06 October 2011

DAY 2 @ BAGINDA : KENANGAN TERINDAH

Salam Peeps! =')

huahuaaa! balek2 citer pasal keluarga angkat khennn~ siap buat entry hari 1st, 2nd gituww... tak malu! ekceli amoy ni bajet banyak idea. hari hari pon mau buat entry... walhal takda idea. so terpaksalaa kite ni khennn membuat laporan pasal family angkat memanjang dari hari 1st sampai 3 *amik kaw 1 hari 1 entri mak nakks*. banyak idea lah sesangat konon! Hari kedua sangat memenatkan. sudaaaa la bangun tido kena kejut oleh mama angkat *\(^ ^)/*  kompom dah direject jd menantu pilihan (_ _) amoy akui memang tersangat super duper penat! sebab hari seblomnya amoy tak cukup tidor sebab.... sebabnyaa.... amoy stay up kot buat assaimen.

so pada hari kedua... aktiviti full blast keh? setelah 8 bulan 3 hari dan 3 malam tidak bersenam dan berpeluh dan berjogging... akhirnya amoy terpaksa mengerahkan keringat terpendam agar peluh keluar mencurah-curah ke lapisan kulit paling luar. Pagi berkenaan amoy terpaksa bersenam aerobik ngan warga Baginda. seawal jam 6.40 amoy dan rumet dah bergerak ke Dewan Kampung Baginda. semangat kau nak aerobik! ehem! siap ngan poco-poco keh....

sampai ja dekat sana. satu bulu hidung ponn belum ada lagi kelihatan. inikan pula batang hidung. kiranya amoy ni punctual jugak ah bab timing timing nih. terasa menyesal tak sudah sudah sampai ke hari ini sebab menolak pelawaan family angkat bersarapan dahulu sebelum bergerak ke dewan. padan muka sendiri. (dengan alasan takut kena appendix kalu terus bersukan selepas kekenyangan breakfes)

Selepas tu pada jam 08:30 gitu program khidmat masyarakat lah pulekkkss... seperti normal : semua kerja berat = angkat mengangkat + potong memotong + angkut mengangkut + itu dan ini adalah kerja orang lelaki , wanita pula goyang kaki sambil cungkil gigi kat dapur memasak. warga wanita mengerahkan idea macamana nak memasak dengan peralatan dan bahan yang maha terhad. hmm... termasuklah amoy err... amoy pikirkan macamana nak gosok kawah besar gedabak tanpa berus/ axion pencuci/ penyental kuali dsb. feninggg eden.

Petang ituuu ada sukaneka! suka suka suka!

mempersembahkan kakak angkat amoy. kak eima.
kecik molek ja orang dia...
amoy lagi besar hokehh... terlebiii makan~
posing tu kena lah lebih mengalahkan model~  (^..^)

adeeiii...lupa mo rotate @..@
ni sedang sibuk kemaskan model punya kasut alibaba.

malamnya adalah pulekss Malam Seakrab Persahabatan. memang tersangatlah super grand dengan kehadiran YB Keningau. amoy confuse : majlis malam tu grand sebab tentatif program yang berjalan lancar dan gorgeous atau sebab baju amoy dan baju buayan crew yang terlebih grand? SILA ABAIKAN =..=



kan dah cakap. GRAND hokei! seluruh pelusuk kampung datang sampai melimpah keluar dari dewan ni.
Happy sangat tengok makcik-makcik bawa anak bujang keluarga diorang ramai-ramai

The buayan-puff girl yang agak gojes jagus

Para peserta lelaki . amoy confius tgok maxx... ni ala padang pasir ka... ala2 paderi ni? aigoo

bini-biniku gengster

persembahan daripada kelas maths. menyentuh jiwa dan raga

Terima kasih sangat-sangat buat semua buayan crew yang memberikan kerjasama padu erat lagi kukuh. bagi semua peragawan dan peragawati , next year korang boley masuk unduk ngadau sudah. bagi yang tiada dalam gambar... elva selaku technician (cian u teda gambar... ;)) walaupun u first time guna tu audio equilizer : nda juga terlalu jauh lari tune muzik kita pada malam berkenaan), tya dan erizie selaku tukang kipas (tak sangka tukang kipas amoy ni kena order jadi tukang sambut VIP) ,  dan wartawan astro awani iaitu cik berry dan fresilla (boleh suda korang masuk pencarian bakat baru pembaca berita tengahmalam)






amoyella : petang tadi ada aksi kejar-mengejar dengan pistol kat pekan Keningau... uiii...!

04 October 2011

1st DAY @ BAGINDA WITH LOMO

Salam peeps!
seperti yang amoy telah janjikan... amoy nak upload gambar kenangan terindah time dekat Kampung Baginda Keningau. 1st day memanglah teransang segala ion ion sesaited nak berjumpa bakal keluarga angkat. hehe... amoy ni terbiasa suda pergi rumah orang dengan perasaan malu dan segan silu pemalulah sesangat! walhal amoylah orang yang paling aktif menumpang rumah kawan-kawan bila time cuti panjang. nak balek sarawak... terasa jaoh bebenor pla =..= so hari pertama takda lah aktiviti kemain hebat mengalahkan worldcup, cuma amoy rasa sangat teruja bila warga baginda menyambut ketibaan para peserta dengan paluan gong. kau hado? nonnnn hado keh!
mempersembahkan beberapa cilok gambar dari handthephone roomate amoy. handthephone amoy rosak pada masa berkenaan. kurang hensem bebenor


silau. terover pla putih. =..= alamatnya ada lagi la orang jeles akan kecerahan amoy dekat sini... =..= people mmg mcmtu!

Terasa muka sungguh besen pada saat yang tersebut

Sungai Pegalan versi santek !
harapkan sungai pegalan dekat kaki bungkit langsat non hado lah kau santek begini

tada! our kakak angkat. kecik molek orangnya... kaka eima. sila abaikan mata kuyu amoy. haha

sedang kami berjalan kat sungai itu... ramai pla unggas-unggas dari rumah orang lain bertebaran ke situ =')

amoyella : henfon cabuk amoy rosak... empat hari dah! terasa sangat rindu akan orang itu (ehem!)

02 October 2011

SAAT MATA JADI FLOWERHORNE

Salam peeps!

Alhamdulillah... program tiga hari dua malam berkampung di Kampung Baginda, Keningau, bersama keluarga angkat telahpun usai dengan sempurnanya. gembira campur hiba yang tidak terkata bila program tu berjalan dengan lancar. sekarang amoy kena bertungkus lumus siapkan 1 lagi assignment terakhir BMM3118 yang kena hantar esok lusa. sekarang belum start apa-apa pun sebab terlampau malas dan  kepenatan tak cukup tidor sampai mata bengkak bengkak ikan flowerhorne. terasa diri sungguh terabai dengan tuan punya badan pun selebet ayam jantan. kalaulah mak mertua nampak kompon kena reject awal- awal =.=




kalau mata bengkak gini, ada tak orang mau masuk meminang? haha.... lol

k. mau merehatkan diri luk. nanti amoy membuat laporan bergambar sepanjang program bersama family angkat amoy yang sangat caring, abg yang hensem dan kakak yang cantik itu. =')


 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com