04 April 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA



ASSALAMUALAIKUM PEEPS !


Sekembalinya dari Pahang, amoy mengambil kesempatan yang hadoo ini untuk bercuti-cuti Malaysia . yelakann ... memang sangat tidak berbaloi jika beli return ticket KK-KL hanya untuk 5 hari (Program di Kemayan, Bera) habis program terus balik Sabah . eh . nak beli ole2 pun tak sempat laaa kalo gitu ='(
So amoy memang sengaja beli extraaa hari(s) untuk berjalan - jalan di KL . Lagipun amoy memang hadoo gengsian kat sana . sooo ... dapat la buli tu gengsian jadi tour guide kesayangan tak berbayor . hohohhh =)


first nite di sana memang dah jadi burung hantu . balik rumah jam 2.30 pagi . astaghfirullaaahhhalzim ~.~ sebabnya amoy pergi lepak warung dengan kawan-kawan lama bieyabieya berry dan seterusnya ke downtown . haaa ... =D sampai sana sampai nak tejojol biji mata confuse nak grab mana satu benda ohsem . jam 2.30 pagi tu pun boleh2 jalan masih jammed ! -.-' sabo je lah !


esok paginya pula terus memborong di Masjid India . aigoooo ... serius sekali lagi bershopping tahap gaban sebab ... sebab ... sebab ... mana nak cari harga tudung, kain dan baju kurung semurah di sana berbanding di Sabah atau Sarawak ?


ceh ... macam buat laporan ilmiah lah pulak khenn ? 


biarlohh gambo meneruskan pelaporan amoy ('_')



mempersembahkan .. tour guide terbaik yang sponser tempat tinggal dan minyak  keta . naaaa ... ko hado kena sponser cam kami?
jangan puji lelebey , dia ni cepat kembang hidung kalo kena puji =P


Hari ke-3 GENTINGGGG !
rezeki kami sebab time tu ada promotion RM60 je (semua outdoor ko boley main sampai tak larat)
serius amoy rasa sangat berbaloi - baloi .
klu bagi amoy la kan .... naik cabel car RM60 pun dah cukup puas hati dah . pergi balik 15minit X 2 . ok sangat dah tu . berbanding kalo di Pulau Manukan Sabah , naik parasailing je ponnn dah RM75 untuk 15 minit ='(

kan ... kan ... kan ... murah giler kann ?

ka aku jak yang jakun ni?




Permainan yang paling menyihatkan JANTUNG dan segala organ dalaman serta luaran .
amoy  ikott  ni Space Shot sampai terkeluar air mata sebab terlampau WHOOAAAAAAAA =O
bayangkan bila kena jatuhkan dari atas tu ... punggung dah tak terasa pun melekat dekat kerusi dia . memang rasa diri ini free fall dari udara .

Permainan yang paling ganas . terbaring - terbongkang - terbangak - jak dalam tu flying coaster bila dah setat bejalan laaaaaaaaaaaaaju.
akibat terlalu takut dah .... amoy relax je tutup mata . hahaa . terus rasa ... eh... dah habis?

flying coaster nih , flying coaster pertama sekali di Asia =D

adoi sakit . konon .


haaa.... da lagi corkscrew , dan ntah pa - pa lagi nama permainan yang amoy cuba try test . gambor untuk simpanan sendiri yer . kbye. haha



muka sebelum (dalam gondola / cabel car)  dan selepas balik dari Genting . penat yorobbiiii =D tapi puas !



dah habis pusing - pusing KL . i'olls meneruskan perjalanan ke Negori Sembilan ^_^
haaa ... dari Negori Sembilan melalut lah plakkk khenn ke Melaka 



Tadaaaaaaaaaaaaa ! zoo time . Ilmiah sikit laaa kann =D
yang bestnya ... ada live show . persembahan burung . gilaaalahhh burung-burung kat sini semua dengar cakap .
persembahan tariah borneo , sexy japanese lady show dan macam - macam lagi ^_^
haaapppy !

pusing - pusing bandaraya Melaka

We Love Bandaraya Melaka 

 
Sumandak Sarawak

 

ni haaa .... begambar di bilik air jugalah yang menjadi satu kewajipan !
eh... comel kann ... bilik air dia tema chessboard . nak jgalah buat bilik air gini , agar  bersemangat bery hari-hari


amoyella : actually cuti ni ... plan nak g Philiphines . tapi memandangkan da program segala bagai ... terpaksalah Philiphines trip kena cancel . dan bila timbul lagi kes Lahad Datu ... terpaksa la terus melupakan cita-cita ke Philiphines . sobs sobsss ='(


eh , kawan cerita .... Bandung sangat ohsem .... next trip maybe ? 




NEW FAMILY


ASSALAMUALAIKUM PEEPS !


