13 December 2012

REST IN PEACE DEAR , TAYYIB



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE


kelmarin 12.12.2012 merupakan tarikh yang penuh dengan kesedihan :"( sangat super sedih sebab my little tayyib telah pergi untuk selamanya . mungkin bagi sesetengah orang anggap KUCING MATI hanyalah sebagai perkara remeh yang tak perlulah nak dikongsi , tak perlu nak nangis , tak perlu nak sedih , tak perlulah nak tacing tacing sebab HAIWAN jaaa tu yang mati . masuk syurga . jangan nak emo tak tentu hala sangat . huhuu . 


tayyib terlalu manja . suka tidor ma amoy . bergesel gesel tak tentu pasal tanpa mengira waktu . bila online dia lah yang sibuk sama nak duduk depan skrin laptop . apatah lagi time tengok muvie / tv . time makan dialah jugak yang sibok nak minta ikan . paling kuat makan vitamin . temankan amoy buat kek . huhuuu semua tempat , semua perkara yang amoy buat , semuanya ada tentang tayyib . 


kelmarin ...


sejak dari lepas Isyak ... tayyib tak balek rumah . amoy ingatkan dia cari bini ='( so ignore jak . 


dan esokknya (semalam) awal - awal pagi berkenaan mama menjerit 


" tayibb ! tayyibbb ! "


takda dah word lain yang keluar dari bibir mama . mungkin mama pun sedang kehilangan kata - kata . "tayyibb illaaa ... tayyib " (illa-panggilan di rumah)


time tu amoy sedang berada di hadapan rumah (mencari tayyib) : serius amoy terkejut . badan tayyib kaku di tangan mama . wuuuuuuwhuuuuuhuhuu ... tayyib sudah kembali kepada-Nya ='(  terasa lemah semua sendi yang ada . ntah siapa yang tidak bertanggungjawab , pandu laju - laju sampai langgar tayyib =(


dalam keadaan yang lemah longlai , amoy sendiri yang gali kubur untuk tayyib . huhuuu . amoy sendiri yang mengkebumikan tayyib . mama pla terpaksa turun kerja . jadi amoy kena uruskan semuanya sendirian . sedih gilaaaaaaaa amoy semalam sampai hilang terbang semua semangat . 


terasa hati semakin sayu bila mummut (abang kepada tayyib) mengiau - ngiau mencari adiknya time makan . sekarang pun mummut still mencari adiknya . sedih gilaa hati waa derr ="(


I will always love you and I know you'll always be watching over me up there, rest in peace Tayyib ='(



amoyella : mummut , adikmu tiada sudaa ... please jangan cari lagi . huhuuu






05 December 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE ^_^



Assalamualaikum >.<


alhamdulillah setelah menunggu hampir satu jam setengah akhirnya kek cekelat yang guwa kukus akhirnya masak ! yeppy ! suka suka suka . pessttt ... siapa tak suka kek yang made by diri sendiri . tak kiralah menjadi tao tak . khen ? khen ? heeekk~


so so soooo ... sebagai sambungan kepada entry yang LEPAS , alaaa entry yang wa cakap wa sedang tunggu kek sedang mengukuskan diri berserta resepinya sekali iteww ... kek berkenaan sudahpun dihadam dengan jayanya oleh sedari usus kecil wa =D


almaklumlah terlampau mengidam nak makan kek cekelat moist berkenaan . nak beli kat secret recipe tak de lah pulop mende alah tu kat mukah -.-' nasib baik kek yang wa masak tadi bolehlah celen rasa secret recipe berkenaan . hehh . tapi kek wa bukan secret resepi but (ohmyenglish!) sekerat resepi laahh sangat .


meh wa kasik show off siket gambar yang wa sempat snap . hukhukhuk ... memandangkan terlampau berkobar-kobar jiwa harimau malaya dan bersemangat mo buat kek ... gua terskip pla mo bergambar menggambar part mengadun semua dan segala bagai bahan - bahan . hehh ... so imagine jeeerrr lah wa dah siap bertungkus lumus dengan tepung dan lain - lain bahan ala - ala korea gitu . dannn tada !


adunan dah siap ! sebelum mengukus , jangan lupa tutup loyang guna aluminium foil . supaya air yang menguap tidak jatuh atas kek dan menyebabkan permukaan kek berlobang - lobang =D


yezzaa kek suda masak . now is toping time ! bahagianya menyalut kek dengan coklat ganache banyak , banyak dan banyakkkk ^_^

tak sabar nak menyalut coklat ganache sampai wa lupa nak tangkap gambar kek yang baru masak / belum ada cekelat ganache


akibat ketidaksabaran mahu makannn . neeh ... mula - mula mo potong kecik sikit jak ... last - last hamekk kauuu

oh inilah kebahagiaan bila berada di rumah ♥


ohyaa ... untuk coklat ganache ... bahan - bahan yang amoy gunakan :


3 sudu makan butter
3 sudu makan coklat masakan
sedikit susu cair

#masakkan semua bahan atas api yang sederhana


amoy nak tidur daahhhh zzzzzzzzzzzzzzzzzzz . gudnite !












KEK COKLAT MOIST



ASSALAMUALAIKUM


hai hai hai~


bertemu kembali dalam ruangan belog AMOYELLA . hehh . babun lama sudah i'olls tak hapdet blog . nampak berbusut dah sawang bergompal - gompal -..- sila abaikan kemalasan a.k.a tiada bahan sebenarnya nak updet . huk huk huk . so hari ini wa ada bahan mau kasi bagitau sama u'olls =D


sebenarnya khenn ... wa dah lama mengidam nak makan mencuba buat kek layer-less . sepanjang hidup wa 22 tahun gajah gedabak ini ... wa tak pernah buat kek layer-less . harap sangat first time buat kek ni tak mengeciwakan dahku -..- sebab kalau tak jadi kek ni ... konfirm mama wa tak kasi wa ccccaaan untuk buat kek layer-less lagi . sebab mama wa yang jadi sponser hehh .  mama wa percaya : bahawasanya kek layer-less yang wa buat akan kembang dan terus kempis di tengah . wwuwuuuwuwuu . please dong kek jangan siii begitu sama wa .


eh ... kek layer-less yang wa maksudkan ialah kek yang tak perlu berlapis - lapis di dalamnya . pukul adunan trusss zappppppp masuk loyang dan kukus tau bakar . faham ?


so tadi wa buat kek coklat moist ~..~


bahan - bahannya :

3 biji telur

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking power

1 1/2 pack butter
150gm coklat masakan 
1 cawan gula
1 sudu vanilla
1 sudu chocolate paste

Pukul telur santai santai gitu dan asingkan . ayak semua bahan warna purple dan asingkan . bagi bahan kaler biru pula sila panaskan semua di dalam kuali dan semestinya di atas api ^_^ . Tutup api dan masukkan telur yang telah dipukul tadi . lastly baru masukkan bahan yang telah di ayak (kaler biru) ke dalam adunan . so siap adunan anda . masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai . ikut suka suki masing - masing .

sediakan pengukus . dan sila tunggu kek anda siap di kukus seperti yang sedang saya lakukan sekarang =D







 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com