12 February 2011

Maka Maafkan Aku


maafkan aku kerana mencintaimu

maafkan aku kerana lupa akan katamu



DIA sebuah bab tanpa tajuk dalam hidup aku

melakar cerita pendek yang indah antara aku dan DIA

ya , aku jatuh hati pada DIA

Saat mula , aku fikir katanya cuma gurauan bersahaja

sekadar bercakap kosong tentang hatinya

katanya BUKAN tentang hubungan kami berdua

katanya BUKAN tentang perasaannya terhadap aku

katanya tentang kekasihnya

kekasih DIA


bukan aku

bukan amoy

bukan ella

bukan saya



dan dia tetap tamak mahukan aku

hari ini sudah cukup ruang dan waktu

ku lepas segala sendu yang telah lama membeku kalbu

ku lepas segala rindu yang bertamu

ke lepas segala cinta berdendang syahdu


ku harap denyut cinta ini masih milikmu

bila nanti kita dipertemukan waktu






 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com