06 April 2017

LELAKI TUA #PUISIAMOY


Terincut incut langkah lelaki tua

Cuba menafikan sakit lututnya



Lelaki tua

Cuba menidakkan sedihnya

Cuba merahsiakan sengsara

Cuba mendiamkan derita

Cuba pendamkan cerita

Sedangkan derap incutmu meraung segala



Lelaki tua

Kutahu kau punya cerita pilu

Yang jelas dan

Tak mampu kau tipu



Lelaki tua begitu

Seharusnya dipimpin selalu

Bukannya dibiar sendiri tanpa bahu untuk berpaut jika sesuatu berlaku



Mungkin nanti aku juga begitu

Tiada zuriat tempat mengadu

Nak salahkan siapa?

Jika sendiri tak laku laku


9.22am
6 April 2017
#pasarbasahdaro

AKU #PUISIAMOY


Kau si buah hati

Tak kutinggal nama kau dalam saatku hari hari

saat diuji apatah dipuji

Malah

Aku punya cita tinggi

Aku punya impian pasti

Aku punya mimpi realiti

Aku punya misi terkemaskini

Yang turut ku selit nama kau di setiap perinci



Cuma aku tak pasti

Adakah aku wujud dalam cita, impian. mimpi, misi kau si buah hati?






09 December 2014

2014



ASSALAMUALAIKUM PEEPS!


dunia bekerja amatlah mengehadkan masa amoy untuk menulis di blog . guru baru ... banyak sangat benda baru nak dibelajar sampai tak menang tangan nak handle . tambah lagi dengan keadaan sekolah pedalaman yang kekurangan staf . semuanyalah kau yang ambik tugas . macam gila kuasa glamour bila balik balik muka kau yang kena hantar berkursus . tapi tapi tapi takpe ... yang penting tuntutan perjalanan sentiasa masyuk =') biarpun balikbalik muka kau turun naik bot express . biarpun balikbalik muka kau checkin hotel RM60 di Pekan Daro . biarpun balikbalik muka kau yang makan satay & burger di open air daro . biarpun balikbalik muka kau notify hantar wassap di group bertanya siapa2 yang boleh ditumpang . biarpun balibalik muka kau acapkali terpampang di pintu pejabat PPD . biarpun dah sampai sembilan kali kau kena hantar kursus dalam tempoh tujuh bulan . biarpun muka kau juga menjadi pengawas UPSR yang tiga kali itu ... tak apa ... itu semua pengalaman . kalau amoy dapat posting di kawasan bandar ... memang tak akan dapat semua pengalaman begitu .


seriously . amoy suka . seriously


2014 berlalu begitu pantas . sangat pantas . dan dan dan most of the memories was kept in moments =') sebabnya senang berbanding socialsite yang lain . semua pun nak d block oleh abang KPM ='(  2014 memang memberikan sangatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt banyak kenangan , pengalaman & pengajaran . hopefully 2015 brings me more warmth , blessing & prosperity 


nah belanja gambar satu

sama tak ? sama tak ? yang pipi terlebih lebih tu kakak . sekian terima kaseh .
this one is my younger sister . pergi PLKN last sunday . selamat berPLKN adik .
teringat pla zaman zaman kena PLKN duluuu hehe 













nota kaki : can i be in love again ? #ithinkiloveyou






 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com