Huaaaa ... lama gile wa tak updet belog . almaklumlah bizi jee memanjang sepanjang lapanpulohtiga km . hado exam budak-budak (seyyy ... wa jadik penggubal soalan derrr ...) , pengawas peperiksaan dan jadik peserta program anak angkat ke Pahang =D juga juga juga ... lawatan ilmiahlah sangat ke sekitar KL, N9, MELAKA  3:-)


Benda first yang amoy cari bila sampai d LCCT : BANTAL TENGKUK !
hazabnya di dalam bas selama 3 jam + duduk dalam flite 2 jam 30 minit cukup memeritkan bagi batang tengkuk wa . sampai2 jaaa dekat LCCT KK memang amoy aim dah nak cari ni bantal , tapi terlampau mahal . RM39 tak mampu wa derr . so terpaksa jga la bertahan 2 jam 30 minit dalam flite lagi :'(
bila sampai kat LCCT KL , servay punya servay ... baru terjumpa bende alah ni RM26 . ok lah sikit kott =/ sebabnya sebabnya .... lepas ni akan ada perjalanan selama 5 jam ke Bera, Pahang .
pocik bas ikut jalan lama (bukan highway) sooo sangatttt la memakan masa serta mencabar fizikal gua , khasnya .




Sesampainya di Kemayan, Bera, Pahang ... 



taaadaa!



amoy dapat family angkat yang sama dengan bieyabieya berry !




anak angkat tok imam kampung tuuuuu ;-) jangan memain . hehehh


First day sampai sana , semuanya bersemangat berkobar - kobar gituw .




perkara yang paling menarik yang amoy rasakan di sana ialah ... i'olls telah mempersembahkan tarian tradisi etnik-etnik di Sabah dan Sarawak . i'olls siap meminjam serta menyewa baju tadisional Sabah dan Sarawak tau :')  




Pakaian Bajau Semporna
comel kannn? macam nak buat persembahan nasyid kotemporari pun hadoo . mempersembahkan kumpulan solehah !




semua kulit bertukarrrrr merah dan kegelapan >.< banyak sangat aktiviti khidmat masyarakat / outdoor . sobb sobb
dari kiri cepat jalan : Pakaian Rungus , Pakaian Dusun , Pakaian Murut , Pakaian Dusun dan Pakaian Kadazan Dusun




alamakkk ... habis dah . tak dapat nak upload banyak - banyak . nanti da orang cakap amoy ni over-over nak showoff satu dunia kot tentang hal sendiri . eh . ops ! 



amoyella : Kat Sabah dah da family angkat . Kat Pahang pun ada family angkat ! yeayy ! siapa lagi nak dijadikan keluarga angkat ni haa ? =D










27 February 2013

DARI SK BUNSIT MELAPOR DIRI



ASSALAMUALAIKUM PEEPS !


eeeerr lama betol dah seriously amoy tak updet belog amoy nih. haaaa ... bizi dengan rancangan mengajar harian , jurnal , portfolio jaaa memanjang , sampai amoy tak tahu dah bila masa amoy nak sentuh abang tesis Amoy hohohooohh 3:-) mohon segalanya yang telah kusut ini akan terlerai suatu hari nanti . cerr bayangkan setiap malam ahad - isnin - rabu - khamis amoy memang kena menulis RPH lebih kurang darab bahagi minimum 4 mukasurat termasuk refleksi RPH sebelumnya ... ya ampunnnnn ... jumaat pla amoy free sepanjang hari ... tapi kena siapkan jurnal lah plakkk khen -.-'  so amoy hanya ada Sabtu . tapi tapi tapi Sabtu tu untuk kerja kemas mengemas dan qada apa yang patut . tuhan ja tahu betapa SADISNYA menjadi guru pelatih . hewhewhew ... serius ... memang betul kata - kata senior sebelum ini ... guru ni ... time menjadi guru pelatihlaa yang paling sibuk. dah tu bukan just kena siapkan buku RPH ... kena lagi siapkan bahan bantu mengajar . omai omaiiiiii ... tidur jam 1.00 pagi memang itulah jadual amoy semanjak dua menjak nih .


tu belum lagi tahap mau kena observe !


kalau malam sebelum kena observe memang time tu laaaa saatnya cik jerawat akan timbul . nervous nak kena observe memang lain daripada yang lain . kalau amoy laaa kan ... amoy tak dapat nak tidur lena malam berkenaan . balik-balik teringat RPH , apa nak diajar besok ? apa nak dicakap ? macamana nak kawal murid ? alahaiiiii ='(

en pa ni tiba-tiba?
ngeh ngeh ... hari tu dapat dua rezeki . alhamdulillah

rasa nak makan lagi pijaa *gulp

Leftenan Muda Amoyella melapor diri, tuan ! abaikan kulit berminyak dahku =3

naaa ... buang tebiat kat bilik guru bergambar taktentuhala . yang penting kita enjoiiiiiyce !




amoyella : walauapapun yang berlaku ... amoy bersyukur sangat sebab dapat di SK Bunsit Keningau . memang ini adalah antara sekolah yang terbaik untuk guru praktikum =') i love my new school and all of my dearest student here =)





 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com