , panggang , kukus , grill , panggang , kukus ! maka terhasilllllllllllllllllllllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh tadaaa !


ehem ehem ... i'olls namakan resepi hari ini


SEXY LOVE SOUP with SOOHON ya ya ya ! nama agak over -.-'




Seriously memang sedap . omnommmnomnomnommm

akan tetapi amoy tak tahu sama ada kesedapan tu datang dari cara masakan atau memang kesedapan sebab perut yang maha lapar ?


BAHAN - BAHANNYA

a packet of squid and crab balls
a small packet of tumix
a teaspoon of blackpepper
a packet of soo hon
water (should i mention her? )

dan itu sahaja . masukkan semua bahan satu persatu ke dalam air mendidih . sedia untuk dihidang . sangat heaven untuk di makan panas - panas .


amoyella : oh ini lah kehidupan duduk di asrama . apa punnn tak voley -.-



18 October 2012

NIKMAT KELUARGA



ASSALAMUALAIKUM
Dedicated to HIM





Dia
Cemburu

Cemburu melihat keluarga orang
Bahagia bersama susah dan senang
Papa , Mama panggilan berkumandang
sesekali terdengar adik ! kakak ! abang !
Bahagia mereka ... meruap sayu bertandang ...

Dia cemburu 

Tercengang dek riuh dari kejauhan
Keriangan keluarga hanya mampu dibayangkan
Imaginasi sendiri ke dalam khayalan
Membina impian
Keseorangan di ceruk kesedihan

Dia
Tidak pernah rasa sempurna merasai nikmat keluarga
Panggilan keramat papa , mama , kakak , adik , abang cuma kadangkala
Mungkin tika menziarah cuma

Dia
Jarang sekali duduk sambil bertepuk tampar ceria
atau bergaduh manja bersama ahli keluarga
atau berebut makanan di meja
atau meminta tolong mensaterika
atau berkongsi mesin basuh yang sama
atau mengemas rumah di hari - hari biasa
atau tidur berpeluk mengerat rasa cinta
atau
menyambut aidilfitri bersama di hari pertama
Alangkah bahagianya kalau Dia mampu kecapi semua 

Mungkin
anda menganggap cerita Dia perkara biasa
kerana Dia
seorang insan yang nampak sempurna 
Yang melalui harinya dengan bersahaja
Jarang keluhan berat meniti jalanan hari yang menyapa
namun hakikatnya itu hanya luaran cuma
Lakonan natif sebenarnya penuh gelora
Gelora yang ingin sekali merasa
Indahnya nikmat keluarga

Dan Kau
Syukurlah jika kau punya keluarga
Syukurlah jika kau punya mereka
Syukurlah jika hidup di bawah bumbung yang sama
Syukurlah jika pendapat kau dan mereka berbeza
Syukurlah jika mereka meninggi suara
Walaupun kadangkala meluluhkan jiwa
Walaupun kadangkala menghancurkan idea
Walaupun kadangkala membuatkan kau terluka

Kerana 
Itulah fungsinya keluarga
Membimbing dan membina
Dengan stail yang berbeza
Dengan gaya yang kurang selesa
Dengan cara yang Kau tidak suka

Tapi jangan Kau pernah kecewa
Kerana Kau beruntung
Punya Keluarga tempat bergantung
Punya masalah terus berhubung
Tatkala panas sama berlindung
Tatkala hujan sama berpayung
Tatkala duka sama meraung
Tatkala gembira sama senandung

Ah ... ! Dia sangat cemburu
Dia tiada pengalaman sebegitu
Dia tak pernah ditegur atau menegur lantaran tingkahlaku
Dia tiada keluarga sesempurna kau
Dia hanya ada Ibu
Satu


Amoyella : Dia ...




 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com