14 October 2012

WEEKEND YANG HEBAT



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE ♥ 


jumaat . sabtu . dan . ahad sememangnya hari - hari yang sangat membebankan bagi diri dahku . beban nak cari muvie untuk mengisi waktu terluang . beban nak cari makanan tuk mengisi perut kelaparan . beban nak memandikan diri dari bau masam . beban nak berjalan demi sedikit senaman . beban nak cari wifi demi nak online . beban nak ke toilet sebab tak tahan . eh ?


ya ya ya ... itulah hujung minggu amoy untuk minggu ini -.-' semuanya terasa sangat membebankan , tiada keindahan serta kurang kasih sayang .


amoyella : lapar ... terasa mau balik rumah ='( mama ...





11 October 2012

AMOY DAH HITAM



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE ♥


mengikut firasat sendiri , amoy ingatkan selepas September 21, 2012 amoy akan dapat merehatkan diri sepuas-puasnya selepas praktikum fasa dua . tiada sudah wabak RPH, jangkitan BBM, virus penyeliaan serta akut kronik jerawat akibat stress kenervousan . namun , firasat berkenaan jelas meleset . huk huk huk... selepas tarikh berkenaan hidup amoy telah berubah 180 darjah + songsang + kucar kacir serta tunggang-langgang dan menyenget sedikit namun masih boleh lagi survive dengan nyawa-nyawa ikan yang kekurangan oksigen . hasad sungguh realiti dunya ini terhadap kesenggangan dahku -.-'


dengan assignment tiga bijik (BMM3112 . BMM3111 . WAJ3113) . projek RBT tiga versi (ikan hiasan . tanaman sayuran . jahitan blaus) serta 3 bijik laporan yang perlu diselesaikan . oh ! serius sampai hari ini masih berbaki 1bijik laporan lagi -.-' syukur sebentar tadi baru siap projek jahitan yakni jahitan mata butang penghabisan . selepas ini perlu siapkan laporan lah plaaaa . omoooo . walhal kelas lain dah bergumbira sambil berfoya- foya menunggu tibanya hari peperiksaan akhir semester . guwa ? guwa masih lagi bergelumang noda laporan !


bukan itu sahaja ... selepas Praktikum Fasa II amoy juga bertungkus lumus gigih menghabiskan duit driving class lapan jam . guwa terpaksa mencari mana-mana waktu free pada seblah petang untuk pergi kelas memandu . ohuhhh . umur 22 tahun (bukan umur sebenar) baru nak ambil lesen ? yeee . guwa ambil lesen guna duit sendiri . bukan sponser PaMa . aku hado . kau hado ? =P



maka hasilnya ...


aigoooooooooooo.... ! jangan tertipu  setelah gua ejas ejas sikit , dapatlah guw kulit yang agak cerah seperti dalam gambar .

what happen to my face ?
kulit kusam + gelap gulita
mata panda
pori menggedabak
pipi kembang ala meggi
dear my readers... seryes amoy susah hati dah tengok kulit amoy yang tak cukup rehat  dan kusam dan gelap dan hitam ini ! huaaa namo sudaaaaaaaa tingu cermin . tidak tidak tidak ! 


bila masa dah terasa makin singkat ... amoy jadi makin malas tuk makan nasi a.k.a pergi cafe . so amoy makan meggi . meggi dan meggi . sampai amoy rasa kulit amoy ni dah bertukar jadi meggi asam laksa . tahniah . betul betul ho liou ! 


mungkin juga amoy makin hitam sebab kalo amoy keluar driving , amoy akan berjalan - jalan sukat Keningau dengan hebakknya dari palingggggggggggg hujungggggggggggggg ke paling hujungggggggggggg . mana tak kulit ni makin suram . kusam . berbalam . hitam . legam . kalo menunggu tutor plaa mesti amoy akan pergi lepaking dahulu di koridor Keningau Mall . urghh ! memang patut pun tanned !


amoy sedih ... sedih sebab kulit amoy makin hitam manis . uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! kembalikan warna kulitku yang dahulu kala . 






aku yang hitam =(



AMOYELLA : esok pra test diving . doakan amoy yaaa kawan-kawan . ermm . lepas PraTest , JPJ lah plaaa -.-' lepas tuuu baru dapat tapuk - tapuk dalam bilik . tamo dah keluar jumpa matahari . hukhukhuk .



BUKAN BERSIH . BUKAN DiGi



ASSALAMUALAIKUM SAUDARE SAUDAREE CIKEBUM CIKEBUM ^_^


eya -.-' belog amoy semenjak dua menjak kebelakangan ini memang sangat sangat berlabah-labah . sila abaikan serangga berkaki enam berkenaan . eh kaki labah-labah enam ke ?


punca utama berhabitatnya labah-labah ini adalah disebabkan saya , selaku penulis entry gila busy gila . bukan sibuk belajar mahu final , tapi sibuk menjahit blaus tah pa-pa ntah yang akhirnya kini tinggal nak tebuk lubang butang . ohsem kan guwa ? bole menjahit baju . boleh sambung pendawaian elektrik . boleh jadi tukang kayu . pandai tanam sayur . pandai ternak ikan . wah ! bertuahnya dapat subjek Rekabentuk dan Teknologi (RBT) (--')


dan dan dan ini tidak termasuk guwa boleh habiskan 6 kali pusing trek kurang dari 13 minit . kau hado ? oh itu sebenarnya cerita lama -.-' sekarang amoy bukan lagi gadis gagah berlari . mahu jogging pun guwa malas gila derrr >.< sekarang guwa gemuk memandangkan skala berat semakin menunjukkan peningkatan mendadak . terima kasih Keningau kerana dikau telah menyediakan kudapan yang membahagiakan usus dahku . syabas .


cut the crap *..*

sekarang amoy nak berkongsi gambar sea.en.se.dey versi kepulauan borneo . cer kira berapa orang kami ? cer ? cer ? hehehhh . sudahh ...





Selamat Datang ke Penerbangan Malaysia Airlines -.-'

wa rasa pose kami lagi sexy dan suwit dari stewardess . gagagagaa =D


beginilah simptom kelas yang paling taat dan setia serta sepakat dan kolektif . kelas lain lapan bulan yang lepas dah tempah-bayar-pakai baju nih . kelas kami baru jep minggu lepas dapat -.-'  degil mo membayar  dengan alasan kukuh ; elaun tak cukup nak bayar RM70 .

punbagaimanawalau akhirnya kami  tanpa rela dan terpaksa akur dengan ketentuan ilahi agar kami tempah-bayar-pakai baju korporat yang tak berapa nak korporat berkenaan . sebab guwa rasa ini bukan baju korporat . ini baju power rangers kuning .



ini pula merupakan gaya pose kemenangan power ranger(s) kuning sebab berjaya mengalahkan raksasa mosi mosi . eh ?

'apa yang penting persyoitannnkan semua anasir asing' majulah BuayanCrew untuk negara !


Amoyella : nampaknya setiap hari selasa , BuayanCrew akan mengadakan perhimpunan 'tidak kotor'


 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com