Salam Sejahtera kepada segala amoy amoy dan apek apek sekalian
Dua tiga hari ni, amoy sangat busy dengan asaimen . nak hapdate blog pun tak sempat . ni nak menyempat sekejap . melepas gian . urghh ! sambil sambil buat asaimen , ada satu benda yang amoy sedang pikir . emm . runsing . geram . grrrr ! >.<
Antara ramai ramai kawan anda , kawan mana yang paling anda sanjung ? bagi amoy amoy ada 5 jenis kawan . kawan kawan . kawan karib . kawan rapat . kawan sejati . kawan makan kawan .
KAWAN KAWAN
Maksudnya , sesiapa sahaja yang amoy kenali . tak kiralah kawan seperjuangan zaman sekolah ke, zaman kerja ke, dekat kampung ke, dekat bandar ke, dekat facebook ke, dekat twitter ke, dekat myspace, dekat friendster dan banyak lagi tempat lain . mereka ni tergolong kepada 2 kumpulan ja sebenarnya . lelaki dan perempuan . Cuma bila ada certain orang yang keliru dengan jantina masing – masing , maka jadilah empat kumpulan . bingung ? kau pikirlah sendiri . dalam ramai kawan – kawan ni ada jenis baik dan ada jenis busuk . kau rasa kau jenis apa ? bagi amoy , semua kawan – kawan amoy baik . terpulanglah kalau diorang nak ngumpat amoy dibelakang , asalkan diorang sentiasa tunjuk sikap profesional kat depan amoy . kekadang amoy pun buat gitu juga . tapi amoy lebih terarah untuk kritik depan depan depan depan dia kalau tak puas hati . cakap belakang > mesej undelivered hokey !
KAWAN KARIB
Maksudnya, kawan yang kita percayai untuk meluahkan masalah dan perasaan . “bontot aku ada kuraplah” masalah itu diluah tanpa segan silu . atau “sebenarnya, selama ini saya guna gigi palsu”. Emm . kawan karib merupakan kawan yang kita paling percayai untuk memegang amanah serta rahsia peribadi kita yang orang lain tidak tahu akannya . Dulu time sekolah menengah , amoy ada dua orang kawan karib . bagi amoy kawan karib adalah kawan yang turut sama menangis bila hati kita luka, terluka , dilukai. Miss u both roziah dan nurul mazni .
KAWAN RAPAT
Maksudnya, kawan yang hanya bersama bila kita senang sahaja . kawan yang hanya menganggap kawan ketika saat senang , lenang , bahagia , gembira , ceria , damai dan sebagainya yang berkenaan . masih tak faham lagi ? kawan rapat hanyalah kawan yang mementingkan diri masing – masing . waktu kita susah . sakit . sedih . kawan itu mula menjarakkan diri . kemana ? ketempat yang kita tidak boleh nampak mereka . dalam almari kot . kunci diri masing – masing . buang sungai lagi berfaedah kot ! huh ! kawan rapat ni akan mula menyerahkan tugas mereka sebagai kawan kepada kawan sejati . bila kawan sedang sakit .
KAWAN SEJATI
Kawan sejati pula adalah mangsa kepada kawan rapat . kawan sejati sanggup menolong kawannya yang sedang dalam kesusahan . kesedihan . kesakitan . bersabar dengan segala cemuhan dek kawan rapat . kalau korang nak tau , kawan rapat biasanya akan menyalahkan kawan sejati “eh, kenapa kau tak bagi dia makan ubat? Kau kan classmate dia” begokk...kau sendiri (kawan rapat) jenguk pun tidak! Time dia sihat bukan main lagi suruh si sedang sakit ni jadi driver pecut kereta laju-laju ke bandar ! hei ! kin panas . sekarang kawan sejati kilik sorang sorang jaga kawan sakit . sabar dengan setiap yang berlaku .
KAWAN MAKAN KAWAN
Bukanlah bermaksud kawan ni jenis cannibal yang makan manusia . kawan jenis ini adalah kawan yang berkawan bersebab . hehe . macam amoy kot . amoy nak berkawan kawan dengan yang pandai pandai seja . sebab amoy tak pandai . kawan dekat maktab ni semua orang pandai pandai dan terpilih . terutamanya dayangku siti iffy syamimi awangku damit dan marinah moklin , terima kasih sebab banyak tolong amoy selama ni . amoy tak pandai . selalu harap ngan penerangan korang dua sebelum masuk dewan exam . muahhh . amoy makan secara berhemah . makan sebelum lapar , berhenti sebelum kenyang .
tetapi ada jugak jenis kawan makan kawan yang PELAHAP dan GELOJOH . memang jenis mangkuk hayun punya kawan lah . mereka adalah jenis kawan makan kawan : GUNTING DALAM LIPATAN , GERGAJI DUA MATA , PARANG DUA MATA , TALAM DUA MUKA, MUSUH DALAM SELIMUT , serta HENPON SIMKAD DUA . mau juga bagi pelempang sebijik tiga .
|
BETUL ! ini adalah kawan shopping amoy . love u two bebeh ! |