ASSALAMUALAIKUM
Dedicated to HIM
Dia
Cemburu
Cemburu melihat keluarga orang
Bahagia bersama susah dan senang
Papa , Mama panggilan berkumandang
sesekali terdengar adik ! kakak ! abang !
Bahagia mereka ... meruap sayu bertandang ...
Dia cemburu
Tercengang dek riuh dari kejauhan
Keriangan keluarga hanya mampu dibayangkan
Imaginasi sendiri ke dalam khayalan
Membina impian
Keseorangan di ceruk kesedihan
Dia
Tidak pernah rasa sempurna merasai nikmat keluarga
Panggilan keramat papa , mama , kakak , adik , abang cuma kadangkala
Mungkin tika menziarah cuma
Dia
Jarang sekali duduk sambil bertepuk tampar ceria
atau bergaduh manja bersama ahli keluarga
atau berebut makanan di meja
atau meminta tolong mensaterika
atau berkongsi mesin basuh yang sama
atau mengemas rumah di hari - hari biasa
atau tidur berpeluk mengerat rasa cinta
atau
menyambut aidilfitri bersama di hari pertama
Alangkah bahagianya kalau Dia mampu kecapi semua
Mungkin
anda menganggap cerita Dia perkara biasa
kerana Dia
seorang insan yang nampak sempurna
Yang melalui harinya dengan bersahaja
Jarang keluhan berat meniti jalanan hari yang menyapa
namun hakikatnya itu hanya luaran cuma
Lakonan natif sebenarnya penuh gelora
Gelora yang ingin sekali merasa
Indahnya nikmat keluarga
Dan Kau
Syukurlah jika kau punya keluarga
Syukurlah jika kau punya mereka
Syukurlah jika hidup di bawah bumbung yang sama
Syukurlah jika pendapat kau dan mereka berbeza
Syukurlah jika mereka meninggi suara
Walaupun kadangkala meluluhkan jiwa
Walaupun kadangkala menghancurkan idea
Walaupun kadangkala membuatkan kau terluka
Kerana
Itulah fungsinya keluarga
Membimbing dan membina
Dengan stail yang berbeza
Dengan gaya yang kurang selesa
Dengan cara yang Kau tidak suka
Tapi jangan Kau pernah kecewa
Kerana Kau beruntung
Punya Keluarga tempat bergantung
Punya masalah terus berhubung
Tatkala panas sama berlindung
Tatkala hujan sama berpayung
Tatkala duka sama meraung
Tatkala gembira sama senandung
Ah ... ! Dia sangat cemburu
Dia tiada pengalaman sebegitu
Dia tak pernah ditegur atau menegur lantaran tingkahlaku
Dia tiada keluarga sesempurna kau
Dia hanya ada Ibu
Satu
Amoyella : Dia ...
0 MURID MINTAK CUBIT:
Post a Comment