31 December 2011

2011 IPG KAMPUS KENINGAU COMBO

Salam Peeps

Kehidupan 2011 di INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU telahpon berakhir dengan rasmi . gumbira bukan kepalang limpa dan usus amoy . sekarang tinggal DUA TAHUN jak lagi tempoh untuk tamat pengajian . alhamdulillah . boring memang sangat boring sebab lama betul BELAJAR . tadika DUA tahun . sekolah rendah ENAM tahun . sekolah menengah LIMA TAHUN . IPG LIMA TAHUN SEETENGAH = LAPAN BELAS TAHUN ENAM BULAN

gila derr ... mana tak BORING amaatt !

tapi ... tapikan ... nasib baik larr dekat maktab banyak aktiviti walaupun kadang - kadang agak so - so ja sambutannya . apapon berkat kerjasama semua guru pelatih . amoy really enjoice setiap aktiviti yang dilaksana . eh berbelit belit betul . kejap boring kejap tak . kejap so-so kejap enjoice ? fening . lalalalaa

PALING BEST ! PROGRAM ANAK ANGKAT KAT KAMPUNG BAGINDA KENINGAU
INI FAMILY ANGKAT AMOY DAN RUMET .

HARI GURU 2011 . BESTNYA ADA HARI GURU . KORANG HADE ? HEHE

MINOR AMOY PENDIDIKAN JASMANI . SO AKTIVITI SUKAN-SUKAN WAJIBLAH IKUT SERTA . LARIAN MERENTAS DESA DAN BUKIT BUKAU JUGA PERKUBURAN CINA . UHM ... FENAT

MEMANDANGKAN AMOY TAK CUKUP CANTIK UNTUK JOIN UNDUK NGADAU ... MEMADAILAH JADI GAMBARGRAPHER SAHAJA PADA HARI BERKENAAN 


SK PEKAN KENINGAU II DAN SK MENAWO DALAM INGATAN . NANTI NAK PRAKTIKUM SINI . =)

banyak sangat aktiviti best kat IPG . sayangnya amoy tak ada DSLR yang panjang panjang macam belalai gajah tu untuk di galas sentiasa . NAK SATU !



amoyella : SEPA NAK BAGI HADIAH BIRTHDAY AMOY TAHUN 2012 ... SILA BAGI DSLR K ? HIHII ...

RESEPI : KEK LAPIS VANILLA-CHOC

Salam dear lovey dovey sekalian ...

seperti biasa amoy comfirm membawa balik sebeg dua makanan balek maktab . memang tak cukup 1 beg . haha . jarang sekali amoy tak bawa balik makanan g sana . bukan jarang ! tapi langsung tak pernah miss menapau makanan sebanyak mungkin . at least hilang jugak ah rasa rindu kampong halaman nanti . =..= walhal nak jimat supaya tak perlu bazir beli makanan kat CAFE ituu

huhu ... lagiponn ... amoy mesti bawa balik makanan sebab perut comel amoy ni COMFEM TERKEJUT dengan makanan sabah . entahlah kenapa ... yang pasti tiap tiap kali balik sabah comfem amoy akan kena dyhydration tahap beruang kutub . cirit birit itulah perkara wajib timbul bila perut ini terkejut dengan perubahan IKLIM PEMAKANAN . doktor , sila tolong jawab kenapa perkara ini boleh berlaku ? walhal orang lain OK je ngaaapp makanan yang sama . heran ...

balek kali ni amoy sempat siapkan sebiji kek lapis yang dinamakan vanilla-choc layers . amoy nak share resepi kat sini =

BAHAN

15 Biji Kuning Telur
6 Biji Putih Telur
16 aun Mentega
1 Tin Kecil Kaya
1 Tin Kecil Susu Pekat Manis
400gm Tepung Hong Kong
200gm Gula Halus
200gm Horlicks
Ovalette
200gm Coklat Masakan (Cairkan)
Vanilla Paste

CARA MEMBUAT

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang .
  2. Telur dipukul ditempat lain sampai kembang .
  3. Mixedkan kedua-dua adunan . Kuar rata-rata .
  4. Masukkan susu , kaya , horlicks , ovalette dan tepung . Kuar rata-rata .
  5. Bahagikan adunan kepada dua . 1 letak coklat masakan . 1 letak vanilla paste .
  6. Bakarlah selapis (dua sudu makan sahaja) demi selapis berselang seli . boleh ikut suka hati masing-masing laa nak lapis selang seli selapis ke hapa . amoy buat selang seli 5 lapis . (^ ^)
  7. Senang giler kan nak buat ? masuk- masuk je bebahan dia asalkan sukatan betul . eh ... yang ketujuh ni bukan cara membuat . motivasi semata-mata untuk anda .



tapikan ... sebenarnya kannn ... time melapis kek ni , amoy confuse dan nyanyuk nyanyuk grandma dengan kiraan lapisan amoy ni . haha ! sebab tu ada lapisan 6 ... ada juga lapisan 4 . =') jangan maraah haa ... lalalalaa





amoyella : sorii gingg ! lama udah amoy tak updet entry . housekeeping lah kata khenn ... (^^)








15 December 2011

TETUMONG

Salam dearest sekalian ...

petang tadi amoy cakap amoy cakap amoy nak buat "KELITAH" kan . tapi sebenarnya ... bukan KELITAH . it's TETUMONG . edeii ... actually dua jenis makanan ni bentuk dia SAMA jepp . that's why lah amoy tersalah letak nama . (--")

walaupun bentuk dia sama . kedua - duanya adalah berbeza . rasa pun BEZA . sebab bahan asas TETUMONG adalah BERAS . bahan tok buat KELITAH pla adalah UBI KAYU . amoy sendiri pun tak pasti sama ada makanan ni makanan tradisional masyarakat MELANAU atau tidak ? atau semua masyarakat pun tau buat kuih ni ? bahan - bahan nak buat pun simple hanya perlu MYR 0.00 sahaja memandangkan semua item boleh di dapati di belakang rumah kak jah jiran sebelah kepada sepupu nenek kelsom kampung seberang ~

BAHAN BAHAN


  1. Beras yang dikisar halus secukup rasa . hehe ~ (setiap rumah mesti ada!) ; contoh 1kg BERAS
  2. Kelapa parut secukup rasa . hehe ~ (belakang rumah ada 4 pohon kelapa yang berbuah dengan jayanya) ; cth 1 BIJI KELAPA
  3. Daun pandan untuk kulit . secukupnya (ni ponn belakang rumah banyaakkk)
  4. Air . Jangan banyak sangat ! nanti doh cair (--") ; cth 1 GELAS AIR ++
  5. Garam . secubit yang paling sakit . jangan banyak sangat ... terlampau masin siapa nak makan ?
CARA MEMBUAT ; Gaul semua bahan guna senduk . bukan guna tangan ! haishh ...

begitulah rupa doh beras kisar dan kelapa parut yang di gaul bersama

waaa... hati manyak sinang ... tetumong banyaaakkk ! ♥♥♥
BELUM BOLEH MAKAN !

Siap diberi baju semuanya ! rebus beberapa minit sampai masak . =')


GAMBAR DAH MASAK ?

lebih kurang jer warna dia . cuma inti akan jadi keras lerr . warna daun pandan pla jadi lebih kusam gitu ... rasa dia lemak lemak ♥♥♥ amoy suka !


amoyella : taa best la template nih . tak leh tempek gambar besar gedabak sepenuh hati .
 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com