24 December 2012

PUDING ROTI MARBLE



ASSALAMUALAIKUM PEOPLE ^_^


seminggu yang lepas amoy telah terbermimpi tentang membuat puding . uhuk uhuk ... sebenarnya amoy confuse sama ada ianya adakah mimpi atau dejavu atau realiti -..- sebab - sebab amoy ni hantu godek resepi - resepi kat internet . serta . hantu kuat tidur . juga . hantu kuat berangan . tapi wa yakin semua itu adalah mimpi . pasti !


so oleh yang demikian ... mimpi harusssssssssssslah dikecapi ! berbekalkan susu dutchlady yang tinggal 500 ml baki amoy buat PUDING CARAMEL hari itew ... maka dengan itew amoy telah sebulat hati untuk membuat puding roti marble . maka dengan itu terbentuklah puding roti berkenaan . maka oleh itu amoy nak kasi up resepi puding roti yang telah amoy ejasss ejasss sikit daripada resepi asal . makanya lagi ... berikut adalah resepi =')


eh gambar didahulukan , resepi dikemudiankan =D


masih lagi kecairan . belum membeku =D




RESEPI PUDING ROTI MARBLE

BAHAN - BAHANNYA :
1 packet agar-agar
200ml susu dutchlady *masih lagi berperasaan susu segar lebih SIHAT daripada susu sejat 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan gula
2 sudu besar butter (sila cairkan di atas api)
2 biji telor 
5 keping roti paun cap Mukah Bakery *almaklumlah sarawak takda roti gardenia =D
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu perisa oren


CARA MEMBUATNYA :

Didihkan agar-agar u'olls dengan 1000ml air bersama gula di dalam periuk kecintaan u'olls .

Blend kan roti paun , susu segar , susu cair dan telor sehebak mungkin . masukkan bahan - bahan yang sudah diblend ke dalam periuk . kuar rata . 

masukkan butter yang sudah dicairkan tadi . sekiranya sudah mendidih . tunggu apa lagi ? sila tutup api !

siap ! eh blom !

bahagikan adunan kepada TIGA bahagiaan . 

BAHAGIAN A : letak serbuk koko
BAHAGIAN B : letak perasa oren
BAHAGIAN C : warna asal jepp

masukkan sesenduk demi sesenduk , berselang-seli , diatas satu sama lain sehingga habis . sejukkan !

*dah kalau malas sangat letak ja trus dalam loyang pun takpa . lalu jadilah puding marble-less . hahah .



sesi pemotongan puding secara official ^_^



masuk bekas untuk bekal mama pergi kerja =)



penemuan tergempar ; LOVE !




AMOYELLA : LAGI TINGGAL BAKI SEMINGGU JAAA LAGI >..<





0 MURID MINTAK CUBIT:

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com